You are on page 1of 4

Definisi berpusatkan pelajar

Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar
iaitu :
i.
Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbanganutama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
ii.
Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara
aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.
iii.
Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.iv.Penekanan diberikan
terhadap penilaian kendiri
Syidam Abdullah, 2008. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar . Diterima daripada
http://www.scribd.com/doc/8535938/PB-Berpusat-Pelajar. pada11/01/2010.Pada 11/01/2010.
14

Kajian lepas

Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan Iskandar Shah (2003)
mendapati pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam meningkatkan
pencapaian pelajar Ahmad Najdi mendapati kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa
Arab Tinggi Tingkatan Empat meningkat dan kajian oleh Razman juga mendapati kaedah
koperatif STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai
kemahiran-kemahiran bahasa Arab komunikasi terutama kemahiran bertutur dan membaca.

Kajian dalam disiplin ilmu lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa
penggunaan pembelajaran koperatif menunjukkan dapatan yang positif (Khatijah 1997; Nor
Azizah, Siti Rahayah dan Musa 1998; Lee Siew Gek 1999; Abd. Samat 2002; Salmiah
2003;Zainun 2003; dan Effandi 2003). Kajian Nor Azizah, Siti Rahayah dan Musa (1998)
mendapati pelajar memberikan respon yang positif terhadap penerapan nilai murni iaitu
bekerjasama, kejujuran dan kerajinan dan Lee Siew Gek(1999) mendapati bahawa kaedah
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains
KBSM.

Zainun (2003) dalam kajiannya terhadap kesan PK Model STAD ke atas sikap dan
persepsi murid Tahun Lima dalam mata pelajaran Matematik mendapati bahawa Ujian t
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap pelajar terhadap matematik
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis item mengikut kategori
menunjukkan terdapat perbezaan sikap yang signifikan bagi kategori keseronokan dalam
matematik dan kategori aktiviti sosial dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan yang
signifikan bagi kepentingan/ nilai dalam matematik. Kedua-dua pelajar dan guru bersikap
positif terhadap pembelajaran koperatif. Maklumat yang didapati melalui temubual
mendapati guru menyatakan pelajar seronok dan berminat dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi pembelajran koperatif mengambil masa yang lebih panjang untuk
dilaksanakan.

Selain kajian eksperimen, beberapa dapatan lain yang dijalankan melalui kajian
tinjauan bagi menilai pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di sekolah mendapati
pelaksanaan di kalangan guru adalah sederhana. Penilaian input dan penilaian proses juga
adalah sederhana. Faktor seperti pengetahuan sedia ada guru, kursus dalam perkhidmatan
Jabatan Pendidikan Negeri, guru Pusat Sumber sekolah, perabut sekolah, kemudahan fizikal
sekolah, media pengajaran dan pembelajaran(P&P), tugas dalam perkhidmatan, penglibatan
guru-guru, pentadbir dan pelajar-pelajar mempengaruhi pelaksanaan kaedah Pembelajaran
Koperatif. (Ramlah Khalid, 2003).
Mazlan(2002) telah mengkaji amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan
kesan ke atas sikap pelajar terhadap matematik. Dapatan kajian mendapati guru-guru
berminat dan yakin menggunakan amalan PK semasa mengajar matematik tetapi amalan
aktiviti kurang memuaskan. Tiada perkaitan amalan PK antara lokasi sekolah, jantina guru
dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga mendapati dapatan min skor kelas rawatan lebih
tinggi daripada kelas kawalan dan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi trait
keseronokan, aktiviti sosial dan purata keseluruhannya
Mazlan. 2002. Amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan kesan ke atas sikap
pelajar terhadap matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia
Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran
Bahasa Arab Tinggi Tingkatan empat. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Razman Muhamad. 2001. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan
25
pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi.
Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khatijah Endut.1997. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan pembelajaran
koperatif dalam Pendidikan Islam. Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia. 1998. Penerapan nilai-nilai murni
melalui pembelajaran kooperatif dalam sains. Laporan IRPA, UKM.
Zainun Ismaun. 2003. Kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap dan
persepsi murid tahun lma dalam mata pelajaran Matematik. Projek Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia
26
Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif di
sekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia