You are on page 1of 2

Tarian Zapin

Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini
ialah tari zapin. Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini
dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak gerakan bunga
tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor
dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan
perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal
daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut. Dari perspektif sejarah
perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.
Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu
sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat
di negeri Johor.

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi
sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran.
Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir
daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi
tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa
persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka
sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak
tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping
meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau
daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.Tarian
Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.
INFO

KEBAIKAN MENARI DARI SUDUT KESIHATAN

1. Dapat memperkuatkan tulang- menurut kajian Glasgow Caledonian University menari dapat
meningkatkan kepadatan tulang.
2. Meningkatkan keseimbangan tubuh-Para pengkaji di Washington University menemui bahawa
tarian merupakan salah satu cara yang dapat membantu meningkatkan keseimbangan pesakit
yang menghidap penyakit Parkinson.
3. Menghindar Diabetes – percaya atau tidak tarian merupakan satu latihan kardiovaskular terbaik
yang membuatkan tubuh badan berpeluh lalu dapat membantu mengurangkan berat badan
seterusnya mengurangkan risiko penyakit ini.