PROFESOR MADYA HAMZAH BIN SAMAT, PJK Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia

Universiti Utara Malaysia

1.0. PSIKOLOGI SOSIAL: Pengenalan
Satu bidang psikologi yang mengkaji apa yang manusia fikirkan dan perasaan manusia mengenai dunia sosial mereka. Ia termasuk juga bagaimana manusia berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain.

1.1. SIKAP

Sikap adalah kesukaan dan kebencian, iaitu penilaian terhadap, dan reaksi ke atas, sesuatu objek, manusia, situasi atau aspek lain, termasuk idea abstrak dan polisi sosial. Meliputi tiga (3) bahagian :  

Kognitif Afektif Psikomotor (Prilaku)

Satu kajian tentang sikap negatif terhadap sesuatu kumpulan

Ahli psikologi mendapati ketiga-tiga komponen tersebut memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia, seperti :  

Stereotaip negatif Prejudis Diskriminasi

(a)

STEREOTAIP NEGATIF

Kepercayaan dan persepsi negatif mengenai sesuatu kumpulan – Komponen kognitif.

(b)

PREJUDIS

Perasaan negatif terhadap kumpulan tersebut – Komponen Afektif.

(c)

DISKRIMINASI

Tindakan negatif ke atas ahli-ahli kumpulan tersebut – Komponen tingkah laku.

1.2. TEORI KONSISTENSI KOGNITIF

Teori Konsistensi Kognitif menyatakan bahawa manusia sedaya upayanya cuba mencapai keselarasan, atau ketekalan, dari segi kepercayaan, sikap dan tingkah laku.

1.3. FUNGSI SIKAP
(a) Fungsi Instrumental (b) Fungsi Knowledge (c) Fungsi Value-Expressive (d) Fungsi Ego-Defensive (e) Fungsi Social Adjustment

(a)

Fungsi Instrumental

Ia menyatakan bahawa manusia mempunyai sikap yang inginkan ganjaran, ataupun faedah, dan mengelak dari dendaan.

(b)

Fungsi Knowledge (Ilmu Pengetahuan)

Ia membantu manusia untuk memahami dunia sekitarnya. Manusia cuba menguruskan pelbagai maklumat yang diterima untuk proses “asimilasi” ke dalam kehidupan mereka setiap hari. Supaya manusia boleh memproses dan menyusun maklumat dengan cekap.

(c)

Fungsi Value-Expressive

Sikap yang mengekspresikan nilai manusia, atau menggambarkan konsep kendiri manusia. Contohnya, seorang individu mungkin mempunyai sikap positif terhadap individu lesbian kerana berpegang kepada nilai hak asasi, toleransi dan kebebasan individu.

(d)

Fungsi Ego-Defensive

Sikap yang menyelamatkan manusia daripada perasaan kerisauan yang melampau (anxiety), atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan-kendiri manusia.

(e)

Fungsi Social Adjustment (Penyesuaian Sosial)

Membantu individu agar dapat merasa bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti sosial. Misalnya, terlibat dalam organisasi kemasyarakatan. Sikap hanya berfungsi sebagai “agen penyesuaian sosial” dan kemungkinan ia akan berubah sekiranya berlaku perubahan dalam norma sosial.

1.4. SIKAP DAN TINGKAH LAKU
   

Sikap yang kuat dan konsisten Sikap berkait rapat dengan tingkah laku Sikap berdasarkan kepada pengalaman langsung Kesedaran

(a) Sikap Yang Kuat Dan Konsisten

Sikap yang kuat dan konsisten boleh memberi jangkaan mengenai sesuatu tingkah laku berbanding dengan sikap yang lemah ataupun yang tidak pasti. Apabila komponen kognitif dan afektif tidak konsisten, ia akan menyukarkan jangkaan dilakukan ke atas tingkah laku yang akan diambil oleh individu tersebut.

(b) Sikap Berkait Rapat Dengan Tingkah Laku

Sikap yang spesifik terhadap sesuatu perkara akan memberikan jangkaan yang lebih tepat daripada sikap yang umum. Sebagai contoh, sikap yang benci terhadap perang nuklear dan penggunaan senjata nuklear akan mmemberi jangkaan ke atas tingkah laku aktivis, seperti menulis artikel dalam akhbar, melibatkan diri dalam demonstrasi, dan seumpamanya.

(c)

Sikap Berdasarkan Kepada Pengalaman Langsung

Sikap berdasarkan kepada pengalaman yang pernah dilalui akan memberi jangkaan yang lebih tepat ke atas tingkah laku individu berbanding dengan sikap yang dibina berdasarkan krpada pembacaan, ataupun pengalaman orang lain.

(d) Kesedaran

Individu yang sedar, ataupun prihatin, akan sikapnya sendiri akan mempunyai tingkah laku yang selari, atau konsisten, dengan sikap tersebut.

2.0. PENGARUH SOSIAL
1. Pujukan 2. Tarikan Fizikal 3. Jarak (Proximity) 4. Kebiasaan 5. Persamaan

2.1. PUJUKAN

Pujukan merupakan pengaruh sosial yang bertujuan untuk merubah tingkah laku, ataupun sikap, orang lain. Empat (4) faktor penting yang boleh mempengaruhi pujukan ialah :   

Sumber Maklumat Laluan Penonton

Tarikan Interpersonal, iaitu suka, sayang dan keinginan seksual, adalah gabungan kompleks di antara kognitif dan afektif manusia.

2.2. TARIKAN FIZIKAL

Dapatan daripada satu kajian, yang dibuat ke atas pelajar-pelajar yang dipasangkan lelaki dan perempuan di dalam satu majlis universiti, telah menunjukkan bahawa ‘tarikan fizikal’ memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada individu tertentu disukai oleh pasangannya ataupun tidak.

Dapatan kajian tersebut juga telah menunjukkan bahawa kemahiran sosial, kepandaian dan personaliti tidak memainkan peranan dalam menimbulkan perasaan suka terhadap pasangan masing-masing. Namun begitu, kepentingan tarikan fizikal didapati beroperasi sewaktu temujanji yang pertama, dan seterusnya, temujanji yang berikutnya.

Tarikan fizikal didapati penting kerana ia menaikkan ‘taraf sosial’ dan ‘penghargaankendiri’ individu apabila berpasangan dengan individu yang mempunyai kecantikan fizikal, atau daya penarik. Lelaki dan wanita akan dinilai tinggi sekiranya mempunyai pasangan yang cantik ataupun tampan.

2.3. JARAK (PROXIMITY)

Jarak (Proximity) memainkan peranan dalam hubungan individu. Kajian menunjukkan bahawa jarak tempat tinggal memainkan peranan dalam menentukan sama ada dua individu akan berkawan ataupun bagaimana.

Dalam satu kajian di kawasan rumah pangsa, responden diminta menamakan tiga (3) nama individu yang sering mereka dampingi. Dapatan kajian menunjukkan 41% penduduk menamakan jiran di sebelah rumah, 22% pula menamakan jiran yang jarak rumahnya adalah selang dua (2) pintu (iaitu lebih kurang 30 kaki), dan hanya 10% sahaja menamakan jiran yang tinggal di hujung blok rumah pangsa tersebut.

2.4. KEBIASAAN

Kebiasaan terhadap sesuatu perkara juga akan meningkatkan rasa suka. Contohnya, seekor tikus yang didedahkan secara berulang kali dengan muzik Mozart akan menyukai muzik tersebut akhirnya.

2.5. PERSAMAAN

Persamaan di antara individu juga akan menimbulkan sikap suka. Pasangan yang mempunyai persamaan, biasanya, akan tinggal dan hidup bersama.

3.0. TINGKAH LAKU SOSIAL POSITIF DAN NEGATIF
1. Perubahan sikap secara paksa (Brainwashing) 2. Konsep utama “brainwashing” (a) Unfreezing (b) Perubahan (c) Freezing

3.1. PERUBAHAN SIKAP SECARA PAKSA (BRAINWASHING)

Ia dilakukan ke atas orang yang berada di bawah genggaman, atau tahanan. Seseorang yang menggunakan teknik ini mempunyai kuasa mutlak ke atas persekitarannya, dan secara psikologinya memanipulasikan orang lain.

TIGA (3) TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Mengikut James McConnell, tiga (3) teknik tersebut yang digunakan dalam “brainwashing” ialah :-

(i) Teknik Pertama Orang yang menjadi sasaran akan diasingkan daripada orang lain yang memberi sokongan ke atas tingkah lakunya yang asal.

(ii)

Teknik Kedua

Sasaran tersebut dijadikan agar dia akan bergantung penuh (fully dependant) ke atas ketuanya dalam memenuhi keperluan hidup.

(iii)

Teknik Ketiga

Ketua, atau agen, yang melakukan “brainwashing” berada di dalam posisi di mana beliau boleh memberikan ganjaran untuk sebarang perubahan tingkah laku, ataupun sikap, sasaran.

3.2. KONSEP UTAMA “BRAINWASHING”

“Brainwashing”, biasanya, bermula dengan menjadikan sasaran lemah dan rasa rendah diri. Terdapat tiga (3) konsep utama, iaitu :  

Unfreezing Perubahan Freezing

(a)

Unfreezing

Ia adalah merupakan proses ‘menghilangkan’ ataupun ‘membuang’ nilai dan kepercayaan lama sasaran melalui deraan secara : 

Fizikal Psikologikal

(b)

Perubahan

Apabila keletihan serta mengalami tekanan dan ketakutan, ia akan menyebabkan sasaran tadi mencapai satu tahap di mana mereka tidak lagi mampu berpegang kepada nilai dan kepercayaan lama. Ini akan membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku sasaran tadi.

(c)

Freezing

Ia merupakan proses memberi ganjaran untuk menguatkan, atau meneguhkan, lagi sikap baru sasaran.

4.0. PREJUDIS

Sikap ‘prejudis’ meliputi perasaan buruk sangka, takut dan benci. Ahli psikologi menyatakan bahawa prejudis merupakan satu format menyalahkan individu atau kumpulan lain kerana tindakan orang lain, atau keadaan, yang berlaku bukan disebabkan oleh mereka. Personaliti ‘Autoritarian’ amat cenderung untuk bersikap prejudis.

JENIS-JENIS PREJUDIS
1. Racism 2. Sexism 3. Ageism 4. Heterosexism 5. Ethnocentrism 6. Stereotaip Sosial

4.1. RACISM Prejudis terhadap bangsa yang terdapat di dalam sesebuah institusi secara langsung, ataupun tidak langsung, dan disokong pula oleh struktur kuasa sosial yang memerintah ( misalnya di dalam kerajaan, sekolah, dan sebagainya ).

4.2. SEXISM Prejudis ke atas ahli-ahli kumpulan berdasarkan kepada jantina, ataupun gender.

4.3. AGEISM Diskriminasi ke atas umur. Prejudis berdasarkan kepada faktor umur.

4.4. HETEROSEXISM Kepercayaan bahawa heteroseksualiti adalah lebih baik, atau natural, berbanding dengan homoseksualiti.

4.5. ETHNOCENTRISM Meletakkan kumpulan, ataupun bangsa, sendiri di tengah. Ia bermaksud menolak semua kumpulan identiti lain kecuali identiti sendiri.

4.6. STEREOTAIP SOSIAL Imej, atau pandangan, yang memperlekehkan, ataupun mengambil ringan, ciri-ciri individu yang tergolong di dalam sesuatu perkumpulan sosial. Contohnya, orang selalu menganggap bahawa orang berkulit putih sebagai bijak, atau cantik.

5.0. TINGKAH LAKU PROSOSIAL
1. Peristiwa Kitty Genovesse
(a) Senario “Bystander Apathy”

2.

Model Latane’ dan Darcy
(a) Menunjukkan langkah yang diambil oleh individu sebelum membuat sesuatu komitmen untuk membantu.

5.1. BYSTANDER APATHY: (Peristiwa Kitty Genovese)

Penduduk sebuah pangsapuri di Queens, New York, hanya menyaksi dan mendengar jeritan Kitty yang dibunuh di luar bangunan mereka. Tidak seorang pun individu, yang telah menyaksi dan mendengar Kitty menjerit meminta tolong, mengambil inisiatif untuk memanggil polis sehinggalah serangan ke atas Kitty itu selesai yang mengakibatkan Kitty mati dibunuh..

Ahli psikologi menggelarkan senario di mana orang di sekeliling enggan menghulur bantuan ketika berlaku sesuatu kecemasan sebagai “bystander apathy”.

Menurut ahli psikologi, kegagalan untuk membantu individu yang berada di dalam keadaan kecemasan adalah disebabkan oleh bilangan orang yang ada, ataupun yang hadir, ketika kejadian itu berlaku. Kajian yang dijalankan mengenai kes seumpama ini telah menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang hadir, atau yang berada, di dalam sesuatu keadaan kecemasan, semakin kuranglah peluang individu, yang menjadi mangsa itu, untuk mendapatkan pertolongan, ataupun untuk diselamatkan.

Di dalam kes Kitty Genovese ini, setiap orang yang berada di tempat kejadian, lazimnya, akan membuat suatu anggapan, ataupun andaian, bahawa akan ada orang lain yang akan memberi bantuan kepada si mangsa tadi. Ini kerana ramai orang yang telah melihat kejadian tersebut berlaku.

5.2. MODEL LATANE’ AND DARCY Model ini menunjukkan langkah-langkah yang akan diambil oleh seseorang individu itu sebelum dia membuat sesuatu komitmen, ataupun pengakuan, untuk memberi sesuatu bantuan kepada pihak tertentu yang meminta bantuan daripadanya.

Tidak Perasan

Tidak Membantu

Peristiwa Berlaku
Bukan Kecemasan Perasan Kecemasan Tanggungjawab Akan Beri Bantuan Tiada Bantuan Bukan Tanggungjawab Tiada Bantuan

6.0. TINGKAH LAKU LANGSANG
1. Tingkah laku fizikal dan psikologikal yang bertujuan untuk menyakiti seseorang, ataupun untuk memusnahkan harta benda. 2. Ia didefinisikan sebagai keinginan untuk menyakiti, atau mencederakan, seseorang, ataupun bertindak ganas terhadap seseorang.

6.1. DUA JENIS TINGKAH LAKU LANGSANG :(a) (b) Ancaman (Threat) Instrumental

(a)

ANCAMAN (THREAT)

Ia berlaku apabila seseorang itu marah. Matlamatnya ialah untuk menyakiti sasarannya (iaitu individu yang dimarahinya).

(b)

INSTRUMENTAL

Ia dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat, atau cita-cita. Contohnya, pencuri mungkin menikam mangsa kerana ingin merampas sesuatu yang dimiliki mangsa. Tindakan pencuri tadi bukan disebabkan dia marah terhadap mangsa, tetapi tingkah laku tersebut adalah bertujuan untuk mencapai cita-citanya, iaitu memiliki barang kepunyaan si mangsa.

HIPOTESIS FRUSTRATION - AGGRESSION
1. Frustration, atau geram, atau dihadang daripada mencapai matlamat merupakan punca tingkah laku langsang. 2. Kehadiran perasaan marah juga merupakan penyebab, atau pencetus, kepada timbulnya tingkah laku langsang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful