You are on page 1of 2

idea

Usaha untuk mengenalkan guru-guru dengan idea konstruktivisme memerlukan


guru-guru berubah bukan sahaja perubahan kepada pandangan mereka mengenai
pembelajaran malahan juga amalan-amalan mereka dalam bilik darjah. Keberkesanan
pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan pengajaran guru.
Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya; amalan pembelajaran
guru-guru dalam bilik perlu berorientasikan kepada pembelajaran melalui pengalaman
sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokkan. Guru-guru yang
mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran mereka mempunyai
ciri-ciri tertentu. Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang
mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang
mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke
situasi pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan
mereka mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut.
2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk
pelajar-pelajar dan mempunyai kefahaman bagaimana pelajar-pelajar mesti
bergerak ke arah mencapainya.
3. Guru-guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar
pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal
mereka dan menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka.
4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik-
baiknya idea baru yang mereka perolehi.
5. Guru-guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-
murid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka.
Kesimpulannya, konstruktivisme adalah satu teori mengenai pengetahuan yang sangat
berhubung kait dengan cara seseorang individu membina pengetahuan. Ahli-ahli
konstruktivisme menyatakan bahawa manusia membina sendiri pengetahuannya di
dalam skema kognitif masing-masing. Dalam konteks pembelajaran, konstruktivisme
mengkaji bagaimana cara dan gaya murid-murid memperoleh ilmu pengetahuan. Hari
ini konstruktivisme adalah idea yang sangat bertenaga mengenai bagaimana murid-
murid belajar dan ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pendidikan sains.
Konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana murid membina ilmu pengetahuan
tetapi juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan dapat dilakukan dalam
pembelajaran.
Konstruktivisme juga adalah satu model pembelajaran yang berasaskan kepada
kepercayaan bahawa pemahaman pengetahuan tidak diperolehi secara siap-sedia
(ready-mate) tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam keliling.
Tegasnya, pengetahuan diperolehi dengan cara dibina oleh kombinasi yang dihasilkan
oleh persekitaran dan pelajar sendiri. Murid-murid membina pengetahuan mereka
sendiri dengan menyepadukan maklumat dan idea baru ke- dalam struktur
pengetahuan yang sudah sedia ada. Apabila berlaku pertentangan di antara idea lama
dengan idea baru, pelajar-pelajar akan membuat analisis mengenai idea baru mereka.





Walaupun demikian masih ramai guru mempunyai pandangan bahawa sains adalah ilmu yang
hanya boleh dipelajari di dalam makmal dengan melakukan eksperimen untuk membuktikan
hipotesis, menghafal fakta dan teori (Nor Aini Aziz, 2002). Oleh yang demikian, pada
keseluruhannya guru-guru sains masih mengamalkan pengajaran berpusatkan guru dengan
penglibatan murid yang terhad dan terbatas dalam menentukan strategi pengajaran pembelajaran
mereka. Aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran amat kurang
diguna dan diamalkan oleh guru dalam sesi pengajaran mereka (Laporan Jemaah Nazir
Sekolah,2001 sebagaimana dipetik dalam Nor Aini Aziz, 2002 ).