You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat

PANITIA MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
Tel/Faks : 04-
4236466 sksglayar.ppdkmy@gma
il.com

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL 4/ 2012
Tarikh : 14 OKTOBER 2012
Hari : Ahad
Tempat : Bilik Wawasan
Kehadiran : Semua Guru Panitia Matematik (12 orang)
Turut Hadir: : Puan Azizon bt Husain (PK Pentadbiran)
Kehadiran :
1. Pn Sabariah bt Haji Osman - (Ketua Panitia- Pengerusi)
2. Pn. Harishah Bt Ishak- Setiausaha
3. En. Azizan B. Rejab
4. Pn. Habsah Bt Mahamud
5. Pn. Kaushar Bt Abdul Hadi
6. Pn. Katijah Bt Win
7. Pn. Mazliza bt Abd. Majed Shikh
8. Pn. Normah Bt Haji Mohamad
9. Pn. Nur Ruwaida Bt Mohd Saad
10. Pn. Rosnah Bt Saidin
11. Pn. Siti Aminah Bt Daud
12. En. Wan Zakariya Bin Wan Othman

Agenda:

I. Ucapan Pengerusi
II. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke tiga.
III. Perkara Berbangkit
IV. Perbincangan Profesionalisme
V. Hal-hal lain.


AGENDA

I. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT (Pn. Sabariah Bt Haji Osman)

1. Beliau mengalu-ngalukan kedatangan dan mengucapkan terima
kasih kerana semua AJK terutama guru Penolong Kanan Pentadbiran ,
Puan Azizon bt Husain kerana dapat menghadiri dan meluangkan masa
untuk hadir pada mesyuarat kali ke empat ini.

2. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah
menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2012. Beliau
juga berharap prestasi ini dapat di teruskan dengan lebih cemerlang
pada tahun hadapan. Beliau berdoa semoga keputusan UPSR juga
terutamanya matapelajaran Matematik akan meningkat pada tahun ini .
Ucapan terimakasih juga di tujukan untuk guru tahun enam
memandangkan segala usaha yang telah di curahkan untuk
meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini.
Tindakan: Semua guru Matematik


II. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

3. Cadangan mengesahkan minit oleh : Puan Kaushar Bt Abd Hadi
Disokong oleh : Puan Siti Aminah Bt Daud

III. PERKARA BERBANGKIT

4. KSSR dan SPPBS
4.1 Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi SPPBS sebelum 30 haribulan
Oktober 2012. Pengerusi mengingatkan semua murid perlu melepasi Band 4
kecuali murid yang berada di kelas Linus ataupun murid yang mengalami
masalah kehadiran sahaja.

4.2 Kursus Dalaman KSSR Tahun 3.
4.2.1 En Wan Zakariya membentangkan bahan-bahan yang diperolehi dari kursus
dalaman yang telah di hadiri untuk pengajaran P.Matematik untuk tahun 3
pada 2012.

4.2.2 Puan Pengerusi meminta semua guru Matematik faham di dalam
melaksanakan KKSR walaupun belum mengajar di kelas KSSR kerana ianya
adalah dasar kerajaan.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.3 Guru yang terlibat dalam KSSR perlu memastikan semua fail KSSR di simpan
ditempat yang selamat dan senang untuk di rujuk bila ada pemantauan oleh
Jabatan. Buat masa sekarang bilik KSSR terletak di sebelah Kelas 1A. Oleh itu
semua fail KSSR mulai Tahun 1 hingga 3 -2013 dan dokumen berkaitan dengan
KSSR akan ditempatkan di bilik tersebut. Pihak pengurusan juga telah bersetuju
untuk menambah rak untuk menempatkan fail yang berkaitan.

4.4 Penaksiran perlu dibuat mengikut masa dan kesesuaian iaitu sebanyak 4 kali
taksiran iaitu bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober. Kaedah taksiran ini akan
berterusan untuk tahun hadapan. Oleh itu semua guru perlu memasukkan data
prestasi murid secara online pada tarikh yang telah di sebutkan di atas.

Tindakan : Guru KSSR

1V. PERBINCANGAN PROFESIONALISME
5. Perbincangan aktiviti tahunan untuk Panitia Matematik Tahun 2013.

5.1 Semua guru di minta memberi cadangan aktiviti panitia untuk tahun hadapan.
Semua cadangan perlu di sampai ke tangan setiausaha panitia selewat-
lewatnya 18 hb Oktober 2012.

5.2 Ketua Panitia perlu menghantar Perancangan Strategik 2013 dan Carta
Gantt pada 30 hb Oktober 2012..

Tindakan : Semua guru

6. Peruntukan alatan P&P.

6.1 Peruntukan yang di berikan kepada Panitia Matematik telah habis di gunakan
seperti yang di beritahu oleh Puan Nizli. Oleh itu peralatan yang belum belum di
beli akan di usahakan pada tahun hadapan.

6.2 Pengerusi mengingatkan semua peralatan Matematik perlu di simpan di dalam
Bilik Matematik sahaja. Peralatan yang di pinjam perlu di rekodkan.

6.3 Semua guru boleh mencadangkan peralatan yang sesuai untuk di gunakan
pada tahun hadapan kepada Puan Harishah.


Tindakan : Semua guru

7. Analisa/ PostMortem Peperiksaaan Akhir Tahun
7.1 Guru perlu memasukkan markah secara online sebelum atau pada 30 hb
Oktober 2012. Sebelum itu guru perlu memeriksa kertas jawapan murid dengan
teliti supaya murid berada di kelas mengikut prestasi mereka.
7.2 Analisa Post Mortem juga perlu dibuat dan dihantar pada 1 hb November
2012 dan di serahkan kepada Setiausaha iaitu Puan Harishah untuk di failkan.
Tindakan: Semua guru

8. Buku Semarak Cuti

8.1 Buku Semarak Cuti perlu di sediakan oleh guru Matematik setiap kelas.
Anggaran kos adalah sebanyak RM2.50 . Guru boleh berjumpa dengan Pn
Noraini bt Omar berkaitan hal tersebut. Guru perlu menyediakan buku kerja
murid walaupun terdapat murid yang belum menjelaskan yuran mereka. Buku
tersebut perlu di edarkan pada minggu terakhir persekolahan.

Tindakan : Semua guru.

9. LINUS
9.1 Puan Habsah memaklumkan bahawa sehingga kini terdapat seramai 11 orang
untuk Linus Biasa dan 5 orang Linus Tegar di Tahun 1. Manakala untuk Tahun 2,
terdapat 7 orang Linus Biasa dan 2 orang Linus Tegar. Tiada murid Linus untuk
tahun 3.
9.2 Puan Habsah juga memaklumkan mulai 14 hb Oktober 2012, satu Saringan 3
(Tahun 1) dan Saringan 6 (Tahun 2) akan di jalankan. Guru yang terlibat perlu
menghantar data pada 22 hb Oktober 2012.
Tindakan : Guru Kelas Linus


10. Buku Latihan Tahun 2012
10.1 Penggunaan buku latihan bagi tahun 2013 adalah seperti berikut:
Tahun 1: 3 buah buku kotak sedang.
Tahun2 : 2 buah buku kotak sedang.
Tahun 3: 2 buah buku kotak sedang.
Tahun 4: 3 buah buku kotak kecil dan 1 buah buku panjang.
Tahun 5: 3 buah buku kotak kecil dan 1 buah buku panjang.
Tahun 6: 3 buah buku kotak kecil dan 1 buah buku panjang.
Tindakan : Semua guru Matematik

IV. HAL HAL LAIN.

11. Puan Azizon bt Husain mengingatkan supaya guru-guru dapat
mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran untuk tahun
hadapan dengan membuat ABM yang sesuai dan menarik minat murid
terutamanya untuk murid yang lemah.
12. Beliau juga meminta Panitia Matematik untuk mengemaskini 6 fail yang
berkaitan sebelum sesi persekolahan berakhir.
Tindakan: Semua guru Matematik

V. PENUTUP
13. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Penolong
Kanan di atas segala kerjasama dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.
Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tindakan susulan agar semua
perancangan berjalan lancar.






14. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang.


Minit dicatat oleh: Di semak oleh:


................................................... ..................................................
(PN. HARISHAH BT ISHAK) (PN. SABARIAH BT HAJI OSMAN)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Sg Layar SK Sungai Layar

Tarikh: 18 November 2012

Di sahkan oleh:


..........................................................
(TUAN HAJI ABD. SAMAD B. SALLEH)
Guru Besar
SK Sungai Layar

You might also like