You are on page 1of 14

0

APLIKASI TEKNOLOGI NUKLEAR DALAM PERTANIAN, MAKANAN,


TENAGA, PERUBATAN DAN KESELAMATAN SEJAGAT



SYLVARINA SOITOH
2013





TUGASAN YANG DIBENTANGKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH






1

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 2

2.0 APLIKASI TEKNOLOGI NUKLEAR 3
2.1 Bidang Perubatan 3
2.2 Bidang Pertanian 4
2.3 Bidang Teknologi Makanan 5
2.4 Keselamatan Nasional 6
2.5 Penjanaan Tenaga 7

3.0 ISU BERKAITAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR 9
3.1 Kesan Radiasi 9
3.2 Sisa Nuklear 9
3.3 Isu Keselamatan 9
3.4 Kos 10

4.0 KESIMPULAN 10

BIBLIOGRAFI 11








2

1.0 PENGENALAN
Tenaga nuklear atau kuasa nuklear merupakan satu proses eksotermik nuklear untuk
menghasilkan haba dan elektrik (Wikipedia). Tenaga nuklear dihasilkan oleh bahan yang
mempunyai sifat keradioaktifan. Keradioaktifan merupakan kesan ketidakstabilan nuklear
suatu unsur (terutamanya unsur berat yang tidak stabil) yang mereput untuk mencapai
kestabilan seterusnya membebaskan sebahagian zarah nukleus dan sinar radiasi. Terdapat
tiga jenis radiasi yang dipancarkan oleh nukleus yang mereput iaitu sinar alfa, beta dan gama
(Tro, 2007).
Sinar radiasi Ciri-ciri
Alfa
(bercas positif)
Zarah mengandungi dua proton dan dua neutron (nukleus
Helium, He) yang dipancarkan oleh nukleus atom yang mereput.
Kebolehan radiasi menghasilkan ion dalam bahan, dikenali
sebagai kuasa pengionan.
Saiz yang besar maka ia mempunyai kuasa penembusan yang
rendah dan boleh dihalang dengan sehelai kertas.
Beta
(bercas negatif)
Elektron bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh nukleus atom.
Saiz elektron lebih kecil daripada nukleus maka kuasa
penembusan lebih tinggi daripada sinar alfa dan boleh dihalang
dengan kepingan logam aluminium.
Gama
(neutral)
Photon bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh nukleus.
Merupakan radiasi elektromegnet maka kuasa penembusan
paling tinggi dan hanya boleh dihalang menggunakan kepingan
plumbum tebal.
(Tro, 2007)

Proses pereputan melibatkan pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear. Tempoh
pereputan dikenali sebagai separuh hayat. Pembelahan nuklear ialah proses pemisahan
nukleus unsur radioaktif seperti atom Uranium, U dan Plutonium, Pu kepada atom yang
lebih kecil yang dikenali sebagai hasil pembelahan. Proses ini disertai beberapa neutron dan
tenaga yang banyak. Neutron yang terhasil membolehkan tindak balas berantai berlaku.
Manakala pelakuran nuklear pula merupakan penggabungan dua nukleus atom yang lebih
kecil seperti Hidrogen, H dan Helium, He untuk menghasilkan atom yang lebih besar dan
3

tenaga. Tindak balas ini boleh menghasilkan banyak tenaga berbanding pembelahan nuklear
tanpa menghasilkan hasil sampingan radioaktif. Walaubagaimanapun, tindak balas ini tidak
dikembangkan secara komersial. Ia menjadi tumpuan para saintis memandangkan ia bersifat
bebas pencemaran (pollution-free) dan sifat yag tidak berkembang dengan cepat (non-
proliferation features) (Touran, 2013).


2.0 APLIKASI TEKNOLOGI NUKLEAR

2.1 Bidang Perubatan

Terdapat banyak kajian dijalankan untuk menggunakan teknologi nuklear sebagai kaedah
alternatif. Menurut Bhakti (2011), unsur radioaktif dan proses pereputan radioaktif
digunakan untuk mendiagnosis dan merawat penyakit. Unsur radioaktif yang berbeza
digabungkan dengan sebatian kimia atau sebatian farmaseutikal yang berbeza untuk
menghasilkan radiofarmaseutikal yang digunakan untuk mendiagnosis tahap penyebaran
penyakit. Penggunaan kaedah ini memberikan maklumat yang cepat serta memberikan
diagnosis yang tepat tentang keadaan pesakit.

Radiasi pengionan dalam dos yang kecil boleh merangsang pembentukan kanser,
tetapi radiasi yang sama iaitu sinar gama digunakan untuk merawat kanser. Radiasi
pengionan cenderung merosakkan semua sel. Namun, sel kanser lebih mudah dimusnahkan
berbanding sel normal. Oleh itu, sinar gama yang dipancarkan secara berhati-hati atau sinar-
X bertenaga tinggi pada dos yang optimum boleh digunakan untuk menghentikan
pertumbuhan kanser. Selain itu, sesetengah kanser dirawat dengan terapi radiasi yang
menggunakan pancaran proton dan neutron (Petrucci, 2011). Rawatan seperti ini biasanya
digunakan untuk merawat penyakit seperti hipertiroid, refractory lymphoma, kanser
neuroendokrin, penyakit darah dan melegakan sakit tulang akibat kanser metatarsus (Bhakti,
2011).

Sebagai contoh, Teknetium-99m (diperoleh daripada pereputan Molibdenum -99 dan
unsur ini lebih stabil) digunakan sebagai pengesan dalam badan manusia untuk mengesan
penyakit. Ia merupakan gelombang cahaya bertenaga tinggi yang membantu mengambil
gambar dalam badan. Terdapat beberapa proses pengimejan yang membolehkan bahagian
4

dalam badan dapat dilihat. Hal ini akan membantu eksplorasi pembedahan kerana ia dapat
memperlihatkan proses sebenar yang berlaku dalam badan. Berikut merupakan beberapa
kegunaan Teknetium-99m dalam pengimejan perubatan:

1. Menganalisis fungsi ginjal.
2. Mengimbas pengaliran darah ke jantung dan fungsinya.
3. Mengimbas peparu dan menguji masalah pernafasan.
4. Mengenal pasti jangkitan di bahagian tertentu badan.
5. Menyukat tahap fungsi kelenjar tiroid dan membantu menguji aktif melampau.
6. Menguji keganjilan otak seperti pengaliran darah, serangan mengejut (seizure) dan
hilang ingatan.
7. Mengenal pasti keganjilan di ginjal, esofagus dan usus.

Terdapat banyak kegunaan teknologi nuklear dalam perubatan. Ia bukan sahaja
digunakan untuk merawat tetapi juga digunakan untuk mendiagnosis keadaan pesakit.
Namun banyak implikasi yang berlaku di peringkat tertentu. Bermula daripada bahan
radioaktif dilombong, ditulenkan, bahan diperbanyak dan disediakan, pemprosesan semula,
penyimpanan sisa dan pelupusan, manusia teredah kepada implikasi kesihatan akibat radiasi
daripada bahan nuklear. Radiasi memberikan implikasi yang serius, maka sebelum tenaga
nuklear digunakan terhadap pesakit, ianya penting untuk terlebih dahulu menilai kesan
buruk rawatan tersebut.

2.2 Bidang Pertanian
Dalam bidang pertanian, radiasi membantu varieti benih baru menghasilkan lebih banyak
hasil seperti beras miracle yang telah meningkatkan penghasilan beras di Asia. Pada akhir
tahun 1980, radiasi telah mencegah bencana pertanian iaitu memusnahkan kira-kira 10
spesies serangga perosak dalam kawasan yag luas. Serangga perosak ini termasuklah lalat
buah Mediterranean dan lalat cacing skru (Nuclear Energy Institute).

Para pengkaji pertanian juga menggunakan radiasi untuk:
1. Mengembangkan beratus-ratus varieti yang mempunyai rintangan tinggi terhadap
penyakit seperti kacang, tomato, bawang, kacang soya dan barli.
5

2. Memperbaiki nilai nutrisi sesetengah tanaman, disamping memperbaiki kualiti takat
lebur atau mengurangkan masa untuk memasak.
3. Mengenal pasti bagaimana penyakit menyerang haiwan dan membolehkan
pembiakan haiwan yang mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit.
4. Menunjukkan bagaimana tumbuhan menyerap baja serta membantu pengkaji
mempelajari tempoh membubuh baja dan kuantiti baja yang diperlukan. Ia akan
mengelakkan penggunaan berlebihan, maka ia mengurangkan punca utama
pencemaran tanah dan air.


2.3 Teknologi Makanan
Sinaran radiasi terhadap makanan melibatkan pendedahan makanan kepada gelombang
pendek radiasi pengionan dalam bentuk sinar gama, sinar-X atau pancaran elektron sebagai
cara alternatif untuk pengawetan makanan. Mesin pemecut elektron (electron-accelerator)
dibina untuk menghasilkan pancaran elektron. Sumber radiasi yang biasa digunakan adalah
Kobalt-60 (
60
Co). Kuantiti radiasi yang diserap oleh makanan semasa proses sinaran radiasi
dikenali sebagai dos.
Mulvaney dan Robbins (2011) menyatakan penggunaan sinaran radiasi iaitu sinar
gama dalam dos yang rendah boleh menyekat sifat makanan seperti mengawal penunasan,
kematangan atau pemasakan, pertumbuhan kulat, serangga perosak dan mengawal
mikroorganisma. Manakala dalam dos yang tinggi ia digunakan untuk pensterilan makanan
dalam penyediaan bekalan makanan semasa penerokaan angkasa lepas atau kegunaan
hospital khususnya penyediaan makanan untuk pesakit yang mempunyai kompromi sistem
imun. Sinaran radiasi makanan merupakan proses sejuk. Ini bermakna, tiada peningkatan
suhu signifikan pada makanan semasa proses sinaran radiasi. Sebagai contoh, pada tahun
1963 di Amerika Syarikat, Food and Drug Administration (FDA) membenarkan
penggunaan sinar radiasi untuk mengawal serangan serangga pada gandum dan tepung
gandum. Sejak itu, kelulusan penggunaan dikembangkan untuk membantutkan penunasan
ubi kentang, mengawal trichinosis pada khinzir, mengawal serangga dan mikroorganisma
pada herba tertentu, rempah, perisa sayuran, penyediaan enzim kering. Selain itu, ia
digunakan dalam pembungkusan daging sejuk beku untuk membunuh bakteria.
6

Pada abad ke-21, lebih daripada 40 jenis produk makanan diradiasi telah diluluskan
oleh FDA untuk dijual dalam 40 buah negara di seluruh dunia. Makanan yang diradiasi perlu
dilabel menggunakan simbol antarabangsa yang dikenali sebagai radura yang
mengandungi frasa treated with radiation atau treated with irradiation". Walaupun
dalam industri makanan penggunaan sinaran radiasi masih rendah kerana mahal dan
keengganan pengguna menerimanya, ia mempunyai potensi untuk berkembang. Hal ini
kerana, sinaran radiasi membolehkan makanan dapat disimpan lebih lama, mengelakkan
pembaziran dan kehilangan bekalan makanan disebabkan pemusnahan oleh serangga
perosak. Perkembangan pada masa hadapan dalam pensterilan dilihat boleh membawa
kepada perkembangan jenis produk yang boleh disimpan tanpa penyejukbekuan. Ledakan
penyakit bawaan makanan (food-borne illness) oleh bakteria seperti Salmonella, Shigella,
Champylobacter, Yersina dan Escherichia coli telah meningkatkan tarikan terhadap
penggunaan sinaran radiasi terhadap makanan untuk mengelakkan penyakit bawaan bakteria
tersebut merebak (Mulvaney dan Robbins, 2011).

Mulvaney dan Robbins (2011) menyatakan makanan yang diradiasi tidak berubah
dari segi rupa, bau, rasa dan tekstur. Kehilangan nutrisi semasa proses sinaran radiasi juga
minimum dan lebih rendah atau sama dengan kehilangan nutrisi dalam kaedah memasak
atau menyejukbeku. Namun makanan yang diradiasi masih dianggap cepat rosak walaupun
hayat simpanan dipanjangkan. Walaupun kaedah ini dianggap selamat, panduan
penyejukbekuan dan pengendalian makanan dengan baik masih perlu dipatuhi.

2.4 Keselamatan Nasional
Setiap negara mempunyai hak untuk membangunkan teknologi nuklear untuk tujuan
keamanan dan keselamatan. Namun apa yang dibimbangi, Negara tersebut menjadikan hak
tersebut sebagai kepura-puraan untuk membangunkan senjata nuklear. Senjata nuklear
termasuklah bedil, meriam dan senjata api.
Senjata nuklear digunakan untuk melindungi sesebuah negara daripada ancaman
keselamatan. Hak untuk mempunyai senjata nuklear menjadi persoalan menarik kepada
sesiapa yang merasa terancam dengan kuasa dunia semasa atau bagi golongan yang bercita-
cita tinggi. Contohnya, Amerika Syarikat (AS) muncul untuk mengundurkan diri tetapi pada
hakikatnya mereka membangunkan lebih banyak senjata nuklear dengan alasan
7

kebimbangan dan ketidakpercayaan terhadap negara lain. Dalam konteks ini ia menjadi
sukar dilaksanakan oleh AS dalam usaha menentang negara lain untuk membangunkan
senjata nuklear kerana negara lain akan memberikan alasan yang sama.
Teknologi senjata nuklear dianggap bertujuan untuk mengekalkan kestabilan
antarabangsa. Kemungkinan pada firasat yang ideal, kebanyakan masyarakat dunia ingin
melihat semua negara menggencat senjata nuklear namun dalam realiti politik ia dianggap
memakan diri sendiri. Persaingan membangunkan senjata nuklear dilihat sukar untuk
dielakkan. Perundingan antara negara yang membangunkan senjata nuklear penting untuk
mencapai persetujuan. Perundingan perlu diadakan untuk mencapai masa depan yang aman
dan persetujuan dapat diterima umum. Tetapi bagi mencapai kehendak ini perubahan besar
dalam polisi sejagat memerlukan tahap persahabatan dan kepercayaan antara negara. Secara
ironik, keperluan untuk kestabilan antarabangsa digunakan sebagai persoalan untuk
pengurangan senjata nuklear dan perkembangan senjata yang cepat (Anup, 2011).
Selain itu, AS juga menggunakan tenaga nuklear untuk melancarkan satelit
ketenteraan. Tenaga nuklear dignakan untuk menghasilkan tenaga haba bagi membolehkan
peralatan dalam satelit berada pada suhu yang dikehendaki. Ketenteraan AS menggunakan
satelit komunikasi dan satelit pantau Bumi untuk memajukan sistem keselamatan dan
menjamin keselamatan negara tersebut. Satelit tersebut berfungsi untuk mengintip,
mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan pesawat, stesen lancer peluru
berpandu serta memusnahkan peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi AS (Syakila,
2013).

2.5 Penjanaan Tenaga
Peningkatan berterusan keperluan tenaga dalam kalangan masyarakat moden telah
membawa santis dan jurutera untuk mengembangkan cara mengawal dan menggunakan
tenaga yang dibebaskan oleh tindak balas nuklear.

Tindak balas nuklear digunakan oleh sesetengah negara untuk menjana tenaga
elektrik bagi keperluan masyarakatnya seperti Jepun, Israel, Korea, Taiwan dan Perancis.
Kebanyakan stesen jana kuasa nuklear menggunakan tindak balas pembelahan nuklear untuk
menghasilkan tenaga elektrik yang bervoltan tinggi. Terdapat beberapa jenis sistem jana
kuasa nuklear yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik iaitu:
8

Jenis stesen jana kuasa Ciri-ciri
Reaktor Nuklear Pereputan
235
U memancarkan neutron untuk memulakan
tindak balas berantai yang menghasilkan kuasa kira-kira
100kW.
Pengaliran elektron dalam reaktor nuklear dikawal atur
untuk memastikan haba dihasilkan cukup untuk
mendidihkan air, kemudian menghasilkan stim. Stim
bertekanan tinggi digunakan untuk memutarkan turbin dan
tenaga elektrik dihasilkan.

Light-Water Reactor Rod bahan api mengandungi isotop yang boleh mengalami
pembelahan nuklear (
235
U) dalam bentuk stabil dimasukkan
ke dalam kolam penyejuk yang memindahkan haba yang
dijana daripada tindak balas pembelahan ke sistem
penyejuk sekunder.
Tenaga haba digunakan untuk menghasilkan stim untuk
menghasilkan tenaga elektrik.
Heavy-Water Reactor Menggunakan Deuterium (
2
H) atau Deuterium oksida, D
2
O
kerana lebih efisien untuk mengurangkan penggunaan
235
U
sebagai bahan api.
Pembiak Nuklear
(Breeder Reactor)
Merupakan reaktor pembelahan yang menghasilkan bahan
bakar boleh belah (fissionable fuel) melebihi bahan bakar
yang digunakan.
Tindak balas keseluruhan menukarkan
238
U kepada
239
Pu
yang dijadikan bahan bakar reaktor nuklear.
(Averill dan Eldredge, 2007)

Tenaga nuklear juga digunakan oleh agensi kerajaan AS iaitu National Aeronautic
and Space Administration (NASA) untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kapal
angkasa yang digunakan untuk meneroka permukaan planet Marikh. Yaziz (2012)
menyatakan tenaga tersebut terhasil daripada teknologi nuklear yang dikenali sebagai
Penjana Termoelektrik Radioisotop (Radioisotope Thermoelectric Generator RTG). Haba
akan terhasil dari penyusutan radioisotop
238
Pu dan digunakan sebagai sumber tenaga.
9

Tenaga elektrik yang terjana digunakan bagi menjalankan motor kapal angkasa dan
memastikan suhu peralatan saintifik yang dibawa berada pada paras yang dikehendaki.
Kamarulzaidi dan Daliza (2012) menyatakan Malaysia juga melihat kewajaran
penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif menggantikan minyak bagi menjana elektrik
menjelang tahun 2020. Walaupun terdapat beberapa sumber alternatif seperti biodiesel,
biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro tetapi tenaga nuklear
dilihat alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam. Penggunaan
tenaga nuklear lebih menjimatkan dalam jangka masa yang panjang, selain bahan
buangannya boleh diproses semula untuk menjadikannya bahan bakar hidrogen bagi
kegunaan kenderaan.

3.0 ISU BERKAITAN PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

3.1 Kesan Radiasi
Unsur radioaktif yang merupakan sumber zarah bertenaga tinggi adalah sangat merbahaya.
Walaubagaimanapun, kesannya tidak ketara kerana kuantiti tenaga yang dimendapkan dalam
tisu per masa pereputan agak kecil. Kesan kerosakan tidak jelas namun kesannya dapat
dilihat bertahun-tahun kemudian. Kerosakan kesan radiasi terhadap organisma boleh
dikelaskan kepada kerosakan soma dan genetik. Kerosakan soma boleh menyebabkan
penyakit atau kematian. Kesannya dapat dikesan serta merta jika dos radiasi yang besar
diterima. Bagi dos yang kecil, kerosakan boleh dikesan bertahun kemudian biasanya dalam
bentuk kanser. Manakala kerosakan genetik pula ialah kerosakan pada jentera genetik pada
sel pembiakan, menyebabkan masalah yang biasanya dihidapi oleh anak organisma tersebut
seperti mutasi (Zumdahl, Zumdahl dan DeCoste, 2013).


3.2 Sisa Nuklear
Zumdahl, Zumdahl dan DeCoste (2013) menyatakan apabila atom terbelah untuk
membebaskan tenaga, atom yang lebih kecil yang tertinggal selalunya berada pada keadaan
teruja (excited states) akan memancarkan zarah bertenaga tinggi yang akan menyebabkan
kerosakan biologi. Sesetengah atom yang mempunyai separuh hayat panjang tidak mereput
10

untuk menjadi stabil dalam tempoh beratus atau beribu tahun. Bahan merbahaya ini perlu
dikawal dan disimpan di luar alam sekitar kira-kira dalam tempoh hayatnya. Pembinaan
sistem yang mempunyai jangka masa tersebut merupakan satu peranan yang
membimbangkan. Hal ini telah menjadi persoalan utama kumpulan anti nuklear.


3.3 Isu Keselamatan
Isu keselamatan tentang stesen jana kuasa menjadi persoalan utama. Sebagai contoh, seperti
yang dinyatakan oleh Touran (2013), letupan stim yang tidak terkawal boleh menyebabkan
pembebasan radiasi ke persekitaran dalam kuantiti yang tinggi. Ia boleh menyebabkan
kematian, pemindahan beratus ribu orang dari kawasan terdedah dan penyebab kanser.
Kemalangan nuklear sangat menakutkan dan hal ini menyebabkan banyak orang tidak selesa
dengan pembangunan teknologi nuklear.


3.4 Kos
Stesen jana kuasa nuklear adalah lebih besar dan lebih rumit berbanding stesen jana kuasa
lain seperti hidroelektrik dan geoterma. Terdapat banyak sistem keselamatan dibina untuk
memastikan stesen jana kuasa beroperasi dengan baik. Keadaan yang kompleks ini
menyebabkan peningkatan kos pembinaan stesen jana kuasa nuklear lebih tinggi berbanding
stesen berasaskan bahan api (plant coal). Sejurus stesen jana kuasa dibina, kos bahan api
semakin berkurang berbanding kos bahan api fosil.

4.0 KESIMPULAN
Teknologi nuklear dilihat boleh dikembangkan ke tahap optimum untuk kegunaan sejagat.
Sehingga kini teknologi nuklear digunakan dalam bidang perubatan untuk merawat
penyakit, bidang makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, bidang pertanian untuk
meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian, keselamatan sejagat untuk pertahanan
sesebuah negara, serta penjanaan tenaga elektrik untuk kenderaan dan peralatan elektrik.
Penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga lebih jimat dan mesra alam
berbanding stesen jana kuasa lain. Walaubagaimanapun ia menimbulkan pelbagai isu
11

terutamanya kesan buruk sinaran radiasi, isu keselamatan, kelemahan pelupusan sisa nuklear
dan kos permulaan untuk memajukan teknologi ini agak tinggi. Oleh itu, sebelum
membangunkan teknologi nuklear, pembangun perlu mengambil kira aspek-aspek tersebut.




















12

BIBLIOGRAFI
Anup Shah. 2011. Global issues. Social, Political, Economic and Environmental Issues That
Affect Us All: The Rights to Have Nuclear Weapons. Dipetik pada 28hb
September 2013 dari http://www.globalissues.org/issue/67/nuclear-wepons
Averil B. dan Eldredge P. 2007. Pearson International Edition. Chemistry: Priciples,
Patterns and Applications. Pearson Education. United States of America.
Bhakti Satalkar. 2011. Medical Uses Of Nuclear Energy. Dipetik pada 29hb September 2013
dari http://www.buzzle.com/articles/medical-uses-of-nuclear-energy.html
Kamarulzaidi Kamis dan Daliza Ariffin. 2007. Utusan Online: 12 ktober 2012. Dipetik pada
12hb Oktober 2013 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1112&sec=Muka_Hadap
an&pg=mh_03.htm
Mulvaney D. dan Robbins P. 2011. Green Society Towards a Sustainable Future: Green
Food. Sage Publication. Amerika Syarikat.
Nuclear Energy Institute. Food and Agriculture. Dipetik pada 12hb Oktober 2013 dari
http://www.nei.org/Knowledge-Center/Other-Nuclear-Energy_Application/Food-
Agriculture
Petucci R. H. et. al. 2011. General Chemistry: Principle and Modern Application. Edisi
Kesepuluh. Pearson Canada, Toronto. United States of America.
Syakila. 2013. Teknologi Satelit. Dipetik pada 14hb November 2013 dari
http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6129428
Touran N. 2013. What is Nuclear?. Dipetik pada 28hb Otober 2013 dari
http://www.whatisnuclear.com/articles/nucenergy.html
Tro N. J. 2007. Chemistry in Focus: A Molecular View of Our World. Edisi Ketiga.
Thomson Brooks. Amerika Syarikat.
Wikipedia. Ensiklopedia Bebas: Nuclear Power. Dipetik pada 28hb September 2013 dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_power
13

Yaziz Yunus. 2012. Unclear Engineer: Kenderaan Penerokaan Planet Marikh Guna Tenaga
Nuklear. Dipetik pada 12hb Oktober 2013 dari
http://unclearengineer.blogspot.com/2012/08/kenderaan-penerokaan-planet-
marikh-guna.html
Zumdahl S. S., Zumdahl S. L. Dan DeCoste D. J. 2013. World of Chemistry. Edisi Ketiga.
Mary Fich. Canada.