You are on page 1of 3

REFLEKSI TUGASAN BMM3013E

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan berkat
dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek yang telah diamanahkan kepada saya
bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 7 ini. Tugasan in telah saya terima pada 19 Julai
2014 iaitu pada sesi Interaksi yang kedua bagi Semester 7 ini.

Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap
pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Pengajian Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah / BMM3013E. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan
Puan Hajah Norehan Bt. Muhamad selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini.
Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini.

Saya telah mendapat penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu
diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan dan kajian kes yang berkualiti dan menepati
elemen-elemen yang dinilai. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan, panduan
dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain daripada itu, saya
juga merujuk pada rakan-rakan guru yang lain agar tugasan yang saya laksanakan ini tidak
tersasar dan menepati apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Saya memulakan tugasan
saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya dapat menjalankan tugsan ini dengan
lebih sistematik.

Sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang
berguna yang telah saya perolehi apabila saya membat rujukan dari buku-buku, jurnal-jurnal
dan juga rujukan di internet. Saya dapat melihat tentang betapa pentingnya seorang guru
menggunakan pendekatan dan teknik yang sesuai bagi menarik perhatian dan minat murid
terhadap apa yang dipelajari.

Tugasan kali ini memerlukan saya untuk mengkaji kandungan kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah bagi aliran perdana dan pendidikan khas bagi mendapatkan persamaan dan
perbezaan dalam kedua-dua kandungan kurikulum tersebut. Banding beza yang dibuat telah
dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran i-Think. Secara tidak langsung saya juga telah
mendapat info yang berguna berkaitan peta pemikiran i-Think. Mungkin sebelum ini saya hanya
melihat dan membaca info berkaitan peta i-Think. Tapi setelah menyelesaikan tugasan ini saya
dapati, peta i-Think dapat membantu guru dan murid menyusun maklumat yang diperolehi
dengan lebih mudah. Penggunaan peta i-Think juga mampu membina pemikiran yang kreatif,
kritis dan inovatif di kalangan guru dan murid.

Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya sepanjang tempoh saya
menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang lebih senior dan
lebih berpengalaman dalam pengajaran kemahiran bahasa. Selain daripada itu, rujukan
daripada buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya. Alhamdulillah,
dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat
saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga
telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan proses pelaksanaan
kemahiran mendengar dan bertutur, merancang aktiviti yang bersesuaian dan penyediaan
bahan bantuan pengajaran yang sesuai untuk pengajaran kemahiran berbahasa.

Semasa menjalankan tugasan ini, perkara yang amat terkesan kepada saya ialah
semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik terkini bagi
matapelajaran Bahasa Melayu Pendidikan Khas. Alhamdulillah, proses PdP telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan murid-murid telah menunjukkan minat dan komitmen yang
tinggi sepanjang aktiviti dijalankan. Bagi murid pendidikan khas, pendekatan dan teknik seperti
muzik dan gerakan sememangnya mampu memberi suntikan motivasi untuk mereka belajar
dalam suasana yang menyeronokkan.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu
yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini dari mula
hingga akhirnya terutamanya kepada Pn. Hajah Norehan selaku pensyarah pembimbing bagi
semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-
rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang
perlu saya pikul. Tanpa bantuan dan bimbingan dari semua, tidak mungkin saya mampu
menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Semoga tugasan saya ini
juga dapat memberi info dan maklumat kepada mana-mana individu yang memerlukannya.
Terima kasih sekalung budi kepada semua.

Disediakan oleh: