You are on page 1of 3

ISL 3- CIRI-CIRI KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI
PERPADUAN – Satu proses menyatukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota dapat membentuk satu identiti @ nilai bersama
INTEGRASI – Satu proses mewujudkan identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.
UNSUR INTEGRASI
• Integrasi wilayah..
• kurangkan jurang sosial & ekonomi atr wilayah
• Pantai Barat & Pantai Timur
Integrasi Ekonomi
• Usaha mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum dan
kumpulan etnik
Integrasi Kebudayaan
• Melibatkan usaha membentuk kebudayaan kebangsaan

KONSEP SEREGASI
Pemisahan atau pengasingan antar satu kumpulan dengan kumpulan etnik
yang lain.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan ( kawasan tempat tinggal,
persekolahan, pengankutan, dan kemudahan awam.
Didasari oleh undang – undang seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan

Segregasi
 Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan
etnik yang lain dalam sesebuah negara.
 Antaranya dari segi, kawasan tempat tinggal, persekolahan,pengangkutan
dan kemudahan awam.
 Wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar
Aparteid di Afrika Selatan dari 1948-1994

Akomodasi
 merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta
menghormati norma , nilai kumpulan etnik yg lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing.
 Di peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil
dlm bidang ekonomi ,pendidikan dan mereka saling bergantung.
Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan
etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni

Akulturasi
 Satu proses penerimaan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya
kepada budaya yang lain.
 Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan
antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan
perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya
tersebut.
 Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap
individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya,
sosial dan psikologikal.
 Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan.

Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli
kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.
Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:
(i) Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.
(ii) Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.
(iii) Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.
Cthnya: Masyarakat cina kelantan dan Baba dan Nyonya.

Amalgamasi
Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
jenis budaya dan ras baru.
Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi dgn terjadinya
perkahwinan campur.
Sebagai contoh,kumpulan etnik yang sedia ada mengamalkan perkahwinan
campur lalu membentuk satu generasi baru tanpa menuruti budaya asal
mereka.