ANTONIM.

Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

1. Pada akhir tahun ini, harga getah akan merosot.
A mengembang C membesar
B meningkat D meninggi

2. Tindakan kamu itu akan menyenangkan kerja kami.
A melambatkan C menghalang
B menyukarkan D mengganggu

3. Kami akan menuruti arahan jurulatih pasukan kami.
A mengikuti C mengingkari
B melarang D membantah

4. Negara itu mengalami musim tengkujuh pada awal tahun.
A kemarau C banjir
B dingin D luruh

5. Baginda menitahkan kekanda baginda mengetuai pasukan perang negara.
A anakanda C adinda
B memanda D cucunda
6. Hidupnya bahagia semenjak kematian ibunya.
A sedih C susah
B dukacita D sengsara
7. Persahabatan antara Nizam dengan Yazid semakin lama semakin renggang.
A dekat C padat
B erat D ketat

8. Apabila hari menjelang senja, berduyun-duyun nelayan menuju ke laut lepas.
A subuh C petang
B pagi D gelap

9. Buku Panduan Khas itu dianggap mustahak oleh guru-guru Tahun Enam.
A remeh C senang
B mudah D enteng

10. Cincin di jari manis Adibah digadaikan oleh tunangnya.
A dijual C ditebus
B diambil D dipinjam

11. Ahli bina badan itu mempunyai otot-otot yang tegap.

A lemah C lembut
B kendur D halus

12. Pilihlah kawan yang baik pekertinya.
A handai C jiran
B teman D musuh

13. Puan Suri menambah air pada santan yang pekat itu.
A kental C pejal
B cair D likat

14. Air sungai itu agak tohor.
A jernih C dalam
B cetek D deras

15. Pertandingan itu diyakini dapat menarik minat puluhan ribu pendengar dan
penggemar muzik tanah air.
A ditakuti C diragui
B dibimbangi D dikehendaki

16. Janganlah meremeh-remehkan setiap dakwaan yang disampaikan oleh
kakitangan bawahan kita.
A meleceh-lecehkan C bermegah-megah
B membesar-besarkan D bersuka-suka


17. Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.
A berpaya C berlekuk-lekak
B rata D berteres

18. Pasukan tentera negara itu sukar dikalahkan kerana mereka dilengkapi
senjata moden.
A kuno C ketinggalan
B baru D buruk

19. Setiap pemaju perumahan dikehendaki membina rumah kos rendah di kawasan
yang dimajukan mereka.
A menegakkan C menjatuhkan
B mendirikan D meruntuhkan

20. Harimau ialah sejenis binatang liar yang digeruni.
A jinak C buas
B manja D ternakan

21. Majlis itu disudahi dengan bacaan doa oleh pengerusi majlis.
A diawali C dimulai
B dibuka D dirasmi

22. Puan Fatimah mengejutkan semua anaknya pada pukul 6.00 pagi.
A melenakan C menjagakan
B menidurkan D mendodoikan

23. Latif panik apabila bas yang dinaikinya terbabas.
A tenteram C tenang
B menggelabah D sabar

24. Mereka melakukan penyeludupan itu secara sembunyi-sembunyi.
A senyap-senyap C terang-terang
B jelas-jelas D hendap-hendap

25. Alina mengembangkan payungnya sebaik saja hujan turun.
A mengecilkan C mengibarkan
B mengucupkan D meniruskan

26. Seluar yang dipakai oleh adik saya longgar.
A ketat C padat
B penuh D kemas


27. Saya berasa sedih apabila melihat keadaan nenek yang semakin uzur.
A baik C tegap
B sihat D gagah

28. Kanak-kanak itu bermain di tepi pantai ketika air pasang.
A reda C surut
B susut D luput

29. Jalil berasa sangat kenyang setelah makan dua pinggan nasi ayam.
A lapar C hampa
B berat D kosong

30. Hati Fazlina berasa rawan melihat rakan sekelasnya, Nani yang hidup dalam
kesusahan.
A kesenangan C kegembiraan
B kebahagiaan D kemakmuran