You are on page 1of 4

PROJEK TAMAN SENSORI

DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) JAN 2014
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS (IPIK) CHERAS


Tujuan
Menggalakkan bakal guru pendidikan khas untuk memanfaatkan taman sensori sebagai medium
latihan untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran terapi.
Objektif
1. Meningkatkan kemahiran berkebun di kalangan bakal guru pendidikan khas
2. Melatih kemahiran terapi sensori (deria bau, rasa, lihat, dengar dan sentuh) di kalangan
bakal guru pendidikan khas
3. Melatih sifat tekun dan sabar di kalangan bakal guru pendidikan khas
4. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan manfaat taman sensori
5. Mengkomersialkan hasil tanaman secara kecil-kecilan sebagai sumber membantu
pemeliharaan taman sensori
Projek
Projek ini melibatkan pembinaan taman sensori yang dinamakan sebagai “Activate Your Sense”.
Taman sensori ialah taman terapi yang dapat merangsang deria manusia seperti bau, rasa,
sentuhan, penglihatan dan pendengaran melalui stimulus daripada bau, warna dan tekstur
persekitaran taman.
Taman sensori mempunyai beberapa kelebihan untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti:
1. Menyediakan ruang untuk terapi sensori integrasi
2. Menggalakkan interpretasi terhadap rangsangan dengan lebih baik dan terkawal
3. Menyediakan persekitaran yang natural dan kondusif untuk terapi
4. Mewujudkan persekitaran yang seronok untuk mengalakkan penglibatan
Contoh pelan taman sensori ini digambarkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.


Rajah 2
Rajah 1
Maklumat pengusaha
Ketua projek: Nurul Atiqah Binti Johari
Ahli:
1. Siti Nasuhah Binti Razman
2. Izzatie Binti Mohamed Khiri
3. Aifa Afeeqa Binti Jamilan
4. Mazidah Hasanah Binti Muhajir
5. Nur Shafiqah Binti Abdul Hadi
6. Nur Fatehah Binti Mohd Shukri
7. Aiisyah Binti Sairi
8. Norsyamimi Binti Rusli
Bahan
1. Kegunaan perkebunan
 Anak pokok
 Baja tanah
 Baja kompos
 Tanah semaian
 Kayu untuk kegunaan menanam pokok menjalar
 Pagola

2. Hiasan taman

 Cat warna dan berus cat
 Thinner
 Sabut kelapa
 Kulit kerang untuk hiasan
 Penutup botol
 Buluh

3. Tanaman

 Bunga kantan
 Serai
 Terung
 Kacang botol
 Kacang panjang
 Pandan
 Hati-hati
 Semalu
 Janggut Tok Adam
 Aloe Vera
 Kucai
 Daun kesum

Peralatan
 Pasu
 Cangkul
 Serampang tangan
 Penyiram air
 Sekateur
 Sudip tangan
 Pencakar
 Motor air
Penutup
Bantuan membiayai kos bahan dan peralatan amat di harapkan untuk membantu pembinaan
taman sensori ini. Dengan adanya kemudahan bahan dan peralatan, pembinaan taman sensori
dapat dijalankan dengan lancar dan lebih efisien.