You are on page 1of 1

SINOPSIS TARIAN

Gadis Melayu bermain seremban,
Pandai menari berdondang sayang,
Tarian Melayu kami persembahkan,
Warisan peninggalan nenek moyang.

Bermula dengan beralun lenggok gemalai, langkah tersusun masuk tarian Zapin menggambarkan
bila mana si gadis yang merajuk dek ditinggalkan sang kekasih dan telah patah hati untuk
menerima cinta dari sang pemuda. Namun, hakikat cinta tidak mampu di tepis oleh naluri sang
gadis kerana sang pemuda kekasih hatinya sekadar menduga kesetiaan dan memujuk rayu dan
mempersilakan si gadis menyusun gerak indah nan tertib. Gerak tari Inang memaparkan sang
gadis telah memaafkan kekasih hatinya dan menyambut semula cinta sang pemuda sambil
menjunjung budi, menyanjung adat dan menghurai seribu tanya di sanubari, memikat senyuman
di hati. Si teruna dan dara mula membina semula mahligai cinta dan akhirnya mereka bersatu di
dalam gerak Joget bagi meraikan cinta yang bertandang ke hati.