1.

0 Pengenalan
Ibu bapa dan guru lazimnya berasa gembira dan bangga apabila anak-anak mula
menunjukkan minat pada buku. Walau bagaimanapun perlu diingat minat pada buku
pada peringkat awal perlu sentiasa dipupuk supaya minat itu terus berpanjangan
sehingga menjadi kebiasaan. Pada peringkat ini kanak-kanak menyukai aktiviti
membaca cerita secara kuat.
Maksudnya, mereka suka kalau ibu bapa, guru-guru ataupun sesiapa sahaja
membacakan cerita dan mereka mendengar. Pada masa yang sama, kanak-kanak
sebenarnya menyimpan hasrat mampu membaca seperti yang dilakukan oleh pencerita
itu. Perbuatan membaca iaitu pergerakan kepala dan mata dari kiri ke kanan, menarik
perhatian kanak-kanak. Mereka seolah-olah tidak sabar menguasai kemahiran ‘ajaib’
itu.
Umumnya semasa anak-anak masih kecil, ibu bapa duduk bersama anak-anak
dan membacakan buku-buku cerita pada mereka. Keriangan jelas terbayang di wajah
anak-anak yang mendengar cerita tidak kira dari siapa. Namun, masa yang dihabiskan
bersama anak-anak bagi bercerita semakin kurang apabila anak semakin membesar
sehinggalah kemudiannya anak-anak dibiarkan membaca sendiri.
Itu adalah perkara biasa yang terjadi dalam mana-mana keluarga pun. Namun,
dengan perkembangan ilmu, sudah banyak ibu bapa yang terus-menerus memberikan
masa dan perhatian pada pembacaan anak-anak kerana diyakini peranan mereka
mempengaruhi sikap anak-anak pada pembacaan apabila mereka membesar.
Menyedari pentingnya peranan mereka, ramai ibu bapa mula memberikan lebih
perhatian dan belajar cara bercerita dengan lebih sistematik bagi membantu anak-anak
memupuk sikap positif dalam membaca. Ini kerana sikap positif terhadap membaca di
kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah penting dalam menentukan aktiviti
pembacaan mereka seterusnya.
Membaca dapat meluaskan pengetahuan. Setiap halaman buku yang dibaca
memberikan pelbagai maklumat. Oleh itu, semakin banyak membaca, semakin luas
dunia kanak-kanak. Ini kerana buku memuatkan pelbagai perkara dan pengetahuan
baru pada kanak-kanak. Perkara utama adalah pengalaman yang diperoleh melalui
pembacaan itu dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka selain dapat
memperkenalkan kanak-kanak kepada perkara-perkara baru termasuk manusia, tempat
menarik, idea baru dan sebagainya.
Kebolehan berbahasa mereka juga bakal meningkat. Pendek kata, buku-buku
yang dibacakan itu dapat membuka minda kanak-kanak pada dunia luar selain daripada
rumah dan persekitaran di sekeliling mereka. Banyak kemungkinan dibentuk dalam
usaha mereka cuba memahami banyak perkara berkaitan dengan kehidupan seharian
mereka melalui buku. Buku-buku yang sesuai dapat menyemai pertautan yang kuat
antara kanak-kanak dengan pembacanya. Kanak-kanak biasanya gemar kepada
individu yang suka membaca cerita ataupun bercerita kepada mereka. Ibu bapa yang
melakukan amalan membaca cerita pada anak-anak sebelum tidur dapat membantu
kanak-kanak tidur lena dan membiarkan imaginasi mereka meluas sewaktu tidur itu
sendiri. Malah pengalaman ini berharga kepada kanak-kanak dalam memupuk minat
membaca.
Kanak-kanak sebenarnya mengalami bermacam-macam konflik dan cabaran
sewaktu zaman prasekolah. Ketakutan dan kerisauan tentang pelbagai perkara sering
menghantui mereka. Contohnya takut pada gelap, takut ditinggalkan, takut ‘diserang’
oleh pelbagai makhluk ( imaginasi ) dan sebagainya. Kadang-kadang perasaan marah
pada sesuatu juga mengganggu mereka.
Oleh itu, buku-buku ataupun cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur jenaka
ringan dapat mengatasi perasaan takut itu. Kanak-kanak suka mendengar cerita yang
mengisahkan bagaimana watak-watak itu menghadapi dan mengatasi segala kekalutan
hidup mereka. Namun perlu diingat kesudahan cerita perlu diakhiri dengan perasaan
gembira, ceria dan hebat.
Sewaktu alam kanak-kanak, ibu bapa perlu mendedahkan kanak-kanak dengan
pelbagai jenis bahan bacaan yang berkualiti termasuk gambar, lagu, pengembaraan,
misteri, fantasi, teka-teki, sains dan sebagainya. Dengan itu, membaca menjadi
pengalaman berharga bagi kanak-kanak.
1.1 Apakah itu teknik bercerita.
Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif
pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan
menjayakan satu kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan
pengajaran bahasa seperti teknik bercerita.
Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara yang
baru, malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan
sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-
anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan
pelajaran kepada anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih
menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam
keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di prasekolah , sekolah-
sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi
apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadangkala dapat
pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi
diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan
pengajaaran bercerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana
terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan
ketika itu menjadi kabur. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk
menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu
adalah lebih penting dan seterusnya menjadi tumpuan utama.
Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan
pelajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak
diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan haruslah
dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita.
1.2 Jenis-jenis teknik bercerita
Terdapat beberapa teknik bercerita. Antaranya ialah :-
 Teknik garisan
Pencerita memerlukan kertas sesuai untuk buat lakaran.
Garisan dilakar menggunakan pen marker.
Boleh gunakan papan hitam, jika bercerita dalam kelas.
 Teknik tali
Menggunakan tali untuk membentuk imej, benda, peristiwa atau
keadaan.
Pencerita mereka bentuk beberapa jenis ikatan, jaringan mengikut
jalan cerita.
 Teknik tampalan
Teknik menggunakan tampalan, melekatkan figurin.
 Teknik lipatan
 Menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 Sapu tangan
 Pasir
 Boneka



1.3 Kepentingan Teknik Bercerita
Pembelajaran adalah satu proses kognitif, afektif dan psikomotor yang
kompleks.Ianya menghasilkan perubahan yang agak keaadan stabil didalam tingkah
laku seseorang atau sesuatu organisma itu, atau dalam kebolehan
seseorang.Perubahan ini hendaklah dihasilkan melalui pengalaman, latihan atau
interaksi antara individu dengan persekitarannya mengikut teori pembelajaran Sim
yang amat menitik beratkan persekitaran pembelajaran.

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui
bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak
langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih
kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang
gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar
dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham
dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secaa lumrahnya manusia
sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak
memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan
dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami kehendak
dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih efektif. Mereka
mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan
intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan peranan yang penting
dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang
melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model Pengajaran Sim persekitaran dan
tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar kanak-kanak dapat belajar dalam
keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini dapat membantu kanak-kanak
tersebut berkembang dalam persekitaran yang sihat.

Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan kaedah
pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang boleh menarik
minat kanak-kanak untuk menumpukan perhatian mereka ialah melalui bercerita.
Kanak-kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan mereka suka bertanya
mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka mendapatkan jawapan yang
tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan kaedah bercerita ialah melalui
nada suara yang bersesuaian dengan watak yang diceritakan. Intonasi suara yang
sesuai menjadikan kanak-kanak akan lebih tertarik dan faham tentang suara yang
diguanakan mengajar mereka tentang erti kebenaran yakni mereka akan dapat
mengetahui suara ibu adalah begini dan suara ayah adalah garau. Nada suara
hendaklah jelas dan lantang agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas
tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara juga haruslah disertakan dengan
emosi yang sesuai agar apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh
mereka.

Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam diri
kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat dan kosa kata
yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran
bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan aras kanak-
kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran. Guru hendaklah mengajar murid
dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya
harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami
dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan tersebut.

Mimik muka memainkan peranan yang penting kerana mimik muka membantu kanak-
kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak
disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang hendak
disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru.

Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat kanak-kanak untuk
berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang hendak
disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata murid-murid.Guru juga
boleh mengaplikasikan kemudahan IT yang ada dengan menggunakan Power Point.
Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik minat murid-murid. Pita rakaman
juga boleh digunakan kerana kemahiran mendengar dapat
ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih berkesan kepada kanak-kanak kerana
mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya dapat membantu kanak-
kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut. Syair, pantun dan gurindam
juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk menghayati dan meletakkan diri
mereka dalam cerita tersebut.

Guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran bercerita agar murid
dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dengan jelas dan terkesan
dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni dalam cerita itu dapat
memberikan pengajaran untuk membentuk keperibadian mereka. Guru merupakan
model kepada mereka dalam membentuk perwatakan mereka dimasa hadapan.
Melalui penekanan kepada aspek intonasi suara, mimik muka dan gaya penceritaan
serta alatan dan gaya penyampaian teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
oleh guru.

1.4 Pemilihan bahan untuk teknik bercerita
Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam mana-mana
pelajaran bagi menghidupkan pengajaran. Bercerita dapat meningkatkan kefahaman
kanak-kanak pada pelajaran dan dapat merangsang kanak-kanak melahirkan idea
ataupun pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai pengalaman yang
menyeronokkan. Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.
Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan bagi membantu penyampaian guru
dan membantu kefahaman kanak-kanak pada jalan cerita. Guru perlu peka pada reaksi
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Sekiranya sesuai, guru boleh memakai pakaian
khas bagi menambahkan keseronokan pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun,
pakaian itu hanya sebagai tambahan pada guru dan bukannya satu kemestian.
Aksi guru sebenarnya yang lebih mustahak. Nada dan intonasi guru penting.
Sekiranya suara guru mendatar dan tidak ‘bertukar-tukar’ mengikut ceritanya, sesi
mungkin menjadi hambar.
Selain itu, nyanyian, melukis dan kuiz dapat dijadikan pengukuhan pada cerita
itu. Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh guru sewaktu mengatur sesi bercerita
bersama pelajar. Antaranya adalah :-
1. Pemudahan plot cerita yang ingin diperdengarkan.
2. Pastikan cerita yang logik dan berjejak di bumi nyata.
3. Bina peta ataupun carta alir cerita.
4. Sediakan alat bantu yang sesuai.
5. Bercerita dengan suara , gaya dan intonasi yang sesuai.
6. Sediakan pakaian khas apabila perlu.
1.5 Jenis cerita yang sesuai untuk kanak-kanak
Sejak sekian lama, cerita mampu memberi sumbangan ke arah kejayaan akademi dan
kesejahteraan emosi kanak-kanak. Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan
bahan bercerita. Sebagai alat pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat bagi
menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan
serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur.
Terdapat dua jenis cerita yang sesuai untuk kanak-kanak. Antaranya cerita
sastera klasik dan cerita sastera moden. Cerita sastera klasik seperti cerita penglipur
lara, cerita klasik, cerita teladan, cerita jenaka, cerita binatang, cerita mitos dan cerita
lagenda. Cerita sastera moden seperti cerita fiksyen dan cerita non fiksyen.
1.6 Pengurusan Grafik
1.6.1 Kepentingan Teknik Bercerita