You are on page 1of 3

Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan

baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang
kita capai.,,,, Dengan kerananya kita terpaksa
mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan
usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...
Tunku Abdul Rahman (P.M. pertama : 1957-
1970)

...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita.
Marilah kita membanggakan negara kita dan
sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi
oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika
fahaman Kebangsaan yang sempit itu
dibiarkan hidup dengan perasaan yang
meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali
persahabatan kita dengan negeri- negeri lain
yang bebas akan terkecewa. Dengan yang
demikian maka terganggulah keamanan dan
ketenteraman dunia....
Tun Abdul Razak Dato' Hussein (P.M. ke-2 :
1970-1976)
...Tuan-tuan sekelian, akhirnya saya suka
berpesan dan berharap semoga tuan-tuan
dapat menunjukkan semangat keperwiraan
dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada
setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa
berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang
hendak merosakkan ketenteraman dan
kedaulatan negara. Di samping itu tuan tuan
juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk
mempertahankan negara dan memberi
perkhidmatan pada masa-masa kecemasan
apabila dikehendaki oleh negara kita...
Tun Hussien Onn (P.M. ke-3 :1976-1981)
Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita,
jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak
kita hargai."
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah
bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi
cabaran hidup.
Negara kita adalah tanggungjawab kita.
Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu
pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain.
Kita sanggup belajar dari barat dan timur.
Tetapi akhirnya yang akan memutus cara
mana yang terbaik yang akan diamalkan atau
dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri.
Tun Dr Mahathir Mohamad (P.M. ke- 4 :1981-
2005)
...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai
hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan
pejuang-pejuang kita yang terdahulu.Tunku
Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai
kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih
bagi membawa pembangunan, Tun Hussein
Onn memerah keringat bagi memupuk
perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir telah
menentang arus bagi mencipta pemodenan.
Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat
sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia
berada hari ini...
Tun Abdullah Ahmad Badawi (P.M. ke-5:2003-
April 2009)
Bertatihlah bersamaku,Kita berjalan seiringan,
kita melangkah ke sehaluan1 suara, 1 impian, 1
harapan, 1 Malaysia
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak









Nyalakan Tekad

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa













ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan
berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

A Samad Said

JIWA HAMBA

Menung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tak berpenghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda, beralih masa
berbagai neka, hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka


Tongkat Warrant
1948










RUKUN NEGARA
Maka kami rakyat Malaysia
berikrar akam menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami
demi mencapai cita – cita yang
berikut ;
1. Kepercayaan kepada
Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja
dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang –
Undang
5. Kesopanan dan
Kesusilaan