P. 1
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PERMAINAN HOKI SEKOLAH-SEKOLA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PERMAINAN HOKI SEKOLAH-SEKOLA

4.53

|Views: 14,032|Likes:
Published by mazni bin othman
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG HOKI
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG HOKI

More info:

Published by: mazni bin othman on Apr 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

Halaman

1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,
LEKIR, 32030 SITIAWAN, PERAK DARUL RIDZUAN. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PERMAINAN HOKI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH MANJUNG TAHUN 2007 1. UNDANG-UNDANG 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan hoki Persatuan Hoki Malaysia, PHM dan Antarabangsa, FIH, yang dikuatkuasakan sekarang dan peraturan Am MSSM. PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN. 2.1 Tiap-tiap pasukan akan mengandungi 18 orang pemain. 2.2 Seseorang peserta dibenarkan menyertahi pertandingan dalam kumpulan umurnya 12 tahun dan ke bawah. 2.3 Semua peserta hendaklah mempunyai dokumen yang sah bagi membuktikan umurnya. 2.4 Salinan sijil kelahiran hendaklah disahkan oleh Guru Besar Sekolah peserta. 2.5 Wang pendaftaran RM 50.00 untuk setiap pasukan perempuan dan RM 50.00 untuk pasukan lelaki. SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Peringkat Daerah Cara Liga Dua Kumpulan – ( A dan B ) - Pasukan Lelaki dan Perempuan. 3.1.1 Pusingan Pertama a) Lapan pasukan yang mewakili Sekolah Rendah akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b) Johan Daerah dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan ditempatkan dalam kumpulan B. c) Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan secara undian. 3.1.2 Pusingan Separuh Akhir a) Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B. Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A. 3.1.3 Pusingan kedua a) 6 pasukan yang mewakili Johan Kumpulan A, B, C, dan Naib Johan Kumpulan A, B, C, akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan X dan Kumpulan Y Pertandingan akan dijalankan . secara liga. b) Kumpulan X dan Y ditentukan agar tidak sekumpulan dalam Pusingan Pertama. PUSINGAN KE-DUA

2.

3.

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007

Halaman

2

KUMPULAN X JOHAN A NAIB JOHAN B NAIB JOHAN C

KUMPULAN Y JOHAN B JOHAN C NAIB JOHAN A

3.1.4 Pusingan Separuh Akhir a) Johan Kumpulan X, Johan Kumpulan Y, Naib Johan Kumpulan X dan Naib johan Kumpulan Y layak ke separuh akhir. Johan X melawan Johan Y melawan Naib Johan Y Naib Johan X = Pemenang a = Pemenang b

3.2.4 Peringkat Akhir a) Pemenang perlawanan separuh akhir pertama iaitu Pemenang a akan berlawan pemenang separuh akhir kedua Pemenang b untuk menentukan Johan dan naib Johan Daerah. b) Pasukan yang tewas dalam separuh akhir pertama dan kedua akan menduduki tempat ketiga. 4. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 4.1 Sistem Liga Menang : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata 4.2 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut;a) keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaring tolak jumlah gol yang kena; b) jika kedudukan masih seri maka keputusan akan ditentukan secara mengambil kira keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya. Sistem Kalah Mati; Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusannya berakhir dengan seri, maka kepuusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut;Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat. Undang-undang yang meliputi pukulan tengah dan pengantian, seperti terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan. Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) kedua tamat. Setelah masa kedua-dua tambahan tamat dan keputusan masih seri, 5 pukulan penalti secara bergilir-gilir akan
Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007

4.3

Halaman

3

diberikan. Andai masih seri pasukan yang dapat menjaring dahulu dikira pemenang. 5. PAKAIAN 5.1 Pemain wajib memakai jersi yang bernombor. 5.2 Tiap-tiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna. 5.3 Jika pasukan yang bertanding memakai jersi yang sama warna, pasukan tuan rumah (Pasukan namanya dihadapan) dikehendaki menukar jersi. 5.4 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai kasut getah atau ‘boots’ yang berstud getah. 5.5 Pemain-pemain perempuan tidak dibenarkan memakai ‘tights’ atau seluar pendek ketika bermain. GELANGGANG / ALATAN 6.1 Rujuk Undang-undang Persatuan Hoki Malaysia PHM, dan FIH. 6.2 Pertandingan dijalankan di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. 6.3 Setiap pasukan diminta menyediakan makan, minum, peralatan sendiri dan sebiji bola pertandingan jenis ‘KOKUBURA DIMPLE’. PENGADIL 7.1 Pasukan pengadil ‘panel’ akan disediakan. 7.2 Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dibantah oleh pasukan. 7.3 Elaun pengadilan RM 10.00 seorang bagi satu perlawanan yang telah dipersetujui.

6.

7.

8.

KELEWATAN Sepuluh minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja. 9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 9.1 Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. 9.2 Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyarah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandinganyang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan.

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007

Halaman

4

10.

BANTAHAN 10.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat dari satu jam selepas tamatnya perlawanan dengan bayaran RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus ) tunai. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak berasas. LEMBAGA RAYUAN Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada; 11.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. 11.2 Setiausaha Sukan MSS Daerah Manjung atau wakilnya. 11.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan Hoki. 11.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan wakilnya. 11.5 Tiga (3) orang pengurus Pasukan yang tidak terlibat,

11.

atau

12.

HAL-HAL LAIN 12.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu perlawanan atau membuat perubahan pada masa atau tempat pertandingan. Pemberitahuan yang cukup akan diberikan dalam perkara ini. 12.2 Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan dan keputusan itu adalah muktamad. 12.3 Masa bermain adalah mengikut persetujuan dalam mesyuarat penyelarasan pertandingan hoki iaitu 15 minit masa pertama 5 minit rehat dan 15 minit lagi untuk masa kedua. Tempoh masa permainan 15 – 05 – 15 ini untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Hanya peringkat akhir lelaki sahaja masa permainan berubah iaitu 20 – 05 – 20.

Pengerusi Pengelola Pertandingan Hoki ( R ) Daerah Manjung 2006.

Hoki [R] MSSPk Daerah Manjung 2007

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->