You are on page 1of 2

9

AMIRUDDIN KHAKIM BIN FANANI D20081032164



3.0 REFLEKSI MIKRO TEACHING
3.1 KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah
ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar
seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian
akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada
penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid.
Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan
murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian
guru berkenaan isi pelajaran.

3.2 KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah
ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan
rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang
digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil
untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu
terjejas.
10

Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru
didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru
kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat
mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu
murid dengan lebih dekat.

3.3 LANGKAH MENGATASI
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah
ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas.
Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu
diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap
bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan
melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat
membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid,
atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu
dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

You might also like