You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 24 Orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 9 Mac 2014
Masa : 9.30 pagi 10.30 pagi
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat:
i. Menyebut 5 daripada 12 kata nama am tentang
perayaan di Malaysia.
ii. Bercerita tentang perayaan di Malaysia
berdasarkan gambar yang diberikan.
iii. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi
dan penghayatan yang sesuai tentang babak ketika
perayaan di Malaysia.
Hasil Pembelajaran : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca atau dialami.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan
dan intonasi yang baik dan jelas.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran Lisan
Sistem Bahasa : Kata Nama Am
Ilmu : Kebudayaan, Pendidikan Sivik
Nilai : Bekerjasama, Kreatif, Berani
Kemahiran Bertnilai
Tambah (KBT)
: Kemahiran Berfikir
Kemahiran Belajar
Kecerdasan Pebagai
Pengetahuan Sedia
Ada
: Murid pernah menghadiri rumah terbuka pelbagai perayaan di
Malaysia.
Bahan Bantu
Mengajar (BBM)
:


LANGKAH/M
ASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN
Induksi Tayangan Video 1. Murid ditayangkan video
tentang suasana suatu perayaan
di Malaysia.
2. Murid dibahagikan kepada 3
kumpulan.
3. Setiap kumpulan memiliki murid
berbilang bangsa.
4. Guru mengaitan isi pelajaran
pada hari ini dengan tangan
video dan mnyatakan tajuk yang
akan dipelajari.

Langkah 1 Gambar Bercantum

Kata Nama
Hari Raya
Ketupat
Rendang
Meriam
Lemang
Tahun Baru Cina
Tarian naga
Ang Pow
Cheongsam
Yee Sang
Deepavali
Pelita
Kolam
Maruku
Saree

1. Setiap kumpulan diminta untuk
menyusun semula cantuman
gambar perayaan.
2. Setiap kumpulan diberi satu
sahaja gambar perayaan.
3. Gambar yang berjaya di susun
kemudiaannya dilekatkan di
papan putih dihadapan kelas.
4. Seterusnya, setiap kumpulan
diminta untuk menghantar wakil
dan setiap wakil diminta untuk
memadankan kata-kata nama
barang yang melambangkan
perayaan masing-masing.

Langkah 2 Bercerita Spontan 1. Murid diminta untuk bercerita
tentang perayaan kumpulan
masing-masing dihadapan kelas.
2. Murid hendaklah memasukkan
barang yang telah dikelaskan
oleh mereka tentang perayaan
kumpulan masing-masing dalam
penceritaan mereka.
3. Murid diberi masa 2 minit untuk
menyampaikan cerita mereka.
Langkah 3 Lakonan Berbilang
Bangsa
1. Setiap kumpulan diminta untuk
membuat cabutan babak.
2. Murid diminta untuk membina
cerita dan mempersembahkan
cerita dengan penuh
penghayatan, intonasi dan
sebutan yang betul berdasarkan
babak yang telah dipilih.
3. Murid diberi masa 3 minit untuk
bersedia.

Langkah 4 Pengukuhan dan
Pemulihan
1. Murid diminta untuk meyediakan
rangka karangan bebas tentang
perayaan di Malaysia dalam
kumpulan.
2. Murid yang pandai diminta untuk
menyediakan sebuah karangan
tentang perayaan di Malaysia.
3. Murid yang lemah diminta untuk
membina 10 ayat tunggal dan
majmuk tentang perayaan-
perayaan di Malaysia.

Penutup Soal Jawab dan
Rumusan.
1. Guru menyoal murid tentang
nilai-nilai yang dipelajari pada
hari ini.
2. Guru merumuskan tentang

kepelbagaian kaum
menyumbang kepada
kepelbagaian adat dan budaya
di Malaysia.