PL 3234: PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU

Skim Pemarkahan Karangan Peperiksaan Peringkat ‘O’
05B0807 Hj Ahmad bin Masrun 05B0811 Pg Abu Bakar Sani bin Pg Hj Yassin 05B0802 Hj Rasni bin Bakir 05B0810 Norasikin binti Hj Mat Zain 05B0809 Roslinah binti Raya

PENDAHULUAN
 Untuk menentukan kelayakan

menceburi apa jua bidang, kita seharusnya menjalani pengujian dan juga penilaian.

 Contoh, askar sebagai profesion,

Apakah kita layak untuk menyandang tugas tersebut?

 kita akan diuji terlebih dahulu sebelum

kita layak bergelar sebagai seorang askar.

 Melalui ujian, seseorang itu boleh dinilai

dengan satu ukuran yang menepati standard.  kerjaya seorang askar ada pelbagai cawangan dan tata tingkat kedudukannya.  Sesaorang itu diuji dengan cara yang berlainan berdasarkan pengkhususan tugasan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pula pengujian dan penilaian merupakan sesuatu yang berkaitan.  Menurut Abbas Mohd. Shariff (2003: 183) pengujian, pengukuran dan penilaian mempunyai kelainan dari segi fungsi, tetapi berkaitan.  Melalui pengujian, maklumat murid dapat dikesan, boleh diberi gambaran mengenai kemajuannya dalam pelajaran.  Pengukuran adalah proses menentukan tahap atau standard setelah proses pengujian selesai dijalankan.  Setelah itu penilaian akan dibuat bagi menentukan pencapaian murid.

Kamarudin Hj. Husin (2001: 328), penilaian adalah aktiviti yang bersistematik untuk mendapatkan maklum balas menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam P&P, penilaian dilakukan melalui dua cara, 1/ formatif 2/ sumatif.

Penilaian formatif - penilaian yang mengesan perkembangan dan kemajuan pembelajaran murid. Ia secara berterusan dan catatan yang berupa rekod. Ia dibuat pada setiap pengajaran bagi mendapatkan data bagi melihat perkembangan murid. Penilaian sumatif - bertujuan melihat taraf pencapaian murid secara keseluruhan setelah selesai penggal persekolahan (Juriah Long dkk. 1990: 259-260).

Bagi negara Brunei Darussalam, penilaian sumatif dikenali sebagai:
1. 2. 3. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Peperiksaan umum PMA & PMB dsb. Bagi menengah lima, ‘General Certificate Of Education Ordinary Level’ (G.C.E peringkat ‘O’).

  

Salah satu cabang penilaian ialah Bahasa Melayu. Ia merupakan subjek wajib. Perbincangan ini hanya menjurus kepada kertas soalan BM I atau ujian penulisan karangan bagi tahun 2007 sahaja.

Contoh Tajuk-Tajuk Karangan Dan Peraturannya

Ramai yang berpendapat bahawa ‘kes jenayah meningkat adalah berpunca daripada pelbagai masalah sosial’. Bersetujukah kamu dengan pendapat tersebut? Nyatakan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak dengan memberikan beberapa contoh. Mahir menggunakan komputer menjadi satu kemestian kepada kita. Tulis sebuah rencana yang menjelaskan tentang hal ini.

Kita berhasrat supaya kuih-muih tradisional negara ini mestilah diperkenalkan kepada generasi muda. Huraikan apakah langkahlangkah yang perlu dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini. Dalam bentuk sebuah penulisan drama, gambarkan kisah seorang jiran di sebelah rumah yang akhirnya menyesali perbuatannya yang sombong. Semua agama menyuruh penganutnya supaya berbuat baik. Tulis satu ulasan mengenai hal ini.

Bertindik dan mewarna rambut adalah satu fesyen terkini yang bertentangan dengan budaya hidup masyarakat kita. Dalam bentuk sebuah ceramah sampaikan pernyataan ini dengan jelas. ‘Bagai lebah menghimpun madu’, Peribahasa ini bermaksud rajin bekerja dan tekun berusaha. Berlandaskan makna peribahasa ini buat satu teks ucapan yang akan disampaikan dalam majlis penyampaian hadiah cemerlang.

Soalan yang diajukan menunjukkan variasi dari segi aspek yang berbentuk perbahasan, deskriptif, penceritaan, perbincangan, penulisan drama, ceramah dan juga teks ucapan. had kepanjangan karangan tidak kurang daripada 350 patah perkataan. Markah dinilai dari aspek gaya bahasa, isi dan teknik penulisan.

Isu Kebolehpercayaan Pemarkahan Karangan
 

Terdapat isu tentang kebolehpercayaan dalam pemarkahan karangan. Menurut Vassilogou (dalam kamaruddin Yaakub, 2004), beliau menyatakan bahawa peperiksaan yang dijalankan terhadap seseorang calon bukanlah sebenarnya bertujuan untuk memeriksa kebolehan atau pencapaian calon tersebut, tetapi untuk menguji atau mengukur keupayaan pemeriksa jawapan yang diberikan oleh calon. Sehubungan perkara tersebut, markah bagi setiap karangan yang diberikan biasanya kurang mempunyai ketepatan pemarkahan atau kebolehpercayaan.

 Setiap

pemeriksa itu biasanya dipengaruhi oleh latar belakang pemeriksa, latar belakang pelajar, tempat peperiksaan, dan kertas soalan  Satu alat biasanya dikenali sebagai ralat pengukur atau ralat pengujian perlu diwujudkan bagi menghindarkan pengaruh-pengaruh negatif berlaku ketika membuat pemeriksaan.

Pentingnya Skim Pemarkahan

‘Ujian menulis karangan’ sebagai teknik bagi mengukur kemahiran pelajar menulis dalam pelbagai bahasa. bertujuan menguji dan mengukur kebolehan pelajar menyusun idea atau pendapat, dan melahirkannya dengan menggunakan perkataan, gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan. Ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan dalam pemarkahan adalah sangat penting terutama bagi pemeriksa atau kumpulan pemeriksa karangan bertulis.

Skim pemarkahan karangan dibahagikan kepada tiga aspek penting, iaitu: isi kandungan, penyusunan, dan bahasa

  

Menurut Abdul Aziz (1985) menegaskan bahawa skim pemarkahan yang dibuat tersebut mempunyai tujuan khusus, seperti berikut:

 

mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sistem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu. mengawal ketekalan pemarkahan bagi seseorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan. menyenarai – semak sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran, dan mengkuantitikan kemahiran ke dalam bentuk markah.

Berdasarkan kepentingan skim pemarkahan tersebut, setiap pemeriksa atau kumpulan pemeriksa perlulah menguasai aspek sub kemahiran yang dihasilkan oleh seseorang penulis itu terutamanya dari segi kemahiran struktur dan gaya, kemahiran memilih isi, kemahiran perbendaharaan kata, kemahiran menyusun dan kemahiran mekanis iaitu kebolehan mengeja, menggunakan tanda bacaan, perenggan dan tulisan tangan yang boleh dibaca.

Laporan Analisis Bagi Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 Peringkat ‘O’ - 2007

Berdasarkan laporan Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Sayyiidina Hasan: bersetuju dengan bentuk soalan yang telah diberikan dalam peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 Brunei - Cambridge Peringkat ‘O’ bagi tahun 2007 boleh diterima dan bersesuaian dengan tahap dan standard pelajar Menengah Lima.

 Walau

bagaimanapun beliau juga ada menegaskan beberapa perkara harus diambil perhatian iaitu dari aspek kualiti soalan kerana didapati ia agak menurun.  Soalan-soalan yang diajukan tidak banyak mengemukakan kepelbagaian bidang soalan kerana kebanyakan soalan hanya tertumpu kepada bidang sosial, keagamaan dan pendidikan sahaja.  Soalan-soalan tersebut kurang mencabar pemikiran, kewibawaan dan mentaliti pelajar yang menduduki kertas soalan tersebut.

Setiap jenis soalan yang diajukan di dalam kertas soalan peperiksaan tersebut, beliau mendapati daripada tujuh jenis soalan yang diajukan, empat daripadanya adalah karangan berformat dan selebihnya adalah karangan tidak berformat.  Beliau berpendapat terdapat beberapa soalan yang mudah difahami dan tidak menyukarkan bagi setiap pelajar menulis tentang tajuk yang diutarakan.  Beberapa soalan yang bentuknya terlalu umum, kurang jelas dan tidak fokus.

Inisiatif guru memberikan komen dan juga cadangan terhadap kertas soalan peperiksaan bahasa Melayu Brunei Cambridge peringkat ‘O’ tersebut merupakan satu tindakan yang wajar dan baik. Ia sangat penting bagi mempertingkatkan kualiti jenis soalan yang diajukan agar ia dapat menguji kebolehan sebenar pelajar khususnya dalam mempelbagaikan jenis bidang yang boleh menguji pemikiran serta mentaliti pelajar itu sendiri.

Panduan Skim Pemarkahan
 panduan

skim pemarkahan merupakan faktor penting bagi memberi panduan kepada setiap pemeriksa atau pemarkah dalam menyemak hasil jawapan kertas kerja yang dilakukan oleh setiap pelajar.  Tanpa adanya panduan tersebut, kebolehpercayaan pemeriksaan tersebut akan mudah dipertikaikan khususnya dari segi pemberian markah.

Tujuan panduan skim pemarkahan ini dibuat adalah seperti berikut
 

Untuk memudahkan cara pembahagian markah yang selaras. Setiap pemarkah dinasihatkan agar membaca setiap hasil penulisan pelajar secara berhati-hati, dan setelah itu barulah membuat penilaian dengan merujuk kepada butir-butir pemberian markah secara analisis.

Garis pandu tentang pemberian markah maksima bagi kertas soalan Bahasa Melayu kertas 1
Isi Bahasa Susunan (Teknik) Jumlah Markah 45 35 20 markah markah markah 100 markah

Adapun ketiga-tiga aspek yang dinilai adalah selaras dengan pendapat Koh Boh Boon (1981) yang mencuba membina satu skim pemarkahan karangan bahasa Malaysia bagi tingkatan 1V dan V yang berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (edisi 1978) untuk tingkatan 1V dan V. Skim pemarkahan yang diaplikasikan di Negara Brunei Darussalam adalah sangat wajar dan harus dipatuhi bagi memastikan keselarasan serta kebolehpercayaan pemarkahan bagi penulisan karangan khususnya soalan kertas 1 Brunei – Cambridge peringkat ‘O”.

Pemberian Pemarkahan Secara Analisis
Markah

penuh hendaklah diberi kepada calon-calon jika mereka layak menerimanya.

PERKARA

PENERANGAN

PERINGKAT 37-

ISI

Kaitan idea/isi dengan tajuk, Cemerlang keragaman, 45 Baik keaslian, 30-36 perkembangan dan huraian idea
STRUKTUR Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan bahasa. PERBENDAHARAAN KATA Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas. MEKANIS Ejaan, tanda baca, perenggan, penggunaan huruf besar dan kecil, kebolehan bacaan tulisan tangan.

BAHASA

Sederhana 29 Lemah Cemerlang 10-22 35 Sangat Lemah Baik 0-9 28 Sederhana 22 Lemah 17 Sangat Lemah
Cemerlang Baik 17 Sederhana Lemah 9

2329231890-8
18-20 1410-13 6-

Perkembangan tema/cerita yang SUSUNAN logis, sistematis, bertalian dan jelas.

Struktur Pembahagian Markah Cemerlang, Sederhana dan Lemah

Semasa memeriksa ISI, BAHASA dan SUSUNAN pemeriksa mestilah menandai kesalahan-kesalahan atau idea-idea yang munasabah yang terdapat dalam penulisan calon dan tidak hanya memberikan markah.

ISI Cemerlang : Idea pokok dibincangkan secara jelas dengan disokong oleh butir-butir yang konkrit, penting dan bersabit. Sederhana : Idea pokok dibincangkan tetapi terlalu ringkas dan am.Perbincangan disokong oleh butir-butir yang konkrit tetapi kadangkala butir-butir itu diulang, tidak berkait atau tidak lengkap. : Idea pokok kurang jelas atau keliru, atau tidak disokong oleh butir-butir yang konkrit dan

Lemah

BAHASA
Cemerlang : Ayat-ayat dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan, menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa. Penggunaan (secara konsisten) tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.

Sederhana : Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar biasa dan kadangkala bersifat seragam sahaja. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan secara sesuai, jelas dan kadangkala terdapat penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.

Lemah : Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak bertalian, keliru, tidak sempurna dan membosankan. Perkataan yang dipilih dan digunakan tidak munasabah, kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang standard. Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan dari aspek tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.

 

SUSUNAN

Cemerlang : Tema dikembangkan dengan teratur selangkah-selangkah, perenggan-perenggannya adalah bersepadu dan satu perenggan beralih kepada perenggan yang lain dan berkesan. Perenggan dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan penekanan yang wajar. Sederhana : Pelan tema kadangkala tidak teratur, dikembangkan secara tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai, perenggan-perenggan berkaitan tetapi peralihan dari satu perenggan ke perenggan lain kadangkala tidak licin dan membosankan.

Lemah : Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak konsisten, tidak kena mengena dan diulang, perengganperenggan tidak bertalian dan peralihan dari satu perenggan kepada perenggan yang lain tidak jelas dan tidak berkesan.

Penyelewengan (Karangan Terkeluar Tajuk)
 

ISI KARANGAN tidak perlu diberi markah; Tetapi bagi BAHASA dan SUSUNAN bolehlah ditimbangkan. Perkataan “MENYELEWENG” hendaklah ditulis di bawah karangan tersebut, perkara ini bertujuan supaya mengelakkan sebarang masalah di antara pemarkah dengan penyemak.

Kaedah Pemarkahan
Dalam peperiksaan karangan Bahasa I bagi peperiksaan G.C.E peringkat ‘O’, kaedah pemarkahan berikut hendaklah ditunjukkan oleh pemeriksa di akhir tiaptiap jawapan yang diperiksa.  Contoh: I : 28 B : 36 G : 19 Jumlah : 83

 Tanda-tanda

seperti di bawah ini hendaklah digunakan bagi menunjukkan kesalahan-kesalahan dalam karangan pelajar.

Ejaan yang digunakan mestilah menggunakan sistem ejaan baru.

- Tiap-tiap ejaan yang salah ½ markah akan dipotong. - perkataan yang berulang akan dipotong sekali sahaja. - pemotongan markah maksima sebanyak 10 markah.

Panjang petikan karangan yang melebihi hadnya yang dibenarkan (350 patah perkataan) juga akan dipotong mengikut beberapa tahap seperti berikut: i. 350 perkataan ke atas tiada pemotongan markah. ii. 321 – 349 perkataan, potong 2 markah. iii.271 – 320 perkataan, potong 4 markah. iv.230 – 270 perkataan, potong 6 markah v.185 – 229 perkataan, potong 8 markah

Hal-Hal Yang Perlu Dilakukan Ketika Menjawab Soalan Bahasa Melayu I
Bahagian pendahuluan dan penutup mengandungi satu perenggan sahaja manakala bahagian isi mengandungi beberapa perenggan.  Setiap perenggan isi sebaiknya mengandungi satu idea atau boleh juga jika satu idea dalam satu dua perenggan, tetapi tidak boleh satu perenggan mengandungi dua idea.

Baca terlebih dahulu kehendak soalan.  Mulakan dengan menulis beberapa perkataan atau ayat yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.  Sebagai contoh tajuk soalan karangan berikut:

Bagaimana mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara kita sekarang?

Bahagian Pendahuluan
 Ketahui

kunci utama dalam untaian patah-patah perkataan di dalam tajuk tersebut.  Huraikan makna kemalangan  Tempat yang selalunya berlaku kemalangan, iaitu sama ada di jalan raya, di rumah, di hutan, di laut, di udara dan sebagainya.

Bahagian Isi

   

Bahagian isi ini biasanya menghendaki pelajar supaya menuliskan kurang lebih lima puluh patah perkataan, kerana bahagian ini hanya bertujuan mengenalkan secara umum sahaja tentang tajuk yang diperkatakan. beberapa perkara yang perlu diingat ialah seperti isi, bahasa dan teknik atau susunan isi. Isi yang diperkatakan hendaklah berkaitan dengan tajuk. Keseragaman, keaslian, perkembangan dan huraian idea hendaklah seimbang. Idea dalam bahagian isi sebaiknya disokong oleh bukti-bukti yang konkrit atau contoh-contoh yang berkaitan.

 Bahasa

dalam perenggan isi hendaklah mempunyai struktur ayatayat yang dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan.  Pilih perkataan-perkataan yang menarik dan tepat seperti perkataan yang mengandungi bunga bahasa atau peribahasa.  Penggunaan perkataan hendaklah secara konsisten.  Gunakan tanda baca dan bahasa baku yang betul.

 Susun

isi denga baik.  Tema karangan hendaklah dikembangkan dengan teratur secara selangkah demi selangkah.  Setiap perenggan dalam karangan tersebut hendaklah mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain,  Perkembangan perenggan hendaklah menarik dan seimbang.

Bahagian Penutup
Mengandungi fakta, kutipan, perwatakan atau apa saja yang dibincangkan dalam pendahuluan, dan isi sesebuah karangan.  Penyimpulan dalam perbincangan.  Harapan, penegasan, cadangan atau rayuan seperti memujuk pembaca supaya memihak kepada hal yang diperkatakan oleh pelajar.  Biasanya mengandungi satu perenggan dan tidak melebihi dua perenggan.

 Pelajar

hendaklah menyemak semula karangan yang telah ditulis.  Semak struktur, penjelasan, khalayak pembaca, tema, terjemahan, klise (pengulangan), jenis ayat dan pembaziran perkataan.  Jika pelajar sudah yakin, maka pelajar bolehlah menghantar kertas jawapan kepada pengawas peperiksaan setelah tamat tempoh waktu yang ditetapkan.

Kesimpulan
Skim pemarkahan yang disediakan oleh Jabatan Peperiksaan bertujuan untuk memberikan garis pandu, bukan sahaja kepada pemeriksa, tetapi juga kepada guru Bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu sebaiknya, guru Bahasa Melayu membiasakan diri dalam memberikan markah berpandukan kepada skim pemarkahan tersebut. Dengan adanya skim pemarkahan kertas Bahasa Melayu I ini, guru juga diharap akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keputusan peperiksaan mereka, iaitu dengan memberikan pelajar panduan cara menjawab soalan kertas I dengan sebaik-baiknya.