You are on page 1of 24

SUKAN

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang
secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat
pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan
manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

TAKRIF SUKAN
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,
dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan
umum istilah
tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
 Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
 Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran
(benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
 Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya
untuk melindungi empayar Rom.
 Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan
sebagainya.
 Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk
aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa
kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan
kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun,
rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan
antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta
yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh
berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran
dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

SEJARAH SUKAN
Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan
bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia
meningkatkan kelebihan mereka keatas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah
sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengerai perubahan kemasyarakatan dan
mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas
kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan
dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan
masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya.
Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit
menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu,
kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.



KUNO
Sukan yang telah wujud sekurang-kurangnya dua setengah ribu tahun
dahulu termasuk "hurling" (menyerupaki "field hockey") di Ireland Silam, "harpastum"
(sama seperti Rugbi di Rom Silam, cuju (sama seperti persatuan bolasepak) di China
Silam, dan polo di Parsi Silam. Permainan bola Mesoamerika wujud lebih tiga ribu tahun
dahulu. Terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang
Cina terlah terbabit dengan aktiviti sukan se awal 4000 BC. Giminastik kelihatan
merupakan sukan yang popular dalam sejarah silam China. Peringatan kepada Firaun
menunjukkan sejumlah sukan termasuk berenang dan mengail, adalah popular dan
mempunyai peraturan beberapa ribu tahun dahulu di Mesir purba. Sukan Mesir lain
termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Sukan Persia Silam seperti seni
mempertahankan diri tradisi Iran, Zourkhaneh mempunyai kaitan rapat dengan
kemahiran berperang. Antara sukan lain termasuk yang berasal dari Persia adalah polo
dan tombak ("jousting").

YUNANI
Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete
(dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan
melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan
bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC.
Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan
bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan
sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan
kerja berat mereka sendiri. Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan
status rajanya kepada Raja Alkinoös dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya
melontar javelin.








PENGENALAN ACARA LARI PECUT
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-
bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga
jarak dekat( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga
anaerobik untukmembuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan
Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada
pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan.Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas
dibandingkan dengan acara-acara lain.Larian pantas ini bergantung pula kepada
beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan dan
taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkinjuga insentif yang ditawarkan. Berlari
merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk
berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia
bertindak sedemikian.
Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan
kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehansemulajadi. Latihan yang teratur dan
berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi
yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-
pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai
kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan
keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula
ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari
biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh
ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut
dan sendi pinggang
SEJARAH LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di
kalangan pekerjaserta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi
semakin popular. Acarastade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan
melibatkan jarak 192 meter.Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.
Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 )
diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blokpermulaan diperbuat daripada ketulan
batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza.Pagar permulaan
yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.Perkembangan lari
pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan,
prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut
digunakan.Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan
berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada
tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian.
Antara permulaan awal ialah “pencilstart”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaandimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai
kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki
sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yangpertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0 ,Marlies Gohr
dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada
Sukan Olimpik tahun 1928,dalam acara 200 meter,rekod larian sebelum olimpik moden
dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh.
Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22saat .Bagi wanita
acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948,Wilma Rudolph dari Amerika
Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9.Dalam acara
400 meter,Maxie Long adalah orang pertama yang Berjaya mencatat masa 47.8 saat dan
telah dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat.Marlene
Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan
masa 49.9 saat pada tahun 1974.Marita Koach dari Jerman pula telah Berjaya mencatat
masa 48.94 saat pada tahun 1978.



















PERATURAN DALAM LARI PECUT
Peraturan / undang-undang lari pecut
1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu
pelari.
2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan
permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.
4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah
menyentuh tanah.
5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai
pelepas dikira batal.
6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia
melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.
7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.
8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira
pemenang.

Prinsip-prinsip asas larian pecut adalah seperti berikut :-
a) berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki
b) kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut
c) tangan digerakkan dengan pantas
d) leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan )



Panjang langkah
Panjang langkah seorang pelari ditentukan oleh beberapa faktor:
1) panjang kaki pelari
2) kefleksibelan pinggul
3) kekuatan dan keanjalan otot
4) julat pergerakkan
Dua perkara yang patut dielakkan adalah berlari pelepik-pelepik dan
termelangkah. Berlari pelepik-pelepik adalah untuk mencapai aksi yang lebih pantas
daripada kaki sehingga menjejaskan kepanjangan kaki. Termelangkah melibatkan
jangkauan ke depan dengan kaki pemulihan semasa menyentuh tanah. Ia akan
melambatkan atlet dengan menyebabkan kesan membrek kepada gerakan ke hadapan.
Gaya lari pecut yang baik adalah dengan memanjangkan pinggul, lutut dan sendi
pergelangan kaki, pemacu kaki belakang dan mengangkat lutut dan peha kaki kanan.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK
Setelah melakukan pelepasan dengan baik dan pada garisan permulaan, pelumba akan
melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100
meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari
terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu
disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari
pecut.

Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa
melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki,
kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya
dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh
menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni
termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan
penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang tidak seimbang,
kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi
pelumba.

Pergerakan Tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari
hendaklah menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke
hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan
semasa menghayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat
mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya
seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakin.ya dengan pantas.Ini bermakna
pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan
larian pecut.
Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari
memecut. kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan
berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu
mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan
pantas serta cergas danpada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah
belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.
Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.
Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari
merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang
menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh
memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan
ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah
menjadikannya semesa untuk berlan dan memecut.




Pergerakan Kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam
pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lariari pecul.
Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah
penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu
keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang
membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan. Selain itu pclari juga
hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu
melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada
tanah apabila pmggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan
hendaldah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan
bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

Menamatkan Larian Pecut
Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat
yang boleh dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa
menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau
membuat lompatan untuk nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus berlari dengan
lebih pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan larianya. Dengan membuat
diving juga tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin
penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke
belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini
adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian
dengan menundukkan kepalanya untuk memcecah pita penamat. Tindakan begini
mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pclari terjatuh. Satu
cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan mmemusingkan salah satu bahunya
untuk mencecah garisart penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkann larian
kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang,
manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau
pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya dipenngkat
antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh
pencatat masa atau pcgawai penamat disebabkan beberapa pekari niencecah garisan
penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang
acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photofinish. Menerusi
kaedah ml pemenang acara iru akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto
yang dikeluarkan selepas Iarian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan
penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya untuk
acara seperti 100 meter dan 200 meter.
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka
tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya
mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter
diikuti dengan berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai
cam untuk mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah
lain.
Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan
undang-undang larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh
dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi
perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan
tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima
kekalahannya dengan semangat kesukanan.






ACARA 100 METER
Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 4 fasa:
Mulaan
 Penambahan kelajuan (pick-up)
 Pelajuan (acceleration)
 Kelajuan maksimum

FASA MULAAN
Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah
untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

PENAMBAHAN KELAJUAN (Pikc-up)
Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana posisi
yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan larian. Fasa
ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-
langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan
kosong kepada lebih kurang 9 meter sesaat.

PELAJUAN
Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up.

KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari
dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet
harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai
sehingga tamat larian.

PENGHABISAN
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara lengan
tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.

PENGGUNAAN BLOK DI DALAM ACARA 100 METER
Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah amat penting untuk
membantu pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk
acara 100 meter blok perlu diletakkan di tengah-tengah lorong.


ACARA 200 METER
Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam
keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter
adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan
mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter
atlet mesti memperolehi teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak
100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh.

Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran
garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan
yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

BERLARI ATAS SELEKOH
Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal force)
mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.
Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit
tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.
Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.


BERLARI DI LORONG LURUS
Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian
lorong lurus.
Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan
selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.
Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri
sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi dapat berlari
dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah
dicapai.



LATIHAN DAN AKTIVITI UNTUK LARI PECUT
Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu
pelajaran olahraga. Antaranya:
 Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas.
 Lari Pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang.
 Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya
Sebelum sampai di tandaan 30 meter.
 Berlari anak denan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter.
 Lari kutip mata (lari ulang-alik)
 Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan,
kedudukan kepala dan sebagainya.
 Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam iaitu ke
arah lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.




ACARA 400 METER
Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan
keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter pelari-pelari berlari
dalam satu pusingan trek.
Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat
iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa
yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama
dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak
200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30
saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.
Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan
dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang
pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan
meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat.
Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun
dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton.
Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk
acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa
adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada
kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

BERLARI DALAM ACARA 400 METER
Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlet
dalam jarak yang lebih pendek.
Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya bertambah
secara beransur-ansur.
Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha untuk
mendapatkan suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter yang awal.
Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai
dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200
meter).
Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.
Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha
mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.



ACARA 1500 METER
Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk
mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari cara progresif,
iaitu daripada yang senang kepada yang susah penting untuk mencapai kejayaan. Larian
ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk
menghabiskannya kurang daripada dua minit. Untuk mencapai peringkat-peringkat
seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus melalui latihan untuk tempoh yang lama
dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari dapat dilazimkan supaya dapat
memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat. Peralatan yang
diperlukan boleh dikatakan hampir sama dengan peralatan untuk acara 800 meter
seperti kasut (spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang bersesuaian. Tetapi
yang berbeza sedikit ialah memandangkan larian ini lebih jauh daripada larian 800
meter, kasut tanpa paku dibenarkan. Ada beberapa peralatan penting yang perlu
digunakan seperti loceng penamat pusingan, benang di garis penamat.






PERATURAN - PERATURAN
Permulaan – Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400 meter dan mereka
diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan. Pelari yang diundi untuk lorong pertama
paling beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki
lorong pertama atau lorong paling dalam agar masa larian dapat dicepatkan. Manakala
bagi pelari yang berada di lorong luar sekali perlu berlari dalam garisan lurus untuk
suatu jarak sebelum menuju ke lorong pertama. Mengenai cara bermula, kebanyakan
pelari menggunakan kaedah berdiri, sama seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi
arahan yang dikeluarkan oleh pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu
‘bersedia’ dan ‘mula berlari’ sebaik sahaja pistol ditembak.

Larian batal – Setiap pelari yang berlari sebelum dilepaskan oleh pelepas akan dianggap
batal dan akan diberi amaran. Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan
dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut. Manakala pelari yang sengaja berlari di
luar trek juga akan dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi yang menolak
akan dianggap sebagai penyertaan tidak sah.

Jenis Trek – Semua jenis trek sama ada berumput, bitumen atau tiruan boleh digunakan
kecuali trek yang diubahsuai seperti meletak spring yang boleh membantu pelari tidak
boleh digunakan.

Tamat Larian – Peraturannya adalah sama seperti acara 800 meter. Begitu juga cara
masa diambil.


APLIKASI
Apabial pistol dibunyikan, boleh dikatakan hampir semua pelari yang berlari untuk jarak
1500 meter, cuba mendapat kedudukan terbaik di depan kerana dapat berada di lorong
terdalam. Ia ada banyak manfaat, seperti menjimatkan tenaga dan masa serta dapat
mengelakkan diri daripada dihimpit oleh pelari lain. Oleh itu, satu taktik yang perlu
digunakan ketika perlumbaan bermula, pelari mesti berlari dengan pantas pada 100-150
meter pertama kemudian berlari dengan kelajuan biasa.
Selalunya dalam satu-satu perlumbaan, pelari mempunyai dua matlamat, iaitu
membaiki masa ciptaannya dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari. Jadi untuk
mencapai kedua-dua hasrat di atas, seorang atlet mesti tahu akan kebolehan serta pihak
lawan mereka. Selain itu, pelari juga mesti ada strategi yang tersendiri. Oleh itu, jika
boleh seorang pelari harus berlari dalam kelajuan yang sama bagi menamatkan larian
dan pada pusingan ketiga iaitu 220-400 meter terakhir dan pelari mesti memecahkan
diri daripada kumpulan yang mengekorinya. Hal ini bukan sahaja memberi semangat
kepada diri sendiri malah memberi satu kesan psikologi kepada pesaingnya. Apabila
mengatakan tentang aplikasi, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan strategi
(larian untuk mengatasi masa) dan taktik (pengubahsuaian ketika berlari untuk
menghadapi lawan). Berkenaan dengan kelajuan, ia harus dipelbagaikan dalam larian
1500 meter seperti menambahakan kelajuan untuk mencapai satu rentak yang
dikehendaki, meninggikan kelajuan untuk mengejar pelari lain atau meninggalkan
peserta lain dari awal hingga akhir perlumbaan.

LARI PECUT
Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu
jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor
utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan
Jasmani, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada
pelajar mereka.






TEKNIK LARI PECUT
Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya
dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

a. Gaya berdiri
i. Persediaan
· peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke
garisan' diberi.
ii. Ke garisan
· Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm
dan mengimbangkan badan.
· bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
· condongkan badan ke hadapan.
· kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan.
RAJAH :GERAKAN “ke garisan”

iii. Sedia
· condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
· bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
· badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun
tiupan wisel.





Rajah 1.4: Gerakan “sedia”

iv. Mula
· pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat
kaki hadapan.



Rajah 1.5: Gerakan “mula”


RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/49749878/PENGENALAN-ACARA-LARI-PECUT