You are on page 1of 8

DAPATAN

KAJIAN :


7.1 - Konsep dan J enis Sistem Perhubungan

Sistem perhubungan ialah rangkaian yang menyampaikan
maklumat dengan menggunakan sistem perhubungan yang terdapat
di Malaysia iaitu internet, telefon bimbit, radio, televisyen dan
sebagainya

Contoh yang pertama internet. Internet merupakan sistem
perhubungan yang giat digunakan pada masa kini. Penggunan
internet juga telah berkembang ke pelosok dunia. Internet juga
sebagai alat komunikasi yang cepat dan pantas. Selain itu, telefon
bimbit pada zaman kini semakin canggih mengikut perubahan arus
pemodenan Negara. Telefon bimbit memudahakn kita untuk
menghubungi sesiapa sahaja walaupun dimana saja kita berada.
Televisyen merupakan salah satu sistem perhubungan yang ada di
Negara kita. Salah satu kegunaannya ialah untuk mengetahui
tentang isu-isu semasa di dalam atau di luar Negara. Radio
merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang
electromagnet, atau isyarat- isyarat radio, untuk menghantar
maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa
menggunakan wayar






7.2 - Faktor Yang Mempengaruh Perkembangan Sistem
Perhubungan di Kawasan Kajian.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem
perhubungan di Taman Pagoh ialah dasar kerajaan. Dasar
telekomunikasi di Malaysia melalui penggunaan ICT. Kempen
pemilihan computer peribadi dengan mengadakan kemudahan
kredit dan pinjaman melalui bank. Projek talian kabel optic
dan satelit seperti MEASET 1, MEASET 2 dan MEASET 3. Faktor
ini juga seiring dengan kemajuan teknologi. Kemajuan
teknologi ini melalui satelit, penggunaan telefon bimbit dan
pelbagai jenis siaran televisyen yang dapat dinikmati dari
seluruh negara. Pada masa kini, ramai orang telah yang
digunakan internet di rumah ataupun di mana-mana sahaja.
Di samping itu, factor yang mempengaruhi perkembangan
sistem perhubungan ialah kemudahn asas. Pada masa kini,
telefon telah menjadi kemudahan asas bagi setiap orang di
Negara kita. Telefon bimbit digunakan bagi memudahakan kita
untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Saya berasa bertanggungjawab bagi memelihara serta menjaga
sistem perhubungan di Parit Teram







7.3 - Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan Di
Parit Teram.

Perkembangan sistem perhubungan telah memberikan
kepentingan kepada sesebuah tempat. Salah satu daripadanya
ialah pendidikan. Penggunaan e-pelajaran danCD-ROM
semakin giat digunakan di sekolah-sekolah di muar. Hal ini
juga telah meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu, tele perubatan. Penggunaan tele perubatan ini telah
digunakan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang
menggunakan teknologi komunikasi moden seperti radio
visual dan data. Di samping itu, sebagai penyaluran maklumat.
Contohnya, apabila seseorang itu mahu menghantar sesuatu
maklumat yang berkaitan dengan ramai orang, dia boleh
menggunakan interne bagi mengahantar maklumat tersebut.
hal ini juga akan memudahkan proses penghantaran serta
mempercepatkan lagi proses. Kepentingan sistem perhubungan
juga dapat memupuk perpaduan negara. Alat perhubungan
seperti radio, televisyen dan penggangkutan dalam
mengeratkan dan memupuk hubungan antarabangsa. Akhir
sekali, hiburan. Kebanyakan televisyen memaparkan banyak
program-program hiburan yang sesuai bagi seisi keluarga.
Contohnya, ASTRO dapat memaparkan siaran tempatan,
serantau dan antarabangsa. Saya bersyukur kerana semua
pihak memahami semua sistem perhubungan yang terdapat di
Parit Teram, Muar.


7.4 Kesan Negative Perkembangan Sistem Perhubungan di Parit
Teram.

Keselamatan Negara boleh terancam melalui pencerobohan
maklumat pertahanan, gambar satelit dan sebagainya. Masalah
cetak rompak semakin berleluasa dengan adanya pengetahuan
serta kemudahan dalaam ICT. Masalah ini juga termasuk cetak
rompak perisian computer, cakera padat dan lain-lain lagi.
Kemudian internet juga di salahgunakan seperti melakukan
penipuan iklan, kad kredit, pelaburan haram dan perjudian.
Terdapat juga maklumat dalam internet yang dipaparkan
dalam internet yang sesuai untuk golongan remaja dan kanak-
kanak seperti gambar-gambar lucah dan perlakuan sumbang.
Kebanyakkan golongan remaja lebih banyak menghabiskan
masa melalui permainan video yang terdapat di dalam
komputer berbanding aktiviti lain. Ini yang menyebabkan
interaksi sosial mereka semakin kurang. Pembaziran wang
yang banyak berlaku kerana sesetengah golongan remaja
terlalu cenderung menggunakan khidmat pesanan ringkas.
Saya berasa bertanggungjawab bagi mengawasi sistem
perhubungan supaya tidak disalahgunakan oleh para remaja.








7.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif
Perkembangan Sistem Perhubungan di Parit Teram.

Bagi mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem
perhubungan, terdapat langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Pertama sekali, pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-
undang. Masalah cetak rompak dapat diatasi melalui
penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis,
Kementerian Perdagangan dan Pengguna dan pihak berkuasa
tempatan. Selain itu, kempen kesedaran. Kempen kesedaran sering
dijalankan melalui bahan media seperti surat khabar,radio,televisyen
untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa agar sentiasa memantau
pengguna internet oleh anak-anak. Di samping itu, garis panduan
keselamatan. Contohnya Akta Jenayah Digital 1997, dan Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 turut diluluskan untuk mengatasi
masalah penceroboh sistem perhubungan. Akhir sekali, hukuman.
Akta Hak Cipta Pindaan 1997 telah mengenakan hukuman yang
lebih berat terhadap pesalah cetak rompak. Hal ini dapat
mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan.
Saya berterima kasih kepada pihak yang memneri kerjasama bagi
mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan di
Parit Teram.







Jadual
Bilangan pengguna alat telekomunikasi mengikut responden di
Taman Pagoh.

Alat Telekomunikasi Bilangan Orang
Telefon Bimbit
20
Televisyen
20
Radio
18
Komputer
12
ASTRO
11
Telefon Talian Tetap
10
Internet
7




















Graf
Bilangan pengguna alat telekomunikasi mengikut responden di
Taman Pagoh.