You are on page 1of 34

Peranan

hormon dalam
kitaran haid


Subtopik 2
PERHATIKAN GAMBAR
RAJAH YANG DIBERIKAN
DALAM KUMPULAN,
BINCANGKAN GAMBAR
RAJAH INI MENGIKUT
KEFAHAMAN ANDA



APAKAH YANG
DIMAKSUDKAN
DENGAN KITARAN
HAID???
Kitaran haid
Kitaran haid adalah perubahan kitaran dalam
endometrium perempuan yang dikawal oleh
hormon.

Kitaran haid bagi manusia adalah kira-kira
dalam 28 hari.

Haid adalah pecahan endometrium iaitu
(lapisan dinding rahim) dan juga pelepasan
endometrium tisu dan darah melalui faraj.



Ciri-ciri kitaran haid
Terdiri daripada 4 peringkat:-
Haid
Pembentukan folikel
Ovulasi
Penebalan endometrium

Hormon yang dihasilkan
Follicle Stimulating Hormone (FSH)
Luteinising Hormone (LH)
Estrogen
Progesteron
Gonadotrophin-Releasing Hormone (GnRH)
Pituitari Grand

FSH bertindak dengan meransang pembentukan folikel. Manakala LH mengawal
ovulasi, pembentukan folikel, pembentukan corpus luteum dan pelepasan
estrogen dan progesteron.


Haid dan kitaran haid
Haid bermula apabila seorang perempuan
mencapai akil baligh (umur 11 hingga 13)

Haid adalah berkait rapat dengan kitaran
haid.

Haid bermula pada akhir kitaran haid.




Kepentingan kitaran haid
Menyediakan rahim bagi implantasi blastocyst
(embrio awal).

Hormon dalam kitaran haid sebagai pencetus
ovulasi.

Untuk memastikan pemecahan dan pelepasan
endometrium terjadi jika pesenyawaan tidak
terjadi.

Hari ke: 1-5
Haid biasanya terjadi kira-kira dalam 3 hingga
5 hari.

Dalam fasa awal kitaran haid, paras estrogen
yang rendah merencat rembesan FSH dan LH
sekaligus mengekalkan hormon ini pada
paras yang agak rendah.

Hari ke: 5-12
Apabila folikel baru dilepaskan FSH akan
meningkat.

Estrogen akan mula meningkat secara
perlahan-lahan bagi membaiki endometrium
manakala progesteron akan menurun.

LH akan dirembeskan pada hari ke-12.



Hari ke: 14
LH mencapai puncak LH.

Peningkatan daripada LH merangsang:
Ovulasi
Pembentukan corpus luteum
Merangsang corpus luteum untuk merembeskan progeste
ron dan estrogen.
Corpus luteum merembeskan sejumlah besar
progesteron dan estrogen yang lebih kecil.
Progesteron merangsang penebalan endometrium dalam
persediaan untuk implantasi blastocyst (embrio awal).


Hari ke: 15-21
Progesteron meningkat bagi persediaan
implantasi untuk menghalang FSH dan LH.

Oleh sebab itu, tiada pembentukan folikel
terjadi pada waktu ini.

Hari ke: 22-28

Jika persenyawaan berlaku, tahap progesteron
akan kekal tinggi.Perempuan tersebut akan
mengandung.

Jika persenyawaan tidak berlaku, corpus luteum
akan mula merosot kira-kira seminggu selepas
ovulasi dalam hari ke- 22 atau 23.

Kitaran haid seterusnya akan berlaku.

GAMBAR RAJAH DAN
ANIMASI: PERANAN
HORMON DALAM
KITARAN HAID



ANIMASI
KITARAN HAID

PEMBENTUKAN FOLIKEL DAN OVULASI

OVULASI


SEKARANG PERHATIKAN SEMULA
DIAGRAM YANG DIBERIKAN.
KAITKAN DENGAN GAMBAR RAJAH
DAN ANIMASI YANG DITERANGKAN
SEBENTAR TADI. DALAM KUMPULAN
YANG DIBENTUK, BINCANGKAN.
BINCANGKAN
MASALAH
BERIKUT
Di dalam sebuah hospital, semasa sedang menunggu giliran
untuk berjumpa dengan doktor Amy, 18 tahun, berbual-bual
dengan beberapa orang yang juga sedang menunggu giliran
untuk berjumpa dengan doktor. Mak Timah, 55 tahun
merupakan suri rumah sepenuh masa mengadu bahawa dia
sering sakit-sakit badan sejak akhir-akhir ini. Selain itu, dia
juga kerap pening-pening kepala apabila mengemas rumah.
Suzila, gadis berumur 25 tahun sering kemurungan dan tidak
dapat perasaan marah apabila beberapa hari sebelum
kedatangan haid. Bimbang dengan ejekan kawan-kawan
bahawa dia kemungkinan gila, dia ingin berjumpa doktor
untuk membincangkan hal tersebut. Apabila sampai
gilirannya, Amy berkata kepada doktor yang sering mengalami
kesakitan yang teramat sangat di perut dan muntah-muntah
sebelum kedatangan haid. Dia bercerita kepada doktor
tentang Mak Timah dan Suzila dan bertanya adakah mereka
mengalami hal yang sama? Sebagai seorang doktor terangkan
bagaimana anda harus jelaskan kepada Amy.
SINDROM PRA-HAID
DAN PUTUS HAID
Sindrom Prahaid (Premenstrual
syndrome, PMS)
Sindrom Prahaid (Premenstrual syndrome, PMS) ialah merupakan tekanan fizikal,
emosi dan mental yang berlaku sebelum bermulanya haid.

Sindrom ini bermula kira-kira seminggu sebelum kedatangan haid dan akan
hilang sebaik sahaja haid bermula.


Antara gejala-gejala PMS ialah
Kebimbangan,
Tekanan,
Kekeliruan,
Perubahan mood,
Kemurungan dan
Kerengsaan.

Punca sebenar PMS tidak diketahui, tetapi disyaki disebabkan
oleh ketidakseimbangan dalam tahap progesteron dan estrogen.
Putus Haid / Menopause
Putus haid merupakan kejadian di mana seorang prempuan yang berhenti didatangi haid yang
biasanya berlaku di sekitar umur 45-55 tahun.

Seorang perempuan dikatakan menalami putus haid jika dia tidak datang haid selama 12 bulan
berturut-turut.

Putus Haid adalah disebabkan oleh kurangnya kepekaan ovari pada FSH dan LH.

Hasilnya berlaku pengembangan folikel dalam ovari dan menghalang ovulasi.

Ini membawa kepada kurangnya rembesan progesteron dan estrogen.

Oleh itu, kitaran haid menjadi tidak teratur dan haid akhirnya berhenti.

Wanita yang putus haid biasanya mungkin mengalami pelbagai gangguan seperti :-
Panas badan,
Gangguan tidur,
Perubahan emosi,
Osteoporosis,
Berpeluh malam,
Sakit kepala,
Kemurungan dan
Keguguran rambut.

THE END