You are on page 1of 4

TIME CAPSULE

Satu mekanisma untuk generasi zaman ini, berkhabar berita kepada generasi
keturunannya yang belum lahir…..dan akan lahir pada tahun 2109!!!
Teman tengah berusaha untuk membuat satu lagi projek sambutan 100 tahun
SKM.
Teman memikiokan bagaimana kita nak anto gambo, surat, video, lagu-lagu nasyid ke
karaoke,.ke (macam manake nyebutnya…) untuk tatapan ataupun santapan telinga cucu cicit kita
yang entah bila lahirnya…
Tentu ada cucu cicit kitu tu nanti… Anak jantan ada, anak betina ada, tak kan pulak anak-anak
kita ni tak kekawin. Kalau susah nak cari menantu, muh kita berbisan sesama sendiri je… Kalau
dah ase dari sekampung tu, bila dema dah beranak pinak tu, bila reraya senang le sikit nak balik
ke kampung. Tak le payah bemasam muka, nak balik romah mak sendiri ke nak balik romah mak
mentua ke.
Muh kita bebisan je. Teman ada 9 orang anak semuanya. Jantan ada betina pun ada. Pilih le yang
mana yang bekenan. Nak yang jantan ke nak yang betina ke. Murah-murah je. Teman bukan
bekira sangat.
Kita buat kenduri kat kampung je. Kita gotong royong cari umbut palas, kutit pucuk paku, gule
nangka muda. Kita carile kobo di Rambai 7. Talang tengah pun banyak kobo. Kita jumpa dengan
Nyah Husin kita. Mesti ada harga diskaun punya. Warih kita juga. Entah-entah dia pulak nak
tumpang kekah…. Tak kanan kita?
Balik ke cerita ‘Time Capsule’ tadi, dulu teman dah buat di Sekolah Clifford. Kalau kita duduk
di stesen bas Kuala, kita pandang ke arah Sekolah Cliford, kita nampak satu struktur macam
kapal tu. Bawah tu ada terletak satu peti besi. Sultan Raja Azlan yang rasmikan. Yang itu projek
teman masa sambutan 100 tahun Sekolah Clifford. Waktu itu harga struktur yang macam kapal
tu RM40,000. Peti besi RM2000 lebih.
Kalau boleh kita kena buat struktur yang tahan 100 tahun le.
Kalau tiang pakai batang pinang, gelegor pakai buluh betin, atap pakai daunsang, tak jadi le.
Pase bangunan ni mungkin kita tanya pada en Suhir Mokhtar, Dia dah ada lesen kontraktor kelas
B. Kita lantIk dia jadi pakar rujuk kita. Teman apa tau.
Ini kita jadikan sebagai program ‘fund raising’ –program penambahan dana kita.
Katakan sesape yang nak anto gambo dia pada cicitnya yang akan lahir pada tahun 2109, kita caj
dia RM10/=, nak anto surat perutusan, RM5/=, nak anto album gambo, RM100/=, CD cerita P
Ramlee, RM10/= nak anto video…. Nanti kita fikir le….berapa nak caj.
Nanti dalam kapsul tu kita masukkan juga buku cenderamata, kita masukkan juga gambo-gambo
aktiviti sambutan 100 tahun kita, kita masukkan gambo cik gu-cik gu kita….Apa saja le.
Buku resepi ke…. Mana le tau kut zaman tu dah tak ada yang tau macamana nak buat lemang,
rendang pedeh macamana nak buat dodoi, ….Tapi jangan le anto dodoi pulak…. Kalau nak anto
bunga telo tu boleh, tapi telonya tak payah le. Cuma anto pakai kerongsong telo je.. Jadi nampak
ori juga. Mana le tau masa itu dema kawin dah tak pakai bunga serah lagi. Mungkin pakai
telefon bimbit je.. mungkin dah tak sebut lagi ‘aku terima nikahnya…..”…. tapi sebut, ‘ I do’,
je…
Dulu masa teman kecik-kecik masa pengantin tengah bersanding ada di bacakan pantun-
pantun…. Apakebenda namanya!!! Busut nasi rasanya… Temanpun dah lupa namanya.
Sekarang ni dah tak ada lagi. Itu baru lebih kurang 50 tahun je…
Teman teringin nak anto pengilo, pengayan, tuntang taut pada cucu cicit teman. Usahkan cucu
cicit, anak-anak temanpun tak tau apakebendanya benda-benda tu.
Masa teman kecik dulu tu tok teman, Tok Jidin, selalu ngajak teman pergi nangkap ikan pakai
pengilo, pengayan, tuntan, taut, kaco…. Kaco ni khas nak nangkap sebaro je. Specialise. Orang
kita dedulupun sudah specialize bila ngae. Macam-macam lagi. Tapi zaman ni je pun benda-
benda tu dah tak ada.
Jadi, banyak benda kita boleh anto sebagai mesej kepada generasi keturunan kita. Nanti kita
bahasakan le diri kita ni tok ke Pah ke, Tok wan ke, Tok Anjang ke, Tok Ki ke, Pak kulup ke…
Amacam? Rasa-rasa nak buat tak?
Kalau nak buat,kena bagi ‘feed back’. Kalau ramai yang suka kita buat.
Zainal A Aziz
2 Komen »
2 Respons

1. sunting di 16 Disember 2009 pada 3:08 PM | Balas zahidana


Kalau panjang hayat dunia, InsyaAllah, mungkin bahasa kita pun mereka tak faham,
terutamanya ada perkataan-perkataan yang tak pernah mereka dengar contohnya pengilo,
pengayan, tuntan, taut, kaco dll. dan mungkin cara hidup mereka sangat berbeza dari kita.
Kita patut hanto dictionary Malay English kat mereka yang ada mengandungi bahasa
perak dll… kalau tak meraban deme jenuh mencoye nya. Retio pulak deme anak cucu
kita tu..

○ sunting di 16 Disember 2009 pada 4:15 PM | Balas Zainal Abidin Abd


Aziz
Aaaa tu leee. Ni yang teman nak dengo ni.
Jadi, dalam ‘Time Capsule’ tu nanti kita cerita apa aje tentang diri kita, suasana di
sekeliling kita. Peralatan-peralatan yang kita pakai, fesen baju yang kita pakai.
alat-alat elektronik yang kita guna…hand fon, CD,VCD macam-macam lagi
Dulu waktu zaman teman bebudak, handphone mana ada nak kita bawak kulu
kelo. Yang ada lestit, nak nuju burung, tupe, bewak… Itu le pemainannya.
Jadi, lestit pun boleh kita masukkan dalam ‘time capsule’ tu nanti.
…. atau masakan-masakan kegemaran zaman ini, ikan sunge, ikan laut, ikan
darat. ikan bocat..
Masa teman berumo sekitar 10-12 tahun, orang kita tu rajin memburu, buat
perangkap, ngetah burong.
Teman ingat lagi di rumah Arwah Ayah Yeop Hamid, apak arwah Mat Peran,
kawan sederjah teman, pelanduk sesaje bawah rumah dia. Satnike jenis burung
ada. Burong kuang, burong pune tahan, ayam denak, burong ayam-ayam,
….macam-macam burung.
Kawan-kawan rapat dema tu dulu termasuklah, arwah Abang Mat Sani, apak
Rosli Kubang Pekan, arwah Pak We Din (anak Tok Pandak Bue), apak Saleh We
Mensiah… Ini geng memburu. Arwah Abang Mat Nadi dan Mat Peran ni
kemudian sikit.
Kalau reraya, dema ni daging kobo tak main. Yang ada daging kijang, rusa,
kambin gerun… Malam reraye tu dema pergi nyuloh…Huh…. moncah beno.
(Nyuloh ni istilah yang digunakan untuk memburu di waktu malam)
Memburu tu pulak bukan pergi aje…
Ada macam macam cara….
Satu yang pernah dema cerita, mereka gunakan teknik ketuk….
Ada cara ketukannya. Gunakan sebatang kayu kecik buat pengetuk, dan gunakan
batang yang dah tumbang dalam hutan tu jadikan tempat di ketuk. Ada melodi-
melodi atau irama tertentu.
Bila buat teknik ini, pelanduk atau kijang atau apa saja haiwan yang ada di situ
akan keluar terlompat-lompat, terketek-ketek… menari-nari.
Masa itu le pemburu ni tadi menembak haiwan tersebut. Tersungko le kawan tu…
Tapi pulak kalau harimau ada dekat di situ, diapun akan keluar menari juga…
Kalau ikut rewayatnya, teknik ketuk ni adalah teknik gendang Nabi Allah
Sulaiman…..
Teman cube juga nak cungke cerita ketuk ni lebih mendalam lagi, tapi dah tak ada
orang yang nak di tanya. Dah arwah belaka.
Mungkin Pak Cu teman, Pak Cu Hambali tau… Kalau jumpa dengan dia, cuba
tanya dia… Dia ni pun suka memburu juga… Sampe merata-rata…Teluk intan,
Kuala Sepetang…Lumut…
Pak Cu Hambali ni Pak sedare teman, adik mak teman yang bongsu. Kat
kampung orang page dia Din Bali je.
Nama je pak sedara, tapi umor tak berapa pewat dengan teman. Dia chief
penghulu Perak suatu keika dulu. (Sekarang dah pencen, macam teman juga.)
Maknanya dalam Perak ni diale penghulu paling beso…
Hebat-hebat orang Menora ni….
k, mari rame-rame kita jayakan program sambutan 100 tahun ni.
Teman nunggu feed back geng dari KL. Nak buat gathering ke tidak masa cuti
krismas tu nanti. Teman dah mintak pada kawan-kawan kita seperti Tan Sehak,
Zam anak Pak Azih, Mat Anak Pak Lin, Mad Joe anak Pak Sani, dll.
Kita ada 3 hari cuti masa krismas tu nanti. Bila dapat green light je dari dema,
teman akan inform pada semua.
Siap-siap ambik cuti tahunan. Mari rame-rame kita balik kampung pada cuti
krismas tu nanti. Kalau tak jadi gathering pun, ambik je le cuti, kita sembang-
sembang je kat Sek Menora tu. Mintak-mintak adale cikgu yang nak tolong
bukakkan pintu git sekolah…
Nastalgia leee
Zainal A Aziz
http://sekolahmenora.wordpress.com