You are on page 1of 24

TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103

1

1.0 PENDAHULUAN

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui
mulut manusia.Fonologi biasanya terbahagi kepada dua bidang iaitu fonetik dan
fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang
menitikberatkan analisis system bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa
tertentu khususnya untuk menghasilkan tulisan.
Di barat kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila
para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara
membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.
Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek
sebutan dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya.



















TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
2


2.0 FONETIK DAN FONOLOGI

2.1 Definasi Fonetik
Menurut Kamus Dewan (1996 : 354 ) fonetik ialah ilmu bahasa( linguistik ) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian
terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi
(fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi
neurofizikal.
Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan
Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di
dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik
utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Paṇini.
2.2 Konsep Fonetik
Konsep fonetik ialah :
1. Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya
2. Asas kepada kajian fonologi
3. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak
dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat
menghuraikan system bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia
dengan sempurna.




TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
3

2.3 Cabang Fonetik
Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik
akustik dan fonetik auditori.

1. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh
manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan
bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa
berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.

2. Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal
yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara.
Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram
dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik
termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

3. Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang
diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Proses
yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.
Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod
yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir
maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam
komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).











TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
4

2.4 Definasi Fonologi

Dipetik dari Kamus Dewan (1996 : 354) fonetik ialah ilmu bahasa yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Profesor Emeritius Abdullah Hassan pula mendefinisikan fonologi sebagai “mengkaji
bunyi-bunyi berfungsi di dalam sesuatu bahasa itu.” Linguistik Am untuk Guru
Bahasa Malaysia. (1993:40)
Menurut Indirawati Zahid dan Mandian Shah Omar fonologi merupakan
“subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi perlakuan dan
organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem
tersebut” (Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
dan Buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)
Dengan itu bolehlah dirumuskan bahawa fonologi adalah ilmu kaji sistem
bahasa bunyi yang mencakupi ciri-ciri bunyi, sifat dan cara keluarnya melalui sarana
yang ada dalam sistem bunyi manusia itu sendiri.

2.5 Konsep Fonologi

1. Mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa
2. Input kepada kajian linguistik tinggi iaitu morfologi dan sintaksis
3. Fonologi dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk
bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk
menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.










TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
5

3.0 PERBEZAAN BIDANG FONETIK DAN FONOLOGI

FONETIK FONOLOGI
Fenomena bunyi atau pertuturan manusia
seluruhnya.
Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.


Asas kepada kajian fonologi.

Input kepada kajian linguistik tinggi,
iaitu morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang
dihasilkan oleh manusia, tidak dapat
menghalusi segala variasi bunyi tersebut
dan tidak dapat menghuraikan sistem
bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh
manusia dengan sempurna.

Dapat merumuskan, menghuraikan
dan menjelaskan segala bentuk bunyi
dalam sesuatu bahasa secara teliti dan
terperinci dengan tujuan untuk
menentukan peraturan dan bentuk
bunyi secara spesifik.











TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
6

4.0 FUNGSI DAERAH DAN ALAT ARTIKULASI
4.1 Alat Artikulasi
Alat artikulasi hanya terdiri daripada :

1. Bibir Atas 11. Tengah Lidah
2. Bibir Bawah 12. Belakang Lidah
3. Gigi Atas 13. Akar Lidah
4. Gigi Bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Rongga Suara
6. Lelangit Keras 16. Rongga Tekak
7. Lelangit Lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak Tekak 18. Rongga Mulut
9. Hujung Lidah 19. Rahang
10. Hadapan Lidah 20. Tenggorok




TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
7

4.2 Fungsi-Fungsi Alat Artikulasi
Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah,
tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.Pembahagian ini
membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan
ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya
tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara
inilah yang menghasilkanbunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir
juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga
berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian
dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
8


Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup
atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila
dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga
mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
selaput nipis berkenaan.





TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
9

4.3 Daerah Artikulasi

1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi Bawah
5. Lelangit keras
6. Lelangit lembut

4.4 Fungsi Daerah Artikulasi

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-
bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir
juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada
rongga mulut. Sebagai contoh ialah apabila mengeluarkan bunyi [i],
keadaan bibir adalah hampar, manakala apabila mengeluarkan bunyi [u],
kedudukan bibir menjadi bundar. Jika mengeluarkan bunyi [m], aliran
udara akan disekat di bibir.
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
10


Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke
bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah
sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan.Contoh huruf ialah [t] dan [d]

Gigi
Gigi juga berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa tetapi
peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa
digunakan sebagai penampan aliran udara daripada terus keluar dengan
bebas melalui rongga mulut. Penampan aliran udara inilah yang
menghasilkan bunyi. Contoh bunyi untuk bahgian gigi ialah [č] dan [ĵ].

Lelangit
Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut yang
merupakan tulang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut.lelangit
keras ialah daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Lelangit lembut pula bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Ia merupakan bahagian lelangit paling belakang dalam
rongga mulut dan dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Lelangit lembut juga
berfungsi untuk menentukan sama ada sesuatu bunyi itu merupakan bunyi
oral atau bunyi nasal. Contohnya, huruf [n] dan [m] yang menyebabkan
bunyi sengau kerana apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut
akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Jika
menyebut huruf [b] dan [h] pula akan menyebabkan bunyi geseran kerana
apabila lelangit lembut dinaikkan, hidung akan tertutup dan udara akan
dipaksa keluar melaui rongga mulut.





TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
11






5.0 CARA PENGHASILAN BUNYI BAHASA

5.1 Bunyi Bahasa
Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator
merupakan nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik
melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir
dianggap mempunyai peranan yang terpenting. .
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari
paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri
kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat
didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi
konsonan. Tidak ada bahasa yang tidak mempunyai vokal kerana vokal
ialah nadi bunyi dalam urutan suku kata.

Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu
vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e]
,[ĕ],[i],[o],[u].

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan
dan sebutan baku (standard) iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga
vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [э] dan dua vokal belakang
iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan jenis seperti
pada rajah di bawah. .





TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
12







Rajah Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu


Hadapan Tengah Belakang
Sempit
i
u Tinggi
Separuh Sempit c o
Separuh Luas є ɔ
Bahagian Luas a ɑ Rendah

Rajah dan kedudukan pada gambar rajah tersebut menunjukkan
kedudukan mengikut bahagiannya. Bahagian-bahagian di sebelah kiri
merupakan bahagian hadapan lidah, di sebelah kanan merupakan
bahagian belakang lidah dan di tengah pula merujuk kepada bahagian
tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang
menunjukkan ketinggian lidah dinaikkan.
Dalam membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan.
Manakala bagi membunyikan vocal [a] kedudukan lidah mestilah pada
paras yang paling rendah.
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
13

Vokal Hadapan
a) [i] vokal hadapan sempit - Contoh dalam perkataan ibu, biru, ubi dan
umi.
b) [e] vokal hadapan separuh sempit - Contoh dalam perkataan elok,
kekok, kole, ekor, serong dan sate.
c) [є] vokal hadapan separuh luas - Contoh perkataan dialek Kelantan dan
bahasa pinjaman daripada bahasa inggeris seperti; esok, belok, bule,
ekpress, ekonomi dan sebagainya.

Vokal Tengah
a) [ə] vokal tengah pendek - contoh dalam perkataan seperti; emak,
sentuh,emak dan lain-lain
b) [э] vokal tengah panjang - vokal ini hadir dibelakang kata seperti; kitэ,
rasэ, gulэ.

Vokal Belakang
a) [u] merupakan vokal belakang sempit - contoh dalam perkataan; ular,
kuda, batu .
b) [o] merupakan vokal belakang separuh sempit - contoh perkataan; oleh,
boleh, solo, foto.
c) [ɔ] merupakan vokal belakang separuh luas - contoh dalam dialek
Kelantan; otak, botak, kito.
3.0 Cara Penghasilan Vokal

Vokal Hadapan Sempit / Tinggi [i]
Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampir dengan
bumbung mulut. Untuk menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses
berikut turut berlaku:
a) Bibir dihamparkan
b) Depan lidah dinaikkan tinggi hamper dengan bumbung mulut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara.
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
14

e) Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya:
i) pada awal perkataan : ikut, ipar, ikan, ibu, itu.
ii) pada tengah perkataan : biru, bila, kita, sila, sikat
iii) pada akhir perkataan : tali, beli, beri, besi, guli.
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [i]

Vokal Hadapan Separuh Sempit / Separuh Tinggi [e]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit perkara berikut
turut berlaku;
a) Bibir dihamparkan separuh sempit.
b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat gambarajah). Cohtoh
kehadiran bunyi vocal ini dalam perkataan adalah seperti berikut;
i) pada awal perkataan - ekor, elok, ela, edah, elak
ii) pada tengah perkataan - berang, heret, leper, sepet
iii) pada akhir perkataan - sate

Vokal Hadapan Separuh Luas / Separuh Rendah [є]
Untuk menghasilkan bunyi vokal separuh luas proses berikut turut berlaku
a) Bibir dihamparkan separuh luas.
b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui hidung.
e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut;
i) pada awal perkataan - elok, esok, edoh, ejek
ii) pada tengah perkataan - beso, getek, gelek, pelek
iii) pada akhir perkataan - gode, bule, ude, tule


TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
15

Vokal Hadapan Luas / Rendah [a]
Vokal depan luas ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut;
a) Bibir dalam berkeadaan hampar
b) Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal hadapan luas hampar seperti
dalam perkataan berikut.
i) pada awal perkataan - abang, ajar, asuh, adik
ii) pada tengah perkataan - satu, paku, bukan, lagu
iii) pada akhir perkataan - kita, bila, kuda, bias
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [a]

Vokal Belakang
Sewaktu penghasilan vocal belakang, alat artikulasi penting yang
berperanan ialah bahagian belakang lidah. Bentuk bibir akan menjadi
bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang.
Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang proses yang berikut harus
dilakukan;
a) Bibir dibundarkan.
a) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit
lembut.
a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal bundar [u].
Contohnya;
i) Pada awalan perkataan - ubi, usung, unta, undur
ii) Pada tengah perkataan - buka, bubur, suka, lupa
iii) Pada akhiran perkataan - satu, batu, labu, kuku, bayu
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
16


Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o]
Vokal ini terhasil apabila;
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar kerongga
mulut menggetarkan pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]
seperti dalam perkataan berikut.
i) pada awalan perkataan - oleh, otak, orang,
ii) pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak
iii) pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato

Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara kerongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ɔ] seperti dalam perkataan-
perkataan berikut. (daerah Kelantan)
i) pada awalan perkataan - olok, otok, oren,
ii) pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh
iii) pada akhiran perkataan - kito, bilo, belako





Vokal Tengah
Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vocal tengah ialah
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
17

bahagian tengah lidah. Keadaan bibir hendaklah dihamparkan bagi
menghasilkan bunyi vokal tengah (pendek) [ə]. Untuk menghasilkan bunyi
vokal tengah, proses berikut turut berlaku.
a) Bibir dihamparkan.
b) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
kerongga mulut menggetarkan pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang tengah pendek [ə]
seperti dalam perkataan berikut.
i) pada awalan perkataan - emas, emak, empat,
ii) pada tengah perkataan - penat, berat, cergas, kemas
Gambarajah Penghasilan Vokal [ə]


















5.2 Bunyi Konsonan
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
18

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ;
1. konsonan asli
2. konsonan pinjaman

KONSONAN ASLI
Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan
dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut:

1. Letupan : p, b, t, d, k, g
2. Letusan : c, j
3. Geseran : s, h
4. Getaran : r
5. Sisian : l
6. Sengauan: m, n, ny, ng
7. Separuh vokal : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli
Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b]

Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara
keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir.
Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi
itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan
ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].

Letupan Gusi [t] [d]

Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar
dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan
gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
19

bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang
dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan
pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].


Letupan Lelangit Lembut [k] [g]

Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan .
Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan
belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu
glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan
lelangit lembut bersuara.

Konsonan Geseran:

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan
untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser
dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi
ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara
tidak bergetar


Geseran Glotis [h]
Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara
ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui
sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui
ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai
vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
20


KonsonanLetusan:

Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]

Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan
lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga
tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan
tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan
bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk
letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Dalam
bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah
perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-
perkataan pinjaman.

Konsonan Getaran:

Getaran Gusi [ r ]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi ,
kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke
belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.

Konsonan Sisian:

Sisian Gusi [ l ]
Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke
bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui kedua-dua
belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman
bahasa Arab seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit
lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang
lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah.

TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
21

Konsonan Sengauan:
Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua
bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit
lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang
keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar
melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan
menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan
pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau
lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi
bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita
suara mengalami getaran.

Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari
paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.

Konsonan Senjgauan Gusi [n]
Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.

Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]
Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.

Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]
Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar.

Sengauan Gusi – Lelangit Keras [ny]
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
22

Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.Lelangit lembut diturunkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar.

Konsonan Separuh Vokal:
Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa
mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau
belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan
semasa menyembunyikan vocal lain.
Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi
vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara
keluar melaluinya.

Separuh Vokal Dua Bibir [w]
Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal
[u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin.
Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0].
Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
Separuh Vokal Lelangit Keras [y]
Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir
dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku
geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar.




KONSONAN PINJAMAN
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
23

Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v]
Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi
tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi
menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita
suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran
bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah
[v].

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]
Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah .
Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di
daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang
terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh].
Konsonan Geseran Bersuara [z]
Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan
hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang
terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z].
Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan
udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk
menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita
suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]


Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
TUGASAN PROJEK-MURID DAN ALAM BELAJAR-EDU 3103
24

Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang
yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran
bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi
geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak
digetar
5.0 REFLEKSI