You are on page 1of 18

SOALAN 1

Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
menjadi satu cabaran kepada sistem pendidikan negara. Bincangkan
akibat perkembangan TMK kepada ibubapa, sekolah, guru dan pelajar.

Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sistem pendidikan
merupakan perkara yang tidak dapat dihalang lagi pada dunia sekarang. Dunia
semakin maju dengan pelbagai perubahan telah dapat dilihat dan dirasai oleh
semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana,
Malaysia merupakan sebuah negara yang menuju ke arah satu negara maju
selaras Wawasan 2020. Oleh itu, Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada
gelombang perkembangan teknolongi maklumat dan konumikasi dalam sIstem
pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk
mencapai pendidikan bertaraf dunia. Hal ini dibuktikan lagi dengan
penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pendidikan di Malaysia sedikit sebanyak memberikan kesan positif dan negatif
kepada semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, guru dan pelajar. Kesan
positif lihat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dapat kita kepada
ibu bapa ialah ibu bapa dapat mengikuti perkembangan prestasi anak – anak
mereka dengan lebih cepat dari masa ke semasa. Sebgai contoh, pada masa
sekarang terdapat sistem seperti pihak sekolah dapat menhantar maklumat
kepada ibu bapa melalui sistem pesanan ringkasa sahaja. Sistem seperti
secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa menerima segala
perkembangan anak-anak mereka walau dimana mereka berada setiap masa.
Sistem ini amat sesuai digunakan kerana pada masa sekarang setiap individu
dewasa sudah mempunyai sekurang- kurangnya satu telefon bimbit.
Di samping itu, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga memberi
peluang kepada ibu bapa untuk sama-sama membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku apabila ibu
bapa menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di
rumah untuk kegunaan anak mereka. Selain membantu anak mereka ibu bapa
juga turut memperolehi keuntungan apabila mereka juga turut sama boleh
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang diperolehi daripada
penggunaan alatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kerana
sesetengah ibu bapa menganggap teknologi itu penting.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang risau tentang penggunaan
peralatan teknologi itu sendiri. Sebenarnya, persediaan dan penerimaan ibu
bapa terhadap perkembangan dan pengaruh teknologi dalm kehidupan
seharian dan proses P & P bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang
positif. Menurut Zorainawati Wati abas (1991), terdapat tiga jenis kerisauan
yang dihadapi oleh ibu bapa dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya
rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka merasakan
tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang tinggi dan
ada ibu bapa yang risau sekiranya sekolah mengarahkan anak mereka yang
tidak tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan
penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah
bagi mereka menolak terus perubahan.
Dengan penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan ibu bapa akan
menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail.
Melalui e-mail mereka boleh mendapat segala maklumat dengan cepat
walaupun di rumah. Hal ini akan menyebab ibu bapa malas untuk berinteraksi
dengan guru di sekolah. Apabila kurangnya interaksi ibu bapa dan guru maka
perkembangan pelajar akan kurang menapat perhatian seterusnya
menyumbang kepada kemerosotan prestasi seseorang pelajar.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga
membantu pihak sekolah dalam melancarkan pengurusan sekolah-sekolah
berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala
data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan
komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya.
Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudah-
kan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat
dilakukan oleh pihak sekolah.
Sebagai tambahan, sekolah-sekolah juga boleh turut menganjurkan
program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu
berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) khusus untuk para
pelajarnya. Hal ini dapat membantu pelajar – pelajar menguasai alatan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Selain itu pihak sekolah juga harus
berusaha sedaya upaya untuk menyediakan sebanyak mana kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di sekolah agar komputer yang
sedia ada dapat digunakan oleh semua pelajar secara serentak kerana dapat
membantu guru dan murid menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lancar.
Masalah yang akan dihadapi oleh pihak sekolah sekiranya penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ialah daripada segi kewangan bagi
menyediakan segala alatan berkenaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini disebabkan segala
oleh kos untuk membeli setiap alatan agak tinggi dan mahal. Akibat daripada
masalah ini alatan yang disediakan oleh sedikit sehingga terpaksa membuat
giliran penggunaan setiap alatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
yang terdapat disekolah. Pada kebiasaanya, pelajar-pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diberi
keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk
menggunakan kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain alatan
sesetengah sekolah juga gagal menyediakan guru-guru dan juruteknik yang
berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
usaha memastikan kelancaran. Oleh sebab itu, segala perlatan yang digunakan
gagal diselenggara dengan baik seterusnya mengganggu perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Bagi pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pendidikan kepada guru ialah guru boleh menggunakanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Faktor utama yang mempengaruhi pendidikan
sejak beberapa dekat yang lalu ialah teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
telah menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru
mengajar. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan
dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada
pelajar secara berkesan.
Melalui penggunaan alat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan
lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti
powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan
tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses
pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas
dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak
akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Di samping itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
oleh guru ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan
adanya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya
tertumpu kepada teknik kuliah sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti
pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) .
Melalui penggunaan alat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta
mendalam mengenai sesuatu subjek. Sebagai contoh penggunaan internet
sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan
dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat - maklumat dapat terus di
akses kedalam sistem.
Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam pendidikan di Malaysia kepada guru juga mempunyai kelemahannya.
Antara kelemahannya ialah seorang guru memerlukan masa yang banyak bagi
menyediakannya termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta
untuk memasang bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan
bilangan waktu mengajar yang banyak oleh seorang guru sehingga sesetengah
guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 33 waktu seminggu,
adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan
juga untuk memasang bahan mengajar di makmal komputer ataupun kelas.
Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar
yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru data,
setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan
seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-
kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk
melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan
bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet
dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa
berjam-jam.
Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) memerlukan masa yang lama kerana
penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya
membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya
membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri
sendiri . Bahan-bahan pengajaran atau dalam teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) juga menitik beratkan kepelbagaian kecerdasan pelajar,
keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang teliti dan masa
yang lama dalam menyediakan pembelajaran tersebut.
Disamping itu, kaedah mengajar dengan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) masih terbatas kerana tidak semua guru telah
dilatih dan mahir dalam penggunaannya. Proses pengajaran teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) menuntut guru mempunyai kemahiran tertentu
dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-
kurangnya menggunakan Powerpoint dengan bahan-bahan seperti rakaman
suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak
semua bahan pengajaran telah tersedia untuk digunakan terus. Dengan adanya
kemahiran komputer, guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam
subjek masing-masing dan kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan, dengan
demikian peralatan-peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah-sekolah
tidak menjadi gajah putih yang hanya digunakan untuk membuat soalan-soalan
peperiksaan.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pendidikan juga membantu membentuk seorang pelajar yang mempunyai
perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu agar dapat
menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah yang lengkap dengan
teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung
berupaya untuk memperkasakan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam kalngan pelajar. Langkah tersebut membantu
generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) selain merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar
dengan pelajar di bandar.
Selain itu, dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
pelajar akan diterapkan dengan pembelajaran bercorak kendiri. Melalui
pembelajaran bercorak kendiri ini pelajar diberi akses kepada sumber
pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari. Oleh itu, pelajar mempunyai motivasi untuk
memajukan diri sendiri dalam pendidikan kerana diberi peluang untuk
menetukan sendiri segala keputusan yang dibuat dengan bimbingan oleh guru.
Manfaat lain yang diperolehi daripada kesan daripada penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua
pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar
oleh guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid
dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses
pengajaram dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil
daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.
Di samping itu juga, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam pendidikan memberi impak yang negative kepada pelajar
khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapat
menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara
itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka
tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu
yang sebenar. Misalnya, bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang
mempunyai tahap kognitif yang rendah, mereka akan mengetahui sesuatu itu
seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalaman itu
dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal
ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui
pengalaman mereka di sekeliling.
Selain itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
memberi impak yang buruk kepada pelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah.
Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guru-guru di sekolah boleh
menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampaui batas umur
mereka. Sebagai contoh, bahan pronografi yang banyak tersebar di dalam
internet dan juga laman „youtube‟. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan
terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul
kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh sebab itulah pelajar kini dapat
mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru
perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakan yang lain
tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.
Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet
tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu,
medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan
semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang
maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya
pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah.
Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet.
Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya
dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.
Kemudahan yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan
memberi keburukan kepada pelajar.
Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi
dalam pendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari
oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka ‟copy-paste‟ maklumat yang
dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak
pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya
maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh
seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar
maklumat tersebut. Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan
nilai murni yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.
Sebagai kesimpulan,teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah
digabungkan dalam pendidikan sebagai satu daya usaha ke arah menyemai
dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.
Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan bermaksud menggunakan
teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Integrasi
TMK dalam bidang pendidikan merupakan perkara yang penting dan
memerlukan sokongan serta usaha yang sepenuhnya di antara sekolah, guru,
pelajar, ibu bapa dan pihak luar. Semua warga sekolah mesti menerima
perubahan dan fenomena TMK yang semakin hari semakin penting di sekolah.

Sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan,
para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan
inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem
teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat
persediaan yang rapi baik dari segi mental ( berfikiran terbuka, positif dan
sanggup menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar,
berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan
ABM dengan pengetahuan dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat
yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran
Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari (2008): Keperluan tenaga abad
ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan
secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai
sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D),
teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga
dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati
diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif,
dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk
realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan
pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya
pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna
teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya
dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan
masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan
pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih
ini.



RUJUKAN
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (2006), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia/ 176
 Syed Ismai Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2013) Guru dan
Cabaran Semasa , Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor.
 http://perkembanganictdimalaysia.blogspot.com/2009/12/teknologi-
maklumat-dalam-pendidikan.html dilayari pada 20 Julai 2014
 http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-
pembelajaran/ dilayari pada 21 Julai 2014
 http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348 dilayari pada
23 Julai 2014



AHMAD ZUHAIRI BIN ASLI
PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011
EDU3093 [GURU DAN CABARAN SEMASA]
SOALAN 1 : Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) menjadi satu cabaran kepada sistem pendidikan negara. Bincangkan
akibat perkembangan TMK kepada ibubapa, sekolah, guru dan pelajar.

Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sistem pendidikan
merupakan perkara yang tidak dapat dihalang lagi pada dunia sekarang. Dunia
semakin maju dengan pelbagai perubahan telah dapat dilihat dan dirasai oleh
semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana,
Malaysia merupakan sebuah negara yang menuju ke arah satu negara maju
selaras Wawasan 2020. Oleh itu, Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada
gelombang perkembangan teknolongi maklumat dan konumikasi dalam sIstem
pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk
mencapai pendidikan bertaraf dunia. Hal ini dibuktikan lagi dengan
penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Perkembangan teknologi dan maklumat di dalam bidang pendidikan ini
mempunyai kesan yang positif dan juga kesan negatif yang tersendiri terutama
sekali kepada mereka yang terlibat di dalam sistem pendidikan di Malaysia ini
termasuklah ibubapa, sekolah, guru dan juga murid. Untuk mengupas kesan
positif yang pertama ini ingin saya mulakan kupasan kesan positif
perkembangan teknologi dan maklumat ini kepada ibubapa terlebih dahulu.
Antara kesan positif yang dapat dilihat hasil daripada perkembangan teknologi
dan maklumat ini kepada ibubapa ialah ibubapa lebih mudah untuk mengakses
dan mendapatkan maklumat mengenai rekod prestasi, rekod disiplin, rekod
kesihatan dan juga rekod ko-kurikulum anak-anak mereka di sekolah. Ibubapa
kini tidak perlu bersusah payah untuk menghadirkan diri ke sekolah semata-
mata untuk menyemak rekod prestasi anak mereka selain penglibatan dan
pencapaian anak mereka di sekolah. Hanya dengan melakukan semakan dan
pemerhatian di atas talian ibubapa kini sudah mampu mengakses segala
maklumat dan data yang mereka perlukan. Yang terbaru pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan satu sistem yang direka khas untuk
memenuhi kapasiti ibubapa, guru dan sekolah yang selari dengan arus
kemajuan teknologi tanpa wayar ini iaitu sistem “Frog VLE”. Sistem Frog VLE
ini direka khas bagi tujuan pendidikan. Kepentingan sistem “Frog VLE” ini
kepada ibubapa ialah ibubapa mampu untuk mengakses data anak mereka
secara atas talian selain mengikuti perkembangan yang terbaru mengenai
aktiviti sekolah, kalender tahunan sekolah, notis peringatan dari skeolah serta
maklumat penting yang diperlukan untuk menghubungi pihak sekolah dan
sebagainya. Hal ini turut menjimatkan masa ibubapa kerana ibuabapa boleh
mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dalam tempoh masa yang
singkat walau di mana juga mereka berada. Selain itu ibubapa boleh berhubung
secara terus di alam maya dengan pihak sekolah jika terdapat sebarang
kekeliruan dan pertanyaan yang melibatkan sekolah. Oleh yang demikian,
penipuan maklumat seperti rekod prestasi pelajar yang sebelum ini
disampaikan secara manual oleh pelajar kepada ibubapa dapat dielakkan
dengan adanya sistem “Frig VLE” ini.
Perkembangan teknologi maklumat ini turut melibatkan pihak yang paling
utama di dalam sistem pendidikan kita hari ini iaitu institusi sekolah itu sendiri
selaku pusat penyebaran ilmu dan tumpuan masyarakat. Antara kesan positif
yang dibawa oleh arus pemodenan teknologi maklumat ini ialah ianya
membantu pihak sekolah terutamanya dalam aspek pengurusan maklumat.
Semua data dan maklumat berkaitan sekolah, staf akademik, staf pentadbiran
dan juga maklumat peribadi murid kini lebih terurus dan selamat di dalam
simpanan pengkalan data. Kaedah untuk mengakses setiap maklumat juga
menjadi lebih cepat dan efisien. Tiada lagi penggunaan fail-fail dan kertas yang
memakan ruang dan belanja yang besar untuk tujuan penyimpanan seperti
sebelum ini. Hal ini sekali gus menjimatkan wang pihak sekolah untuk membeli
fail dan kertas yang diperlukan untuk tujuan penyimpanan maklumat seperti
sebelum ini. Secara tidak langsung menyahut seruan dunia di dalam kempen
sayangi alam sekitar di mana penggunaan kertas yang banyak menyumbang
kepada penebangan hutan untuk tujuan pembuatan kertas dan sebagainya.
Selain itu, rangkaian jalinan pihak sekolah semakin luas dengan adanya
perkembangan dari aspek teknologi dan maklumat ini. Apa yang saya
maksudkan di sini ialah pihak sekolah kini lebih mudah berinteraksi dengan
pihak kementerian dan pihak sekolah lain sama ada diperingkat tempatan
mahupun diperingkat antarabangsa. Jalinan perhubungan ini membantu
menambahbaik mutu pendidikan dengan adanya perkongsian maklumat dan
data yang boleh digunakan untuk tujuan kajian dan pembangunan serta
mempertingkatkan lagi kualiti pentadbiran sekolah melalui perkongsian
maklumat ini.
Kesan positif perkembangan teknologi dan maklumat ini turut memberi
kesan kepada guru. Jika diperhatikan perbezaan cara pengajaran guru pada
zaman dahulu berbanding guru yang menggunakan kemudahan dan
perkembangan ICT ini sangat jauh berbeza. Guru sekarang yang
memanfaatkan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini lebih berjaya
dalam mewujudkan suasanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
menarik dan berkesan. Penggunaan alat multimedia seperti slaid tayangan
“power point” dan juga media interaktif lain sangat membantu guru dalam
mencapai objektif pembelajaran yang dirancangkan. Guru yang menggunakan
kemudahan teknologi maklumat ini juga akan lebih kreatif dalam merangka P&P
mereka supaya memberi impak yang lebih baik berbanding dengan teknik
pengajaran tradisional. Teknologi maklumat sangat membantu guru
menjimatkan masa dalam merancang sesebuah P&P itu kerana banyak bahan
yang sedia ada telah disediakan oleh pihak kementerian yang digubal selari
dengan kurikulum yang diajar di sekolah. Oleh itu guru kini tidak lagi perlu
berjaga sehingga lewat malam semata-mata untuk menyediakan bahan
pengajaran untuk esok hari. Guru yang bijak mengambil manfaat daripada
teknologi maklumat ini akan mampu mengolah bahan yang dari sumber
pelbagai menjadi satu sesi P&P yang menarik. Hal ini sekali gus menarik minat
pelajar untuk terus mendalami isi pengajaran guru tersebut.
Pihak yang terakhir yang terkesan daripada perkembangan teknologi
maklumat ini adalah pelajar itu sendiri selaku klien utama di dalam sistem
pendidikan ini. Kesan positif yang dapat dilihat hasil perkembangan teknologi
dan maklumat ini kepada pelajar ialah pendedahan kepada ICT pada usia yang
muda. Pada suatu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat rendah kesedaran dan
penguasaan terhadap ICT ini. Pada tahun 2013 statistik menunjukkan kadar
buta huruf dan teknologi maklumat (IT) dalam kalangan rakyat negara ini
termasuk golongan muda didapati masih tinggi apabila seramai 74,654 peserta
program Bantuan Lesen Satu Malaysia (BL1M) gagal memperoleh lesen hanya
kerana masalah tersebut. Mereka yang merupakan sebahagian daripada
137,314 peserta yang mendaftar di bawah BL1M gagal melepasi Ujian Teori
Berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (KPP) sebanyak tiga kali seperti
diperuntukkan dalam peraturan BL1M. Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar
(SHEB), Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang terkejut dengan
perkembangan itu berkata, berikutan masalah tersebut BL1M menghadapi
cabaran besar dalam mencapai matlamat memberikan lesen motosikal kelas
B2 kepada golongan muda yang kurang berkemampuan. Oleh yang demikian,
dengan adanya pendedahan awal kepada pelajar terhadap teknologi maklumat
ini diharap mampu mengurangkan defisit statistik seperti yang dinyatakan di
atas ini.
Selain itu, pelajar yang terdedah kepada penggunaan teknologi dan
maklumat sewaktu sesi P&P akan berasa lebih seronok untuk belajar. Hal ini
adalah kerana penggunaan bahan multimedia mampu menarik minat mereka
untuk belajar. Hal ini terbukti melalui satu tinjauan yang dilakukan oleh
sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya pada tahun 2009 apabila mereka
menjalankan satu tinjauan ke atas 5 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur
dengan menggunakan seramai 300 orang murid sebagai responden. Hasil
tinjauan yang dilaporkan menunjukkan sebanyak 95% pelajar setuju bahawa
penggunaan multimedia seperti komputer dan sebagainya berjaya menarik
minat mereka untuk datang ke sekolah dan belajar. Jelas kepada kita melalui
statistik ini bahawa perkembangan teknologi maklumat itu memberi kesan yang
positif kepada para pelajar.
Namun disebalik kesan positif yang dikupas seperti di atas tidak
dinafikan masih terdapat ruang-ruang kecil yang ditinggalkan yang sedikit
sebanyak memberi kesan negatif kepada ibubapa, sekolah, guru dan murid.
Tiada satu perkara ciptaan manusia yang sempurna di dunia ini termasuklah isu
yang dibincangkan ini.
Kesan negatif yang pertama kepada ibubapa yang dapat saya kupas
ialah kebebasan dan keterbukaan oleh ibubapa untuk mengakses rekod data
dan maklumat anak mereka. Timbul isu di mana bagi setengah ibubapa yang
mempunyai kepakaran di dalam bidang ICT ini mereka mampu untuk
mengondam sistem yang disediakan ini untuk tujuan mengubah rekod sedia
ada yang dimuat naik oleh guru atau pihak sekolah. Seperti yang berlaku pada
tahun 2003 di mana pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan telah
ditangkap atas kesalahan mencuri serta mengubah maklumat dan data yang
sedia ada untuk tujuan mengubah keputusan peperiksaanya. Hal ini tidak
mustahil berlaku di peringkat sekolah jika perkara ini melibatkan ibubapa atau
ahli keluarga pelajar yang berkemahiran tinggi di dalam bidang ICT ini. Oleh
yang demikian sistem yang disediakan ini harus dipantau dan diselia oleh
mereka yang turut berkemahiran tinggi bagi mengelakkan kejadian seumpama
ini berlaku. Selain itu keterbukaan perkongsian maklumat oleh ibubapa juga
mendorong kepada penyelewengan. Hal ini di mana maklumat peribadi pelajar
disekolah boleh dikongsikan kepada pihak umum secara meluas terutamanya
melalui alat media sosial yang semakin maju pada zaman sekarang. Perkara ini
mungkin akan menjatuhkan maruah pelajar itu sendiri atau memungkin
tindakan undang-undang yang sewajarnya dikenakan atas alasan perkongsiaan
maklumat peribadi tanpa kebenaran.
Bagi pihak sekolah pula, kesan negatif yang paling besar dapat kita
kenalpasti adalah dari segi kewangan dimana sekolah dan pihak kementerian
terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk menyediakan fasiliti dan
prasarana ini bagi menyokong sistem yang dibina ini. Hal ini mungkin jika dilihat
dari sudut berbeza menyebabkan pembaziran yang besar untuk menyediakan
fasiliti yang bertaraf antarabangsa semata-mata untuk merealisasikan impian
pembangunan teknolgi maklumat dalam bidang pendidikan. Tidak cukup
dengan modal yang besar untuk pembinaan prasarana ini pihak sekolah
terpaksa menanggung beban penyeliaan dan pengurusan kesemua aset ini
memandangkan kesemua aset ini adalah tertakluk di bawah akta
perbendaharaan kerajaan. Jika dilihat pada petikan dan keratan akhbar yang
lepas pasti kita akan temui petikan berita mengenai kecurian yang berlaku di
sekolah. Kebanyakkan kecurian pecah masuk yang melibatkan sekolah
selalunya akan menyasarkan bangunan makmal komputer dan sebagainya. Hal
ini adalah kerana prasarana pembangunan teknologi maklumat ini memerlukan
mesin atau peralatan yang mahal dan bernilai tinggi seperti komputer, modem,
monitor, dan juga LCD. Kesemua ini menjadi sasaran yang menguntungkan
kepada mereka yang tidak bermoral dan bertanggungjawab ini. Bagi setiap
kecurian dan kerosakan harta benda kerajaan ini pihak sekolah perlu
bertanggungjawab kerana peralatan tersebut adalah di bawah selian pihak
sekolah.
Cabaran paling besar adalah kepada guru. Kesan negatif yang paling
utama dalam aspek perkembangan teknologi maklumat ini dikatakan jatuh
dibahu guru kerana guru adalah golongan yang terpaksa mengdokong dan
merealisasikan setiap perancangan dan cita-cita kerajaan ini. Dengan adanya
sistem “Frog VLE” ini beban kerja guru kini tidak habis di sekolah semata-mata
namun bersambung hingga ke rumah. Mengapa saya berkata demikian adalah
kerana di sekolah bidang tugas utama guru adalah menyampaikan ilmu
pengetahuan di dalam kelas melaksanakan program yang telah diatur dan
dirancang oleh panitia atau pihak sekolah. Namun dengan adanya “Frog VLE”
ini dimanakah ruang dan peluang guru untuk melaksanakan tugasan tambahan
ini iaitu memasukkan markah serta mengemaskini data murid yang mencecah
beratus orang? Jelas di sini sistem ini hanya menambah beban kerja guru yang
terpaksa dibawa pulang ke rumah untuk disiapkan.
Walaupun secara teorinya sistem “Frog VLE” ini nampak sempurna
namun realitinya adalah sangat berbeza. Sistem itu sendiri dibina dengan
masalah yang besar. Apakah masalah yang saya katakan itu? Masalah yang
saya maksudkan di sini adalah kelemahan sistem “Frog” itu sendiri dalam
menampung penggunaan yang besar diseluruh Malaysia. Sistem ini melibatkan
satu negara bermakna ianya memerlukan satu pengkalan data yang cukup
besar dan pusat yang sangat canggih bagi memastikan setiap guru di Malaysia
mampu mengakses sistem ini secara serentak pada satu-satu masa. Realiti
yang wujud adalah guru sukar untuk mengakses ke laman utama sistem ini
pada waktu puncak disebabkan oleh kesibukkan dan kesesakkan pelayan
utama sistem ini yang tidak mampu menampung jumlah pengakses yang ramai
pada satu masa. Oleh itu kerajaan perlu memantapkan sistem itu sendiri
sebelum melaksanakannya supaya sistem ini mampu menyokong penggunaan
yang disasarkan.
Kesan negatif lain yang turut dirasai oleh guru ialah keperluan untuk
menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat ini. Bagi
sesetengah guru lama mereka agak terkebelakang di dalam penggunaan
teknologi ini. Oleh itu guru perlu sentiasa berusaha untuk berada satu langkah
di hadapan pelajar supaya keyakinan guru untuk berhadapan dengan pelajar
meningkat dan tidak mudah diperkotak katikan oleh murid. Seperti yang kita
sedia maklum ada sesetengah pelajar yang lebih terkehadapan berbanding
guru di dalam aspek ini. Oleh itu kerajaan melalui kementerian perlu merancang
dan mengadakan lebih banyak kursus dan seminar bagi meningkatkan ilmu
guru-guru berkenanaan.
Yang terakhir sekali adalah kesan negatif kepada pelajar. Kesan negatif
kepada pelajar yang dapat saya ketengahkan kesan daripada kemajuan dalam
bidang teknologi dan maklumat ini ialah dengan adanyanya dunia maklumat
tanpa sempadan ini pelajar lebih mudah terdedah kepada bahan-bahan negatif
seperti pornografi dan sebagainya. Sesetengah pelajar menyalahgunakan ilmu
kemahiran dan juga kemudahan yang ada ini untuk melayari laman web yang
terlarang. Ini merupakan satu perkara yang perlu diambil berat kerana ianya
mampu membawa kepada permasalahan sosial kelak.
Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet
tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu,
medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan
semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang
maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya
pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah.
Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet.
Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya
dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.
Kemudahan yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan
memberi keburukan kepada pelajar.
Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi
dalam pendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari
oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka ‟copy-paste‟ maklumat yang
dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak
pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya
maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh
seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar
maklumat tersebut. Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan
nilai murni yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.
Akhir sekali apa yang dapat saya simpulkan bahawa kemajuan di dalam
bidang teknologi maklumat ini memberi seribu satu faedah dan juga keburukan
kepada kita semua. Tiada satu perkara ciptaan manusia yang sempurna di
dunia ini. Namun ini bukanlah alasan untuk mengabaikan arus pemodenan dan
perkembangan teknologi maklumat ini. Semuanya bergantung kepada kita,
pengguna itu sendiri samada membawa perkara ini ke arah kebaikkan ataupun
keburukkan kerana sistem itu sendiri adalah ciptaan manusia jadi kita jugalah
yang seharus dan selayaknya mengawal perkara baik dan buruk itu.