You are on page 1of 8

SEJARAH NUSANTARA ADALAH SEJARAH BAHARI DAN NENEK MOYANG KITA ADALAH

PELAUT. BINCANGKAN.
1.0 Pengenalan.
o Nusantara merupakan istilah yang dipakai untuk menggambarkan wilayah
kepulauan yang membentang dari Sumatera sampai Papua.
o Orang yang pertama sekali menggunakan perkataan Nusantara ini ialah Ki
Hadjar Dewantara (1889-1959).
o Kata Nusantara itu sendiri merujuk kepada jangka masa tertentu ketika
Indonesia dikuasai oleh Majapahit iaitu semasa kerajaan ini berada dibawah
kendalian patih besarnya, Gajah Mada.
1

o Pada pandangan umum, Nusantara dikatakan sebagai Negara kepulauan atupun
Archipelago state.
o Archipelago State ataupun kepulauan ini didifinisikan sebagai kumpulan pulau-
pulau yang dipisahkan oleh laut.
o Dalam makna archipelago itu sendiri jika kita menilai satu persatu membawa
maksud “laut Utama” dimana Archi membawa maksud utama, manakala pelago
pula bermaksud utama.
2
Kata ini diambil dari bahasa latin.
o Nusantara memiliki potensi besar dalam bidang Maritim kerana ianya dapat
membantu kepulauan Nusantara tersebut mencapai kemajuan dalam bidang
ekonomi , social dan juga politik.
3

o Menurut Mahan, Terdapat Enam syarat yang menjadikan sesebuah Negara
tersebut sebagai Negara maritime iaitu, dari aspek geografi, karakteristik tanah
dan pantai, keluasan wilayah, jumlah penduduk, karekter penduduk, dan
pemerintahan.
4

o Bagi konsep bahari pula, bahari berasal dari perkataan arab yang merujuk
kepada kelautan.
o Menurut A.B Lapian, “sejarah Nusantara” disama ertikan dengan “sejarah
Bahari”. Namun pada hakikatnya makna bagi nusantara tidak sinonim dengan

1
Bernard H.M. Vlekke, Nusantara, Sejarah Indonesia, East India: Kepustakaan Populer Gramedia, 2008,
hlm. 5

2
A.M. Djuliati Suroyo, Sejarah Maritim Indonesia 1: Menelusuri Jiwa Bahari Bangsa Indonesia Hingga
Abad Ke-17, Semarang: Jeda, 2007, hlm. 8

3
Elfrida Gultom, Refungsionalisasi Pengaturan Pelabuhan untuk Meningkatkan Ekonomi Nasional,
Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2007, hlm. 1

4
Ermaya Suradinata, Hukum Dasar Geopolitik dan Geostrategi Dalam Kerangka Keutuhan NKRI, Jakarta:
Suara Bebas, 2005, hlm. 21-22

bahari, dan memang tiada mana-mana kamus yang menyatakan persamaan
maksud bahari dan juga Nusantara.
5

o Bagi pelaut pula, merujuk kepada masyarakat terdahulu yang mahir dalam
pelayaran dan penjelajahan dalam kontek soalan ini, masyarakat tersebut
merujuk kepada nenek moyang terdahulu yang mendiami kawasan nusantara
tersebut yang begitu mahir dengan ilmu kelautan.

2.0 Bukti kewujudan Kerajaan Maritim di Nusantara adalah Bahari.

2.1 Kerajaan Sriwijaya
o Sebuah kerajaan maritime yang besar dan terkenal di wilayah Nusantara.
o Berlangsung dari abd 7 sehingga abad ke 14.
6

o Dalam Catatan oleh I-Tsing juga ada menyatakan pada tahum 671 mereka telah
berangkat dari Canton ke India, lalu ia sempat singgah di Sriwijaya selama
beberapa bulan untuk mempelajari bahasa sansekerta dan kemudiannya beliau
singgah ke Melaka selama dua bulan lalumeneruskan perjalanan ke India.
o Menurut catatan I-Tsing juga, menyatakan bahawa, sriwijaya merupakan antara
pusat perdagangan dan juga pelayaran yang terpenting di Dunia.
o Menurut sumber dari China, Sriwijaya merupakan antara pusat perdagangan
yang terpenting di Asia Tenggara dan China
o Dalam dunia perdagangan dan pelayaran, kerajaan ini telah berjaya menguasai
sebahagian laut di wilayah nusantara seperti Laut Jawa, Laut Banda, dan
sebahagian laut di wilayah Indonesia timur.
o Sriwijaya juga menjalankan hubungan perdagangan India, Birma, dan Melayu
Utara, Siam, Kemboja, Cina, dan Philipina.
o Sriwijaya juga dikatakan telah melakukan pelayarannya ke bahagian Africa
Timur.

2.2 Kerajaan Melayu Sumatera
o Nama Mo-Lo-Yu ini dikaitkan dengan kerajaan melayu yang terletak di Pantai
Timur Sumatera yang berpusat di Jambi.
o Dalam catatan I-Tsing juga menunjukkan bahawa, setelah beliau menetap di
Sriwijaya, beliau telah ke Melayu dengan menggunakan kapal Raja.
o Pada asalnya, kedudukan Sriwijaya merupakan daerah Melayau (Jambi) yang
mana kerajaan ini juga turut berkuasa di semenanjung Melaka.

5
Robert Dick. R. Penjelajahan Bahari, Jakarta: Pt Mizan Pustaka, 2008, hlm 12

6
O.W. Wolter, The Fall of Srivijaya in Malay History, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1970, hlm .4
o Dari zaman inilah tradisi perdagangan semakin bertambah rancak sehari demi
sehari.
o Bukti wujudnya aktiviti-aktiviti perdagangan yang rancak di alam melayu ini
adalah dengan penemuan pelbagai jenis pekakas tembikar tanah dan alat-alat
batu yang berhias.
7

o Melalui perdagangan ini dapat dilihat bahawa, kejayaan pelayaran kerajaan ini
bergantung penuh kepada teknologi dan keupayaan masyarakat tersebut dalam
penghasilan kapal-kapal layar yang mampu untuk belayar merentasi benua.
o Telah banyak penghasilan perahu-perahu besar, kapal dan jong
o Antara kapal dalam masyarakat melayu yang paling unggul adalah tentang
kapal Kunlun Bo yang mana kapal ini telah berlabuh di China pada abad
pertama masihi yang mengangkut orang Buddha dalam perjalanan ke Srivijaya.
8

o Kebijaksanaan masyarakat melayu ketika itu berjaya mewujudkan system
perlabuhan yangcekap, selamat, dan tersusun pentadbirannya menjadikan
pusat perdagangan di melayu pada ketika itu menjadi antara perlabuhan
perdagangan yang dikunjungi ramai pera pedagang luar.
o Akhirnya dengan pusat perlabuhan dan perdagangan yang besar dan sistematik,
maka, wujudlah sebuah kerajaan maritime yang kuat pada ketika itu bagi
mengawal system pentadbiran perlabuhannya daripada diganggu oleh pihak
musuh yang lain.
o Sriwijaya akhirnya menakluki melayu pada tahun 685, nama Melayu menjadi
hilang dan muncul semula pertengahan abad ke-13
o Di dalam kitab Pararaton dan Nagarakertagama menyatakan bahawa pada
1275, Raja Kertanagera mengirim tenteranya ke melayu dan pasukan ini
dikenali dalam sebutan Pamalayu.
o Melayu terletak di kawasan strategic di pantai Timur Sumatera berdekatan
dengan Selat Melaka.

2.3 Kerajaan Samudera Pasai
o Terletak di Acheh dan merupakan antara kerajaan Islam pertama di Nusantara.
o Didirikan oleh Meurah Silu pada 1267M.
o Seorang pengembara Muslim dari Magribi, Ibnu Bathutah sempat mengunjungi
Pasai pada tahun 1346 M dan menceritakan bahawa, pada ketika beliau di Cina,
beliau telah melihat kapal Sultan Pasai di Negeri China.

7
Khoo Kay Kim, et.al, Malaysia Warisan dan Perkembangan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1992, hlm 5

8
Pierre-Yves Manguin, “Dunia Perkapalan Melayu Dalam Perdagangan Pra-Eropah: penyelidikan
Terbaru, Prospek Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 178-179
o Sultan Pasai ke negeri China untuk menyerahkan upeti.
o Pelayaran sultan Pasai ke cina kerap kali dalikaukan dan ini menujukkan bahawa
kerajaan Pasai pada ketika itu memiliki teknologi serta kepakaran dalam ilmu
kelautan dan juga perkapalan.
9

o Sultan Pasai juga memiliki hubungan diplomatic dengan Negara India Barat
pada tahun 1282M.
o Kerajaan ini wujud dengan luasnya setelah kejatuhan ataupun kemerosotan
kerajaan Sriwijaya.
o Dari catatan Ibnu Batthutah menunjukkan bahawa Samudera merupakan
sebuah perlabuhan yang sangat penting sebagai tempat kapal dagang bertemu
dan memuatkan barang dagangan.

2.4 Kerajaan Majapahit
o Pada awalnya kerajaan Majapahit hanya meliputi sebahagian besar Jawa Timur
dan sebagahagian Jawa Tengah, tetapi selepas kerajaan tampil dengan
kekuatan Maritim yang kuat pada 1330-an, kerajaan Majapahit berjaya
menakluki kerajaan-kerajaan lain di luar jawa.
o Kerajaan majapahit memiliki kota dan perlabuhan Tuban pada tahun 1350-an
dimana kota dan perlabuhan ini merupakan perlabuhan yang terbesar di
Nusantara.
o Di perlabuhan Tuban tersebutlah dimana ramai saudagar-saudagar kaya,
pemilik modal dari eropah pada abad ke-19 yang diiringi para pengawalnya
memiliki asset dan juga pengaruh dalam bidang politik kerajaan dan juga
ekonomi.
10

o Apabila perlabuhan berkembang, hal ini memungkinkan para pelaut melakukan
aktiviti samada di laut mahupun menguruskan perdagangan.
o Kerajaan ini memiliki armada yang kuat dimana pada tahun 1377 suatu
ekspidisi menghukum Raja Palembang telah dijalankan di Samudera.
o Menurut catatan Tao-I-Chih-Lueh yang ditulis sekitar 1349M, barang dagangan
utama eksport majapahit adalah padi,lada, garam, kain dan burung kakak tua,.
o Manakala barangan dari luar seperti emas, perak, mutiara, sutra, barang
seramik, dan barang yang daripada besi.



9
Teuku Ibrahim Alfian, Wajah Aceh Dalam Lintasan Sejarah, Banda Aceh: Pusat Dokumentasi dan
Informasi Aceh, 1999

10
Ales Bebler, Pantulan Zaman Bahari Indonesia, Jakarta: Djambatan, 1963, hlm 25
2.5 Kerajaan Perlak
o Sifat bahari ataupun kelautan bagi Perlak ini dapat dilihat dari Kesultanan Perlak
yang dikatakan datangnya Islam ke Nusantara melalui Gujerat, Arab, dan
Persia.
o Para pendakwah ini datangnya dengan cara berdagang dan secara tidak
langsung telah membuka hidayah bagi kesultanan perlak bagi memeluk islam.
o Pada 840, rombongan berjumlah 100 orang dari timur Tengah menuju Pantai
Sumatera yang dipimpin oleh Nakhoda Khilafah.
o Rombongan ini bertujuan untuk berdagang dan juga menyebarkan islam.
o Keturunan raja perlak juga diberikan berkahwin dengan para pedagang
contohnya Ali b Muhammad b Jaafar shadiq yang dikahwinkan dengan adik
Syahir Nuwi iaitu Raja negeri Perlak.
o Hal ini menunjukkan bahawa, parapedagang dan pelaut pada masa itu
merupakan antara masyarakat yang paling dihormati
o Selain itu kemasukan aliran Syiah juga datang melaui para pedagang.
o Perlak juga amat terkenal dengan penghasilan kayu Perlak, sejenis kayu yang
bagus untuk membuat kapal.
o Ini merupakan antara penarikan lagi para pedagang untuk berdagang di perlak.
o Kedatangan para pedagang ini memberikan pengaruh yang kuat terhadap sosio
budaya masyarakat Perlak pada saat itu. Mereka diperkenalkan cara berdagang,
dan akhirnya pada abad ke-8 Perlak dianggap sebagai perlabuhan niaga yang
sangat maju.

2.6 Kerajaan Demak
o Kerajaan ini merupakan kerajaan yang kuat dengan aktiviti perdagangan dan
pelayaran.
o Kota demak dikatakan berada di pinggir pantai dan memiliki perlabuhan yang
dikunjungi oleh pedagang dari pelbagai Negara.
o Menurut tom pires, penguasa kedua di demak adalah pate Rodim Sr. beliau
memiliki armada laut yang terdiri daripada 40 kapal jong.
o Demak memiliki kota perlabuhan Jemada di mana perlabuhan ini merupakan
perlabuhan ternesar di laut Jawa dan sekali gus menjadi pengeluar beras yang
utama ke Melaka.
o Pada 1512-1513, demak meyerang Melaka dengan menggunakan seluruh
gabungan angkatan lautdari Bandar-bandar Jawadan sumatera namun berakhir
dengan kekalahan.
o Akibat daripada ekkalahan tersebut, Demak telah digantikan oleh Jepara
sehingga VOC mengambil alih kegiatan perdagangan dari Jepara ke Semarang.
2.7 Kerajaan Banten
o Kota Banteng terletak di bahagaian barat Pulau Jawa dan berada di pintu Selat
Sunda
o Berfungsi sebagai pintu gerbang barat dari kepulauan nusantara
o Kawasannya yang stategik sebagai kawasan perlabuhan
o Penyebab kota banteng menjadi terkenal adalah apabila penaklukan portugis ke
atas Melaka telah menyebabkan para pedagang terutamnya pedagang islam
berhijrah ke Banteng
o Menurut catatan tom=pires, banteng merupakan sebuah pusat dagangan yang
begitu masyur sekali dan juga ramai para pedagang dari seluruh benua datang
untuk menjalankan aktiviti perdagangan di Banteng.
o Bukti lain juga dapat dilihat dengan keberadaan kapal perahu Jong China yang
berlabuh di perlabuhan tersebut.
o Ekonomi kerajaan banteng pada ketika itu adalah dengan memperdagangkan
beras, bahan-bahan makanan dan lada.
o Banteng melaksanakan system perdagangan terbuka.
o Zaman kegemilangan banteng sebagai sebuah kuasa maritime yang berjaya
adalah sekitar tahun 1570-1630.

2.8 Kerajaan Makasar
o Dalam kerajaan makasar ini memiliki dua buah kerajaan yang bergabung iaitu
kerajaan Gowa-Tallo.
o Kerajaan ini dikatakan sebagai kerajaan kembar meskipun dibawah dua buah
kerajaan namun mereka tetap bersatu. (zustertaten)
o Sekitar tahun 1600 kerajaan Makasar telah menjadi perlabuhan transito iaitu
tempat kepada para pedagang dari Maluku singgah untuk mengisi bekalan
perdagangan.
o Makasar juga banyak rempah-rempah yang didatangkan dari Maluku, sementara
para pedagang Jawa, Bugis, dan Melayu datang ke Gowa-Tallo untuk proses
pertukaran barang-barang mereka dengan rempah-ratus.
o Dikatakan juga pelaut makasar pada abad ke 17 telah melakukan pelayaran
hamper ke seluruh perairan Nusantara.
o Mereka juga dikatakan telah mengadakan pelayaran ke Kedah, Kemboja,
Ternate dan juga ke Sulu.
11


11
O.L. Tobing, Hukum Pelayaran dan Perdagangan Amanna Gappa, Makasar: Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan dan Tenggara, 1961, hlm 67
o Karaeng Pattingolloang anak Raja Gowa merupakan seorang pedagang besar.
Beliau telah berganding bersama Sultan Malikissaid berkongsi pengusaha besar
Pedero La Matta, Konsultan Dagang Spanyol di Bandar Somba Opu serta
seorang pelaut ulunr Portugis yang bernama Fransisco Viera dengan Figheiro,
untuk berdagang dalam negeri.
o Karaeng telah berjaya meningkatkan ekonomi perdagangan kerajaan gowa.
o Antara barang dagangan iaialah kain sutera, seramik Cina, kain Katun India,
Kayu Cendana Timor, rempah Maluku, dan Intan Berlian Borneo.
o Makasar juga terkenal dengan masyarakat pelaut yang handal. Suku bugis
merupakan contoh dimana mereka telah berjaya belayar sehingga ke
Madagascar.
o Pelayaran mereka juga hanya menggunakan perahu phinisi yang mampu
mengharungi lautan yang luas bahkan mampu melewati sumatera.


Kerajaan Ternate
o Pulau ternate merupakan seuah pulau yang memiliki keluasan 40 km pesegi,
yang terletak di Maluku Utara, Indonesia.
o Penduduknya datang dari Halmahera yang datang dalam suatu migrasi melalui
pelayaran.
o Terkenal dengan penghasilan rempah-ratus untuk didagangkan
o Banyak pedagang dari India, Arab, Cina, dan melayu datang untuk berdagang.
o Penduduk yang tinggal di kawasan persisiran panai rata-ratanya adalah nelayan,
dan pedagang.
o Ternate dapat dibuktikan sebagai pelaut adalah dari sejarah awal tertubuhnya
ternate itu sendiri.
o Dimana, gabunagn perkampungan yang berada di sekitar kawasan tersebut
untuk memperkuatkan lagi pentadbiran dan juga keselamatan perdagangan
tersebut.
o Mereka telah bersatu dalam membanteras lanun di laut kerana seemakin lama,
perlabuhan di kawasan tersebut menjadi semakin maju dan besar, oleh itu
pencegahan lanun yang semakin berleluasa dilakukan.
o Kemahiran masyarakat dalam mengendalikan kapal-kapal untuk berperang
menunjukkan bukti bahawa ternate adalah datangnya dari para pelaut yang
berkemahiran dalam mengendalikan kapal-kapal perang dan juga selok-belok
kelautan.