You are on page 1of 3

REFLEKSI

MUHAMMAD HAZIQ BIN ZUZLY
930923-04-5217

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kerja Kursus GERKO iaitu Laporan
Perkhemahan Kadet Remaja dalam menerima pentauliahan di Mersing. Ribuan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan, En Salehuddin kerana banyak
membantu dan membimbing saya sepanjang menjalani program pentauliahan ini.
Dalam perkhemahan ini terdapat juga beberapa badan beruniform yang terlibat
seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri.
Terdapat beberapa pengalaman baru yang dapat saya peroleh sepanjang
perkhemahan unit beruniform di Pantai Pasir Lanun yang terletak di Mersing selama
4 hari 3 malam. Antara pengalaman baru yang dapat saya peroleh adalah
mempelajari pelbagai jenis ikatan yang merupakan perkara penting yang akan dinilai
ketika waktu amali. Setiap ikatan mempunyai fungsi tersendiri yang boleh
diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengetahuan ini amat sesuai juga dengan
kehidupan seharian kita. Selain itu, saya juga memperoleh pengetahuan baru dalam
mendirikan khemah dengan betula dan kukuh. Mendirikan khemah tidaklah
semudah yang saya jangkakan selama ini, terdapat beberapa aspek yang perlu
ambil berat dalam pemilihan tempat, cara memasang alatan khemah dan lain-lain
lagi. Setiap buah khemah juga perlu disusun dengan teratur dan sistematik supaya
ia kelihatan kemas, penilaian aspek kekemasan dalam mendirikan khemah juga
perlu dititikberatkan kerana terdapat pemarkahan kebersihan dan keceriaan
sepanjang 4 hari 3 malam di Pantai Pasir Lanun. Memberi arahan atau hukuman
semasa kawad kaki juga merupakan pengalaman baru buat saya kerana selama ini
saya hanya menerima hukuman dan melakukan pergerakan kawad kaki secara
statik mahupun bukan statik. Memberi hukuman merupakan pengalaman yang
pertama bagi diri saya dan ia mampu meningkatkan lagi keyakinan dalam diri dalam
membetuk keseragaman pergerakan kawad kaki. Tambahan pula, pengalaman baru
dalam mengaplikasikan alat bantuan kecemasan seperti kain anduh mampu
menjadikan aktiviti sepanjang perkhemahan ini menarik kerana aktiviti ini amat
penting dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai ikatan dan balutan yang boleh
diaplikasikan terhadap seorang pesakit dengan cara yang lebih mudah dan ringkas
serta tidak memerlukan masa yang panjang dalam proses menyelamatkan mangsa
dalam pelbagai situsai cemas.
Kelemahan dan cabaran sememangnya tidak lari daripada setiap perkara.
Terdapat beberapa kelemahan dan cabaran yang saya peroleh semasa menjalani
perkhemahan adalah kerap berlaku ketiadaan air sepanjang perkhemahan. Perkara
ini merupakan cabaran bagi saya untuk membersihkan diri sehingga membuatkan
diri saya tidak berasa selesa kerana pada waktu-waktu tertentu, air tersebut akan
habis disebabkan bilangan guru pelatih yang ramai dan ditambah lagi dengan
pelajar luar iaitu Kadet Polis yang juga melalukan aktiviti di tempat yang sama.
Selain itu, persekitaran tapak perkhemahan tersebut yang kotor dan dipenuhi
dengan sampah – sarap sehingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Perkara ini sepatutnya diatasi atas usaha dan rasa tanggungjawab bagi pihak
pengurusan Pantai Pasir Lanun kerana pihak IPG telah memilih tempat tersebut
sebagai tapak perkhemahan. Pengurusan yang tidak teratur dan tidak cekap yang
ditunjukkan oleh pihak pengurusan tidak disenangi oleh guru pelatih kerana
kemudahan-kemudahan asas yang disediakan tidak diselenggara dengan baik
terutamanya bahagian bilik air yang berlubang sehingga boleh dilihat dari luar.
Seterusnya, terdapat kelemahan saya semasa menyediakan hidangan masakan
tengah hari kerana saya tidak mahir dalam memasak terutamanya makanan yang
berat.
Berdasarkan beberapa kelemahan dan cabaran yang telah saya lalui, saya
mengambil beberapa langkah inisiatif yang mampu mengatasi semua permasalahan
ini. Dalam mengatasi masalah kebersihan diri, saya telah mengatur waktu mandi
kepada masa yang lebih awal sedikit supaya krang berlaku persaingan dalam
mendapatkan tempat mandi. Saya juga mengambil langkah lain dengan mandi di
kawasan yang berhampiran dengan tapak perkhemahan Kadet Polis kerana tidak
ramai yang mandi di sana. Selain itu, Saya juga mengambil langkah membersihkan
kawasan tapak perkhemahan dengan mengadakan gotong-royong dalam unit
beruniform Kadet Remaja Sekolah dengan membersihkan kawasan tapak
perkhemahan supaya ia menjadi lebih selesa di samping bagi mengelakkan
binatang liar yang datang untuk mencari makan di kawasan sampah. Sepanjang
perkhemahan ini, beberapa langkah yang efektif ini telah membuatkan saya berasa
seronok dalam menimba pengalaman dan berjalan lancar.
Sebagai kesimpulannya, pengalaman-pengalaman yang telah saya perolehi
semasa dan selepas penyempurnaan tugasan projek ini akan saya abadikan dan
aplikasikan kelak apabila sudah bergelar sebagai seorang guru dan tanggungjawab
sebagai pendidik tidak akan saya sia-siakan tetapi saya akan sentiasa berusaha
memberikan kanak-kanak pengalaman belajar yang sangat bermakna berasaskan
kepada penghasilan Ko-Kurikulum yang berkualiti.