You are on page 1of 5

http://pendidikankhask16.blogspot.

com/2010/07/sejarah-pendidikan-khas-di-
malaysia.html
JUSTIFIKASI PEMILIHAN SEKOLAH BERKEPERLUAN KHAS
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dalam
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk kanak-kanak bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula
pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth
di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-
Kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke
atas murid-murid lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-
kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali
Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu,
Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu
kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Untuk tugasan PRA 3109, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Alma, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang untuk melaksanakan pengajaran makro khas untuk kanak-kanak
pendidikan khas. Antara sebab-sebab kami memilih Sekolah Kebangsaan Alma adalah
kerana :



Melalui maklumat yang
diterima daripada
sumber-sumber yang
ditanya
Kedudukan sekolah
yang strategik
Kepelbagaian
infrastruktur
Mempunyai guru yang
berpengalaman dalam
mengajar kanak-kanak
keperluan khas
Muri-murid keperluan
khas yang terdiri
daripada pelbagai
keperluan
Kami telah melakukan beberapa pencarian dan pemerhatian ke atas sekolah-
sekolah keperluan khas yang terdapat dalam Malaysia dan mujur salah seorang daripada
rakan sekelas saya mempunyai kenalan yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Alma dan
dia telah memperkenalkan serta menceritakan serba sedikit tentang sekolah tersebut
kepada kami. Sekolah Kebangsaan Alma merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan khas
untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas yang tidak dapat mengikut pengajaran
dan pembelajaran biasa seperti kanak-kanak lain. Sekolah ini ditubuhkan untuk memastikan
kanak-kanak keperluan khas mendapat pengajaran dan pembelajaran dan ilmu
pengetahuan yang sama seperti yang didapati oleh kanak-kanak biasa. Ini adalah untuk
memastikan mereka tidak tertinggal jauh di belakang dan tidak tersisih daripada masyarakat
setempat walaupun mereka mempunyai kekurangan dari orang lain.
Selain daripada itu, kami juga memilih Sekolah Kebangsaan Alma kerana
kedudukan sekolah yang strategik. Kedudukan Sekolah Kebangsaan Alma yang terletak di
Pulau Pinang menjadi salah satu faktor pemilihan sekolah ini untuk dijadikan pengajaran
makro. Jarak antara Perlis dan Pulau Pinang yang dekat dan tidak perlu berhadapan
dengan pelbagai proses seperti membeli tiket dan sebagainya membuat kami mengambil
keputusan untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Alma. Kami telah menerima kebenaran
daripada pihak sekolah untuk membuat lawatan ke sekolah tersebut dan mendapat
kebenaran daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis untuk menggunakan
perkhidmatan bas ke Pulau Pinang. Bersyukur yang teramat di atas layanan baik pihak
sekolah yang melayan kami dengan begitu mesra sepanjang kami berada di sekolah
tersebut. Sesuai dengan prestasi sekolah seperti yang telah kami dengar, Sekolah
Kebangsaan Alma setaraf dengan prestasi yang diberikan kepada mereka.
Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan Alma mempunyai pelbagai infrastruktur
yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak keperluan
khas. Seperti yang kita sedia tahu, proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
keperluan khas adalah berbeza daripada kanak-kanak biasa. Guru juga memerlukan bahan-
bahan serta pendekatan yang berbeza-beza untuk memastikan mereka mendapat ilmu yang
ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Jika guru mengambil pendekatan dan cara
penyampaian serta pengajaran dan pembelajaran yang biasa, kanak-kanak keperluan khas
ini mustahil akan memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Guru haruslah
menggunakan sepenuhnya infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah
juga harus memastikan infrastruktur yang terdapat di dalam sekolah adalah infrastruktur
yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap kanak-kanak dan bukannya infrastruktur
yang sekadar dijadikan hiasan dalam kawasan sekolah sahaja.
Seterusnya, kami memilih Sekolah Kebangsaan Alma kerana terdapat guru-
guru yang mempunyai pengalaman serta ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan
bersama-sama kami. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Alma adalah guru yang
berpengalaman dalam berhadapan dan mengendalikan kanak-kanak keperluan khas.
Berbeza dengan guru-guru yang mengajar kanak-kanak biasa, guru Sekolah Kebangsaan
Alma mempunyai pengalaman dan boleh menceritakan tentang pengalaman yang dihadapi
oleh mereka dan cara-cara mereka menangani serta berhadapan dengan isu-isu yang
mereka hadapi semasa mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Melalui pengalaman dan
cerita yang diceritakan, saya mendapati bahawa guru yang mengajar kanak-kanak
keperluan khas haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan tidak cepat marah
serta mempunyai kesedaran bahawa kanak-kanak yang diajar adalah istimewa dan
bukannya seperti kanak-kanak biasa. Jika guru keperluan khas menganggap mereka
mengajar kanak-kanak biasa, kemungkinan besar terjadi perkara-perkara yang tidak diingini
di dalam kelas.
Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan Alma mempunyai kanak-kanak yang
terdiri daripada pelbagai keperluan. Seperti yang kita sedia tahu, kanak-kanak keperluan
khas boleh dibahagikan kepada pelbagai keperluan contohnya kanak-kanak keperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Sekolah
Kebangsaan Alma mempunyai kanak-kanak keperluan khas yang terdiri daripada pelbagai
kategori. Dengan adanya kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kategori, kami
mempunyai peluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang mempunyai
keperluan khas dan mengenalpasti perbezaan mereka serta melihat cara-cara guru bergaul
serta berinteraksi dengan mereka. Jika guru tidak berhati-hati dalam mengendalikan serta
berinteraksi dengan mereka, kanak-kanak ini akan berasa tersinggung dan tersisih serta
mempunyai rasa rendah diri yang tinggi menyebabkan mereka menyendiri dan tidak ingin
bergaul dengan orang lain.
Kesimpulannya, Sekolah Kebangsaan Alma ini mempunyai banyak faktor
yang boleh menjadikan kami memilih sekolah ini untuk dijadikan lawatan serta menjalankan
pengajaran makro. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak sekolah
yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang kami berada di sekolah
tersebut. Terima kasih juga diberikan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Alma yang
memberikan kami pengalaman dan pengetahuan yang begitu berharga yang tidak akan
kami lupa sampai bila-bila.
















CACAT
PENDENGARAN DAN
MASALAH
KOMUNIKASI
PINTAR,
CERDAS DAN
BERBAKAT
CACAT
FIZIKAL
JENIS KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
CACAT
PENGLIHATAN
KERENCATAN
AKAL
BERMASALAH
PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN
SOALAN TUGASAN
JENIS KEPERLUAN KHAS KANAK-KANAK
JUSTIFIKASI PEMILIHAN PUSAT BERKEPERLUAN KHAS...
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
REFLEKSI..
RUJUKAN...
BIBLIOGRAFI.