Mama

Pengarang :Mahaya Mohd. Yassin

Sinopsis
Setelah dirawat, Mama terdengar perbualan antara Dr. Safuan dengan isterinya. Mama dijangka hanya dapat hidup selama 3 bulan sahaja lagi. Mama terkenang akan budi Puan Mona yang menggajinya sebagai pembantu rumah. Mama juga terkenang akan pengorbanan ayah yang bersusah payah menjaja ikan dan sayur di sekitar kawasan perumahan di ibu kota. Walaupun sakit, Mama memberikan layanan yang baik buat suami dan anak-anaknya. Pada suatu hari, anak-anak Mama yang pulang dari sekolah terkejut apabila melihat Mama sujud di atas tikar sembahyang. Sebenarnya Mama telah meninggal dunia.

Tema dan Persoalan
Tema yang dikemukakan dalam cerpen ini ialah ketabahan dan kesabaran seorang ibu yang berada di ambang maut.Walaupun menderita sakit dada,Mama tetap menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan,suami,dan anak-anak dengan tabah. Persoalan yang dapat dikutip dengan berdasarkan cerpen tersebut ialah…: Sikap prihatin dan tanggungjawab sesama manusia. Peranan isteri di dalam rumahtangga. Bersyukur dan menerima segala ketentuan Tuhan. Mengutamakan kesihatan diri.

Watak dan Perwatakan
Mama
Penyayang Seorang isteri dan ibu yang baik Rajin bekerja Sabar Tabah Bertanggungjawab Taat kepada suruhan agama

-Baik hati

Dr. Safuan

-Prihatin -Bertanggungjawab -Bertimbang rasa -Majikan Mama

Puan Mona --Isteri Dr. Safuan
-Jururawat -Baik hati -Bersopan santun -Penyayang

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful