You are on page 1of 8

Apakah dia Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan
jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada 4 aras yang
berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan
yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di
bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di
bahagian paling atas.
ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga
membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan,
makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi
kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai,
biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.
ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 dalam Piramid Makanan. Makanan
ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran
dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contohnya pisang,
nenas, limau, kobis, sayur manis dan sebagainya.
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 dalam Piramid Makanan. Makanan
ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Contoh kekacang
adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang
merah.

Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan
dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan
vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4
Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang
perlu dimakan. Pengambilan lemak berlebihan akan mendatangkan obesiti

Pemakanan
Pemakanan ialah jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan. Terdapat lima
kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang iaitu:
Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi Kumpulan sayur-
sayuran dan buah-buahan Kumpulan susu dan hasil
tenusu
kumpulan daging,ayam,telur, ikan dan kekacang
Kumpulan minyak,lemak dan gula

Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang
diperlukan oleh tubuh kita. Bagi memastikan tubuh kita mendapat semua nutrien yang
diperlukan, kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan
kadar yang sesuai. Jumlah makanan yang perlu diambil bagi setiap kumpulan
hendaklah berasaskan kepada piramid makanan




Kepentingan Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu bagi memastikan fungsi tubuh
badan dalam keadaan baik. Antara kepentingan pengambilan makanan yang seimbang
ialah:
KARBOHIDRAT
Fungsi : membekalkan tenaga bagi kegunaan badan
PROTEIN
Fungsi :
o komponen utama kebanyakan enzim dalam badan
o diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran
o digunakan untuk mengganti tisu-tisu yang rosak
o komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit
LEMAK
Fungsi :
o membekal tenaga dan haba kepada badan
o disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan lemak
simpanan ini akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan
o berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan
o membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu
persekitaran yang terlalu sejuk
MIKRONUTRIEN
Mironutrien terdiri daripada vitamin dan mineral.
Vitamin dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu vitamin larut air dan vitamin
larut lemak.
Vitamin larut air ialah vitamin B dan C. Vitamin larut lemak pula ialah vitamin A,D,E
dan K. Contoh garam mineral ialah kalsium, natrium, zat besi, iodin, zink dan florida.
FUNGSI:
o meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis penyakit.
o sebagai bahan pelawas.


Latihan
Soalan 1
Piramid makanan ialah …….
A) Carta yang menunjukkan jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil oleh
seseorang individu
B) Carta yang menunjukkan jumlah makanan yang tidak perlu diambil oleh seseorang
individu
C) Carta yang menunjukkan jenis makanan yang perlu dimakan seharian oleh seseorang
individu
D) Carta yang menunjukkan jumlah tenaga yang perlu diambil oleh seseorang individu

Soalan 2
Apakah contoh makanan yang terdapat dalam aras 2 dalam piramid makanan?
A) Ayam goreng
B) Mi goreng
C) Kek coklat
D) Sup sayur

Soalan 3
Berapakah jumlah sajian yang perlu diambil dalam kumpulan makanan daging, ayam,
telur, ikan dan kekacang?
A) 6 – 11 sajian sehari
B) 2 – 5 sajian sehari
C) 2 – 3 sajian sehari
D) Kadar yang sedikit

Soalan 4
Antara berikut yang manakah padanan nutrien yang betul mengikut aras dalam piramid
makanan?
A) Aras 1 – Protein, tiamina, niasin, dan zat besi
B) Aras 4 – Vitamin A, D dan E
C) Aras 3 – Vitamin A (karotin) dan vitamin C
D) Aras 2 – Tiamina, niasin, riboflavin dan zat besi

Soalan 5
Ali mengalami gejala kaki dan tangan mengecil serta perut buncit. Ali juga mengalami
proses pembesaran dan perkembangan mental yang terencat. Apakah penyakit yang
mungkin dialami oleh Ali?
A) Marasmus
B) Beri-beri
C) Anemia
D) Kwashiorkor


ARAS 1
Menyatakan jenis makanan dalam setiap aras piramid makanan.
ARAS 2
Menjelaskan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan berasaskan
piramid makanan.
ARAS 3
Merancang contoh sajian makanan seimbang.




kesan
Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan tubuh badan memperolehi
gizi yang tidak seimbang.
Kekurangan nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan menyebabkan pelbagai penyakit
seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket.
Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit Kwasyiorkor iaitu gejala seperti perut
buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, dan badan lemah.
Skurvi pula adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C dimana tubuh badan akan lemah
dan sentiasa mengalami sesak nafas serta gusi membengkak dan mudah berdarah.
Hal ini adalah pembawa kepada serangan sakit jantung serta tekanan darah tinggi dan
strok. Akibat pengambilan garam yang berlebihan pula akan menyebabkan ginjal gagal
berfungsi.
Bagi individu yang mengambil kuantiti makanan terlalu banyak pula lebih berpotensi untuk
menghadapi masalah kegendutan seterusnya akan menyebabkan diabetis, darah tinggi,
kanser juga berpotensi berlaku Diabetis melitus apabila aras glukosa berlebihan daripada
julat normal (kencing terdapat dalam darah manis