You are on page 1of 5

SMK ALMA BUKIT MERTAJAM

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


MINIT MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA (BIL. 1/2012)

TARIKH

:11-01-2012 (RABU)

MASA

:2.40 PETANG

TEMPAT

:BILIK AKTIVITI GURU CEMERLANG SMK ALMA

AGENDA MESYUARAT
1.

Ucapan Pengerusi

2.

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 4/2011

3.

Perancangan Tahunan 2012

4.

Hal-hal lain

5.

Ucapan Penangguhan

MINIT MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA (BIL.1/2012)


PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

TARIKH

: 11 Januari 2012 (Rabu)

Masa

: 2.40 petang

Tempat

: Bilik Aktiviti Guru Cemerlang SMK Alma

Pengerusi

: Pn. Puvaneswari Vadivelloo

Kehadiran:
1.

Pn. Puvaneswari A/P Vadivelloo (Guru Cemerlang/Ketua Panitia)

2.

Pn. Munirekha a/p Thulukannam ( Setiausaha PSK )

3.

Pn. Azlina Binti Abdul Lahtif

4.

Pn. Hidayati Binti Salleh

5.

Cik Loh Li Li

6.

Pn. Parameswari A/P Murugiah

7.

Cik Rafidah Binti Aris

8.

Pn. Siti Norhidayati Mohd Ghazali

9.

Pn. Siti Khadijah Binti Khalid

10. Pn. Che Rozzana Binti Ismail @ Khalid


11. Pn Peh Choon Moin (wakil Pendidikan Khas)

Tidak hadir :
1.

Pn. Noorhana Binti Rahmad (Guru Kanan mata pelajaran


Kemanusiaan)-mesyuarat pengurusan

1.0

2.

Pn. Zuraime Bt Haji Ismail Tanpa sebab

3.

Pn. Marliza Binti Abdul Razak kelas waktu ke-10

Ucapan Aluan Pengerusi


1.1

Mesyuarat panitia kali pertama dikendalikan oleh Pengerusi, iaitu Pn.


Puvaneswari Vadivello selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan.
1.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ke mesyuarat panitia kali pertama
bagi tahun 2012. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua
guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 2012 atas kerjasama
yang diberikan. Pengerusi berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan.
Tindakan: Makluman

2.0

Pengesahan dan Pembentangan Minit Mesyuarat Bil. 4 / 2011


2.1 Cik Rafidah Binti Aris mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Pn. Siti Khadijah Binti Khalid.
Tindakan: Makluman

3.0

Perancangan Tahunan 2012


3.1 Panitia melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi tahun 2012 untuk
jawatan jawatan seperti dibawah :Pengerusi : Pn. Puvaneswari A/P Vadivelloo
Naib Pengerusi : Pn. Siti Khadijah Binti Khalid
Setiausaha : Pn. Munirekha a/p Thulukannam
Penyelaras Ting 1 : Pn. Siti Khadijah Binti Khalid
Penyelaras Ting 2 : Cik Loh Li Li
Penyelaras Ting 3 : Pn. Parameswari A/P Murugiah
Penyelaras Ting 4 : Cik Rafidah Binti Aris
Penyelaras Ting 5 : Pn. Marliza Binti Abdul Razak
Penyelaras Meja Bermaklumat : Pn. Azlina Binti Abdul Lahtif
Penyelaras Ujian / Peperiksaan : Pn. Che Rozzana Binti Ismail @ Khalid
Penyelaras Sijil dan Hadiah : Pn. Munirekha a/p Thulukannam dan
En. Zuraime Bt Haji Ismail
Tindakan: Makluman
3.2 Pengerusi menerangkan perancangan tahunan 2012.
3.3 Guru- guru diberi penerangan oleh Pengerusi mengenai program-program

yang akan dilaksanakan pada tahun 2012 seperti berikut :3.3.1 Sekolah ganti bagi Tahun Baru Cina iaitu 11hb Februari 2012, panitia
Sivik dan Kewarganegaraan mencadangkan untuk mengadakan bengkel
Pembinaan item. Ketua panitia memberitahu akan berbincang dengan pihak
pentadbir untuk memberi kelonggaran kepada guru-guru PSK berkenaan
untuk menyertai bengkel tersebut.
3.3.2 Kem Sivik Tingkatan 1 akan diadakan pada 10hb Mac 2012 iaitu ketika
LDP ke-2 dan akan dikendalikan oleh guru-guru PSK Tingkatan 1 dan
AJK kem tersebut.
3.4 Pengagihan Markah Ujian dan penyedia soalan Ujian dan Peperiksaan
Dalaman tahun 2012 semua guru PSK diminta merujuk pada modul
rujukan guru yang telah dibekalkan kepada setiap guru.

Tindakan: Makluman

4.0 Hal-hal lain


4.1 Tajuk bagi program Khidmat Masyarakat, pengerusi meminta penyelaras
tingkatan merujuk kepada modul dan mengadakan perbincangan dengan
guru-guru terlibat.
4.2 Guru-guru dinasihatkan untuk memulakan kerja kursus Khidmat
Masyarakat lebih awal supaya memudahkan penyediaan laporan.
4.3 Setiap penyelaras Tingkatan diminta menyediakan bajet untuk pelaksanaan
program Khidmat Masyarakat.
4.4 Pencerapan guru dalam panitia akan dijalankan seperti tahun lepas.
Pencerap akan ditentukan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
Tindakan: Makluman

5.0 Ucapan Penangguhan


5.1 Pengerusi mengucapkam terima kasih kepada semua guru PSK
terutamanya kepada Cik Loh Li Li yang telah menjalankan tugas sebagai

setiausaha dengan cemerlang pada tahun 2011.


5.2 Pengerusi juga menasihatkan agar setiap guru mengajar dengan betul dan
telus mengikut sukatan yang telah diperturunkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(Pn. Munirekha a/p Thulukannam)

(Pn. Puvaneswari Vadivelloo)

Setiausaha PSK

Guru Cemerlang/Ketua Panitia PSK

SMK Alma

SMK Alma