You are on page 1of 25

MTE-A PPG JUN 2011

SOALAN 2


ISU-ISU GURU MELANGGAR ETIKA KEGURUAN
BERPUNCA DARIPADA GAYA KEPIMPINAN
GURU BESAR. ADAKAH ANDA BERSETUJU
DENGAN PANDANGAN INI?
1. ETIKA KEGURUAN
2. GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR
3. BEBERAPA ISU GURU MELANGGAR
ETIKA KEGURUAN
4. PERSOALAN PERBINCANGAN; ADAKAH
ANDA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN
INI?
TAKRIFAN ETIKA :
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
secara carian atas talian;
Etika ditakrifkan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai
akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua).
(1)Ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral. (2) Prinsip
moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan(persatuan,pekerjaan dll)..(Kamus Dewan Edisi
Keempat).
Beretika pula ditakrifkan sebagai mempunyai atau
berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral;amalan yg
tidak~ itu perlu dihentikan segera..(Kamus Dewan Edisi
Keempat)
Etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat, atau tingkah
laku atau kesusilaan..(Kamus Dewan Edisi Ketiga)
Etika; menurut modul KKD2063 Pembangunan Sahsiah ialah
berasal dari bahasa Yunani iaitu Ethos yang membawa
maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (costum).
Etika berkait rapat dengan perkataan moral yg merupakan
istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk
jamaknya Mores, yang bererti juga adat kebiasaan atau
cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang
baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan
yang buruk (Keith, 2006).
William(1971), etika ialah Sains normatif mengenai perilaku
manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan
sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk
dan lain-lain.
Menurut Drs. O.P Simorangkir, etika sebagai pandangan
manusia dalam berperilaku menurut ukuran dan nilai yang
baik.
Drs. Sidi Gajalba menyatakan; dalam sistematika filsafat
pula mengatakan etika adalah teori tentang tingkah
laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan
buruk, sejauh yg dapat ditentukan oleh akal.
Kamus Oxford; etika ialah prinsip moral atau set prinsip
moral.
Keguruan membawa makna tugas dan
tanggungjawab(kerjaya) sebagai guru.

Oleh itu, berdasarkan huraian pengertian di atas,
dapat disimpulkan dengan jelas bahawa, etika berkait
rapat dengan prinsip-prinsip moral, adat, pegangan,
perilaku baik atau buruk, seseorang individu atau
sekumpulan manusia yang berinteraksi secara
berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan.
Di samping itu juga, etika melihat secara khusus
mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau
tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma
dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA:
IKRAR ; Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah menuju ke arah pembentukan warganegara
yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila
berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tingginya:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
2. tanggungjawab terhadap ibu bapa
3. tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
4. tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan.
TAKRIFAN KEPIMPINAN :
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) secara carian
atas talian;
Kepimpinan ialah keupayaan memimpin; ~melalui teladan.
Cara seseorang pemimpin itu berfungsi dalam keadaan
tertentu..(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Drucker(1985); berpendapat kejayaan sesebuah organisasi
adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti
universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan
Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi
sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan.
Edmond(1978); berpendapat principals can make a
difference, yg membawa maksud bahawa sesebuah
organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca
daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan
memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam
pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat kepada
kepimpinan berkesan.
Guru Besar ialah pengurus utama yang amat penting
untuk mewujudkan sekolah berkesan. Beliau harus
memiliki karisma, keperibadian , bakat, kemahiran dan
kebolehan untuk memimpin, membimbing, dan
membawa semua warga sekolah ke satu matlamat
iaitu kecemerlangan pendidikan.
Guru Besar seharusnya mempunyai keupayaan untuk
mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk
melaksanakan program yang telah dirancang.
Sentiasa belajar melalui pengalaman dan bertukar
pandangan dan pendapat dengan pemimpin utama
yang lain.
Aplikasi Gaya Kepimpinan ; Balke & Mouton (1964)
membahagikan gaya kepimpinan kepada empat jenis:
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan berperikemanusiaan
Demokratik
Kepimpinan laisez-Faire / Kebebasan

RUMUSAN
Dengan perbincangan di atas, dapat dirumuskan
bahawa kepimpinan merupakan tulang belakang
dalam mencapai kecmerlangan sesebuah sekolah.
Pada tahun (1992), Slater & Teddlie dan Shahril
Marzuki(1997), merumuskan bahawa Sekolah
Cemerlang atau berkesan dipengaruhi oleh faktor:
Kesesuaian Kepemimpinan
Kesungguhan Guru
Kesediaan Pelajar
Keadaan Fizikal dan Insfrastruktur Sekolah
PENGENALAN :
Sepanjang 1995 hingga 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral guru
dilaporkan.
Antara isu-isu hangat (MyMetro);
Guru dera murid hingga mati (April2011)
Guru disyaki rogol murid(9 Mei 2011)
Guru terlampau-cabul 12 murid(Feb 2011)
Guru rogol murid 11 tahun (Nov 2010)
Lima dakwa ditampar guru (Mac 2011)
Sumber lain;
Guru dera pelajar (24 Jun 2008)
Guru rogol murid ditahan polis ( Kosmo 5 Julai 2010)
Guru dituduh rogol pelajar (31 Dis 2007)
Guru ditahan memiliki dadah (6 April Bernama)
Guru disiplin tampat murid lewat ke sekolah (BH Online 28 Okt 2009)
Guru agama cabul 4 pelajar (UM Online 13 Feb 2010)
Guru ditahan mengedar dadah (BH Online 20 Feb 2010)
1. ISU GURU PONTENG.
Cascio(2005); ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja
kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri
ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang
telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun.
Randolfi(1996); salah satu daripada kesan tekanan yang
terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan
pelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkah lakudan
organisasi.
Ho(1997); tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan
pengamal pengurusan kerana memberi kesan terhadap
keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi. Punca
utama pekerja tidak hadir ialah kerana masalah psikologi
akibat tekanan kerja.
Fletcher(1988); tekanan di tempat kerja bukanlah satu
fenomena terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu
yang biasa berlaku.
Jenis-jenis Ponteng :
Ponteng sekolah
Ponteng kelas
Ponteng tugasan
Faktor penyumbang isu guru ponteng :
1. Faktor Dalaman
Pegangan agama longgar
Kurang motivasi intrinsik guru
Gangguan emosi
2. Faktor Luaran
Tekanan bebanan kerja
Murid tidak hormat guru
Kurang galakan dan pemantauan pihak pentadbir
Jarak sekolah dan persekitaran
Pengaruh rakan-rakan
Penyalahgunaan dadah

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
1. Pihak pentadbir(Guru Besar) perlu sentiasa memantau,
memberi galakan dan mengambil tindakan yang
sepatutnya. Peraturan 25(1) dalam Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 Bahagian
III.
Pentadbir tidak pilih kasih dan perlu adil kepada semua
guru.
Pihak KPM perlu memberi kursus dan latihan lengkap
untuk melahirkan guru berwibawa.
Guru perlu positif
Memotivasikan diri/mengubah sikap
Hadir kaunseling sukarela
Rakan sejawat
Terapi Realiti (WDEP)
2. GURU ROGOL PELAJAR
Mohd Fauzi Abdullah HM; Gara-gara berjauhan
dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsu
hingga tergamak merogol pelajarnya yang berusia
15 tahun. Kejadian berlaku dirumah guru berusia 33
tahun itu di kuaters sebuah sekolah menengah
Sigmund Frued (1856-1939); manusia dilahirkan
dengan sifat semulajadi dan tingkahlakunya lebih
kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat
dibendung dengan pengalaman-pengalaman dlm
masyarakat dan sosiolisasi. Jika pengalaman ini
tiada atau kurang, ia cenderung ke arah
merosakkan peraturan-peraturan dalam
masyarakat.
PENYEBAB ;
Faktor dalaman
Kurang pegangan agama
Gagal menterjemah keburukan yg dilakukan
Gangguan psikologi
Kurang nilai dan moral
Sahsiah negatif
3. GANGGUAN SEKSUAL
Jenis-jenis; Mengikut kategori Kementerian
Sumber Manusia (1999);
1. gangguan secara lisan
2. gangguan secara isyarat
3. gangguan secara visual
4. gangguan secara fizikal
5. gangguan secara psikologi
Jenis gangguan seksual di sekolah
1. antara pelajar dgn pelajar
2. antara guru dgn pelajar
Gangguan seksual antara guru dgn pelajar ;
HM 22 Julai 2010; guru 50 thn cium murid thn satu
BH 21 Mei 2010; guru cabul murid 11 thn -12 thn dan juga
adik ipar 12 thn.
8 Mei 2010; guru lelaki ajak mangsa menonton filem lucah
bersama sebelum merogol mangsa.
Punca-punca gangguan seksual;
1. uniform sekolah nipis dan jarang
2. faktor dalaman pelajar
3. ingin membalas dendam
4. pengaruh media massa
5. latar belakang pelaku
6. masyarakat kurang prihatin
7. dorongan seks
4. MEROTAN MURID
UM 29 Januari 2011; murid di sebuah sekolah di Kuala
Besut cedera di belakang badan akibat dirotan guru
trauma.
Pekeliling dan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, salah laku murid ada tiga jenis; kesalahan berat,
kesalahan sederhana dan kesalahan ringan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003 (29 Okt 2003) terdapat 35
kesalahan berat yang membolehkan pelajar yg melanggar
kesalahan tersebut dihukum rotan dipunggung.
Walau bagaimanapun; merotan atau memukul adalah
hukuman yang akhir selepas melalui beberapa peringkat
seperti nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan.
Faktor-faktor penyebab;
1. kurangnya pegangan agama
2. tekanan bebanan tugas
3. kurang motivasi dalaman guru
4. gangguan emosi
5. murid tidak hormat guru
6. murid bermasalah disiplin
SOALAN 2 :
ISU-ISU GURU MELANGGAR ETIKA
KEGURUAN BERPUNCA DARIPADA GAYA
KEPIMPINAN GURU BESAR.
ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN
PANDANGAN INI?
RUMUSAN.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like