SOLAT SUNAT RAWATIB. PENGENALAN.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian : Sunat Rawatib yang “Muakkad” Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”. Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori : Qabliah (sebelum Solat Fardhu) Ba’diah (selepas Solat Fardhu) Sunat Rawatib yang “Muakkad” adalah seperti berikut : 2 Rakaat sebelum Solat Subuh 2 Rakaat sebelum Solat Zohor. 2 Rakaat selepas Solat Zohor. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib. 2 Rakaat selepas Isyak. Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” pula adalah seperti berikut : 2 Rakaat sebelum Solat Zohor 2 Rakaat selepas Solat Zohor. 2 Rakaat sebelum Solat Asar. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib. 2 Rakaat sebelum Isyak. DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI. Sabda Rasulullah s.a.w :

‫عن عبد ال بن عمر قال حفظت عن رسول ال صلى ال عليه وسلم ركعتين قبل الظهر‬ ‫وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة‬ (‫)متفق عليه‬
Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, “Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Muttafaq ‘alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB
1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : ‫قبلية‬ ً ّ ِْ َ 2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : ‫بعدية‬ ً ِّ ْ َ

Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :

‫أصلي سنة ) الظهر / العصر / المغرب / العشاء / الصبح ( ركعتين )قبلية / بعدية ( ل تعالى‬ َ َ َ ّ ً ّ ِ ْ َ ً ّ ِْ َ ِ ْ َ َ ْ َ ِ ِ َ ِ ِ َِْ ِْ َ ِْ ّ َ ّ ُ َّ ُ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala. SOLAT SUNAT WUDHUK. PENGENALAN

Solat sunat wudhuk dikenal juga dengan solat Syukur wudhu’ yakni solat sebanyak dua rakaat yang dikerjakan selepas seseorang mengambil wudhuk, tanpa ditetapkan dengan waktu yang tertentu baik pagi, petang, siang ataupun malam

SOLAT DHUHA

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.
DALIL TENTANG SOLAT INI.

‫عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلثة‬ . ‫صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام‬ (‫)رواه البخاري ومسلم‬
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur. NIATNYA

َ َ ِ ّ َ ‫أ ُصلي سن ّة الضحى رك ْعت َي ْن ل ِل ّه ت َعالى‬ َ ُ َ َ َ ُ ِ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala. DOA SOLAT DHUHA

َ ‫الل ّهم إ ِن الضحاءَ ضحاءُك وال ْب َهاءَ ب َهائ ُك وال ْجمال جمال ُك‬ ّ َ ُ َ ّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ّ ُ َ َ َ َ ْ ِ َ َ ْ ِ َ َ َ ُ ‫وال ْقوةَ قوت ُك وال ْقدْرةَ قدْرت ُك وال ْعصمة عصمت ُك . الل ّهم إ ِن‬ ْ ّ ُ َ ُ َ َ ّ ُ ّ ُ َ ‫كان رزقي في ال ْسماء فأ َن ْزل ْه وإ ِن كان في ال َرض فأ َخرجه‬ ِ ِ ْ ِ َ َ ُ ْ ِ ْ ْ ِ َ َ ْ َ ُ ِ َ ِ َ َ ِ ْ َ ً َ َ َ َ ْ َ ‫وإ ِن كان معسرا في َسرهُ وإ ِن كان حراما فطَهرهُ وإ ِن كان‬ َ َ ْ َ ْ ّ ْ ّ َ ً ِ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ُ َ َ ّ ُ َ َ ‫ب َعي ْدا فقرب ْه ب ِحق ضحائ ِك وجمال ِك وقوت ِك وقدْرت ِك آت ِني ما‬ ِ َ ُ ّ َ ُ ّ َ َ ً ِ َ َ َ َ َ َ . ‫أ َت َي ْت عبادَك الصال ِحي ْن‬ َ ِ َ َ ِ ّ
Maksud :

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam

perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. SOLAT WITIR Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil. Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar. Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud : “Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat” Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan salamnya ialah 6 salam. NIATNYA

‫أصلي سنة الوتر ركعتين/ ركعة ل تعالى‬ َ َ َ ّ ً َ ْ َ ِ ْ َ َ ْ َ ِ ْ ِ َ ّ ُ َّ ُ ِ
.Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala Adapun doa yang dibaca sesudah solat witir ialah :

‫سبوح قدوس ربنا رب الملئكة والروح اللهم إنك عفو تحب العفو ، فاعف عني‬ َّ ُ ْ َ َ ْ ّ ِ ُ ّ ُ َ َ ِّ ّ ُ ّ ِ ْ ّ َ ِ َ َِ َ ْ ّ َ ََّ ٌ ْ ّ ُ ٌ ْ ُّ
Maksudnya : “Yang diucapkan Maha Suci bagiNya, Yang Maha Suci, dan Tuhan kami, malaikat dan roh. Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku” Atau bacalah doa ini :

. ‫اللهم ِنا نسألك إيمانا دائما ، ونسألك قلبا خاشعا ونسألك ِلما نافعا ، ونسألك يقينا صادقا‬ ً ِ َ ً ْ ِ َ َ َُْ َ َ ً ِ َ ً ْ ‫ّ ُ ّ إ ّ َ َُْ َ ِ ْ َ ً َ ِ ً َ َ َُْ َ َ ْ ً َ ِ ً َ َ َُْ َ ع‬ ْ ، ‫ونسأُك عمل صالحا ، ونسألك دينا قيما ، ونسألك خيرا كثيرا ، ونسألك العفو والعافية‬ َ َ ِ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ َُ ْ َ َ ً ْ ِ َ ًْ َ َ َُ ْ َ َ ً ّ َ ً ْ ِ َ َُ ْ َ َ ً ِ َ ً َ َ َ ‫َ َ ْ َل‬ ْ‫ونسأُك تمام العافية ، ونسألك الشكر على العافية ، ونسألك الغناء عن النا ِ . اللهم ربنا ت َبل‬ ّ ‫َ َ ْ َ ل َ َ َ َ ْ َ ِ َ ِ َ َ ْ َ ُ َ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ ِ َ ِ َ َ ْ َ ُ َ ْ ِ َ َ َ ِ ْ ّ س ّ ُ ّ َ ّ َ َق‬ ََ ْ َ َ ‫منا َلتنا وصيامنا وقيامنا وتخشعنا وتضرعنا وتعبدنا َتمم تقصيرنا يا ال يا ال يا أرحم‬ َ َ ََ ْ ِ ْ َ ْ ّ َ‫ِّ ص َََ َ َِ ََ َ َِ ََ ََ َ ّ ََ ََ َ ّ ََ ََ َّ ََ و‬ ّ ‫ُ ََ َ ْ ِ َ ْ ِ ِ ُ َ ّ ٍ َ ََ ِ ِ َ َ ْ ِ ِ َ ْ َ ِ ْ َ َ ْ َ ْ ُ ِ ر‬ ‫الراحمين . وصلى ال على خير خلقه محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد ل َب‬ ّ َ َ ِْ ِ ّ .‫العالميْن‬ َ ِ َ َْ
Maksudnya : “Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Atau baca doa ini :

‫اللهم إنك عفو تحب العفو ، فاعف عني ، اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك‬ َّ ُ ْ َ َ ْ ّ ِ ُ ّ ُ َ َ ِّ ّ ُ ّ . ‫والنار‬
Maksudnya : “Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka”

SOLAT SUNAT TASBIH Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali. Kaifiat melakukan solat tasbih : Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. CARA MENGERJAKANNYA : Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini : 1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudia membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua. 2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut. Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat. NIATNYA

َ َ َ ِ ِ ْ َ َ ْ َ ِ ْ ِ ْ َ ْ َ ّ ُ َّ ُ ‫أصلى سنة التسبيح ركعتين ِل تعالى‬
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala. TASBIH YANG DIBACA IALAH :

‫. سبحان ال والحمد ِل ول إله إل ال وال أكبر ول حو َ ول قوة إل بال العلي العظيم‬ ِ ْ ِ َ ْ ّ َِ ْ ِ ِ ّ ِ َ ّ ُ َ َ ‫ُ ْ َ َ ِ َ ْ َ ْ ُ ِ َ َ ِ َ َ ِ ّ ُ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ ْل‬
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful