You are on page 1of 1

LAPORAN JAWATANKUASA PENGANGKUTAN

Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan telah dijalankan pada 4 Oktober 2013 bersamaan hari
Jumaat di Malacca International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Seminar ini telah di
kelolakan oleh Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, PISMP Ambilan Januari 2010,
Semester 8 yang melibatkan 7 unit iaitu Pendidikan Khas 1, Pendidikan Khas 2, Pendidikan
Khas 3, Pendidikan Khas 4, Pendidikan Khas 5, Pemulihan 1 dan Pemulihan 2 seramai 138
orang guru pelatih.
Jawatankuasa Pengangkutan bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan perjalanan
guru pelatih ke lokasi seminar yang telah ditetapkan. Jawatankuasa telah melakukan tempahan
kenderaan IPG Kampus Perempuan Melayu iaitu sebuah bas dan Coaster. Bagi menampung
jumlah guru pelatih yang terlibat, jawatankuasa pengangkutan juga telah memohon kebenaran
pihak Jabatan Hal Ehwal Pelatih, IPG KPM untuk guru pelatih menggunakan kenderaan sendiri
bagi setiap unit pada hari seminar dijalankan. Setiap unit diberi kebenaran untuk membawa 2
buah kereta persendirian yang berdaftar bagi melancarkan lagi perjalanan guru pelatih semasa
pelaksanaan seminar.
Pada hari pelaksanaan seminar, semua guru pelatih yang menjadi peserta Seminar
Penyelidikan Kajian Tindakan bertolak ke lokasi pada pukul 6.30 pagi. Tiada sebarang kekangan
atau kemalangan perjalanan dilaporkan dan semua peserta seminar pulang ke kolej kediaman
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka pada pukul 6 petang. Aktiviti seminar ini telah berjaya
dihadiri oleh semua guru pelatih yang terlibat.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh,
…………………………………………
(FARAH WAHIDAH BINTI ROSLAN)
Jawatankuasa Pengangkutan ,
Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan 2013.