You are on page 1of 17

1

1.0 PENGENALAN

Sepanjang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi fasa 4 ini,
satu tugasan berdasarkan subjek elektif 2 telah dikeluarkan berkaitan dengan aspek
keselamatan. Perincian bagi tugasan yang diamanahkan dapat dilihat pada halaman
judul. Oleh hal hal yang demikian, saya telah melaksanakan tugasan menerusi
pemerhatian seterusnya menjalankan pendokumentasian bertulis di Sekolah
Kebangsaan Bandar Pontian sepanjang 5 hari waktu persekolahan.
Pendidikan dapat didefinisikan sebagai mengajar dan membimbing ke arah
perolehan pengetahuan. Selain itu, pendidikan adalah satu usha yang sistematik
dan disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan
pengetahuan, nilai, sikap, dan kemahiran kepada ahlinya serta usaha
memperkembangkan potensi individu dan perubahan dalam diri manusia.
Keselamatan pula merujuk kepada kata akar “selamat”. Selamat ini merujuk kepada
situasi yang bebas daripada sebarang keadaan bahaya. Oleh hal yang demikian,
Pendidikan Keselamatan merujuk kepada proses mendidik masyarakat untuk
menghindari kemalangan dalam pelbagai situasi.
Aspek keselamatan merupakan antara perkara terpenting yang harus diberi
penekanan oleh pihak sekolah. Bagi mendukung hasrat Kementerian Pelajaran
dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi, aspek
keselamatan pelajar tidak harus diabaikan. Keselamatan merupakan tunjang kepada
keberkesanan pelaksanaan perancangan yang lain terutama yang melibatkan
aktiviti-aktiviti luar. Namun begitu, aspek keselamatan tidak hanya harus
2

dititikberatkan oleh pihak sekolah sewaktu melaksanakan aktiviti luar sahaja,
keselamatan pelajar sepanjang berada disekolah wajar diberi perhatian yang
khusus.
Pendidikan keselamatan amat penting untuk dilaksanakan. Impak terhadap
program ini amatlah luas terutama dalam menjalankan kehidupan seharian dengan
berlandaskan ciri-ciri keselamatan yang dipelajari. Antara keperluan program ini
dijalankan dapat dilihat pada rajah di bawah.

Keperluan program Pendidikan Keselamatan dijalankan.








Menyedarkan ahli masyarakat
tentang pentingnya
keselamatan.
Memberi kefahaman tentang
tanggungjawab bersama.
Menyediakan langkah-
langkah dan
persediaan tentang
pencegahankemalangan dan
bahaya.
Menyediakan sifat kepekaan
dalam apa jua situasi terutama
dalam ketikaberada dalam zon
selesa.
3

2.0 SOALAN : BAGAIMANAKAH LANGKAH KESELAMATAN YANG
DILAKSANAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEWAKTU MENGHADAPI
KECEMASAN. ADAKAH MENGIKUT PROSEDUR YANG
DITETAPKAN.
Sekolah ini tidak pernah berhadapan dengan situasi kecemasan yang besar seperti
kebakaran ataupun bergaduhan yang melibatkan pihak luar. Namun begitu, pelbagai
langkah keselamatan di buat bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai
contohnya ialah langkah keselamatan ketika menghadapi kebakaran. Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menegaskan bahawa langkah keselamatan ketika
menghadapi kebakaran adalah mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang
diedarkan oleh pihak kementerian. Walaupun tidak berhadapan dengan situasi
sebenar, langkah yang perlu diambil ketika kecemasan berlaku telah dipraktikkan
menerusi latihan kebakaran. Latiahn kebakaran telah dilakukan oleh pihak sekolah
dengan kerjasama pihak bomba pada awal tahun iaitu permulaan semester satu
persekolahan. Menerusi SOP ini, pihak sekolah dapat mengukur standard
pergerakan pelajar dan warga sekolah yang lain ketika berlaku kebakaran.
Langkah kecemasan yang diambil ketika berlaku situasi seperti luar jangka
adalah dengan mendapatkan perhatian semua warga sekolah. Hal ini kerana adalah
merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan semua warga sekolah
mengetahui situasi semasayang berlaku. Dalam hal ini, warga sekolah
harusmengetahui kecemasan apakah yang dihadapi. Oleh hal yang demikian,
menerusi tindakan pertama iaitu membunyikan loceng kecemasan sudah cukup
untuk memastikan semua warga sekolah mengetahui jenis kecemasan yang
berlaku. Hal ini turut dipraktikkanketika latihan kebakaran pada awal tahun.
Lazimnya, guru besar sendiri akan sentiasa mengingatkan setiap guru akan
sebarang kecemasan yang mungkin berlaku terutama dalam setiap mesyuarat.
Sikap cakna yang tinggi dalam diriguru besar adalah disebabkan oleh kekhuatiran
beliau jika perkara ini benar-benar berlaku memandangkan sekolah ini mempunyai
bilangan pelajar yang paling ramai di daerah pontian. Langkah keselamatan yang
diperoleh menerusi pemerhatian terhadap papan 3K sekolah dapat dilihat pada rajah
berikutnya.

4


Langkah keselamatan yang digariskan oleh pihak pentadbir apabila berhadapan
dengan kebakaran.
Loceng panjang akan dibunyikan tanpa henti
sekurang-kurangnya 2 minit.
Guru penyelaras kecemasan dan kebakaran
hendaklah segera menghubungi pihak bomba,
polis, dan hospital.
Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dihentikan dengan serta merta.
Guru mestilah mengenalpasti kecemasan atau
kebakaran dan arahkan murid-murid supaya
tenang dan tidak kelam kabut.
Tinggalkan semua buku beg atau segala peralatan
di tempat masing-masing.
Jadual kedatangan murid hendaklah dibawa
bersama oleh guru kelas atau diambil jika berada di
tempat lain.
Sebelum meninggalkan bilik darjah, pastikan semua
tingkap tertutup, suis peralatan elektrik ditutup, dan orang
terakhir hendaklah menutup pintu.
Sekiranya murid-murid berada dibilik-bilik tertentu seperti
perpustakaan, mereka hendaklah dibawa ke tempat
perhimpunan dan satukan dengan muridkelasnya.
Murid-murid hendaklah beratur dalam keadaan tenang dan
tidak berebut-rebut untuk keluar.
Guru arahkan murid-murid berjalan dengan pantas ke
tempat perhimpunan mengikut arah yang telah ditetapkan
dalam pelan yang telah disediakan.
Sekiranya laluan yang sepatutnya dilalui terlibat dalam
kebakaran, gunakan laluan lain yang terdekat dan selamat.
5



19 langkah yang ditetapkan ketika kecemasan kebakaran berlaku









6

3.0 SOALAN : SEMASA BERLAKU KECEMASAN ADAKAH PIHAK PENTADBIR
MENGAMBIL LANGKAH YANG SEWAJARNYA.
Pihak pentadbiran berusaha mengambil langkah yang terbaik dalam berhadapan
dengan situasi kecemasan seperti kebakaran. Langkah yang diambil adalah betul
bermula dengan prosedur am iaitu membunyikan loceng kecemasan, memaklumkan
kepada pihak berkuasa, dan pengurusan pelajar. Tiga langkah ini akan menjamin
kepada keselamatan ketika berlaku kecemasan.

Peraturan makmal sains yang mewujudkan kekeliruan pada nombor 7.


7

Namun begitu, terdapat sedikit langkah yang di sarankan kepada pelajar yang
menimbulkan sedikit keraguan. Hal ini dapat dilihat menerusi prosedur pengurusan
kecemasan kebakaran di makmal sains. Frasa “Jika berlaku kebakaran, janganlah
cemas. Cuba gulingkan badan anda atas lantai”. Tindakan seperti ini mampu
mengundangkan kepada bahaya yang lebih besar seperti kulit melecur sepenuhnya
serta jangkitan kuman. Hal ini kerana apabila melakukan gulingan ketika kebakaran
terutama yang melibatkan kebakaran kritikal, kulit akan melecur teruk dan kotoran-
kotoran akan melekat pada kulit badan. Langkah yang terbaik adalah dengan hanya
merendahkan aras badan. Selain daripada perkara berbangkit, saya melihat pihak
sekolah mengambil langkah yang betul dalam berhadapan dengan situasi
kebakaran.
Selain kebakaran, kecederaan juga diklasifikasikan sebagai kecemasan.
Terdapat insiden yang berlaku di sekolah ini sepanjang saya menjalankan PBS.
Situasi tersebut adalah dalam berhadapan dengan pelajar yang cedera di bahagian
muka akibat terjatuh ketika berlari. Disebabkan situasi yang terkawal dan tidak
memerlukan campur tangan pihak pentadbiran, guru yang kebetulan melalui
kawasan tersebut mengambil tindakan segera dengan membawa pelajar berkenaan
ke bilik rawatan. Di sana guru tersebut mencuci luka pelajar terbabit dan seterusnya
pelajar tersebut diarahkan pulang ke kelas. Saya melihat langkah yang diambil
adalah tepat. Selain segera melakukan rawatan, tindakan guru tersebut menyuruh
pelajar kembali ke kelas tepat kerana pendarahan yang sudah berhenti dan juga
luka yang dialami tidaklah begitu serius. Namun begitu, perkara tersebut tetap harus
dimaklumkan kepada pihak pentadbiran bagi memudahkan urusan berbangkit. Oleh
hal yang demikian, saya merasakan apabila berlaku kecemasan yang melibatkan
pelajar, pihak pentadbir harus dimaklumkan samada secara pantas ataupun lewat
mengikut situasi.
Secara keseluruhannya, pihak pentadbir telah mengambil langkah yang
sepatutnya dilakukan ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.



8

4.0 SOALAN : PELAN KECEMASAN SEKOLAH

Pelan kecemasan/kebakaran sekolah yang saya dapati di kelas-kelas adalah
tidak menarik. Untuk menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak, satu
pendekatan yang berbentuk interaktif diperlukan. Dalam hal ini, cukup hanya
memadai jika pelan tersebut ditandai dengan warna-warna bagi membezakan setiap
bangunan. Saya dapati pelan tersebut tidak menarik. Selain itu, pelan yang
diperoleh mampu mewujudkan kekeliruan dalam kalangan pelajar terutama bagi
pelajar tahap satu. Arah laluan adalah tidak berstruktur iaitu terdapat pecahan
pergerakan pada setiap aras. Kesilapan terbesar yang saya kesan dalam pelan
kebakaran ini ialah tiada penanda keberadaan. Pelan tersebut tidak menunjukkan
lokasi di mana keberadaan semasa. Lazimnya, akan terdapat penanda yang
menyatakan di mana lokasi semasa kita pada mengikut tempat pelan itu ditampal.
Kesilapan ini akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pelajar sekaligus
memungkinkan kekeliruan pergerakan jika berlaku kecemasan.
9

5.0 SOALAN : SEJAUHMANAKAH PIHAK SEKOLAH MENITIKBERATKAN
PROGRAM KESELAMATAN KEPADA MURID SEKOLAH SEMASA
DATANG DAN PULANG SEKOLAH.
Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian telah menentapkan satu prosedur khas yang
harus dipatuhi oleh setiap ibu bapa dan guru dalam memastikan kelancaran lalu
lintas di kawasan sekolah. Namun begitu, perkara penting yang terkandung dalam
peraturan tersebut adalah berfokuskankepada keselamatan pelajar. Fokus
keselamatan pelajar adalah berkaitan dengan interaksi dengan pihak luar. Oleh hal
yang demikian penekanan khusus diberi semasa pelajar pergi dan balik dari
sekolah.
Keselamatan pergi dan balik sekolah ini merujuk kepada situasi selamat yang
dinikmati oleh murid-murid semasa pergi dan balik sekolah. Fokus pihak sekolah
adalah bagi menghindari kemalangan yang melibatkan murid semasa pergi dan balik
sekolah. Terdapat 3 laluan masuk pelajar ke dalam sekolah. Oleh hal yang
demikian, pihak sekolah telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghindari
daripada berlakunya kemalangan yang melibatkan murid menerusi kawalan
keselamatan yang berterusan. Terdapat pengawal petugas di pintu masuk utama
sekolah. Di sini, tugas pengawal hanyalah memerhatikan pelajar yang datang ke
sekolah tanpa membuat sebarang kawalan lalu lintas. Berbeza dengan 2 buah pintu
masuk yang terletak di bahagian belakang sekolah, setiap pintu masuk
ditempatkanseorang pengawal lalu lintas yang diupah hasil daripada persetujuan
perbincangan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah ini. Pengawal lalu lintas
akan berada di tepi jalan setengah jam sebelum sesi persekolahan bermula dan juga
setengah jam selepas sesi persekolahan tamat. Tugas mereka adalah
memberhentikan kenderaan yang lalu lalang bagi memudahkan pelajar-pelajar yang
berada disebrang jalan melintasi dengan selamat. Pada sesi pagi, mereka ini
bertugas bermula dari jam 6.50 pagi sehingga jam 7.40 pagi. Manakala untuk sesi
tamat waktu persekolahan, mereka akan bertugas pada jam 12.30 tengah hari
sehingga jam 1.20 petang. Menerusi rutin harian seperti ini, pelajar akan lebih cakna
terhadap situasi yang selamat untuk mereka menyeberangi jalan raya justeru dapat
mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, pihak sekolah
telah berjaya mendisiplinkan murid-murid melalui peraturan di jalan raya di samping
membimbing serta menekankan amalan berhemah ketika berada di jalan raya.
10

Salah satu pintu masuk bahagian belakang sekolah

Kawalan ketika pelajar pulang dariada sekolah.

11

Keselamatan pelajar yang pulang lewat daripada waktu tugasan pengawal
tersebut tidak perlu dikhuatiri. Hal ini setiap pintu masuk telah ditugaskan seramai
seorang pengawal keselamatan untuk mengawasi setiap pergerakan keluar dan
masuk sekolah. Menerusi cara ini, keselamatan para pelajar lebih terjamin bukan
sahaja keselamatan dari aspek kemalangan, malahan keselamatan daripada kes-
kes penculikan juga dapat dielakkan.
Hubungan yang dimainkan oleh pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar amat
membantu terhadap keselamatan pelajar. Pihak sekolah membenarkan ibu bapa
menunggu anak-anak mereka di dalam kawasan sekolah. Namun begitu, terdapat
had-had kawasan yang ditetapkan. Ruang menggu tersebut amat sesuai
dipraktikkan oleh kebanyakkan sekolah di Malaysia. Selain itu, dalam menjamin
keselamatan pelajar sewaktu datang dan pulang dari sekolah, pihak sekolah tidak
hanya berfokus kepada usaha dalaman semata-mata. Pihak sekolah turut
menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa menerusi beberapa persepakatan
selain yang diperkatakan sebentar tadi. Semasa mesyuarat PIBG dan di laman
sosial sekolah, pihak sekolah ada menekankan kepada ibu bapa untuk sentiasa
mengingatkan anak-anak tentang pentingnya menjaga keselamatan diri ketika pergi
dan balik sekolah selainmengingatkan anak-anak agar sentiasa berhemah ketika
menggunakan jalan raya. Ibu bapa juga sering diingatkan supaya menasihati anak-
anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali. Kesemua
usaha ini adalah di bawah satu program khas iaitu program Keselamatan Jalan
Raya yang mempunyai perkaitan dengan subjek bahasa Melayu di bawah skop
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Kawasan ibu bapa menunggu pelajar pulang.
12

6.0 SOALAN : SEJAUHMANAKAH PIHAK SEKOLAH MEMENTINGKAN
PROGRAM KESELAMATAN KEPADA MURID MELALUI AKTIVITI, HEBAHAN,
ATAU PERINGATAN.
Mengawasi pelajar yang ramai merupakan antara cabaran dalam mencapai tahap
keselamatan yang optimum. Pelbagai langkah dan pendekatan yang digunapakai
oleh pihak pentadbiran sekolah bagi mencapai aspirasi berbangkit.
Latihan Kebakaran memperlihatkan keseriusan pihak sekolah dalam
mementingkan keselamatan murid. Latihan ini dijalankan bagi memberi gambaran
sebenar berkaitan situasi kebekaran kepada pelajar. Langkah-langkah yang
sewajarnya diambil ketika kebakaran telah diterangkan sebelum ini. Semasa latihan
ini, para pelajar turut didedahkan cara memadamkan kebakaran menggunakan alat
pemadam kebakaran dan juga kain basah. Memandangkan jumlah pelajar yang
ramai, hanya terdapat beberapa wakil pelajar sahaja yang sempat melakukan amali
memadamkan kebakaran. Berdasarkan masalah pelajar yang ramai, pihak
pentadbiran telah merancang satu program amali kebakaran khusus untuk pelajar
darjah 6 selepas mereka selesai menduduki peperiksaan ulangan.
Program Sekolahku Selamat sinonim dengan usaha peningkatan aspek
keselamatan di sekolah. Matlamat pengwujudannya adalah bagi Mewujudkan budaya
selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti
setempat. Rasionalnya pula adalah kerana aspek keselamatankerap diabaikan baik di peringkat
pentadbiran sekolah mahupun dalam kalangan ibu bapa itu sendiri. Selain risiko kanak-kanak
terdedah kepada bahaya, kurangnya kerjasama oleh pihak keluarga merupakan rasional utuh
yang membawa kepada pelaksanaan program ini.
Pihak sekolah cuba mewujudkan satu situasi yang menarik dan selamat apabila pelajar
melangkah masuk ke sekolah. Pelaksanaan program seperti ini jelas mampu mewujudkan
persekitaran sekolah yang sihat, selamat, dan menyeronokkan. Di Sekolah Kebangsaan Bandar
Pontian ini tidak hanya berfokuskan kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Pihak
sekolah telah mewujudkan pelbagai akses bagi memastikan output yang seimbang dapat
dilahirkan. Oleh hal yang demikian, menerusi program ini pelbagai aktiviti telah dirancang
termasuk memaksimumkan kawalan keselamatan menerusi pendekatan mesra pelajar seperti
larangan melepasi kawasan sekolah ketika waktu rehat menerusi aktiviti permainan kecil serta
kemudahan kantin yang selesa dan menepati citarasa pelajar.
13

Selain itu pihak sekolah melihat program yang diselia dibawah jawatankuasa 3K iaitu
kelematan, kebersihan dan keceriaan ini dapat memastikan hak setiap warga sekolah dipertahan
dan dijaga. Hal ini dapat dilihat kepada fokus utama dalam komuniti sekolah iaitu pelajar.
Sebarang perkara yang melibatkan pelajar sudah tentu dikaitkan dengan ahli keluarga. Salah satu
aspek yang ditekankan dalam program ini adalah bagi memastikan hak mereka dijaga seperti hak
pelajar untuk merasai kebebasan di belajar dengan selamat serta hak ibu bapa dalam
memastikan keadaan pelajar yang sihat serta bebas daripada ancaman sepanjang sesi
persekolah berlangsung. Pihak sekolah amat menitikberatkan objektif kedua ini kerana tugas yang
besar harus dimainkan oleh setiap warga sekolah seperti pihak pentadbir, guru, pembantu am,
dan juga pengawal keselamatan.
Seterusnya, program ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru menjadi lebih cakna terhadap pelajar-
pelajar terutama yang melibatkan pendidikan di luar bilik darjah. Contoh yang diberi
adalah menerusi subjek Pendidikan Jasmni. Menurut penyelaras program, guru
Pendidikan Jasmani diberi penekanan khusus dalam memastikan keselamatan
pelajar kerana ianya seringkali dilaksanakan di luar bilik darjah serta melibatkan
aktiviti-aktiviti yang lasak. Walaupun masih dalam kawasan sekolah, pergerakan
pelajar harus berstruktur dan terkawal.
Sebagai seorang guru PJ, garis panduan yang ditetapkan dibawah program
ini sudah lazim dilaksanakan kerana guru-guru tersebut telahpun didedahkan
dengan prosedur ataupun langkah am sebelum, semasa, dan selepas mereka
melaksanakan aktivitipengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan
pengajaran, guru harus memastikan kehadiran pelajar. Bilangan pelajar yang tidak
mencukiupi harus diambil perhatian yang serius, begitu juga dengan guru-guru yang
lain. Hal ini bagi mengelakkan adanya pelajar yang ponteng. Gejala ponteng ini
dilihat sebagai isu serius oleh pihak pentadbiran kerana ianya mampu membawa
kepada masalah luar jangka seperti kes-kes pergaduhan dan juga kes lari daripada
sekolah. Jika perkara ini berlaku, pihak sekolah berhadapan dengan situasi yang
membimbangkan terutama apabila terdapat kes-kes luar jangka. Gur harus
memastikan pelajar yang tidak hadir serta mengenalpasti punca ketidakhadiran
tersebut. Program Sekolahku Selamat turut menekankan infrastruktur serta
kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Di bawah skop tugasan guru PJ,
aspek keselamatan di padang dan gelanggang harus diberikan perhatian. Sebagai
14

contohnya, guru harus memastikan padang dan gelanggang bebas daripada objek
merbahaya seperti serpihan daripada kawasan pembinaan serta kayu dan kaca.
Perkara terpenting ialah asingkan serta letakkan barangan atau kemudahan yang
tidak boleh digunakan lagi di kawasan khusus yang sukar diakses oleh pelajar.
Peralatan yang rosak diletakkan di kawasan yang dikhaskan. Satu rekod bertulis
harus dibuat agar alatan tersebut tidakdigunakan serta membantu kepada proses
menaiktaraf asset sekolah. Sebagai contohnya tiang gol yang rosak serta tidak boleh
digunakan lagi. Hal ini akan menimbulkan bahaya jika dibiarkan di kawasan tumpuan
pelajar. Pihak sekolah tidak mahu peristiwa pelajar dihempap tiang gol seperti yang
berlaku di Pulau Pinang terjadi di sekolah ini. Penetapan peraturan khas adalah
perlu dibuat oleh guru sebelum memulakan proses pengajaran.
Semasa pengajaran berlangsung, guru perlu memberi arahan dengan jelas
kepoada murid bagi memastikan arahan dapat difahami sekaligus membawa kepada
situasi yang terkawal. Guru juga perlu memastikan murid tidak melakukan aktiviti
tanpa pengawasan guru. Sekolah ini seringkali berhadapan dengan kerenah ibu
bapa yang agak pantang melihat kecederaan pada diri pelajar. Lazimnya,
kecederaan berlaku ketika menjalankan aktiviti. Oleh hal yang demikian, murid-murid
tidak dibenarkan sama sekali membuat aktiviti tanpa pengawasan guru. Selepas
pengajaran, guru harus memastikan sekali lagi bilangan murid dan mengiring
mereka ke kelas. W@alaupun hal ini jarang dipraktikkan, namun sudah memadai
jika guru tersebut memberi arahan tegas untuk mereka terus kembali ke kelas dan
memantau dari jarah jauh sahaja. Menerusi cara ini, aspek keselamatan pelajar
dapat dijaga.
Peringatan turut diberikan samada secara langsung mahupun tidak langsung.
Lazimnya, keselamatan ketika waktu rehat amat dititikberatkan oleh guru bertugas
ketika perhimpunan mingguan. Aspek berkaitan kawasan larangan dan juga aktiviti
ketika waktu rehat sering menjadi peringatan kepada para pelajar. Selain itu, saya
juga dapat melihat aspek keselamatan cuba diterapkan kepada pelajar menerusi
peringatan-peringatan yang ditampal pada bahagian dinding-dinding ataupun papan
kenyataan. Sebagai contohnya, semasa menaiki tangga, pelajar akan melihat papan
peringatan agar berhati-hati menaiki tangga. Bukti keselamatan pelajar menjadi
fokus pihak pentadbiran juga dapat dilihat menerusi pemasangan jeriji besi di tangga
aras satu. Hal ini bagi menggelakkan kes-kes kecurian ketika tamat sesi
15

persekolahan. Selain itu, bangunan yang jarang digunakan seperti makmal komputer
dikunci bagi mengelakkan pelajar bermain-main di kawasan terse but.
Peringatan kepada pelajar agar kemalangan dapat dielakkan.
Larangan masuk terhadap penjual dan orang awam bagi mengelakkan sesuatu yang
tidak diingini seperti penculikkan.
Peraturan dn tatacara ketika bergerak keluar ataupun di kawasan pengumpulan bagi
mengelakkan situasi kelam kabut ketika kecemasan.
16

Program-program lain adalah seperti yang diterangakn sebelum ini iaitu
program Keselamatan Jalan Raya yang merupakan kesinambungan subjek
Pengajaran Keselamatan Jalan Raya. Hebahan kepada ibu bapa juga dibuat
berdasarkan program keselamatan. Antara hebahan tersebut ialah pemakaian topi
keledar bagi mereka yang menaiki motosikal. Pihak sekolah ada memaklumkan
berlaku kemalangan yang melibatkan pelajar di hadapan pintu masuk sekolah.
Walaupun kemalangan yang tidaklah begitu teruk, namun sikap ibu bapa yang tidak
memakaikan anak-anak dengan topi keledar menyebabkan pendarahan yang serius.
Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, hebahan samada secara langsung
ataupun tidak langsung dibuat kepada para pelajar sepanjang berada di sekolah dan
juga pada pihak ibu bapa. Medium utama yang menghubungkan ibu bapa dengan
guru adalah menerusi laman Facebook.
Pengasingan pelajar seperti ini ketika pembelian mampu mengelakkan pergaduhan
dan kecederaan.
17

Secara kesimpulannya, pihak sekolah amat menitikberatkan aspek
keselamatan di kawasan sekolah. Rajah di bawah merupakan antara lokasi yang
diberi penekanan oleh pihak sekolah berkaitan aspek keselamatan.




Lokasi
keselamatan
di dalam sekolah
Pintu masuk sekolah
Makmal Sains
Bengkel Kemahiran Hidup
Tempat letak kenderaan
Stor
Kantin sekolah
Tempat pembuangan sampah
Longkang dan parit
Tandas
Bilik darjah