You are on page 1of 11

.

Baca surah al- fatihah





.

SOLAT SUNAT TAUBAT

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk
selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah
sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi,
iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika
hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus
menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka
ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia
sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi
sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan
merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu
adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam
kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan
manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari
terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau
isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.


Masa
Waktu di lakukan bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh
tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas),
semasa Qiyamullail.
Cara melaksanakan solat taubat :

1. Niat Solat Taubat:


Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua
rakaat kerana Allah Taala.
2. Bacaan surah selepas
Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir
pada rakaat kedua,
bacalah Tasbih berikut
sebanyak 40 kali:


Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah
termasuk orang-orang yang zalim.
4. Setelah memberi
salam hendaklah
memperbanyakkan
beristighfar sebanyak 10 /
100 kali

Aku memohon keampunan Allah yang Maha


Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang
Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku
bertaubat kepadaNya.
B) Sambung baca Istighfar
Tauhid berikut sebanyak
10 / 100 kali

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha


Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang
Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba
yang banyak dosa yang tiada menguasai akan
dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat
menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Baca 3 Kali Penghulu
Istighfar:

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan


selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku.
Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam
genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia
(beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala
nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan
aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah
aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni segala dosa kecuali Engkau.
5. Baca Doa Taubat
Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar
selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada
Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar
sebagai doa..







SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali
dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap
malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam
seumur hidup.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina
Abbas bin Muththalib. Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu mampu solat tasbih
setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat
atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali . (HR. A bu Daud
dan Ibnu Majah)

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam
sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam
hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama
(lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah
tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X
4 rakaat = 300 kali.

Niat Solat Sunat
Tasbih:

Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Tasbih empat rakaat,


kerana Allah Taala
Bacaan tasbih itu
ialah :

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar
Rakaat 1
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah
dan Surah at-Takasur
15 kali tasbih
2. rukuk 10 kali tasbih
3. iktidal 10 kali tasbih
4. sujud 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud 10 kali tasbih
6. sujud semula 10 kali tasbih
7. thomatninah 10 kali tasbih
Rakaat 2
1. al-Fatihah dan Surah al-Asr 15 kali tasbih
2. rukuk 10 kali tasbih
3. iktidal 10 kali tasbih
4. sujud 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud 10 kali tasbih
6. sujud semula 10 kali tasbih
7. duduk tahiyat awal 10 kali tasbih
Rakaat 3
1. al-Fatihah dan Surah al-Kafirun 15 kali tasbih
2. rukuk 10 kali tasbih
3. iktidal 10 kali tasbih
4. sujud 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud 10 kali tasbih
6. sujud semula 10 kali tasbih
7. thomatninah 10 kali tasbih
Rakaat 4
1. al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas 15 kali tasbih
2. rukuk 10 kali tasbih
3. iktidal 10 kali tasbih
4. sujud 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud 10 kali tasbih
6. sujud semula 10 kali tasbih
7. duduk tahiyat akhir 10 kali tasbih


DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH


"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti
mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah
amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari
golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan
keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon
seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan
beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan
pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku
termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini
perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan
maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu
sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan
keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal
kepada-Mu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi
orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta
Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran,
dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha
Berkuasa."

You might also like