You are on page 1of 5

Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi.

Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer …

Kawan-kawan .. kenal tak Datuk Nicol Ann David sukan squash dan Datuk
Lee Chong Weiii pemain badminton No. 1 Dunia. ??? Mesti kenal kan ..
Kawan-kawan nak jadi macam mereka ??? Kalau nak .. mestilah aktif
bersukan …

Hari ini saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk Sukan baik
untuk Kesihatan.

Kawan-kawan …

Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik
untuk kesihatan . Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita
memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada
bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.

Kawan-kawan pernah dengar tak Dasar 1 Murid 1 Sukan ??? Dasar
1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah


Kawan-kawan nak sihat tak ?? kalau nak sihat selalulah bersukan kerana
bersukan menjadikan badan kita sihat dan cergas.
Saya akhiri cerita dengan serangkap pantun:

Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Sekian, terima kasih.



















Hai kawan-kawan. Kali ini kita bertemu lagi. Nak dengar cerita saya tak
?? kalau nak ..dekatlah dengan saya.. Pasang telinga yer …
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Berkelah
bersama Keluarga”.
Kawan-kawan pergi ke mana cuti sekolah yang lalu???
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di Lata
Sedim , Kedah. Kami pergi dengan menaiki kereta.
Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.
Saya menolong ayah mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami
di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di
situ . Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.
Setelah selesai mangangkut barang ,kami menjamu selera .Ibu
menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar.Kami menikmati mi
goreng,nasi lemak ,kuih-muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan
gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak
dan berkhasiat.
Bunyi air yang menghempas ke batu membuatkan kami tidak sabar
untuk pergi bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehinggakan badan
saya menggigil.

Selepas penat mandi-manda kami pun berkemas dan membersihkan
tempat perkelahan. Kami membuang sampah ke dalam tong sampah demi
menjaga kebersihan tapak perkelahan. kami pulang ke rumah kira-kira
jam 5 petang.
Saya akhiri dengan serangkap pantun;
Pergi berkelah bersama keluarga.
Singgah sebentar di rumah nyonya.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Kasih ayah buat selamanya.

Sekian, terima kasih.











Hai , kawan-kawan… Nak dengar cerita saya tak ?? kalau nak ..tepuklah
tangan dahulu…
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Berkelah
bersama Keluarga”.