You are on page 1of 1

Badan Kehakiman / Judicial

Badan Kehakiman merupakan badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini
terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada
Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan
130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung,
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah
Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang
dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada
Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di (Semenanjung) manakala,
Mahkamah Adat/Negeri di (Sabah dan Sarawak). Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi
membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan
mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah
tersebut.

Pelantikan Hakim
Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar
Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun
keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.