You are on page 1of 16

CSL2012

Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
1













PROGRAM
LONJAKAN BERGANDA
BAHASA MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
KERTAS DUA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2012









OLEH:

SAZALI BIN IBRAHIM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LALOH
KUALA KRAI

CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
2
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan
ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi
memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan
terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.
Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan
mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat
kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan
perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi.

Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada dilakukan secara
berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam
aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain
berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan
menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk
lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat
membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk bergaul, menghormati
sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri
sendiri.

Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja
menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan.
Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai
persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Program rekreasi secara
berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Secara tidak langsung akan
membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan
sebaik-baiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta
terbuka dalam pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan
mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi.

Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju
alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya
mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju
dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan
mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja
yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan
berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif
berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang sihat dan cerdas.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh Berekreasi’,
Dewan Siswa, Januari 2010)

CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
3
Contoh Jawapan Rumusan

Petikan membincangkan faedah berekreasi untuk menjaga kesihatan
dalam kalangan remaja.

Kepentingannya adalah untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan
kecerdasan minda. Selain itu, berekreasi mampu mengelakkan remaja
daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat. Seterusnya berekreasi mampu
mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Lagipun,
rekreasi mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang,
berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Tambahan pula,
rekreasi akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta
menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. Akhir sekali, berekreasi
membantu perkembangan psikologi remaja.

Kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya ialah masa untuk
berekreasi begitu terhad. Selain itu, remaja menganggap rekreasi sebagai
aktiviti yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya, setiap remaja mestilah melakukan aktiviti rekreasi
supaya kesihatan fizikal dan mental mereka lebih terjamin.

(119 patah perkataan)




















CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
4
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan . [2 markah]

Contoh Jawapan:

(i) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah bergerak ke
arah kematangan.


(ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk
menggalakkan rakyat berekreasi ? [ 3 markah]

Contoh Jawapan:

(ii) Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta
untuk menggalakkan rakyat berekreasi adalah dengan membina
pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman
moden. Selain itu, hampir di setiap kawasan perumahan ada di
sediakan taman untuk berekreasi. Seterusnya kerajaan telah
membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang sihat dan cerdas.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menggalakkan para pelajar berekreasi . Berikan tiga cadangan. [4 markah]

Contoh Jawapan:

(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh
pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi ialah
memperkasakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan pelbagai
aktiviti kokurikulum secara malar sepanjang tahun. Seterusnya,
pihak sekolah juga boleh menyediakan kemudian gimnasium untuk
memmudahkan pelajar berekreasi.





CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
5
Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pagi masih lagi meredup, suram dan dingin. Dalam kepala Pak Itam, tujuh lapan khemah
akan dipasang. Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. Cik Habsah dari Terengganu sudah
pun dijemput untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang. Budak Zubir dari Pusat Kebudayaan UM juga
akan datang bersama-sama gitarnya menyanyi lagu puisi. Aziz H.M. dan kumpulan teater
Malininya akan mempersembahkan drama mereka. Bagi Pak Itam, makanan untuk fizikal mesti
diselaraskan juga dengan makanan kerohanian. Pembangunan sosioekonomi sahaja tidak
mencukupi, kiranya kita melupakan hal-hal kebudayaan, hal-hal kesenian bangsa, agama dan adat
resam.
“Tempat letak kereta macam mana?” Pak Itam mendongak lagi ke muka Tuk Mat.
“Semuanya beres, pak, sudah saya siapkan di tanah kosong seberang jalan!” Tuk Mat
menjawab cepat.
“Aku tak mahu, kereta-kereta dan bas-bas tetamu mengganggu lalu lintas, jalan raya itu
pun bukan besar sangat!” balas Pak Itam.
Dia mesti menghormati undang-undang, dia tidak mahu jalan raya jadi tersumbat kerana
kenderaan para tetamu jemputannya. Kalau kita sendiri tidak mahu menghormati undang-undang
yang kita buat, siapa lagi? Bukankah dia anak Melayu pertama menjadi majistret di Malaya ini,
yang ikut membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua
oleh Zahari Affandi
dalam antologi Harga Remaja,

(i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya. [2 markah]

Contoh Jawapan:
(i) Persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya ialah memasang
khemah-khemah sebagai tempat menjamu selera dan mengadakan
persembahan. Selain itu, Pak Itam menyediakan tempat letak
kereta para tetamu.

(ii) Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. Jelaskan tiga kesan sekiranya
undang-undang negara tidak dipatuhi. [3 markah]

Contoh Jawapan:
(ii) Kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi ialah
kesejahteraan hidup akan terjejas. Selain itu, kejadian jenayah
akan semakin meningkat. Seterusnya, rakyat akan hidup dalam
ketakutan.


CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
6

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu
perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut. [4 markah]

Contoh Jawapan:
(iii) Perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan ialah
mengambil berat. Contohnya, selain menyediakan makanan, Pak
Itam telah mengundang penyanyi dan pelakon untuk menghiburkan
tetamunya. Perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut ialah
bersemangat patriotik. Buktinya Pak Itam sanggup dipenjarakan
kerana menentang penjajah.



































CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
7
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri
Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng
yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.
Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu.
Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah
seorang.
Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib.
Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk
ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap
nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang,
kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.”
Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima
bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.”
Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan,
dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan
seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”

(Dipetik daripada
“Hikayat Opu Daeng Menambun”
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh
Raja Kedah? [2 markah]

Contoh Jawapan:
(i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah
oleh Raja Kedah supaya dapat membantu Raja Kedah mengalahkan
saudaranya. Seterusnya, supaya Raja Kedah dapat memerintah
negeri Kedah.

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah
berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]

Contoh Jawapan:
(ii) Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja
Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah
ialah Raja Kedah akan memberikan Opu Daeng berlima bersaudara
lima belas bahara seorang sekiranya Berjaya dalam perebutan

CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
8
kuasa tersebut. Selain itu, Opu Daeng pula meminta mana-mana
orang dagang yang datang dari Timur yang ada di negeri Kedah
diserahkan kepadanya untuk diperintah.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian.
Berikan tiga sebab. [3 markah]

Contoh Jawapan:
(iii) Kepentingan sesuatu perjanjian ialah supaya kedua-dua pihak
maklum tentang janji yang telah dibuat. Selain itu, perjanjian juga
penting untuk memperoleh ganjaran sebagaimana yang ditetapkan.
Seterusnya, perjanjian juga mampu mengelakkan perselisihan faham
selepas sesuatu tugas disempurnakan.

































CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
9
Soalan 2(d) - Petikan Puisi

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dalam perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,

Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.
Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;

Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.
Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,

Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka.












CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
10
(i) Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman. [2 markah]

Contoh Jawapan:
(i) Berdasarkan rangkap pertama, sifat-sifat orang yang beriman
ialah mempunyai sifat sabar. Selain itu, orang yang beriman juga
tidak mudah termakan hasutan iblis.

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah
terpengaruh oleh budaya Barat? Berikan tiga faktor. [3 markah]

Contoh Jawapan:
(ii) Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menyebabkan generasi
baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat ialah pengaruh media
massa yang tidak terbatas. Selain itu, mereka menganggap budaya
Barat lambang ketamadunan. Seterusnya, kurangnya penghayatan
agama menyebabkan remaja hanyut dengan budaya Barat.


(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran
yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. [4 markah]


Contoh Jawapan
(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama pantun
ialah kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara.
Pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut
ialah kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar
martabatnya sentiasa terpelihara.
(Pastikan jawapan menepati formula anda 1 + 1 iaitu isi + huraian)















CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
11
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang
[6 markah]

Contoh Jawapan:

(i) Industri minyak gamat begitu sinonim dengan Pulau Langkawi.

Kehadiran artis popular itu menjadikan suasana di dalam dewan
begitu gamat.


(ii) Sudah hampir lima tahun dia diam di kampung itu setelah
mendirikan rumah tangga.

Pesalah itu diam sahaja tatkala hakim menjatuhkan hukuman.

(iii) Beberapa bidang tanah di pinggir bandar itu telah diratakan untuk
projek perumahan.

Ahli bina badan itu dikagumi kerana mempunyai dada yang bidang
lagi berotot.













CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
12
(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan
masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan
alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak
berfaedah.
[ 6 markah]

Contoh Jawapan:
i. Golongan remaja terlalu asyik melayari internet.

ii. Golongan remaja seringkali menghabiskan masa berjam-jam di
hadapan komputer.

iii. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga.

iv. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan
tanggungjawab terhadap pelajaran.

v. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat.

vi. Sebenarnya mereka melayari laman-laman yang tidak
berfaedah.

















CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
13
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya
yang dilaku oleh polis trafik.

(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga
tidak bimbang akan keselamatannya.

(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu
jam setengah.

[6 markah]

Contoh Jawapan:
(i) motorsikal - motosikal
dilaku - dilakukan

(ii) e-mail - e-mel
diharap - berharap

(iii) tengahari - tengah hari
bekerja - pekerja




















CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
14
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan
berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah
digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar
maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan
mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan
mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
[6 markah]
Contoh Jawapan:
berbagai - pelbagai
Ini kerana - Hal ini kerana
pelebar - penyebar
di dalam - dalam
perasaan - minda/fikiran
komuniuti - komunikasi

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan
situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai
supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan
hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah
negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba
menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui
oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang.
[6 markah]
Contoh Jawapan:
(i) Makan suap
(ii) Duri dalam daging
(iii) sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga











CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
15
Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Renyah karya Gunawan Mohamad
(ii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan


(a) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang anda
pelajari.
[7 markah]
Contoh Jawapan:
(a) Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood.
Dalam novel ini, pengarang menggunakan pelbagai teknik plot untuk
menjadikan cerita lebih menarik.

Teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah imbas
kembali. Contohnya, pengarang mengimbas kembali kenangan Datuk
Dolhi bersama isterinya Mastura dua puluh lapan tahun yang lalu.

Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik plot imbas
muka. Misalnya, pengarang menggambarkan watak Mukhlis yang
teringatkan ibunya. Mukhlis membayangkan ibunya tentu marah
kerana dia berkahwin tanpa memberitahu keluarganya.


















CSL2012
Teknik Menjawab
Kertas 2 SPM
16
(b) Watak utama dalam sesebuah novel sering menjadi idola kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu perwatakan watak utama
yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari.
[8 markah]

Contoh Jawapan:
(b) Dua buah novel yang saya pelajari ialah Renyah karya
Gunawan Mahmood dan Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib
Hassan. Watak utama dalam novel Renyah ialah Datuk Dolhi
manakala watak utama dalam novel Sutera Dalam Lukisan ialah
Hafiz atau Bujei.

Perwatakan Datuk Dolhi dalam novel Renyah yang boleh
dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari ialah tabah
menghadapi cabaran. Contohnya, Datuk Dolhi begitu tabah
membangunkan perniagaannya sehingga beliau menjadi seorang
usahawan yang berjaya.

Perwatakan Hafiz dalam novel Sutera Dalam Lukisan yang
boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari ialah anak
yang bertanggungjawab. Misalnya, Hafiz cuba menyelamatkan
ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana
api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada
memasuki rumahnya yang terbakar.


Salam Hormat
Semoga A+ dalam gapaian