You are on page 1of 11

TUGASAN

MEI 2014 SEMESTER 8



KOD KURSUS EMM 413
NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM
BAHASA MELAYU.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MAIZATULLIZA BINTI BADRON
NO.MATRIK E 30203120519

NAMA FASILITATOR PUAN SHARIFAH BADARIAH BT SYED ABDUL RANI
AKADEMIK

PUSAT KOLEJ IMPERIA, INDERA SEMPURNA RESORT
PEMBELAJARAN KUANTAN LEARNING CENTRE,
KUANTAN PAHANG.



BAHAGIAN A
Baca artikel bertajuk Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di
sekolah Rendah oleh Che zanariah Che hassan & Fadzilah abd Rahman, Universiti Putra
Malaysia.
Berdasarkan artikel di atas
a) Bincangkan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah 2
halaman
b) Huraikan strategi pengajaran kemahiran menulis yang diamalkan guru-guru- 2
halaman
c) Nyatakan masalah yang dihadapi guru dalam pengajaran kemahiran menulis sekolah
rendah- 2 halaman

Jawapan.
a) Bincangkan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang sangat kompleks dan
merupakan satu tugas yang sangat mencabar terhadap semua guru dan juga murid
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengaplikasian strategi
pengajaran , semua guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran
penulisanyang mudah kepada yang sukar. Strategi begini patut dilaksanakan kerana
dapat membantu , guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran
penulisan yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut dilaksanakan kerana
dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang
dipelajari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru
serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis. Kajian ini mencadangkan
guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan
kemahiran menulis dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga
patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar
penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu
melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini.
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut
ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu
kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula
pada tahun 2003.Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum Bahasa
Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri (Roselan Baki, 2003). Selain itu, sukatan
pelajaran Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada awal 2003 juga mengandungi
tiga bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, berfikir dan nilai.
Menurut Abdullah Hassan (2004) sukatan pelajaran lama yang terdahulu tidak
memberi tekanan kepada tiga kemahiran baru ini. Murid hanya diajarkan tatabahasa
dan terpulanglah kepada murid tersebut menggunakan bahasa menurut tafsiran
sendiri. Dalam kurikulum baru ini, kemahiran menulis merupakan salah satu
kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan
kemahiran yang paling kompleks.

Sikap Guru Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis.
Hasil dapatan kajian (Jadual1) menunjukkan sikap guru terhadap pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Hasil daripada analisis yang
berkaitan didapati bahawa pernyataan ke-8, melaksanakan pengajaran kemahiran
menulis merupakan tanggungjawab guru memperoleh min skor yang tertinggi iaitu
4.61 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP = .509. Skor min kedua tertinggi
ialah pernyataan ke-14 saya menyedari kemahiran menulis dapat membantu
penguasaan kemahiran membaca iaitu 4.43 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan
SP = .533. Skor min ketiga tertinggi ialah pernyataan ke-5 saya mengambil berat
tentang pengajaran kemahiran menulis iaitu 4.40 (penanda tahap bagi min ialah
tinggi) dan SP = .545. Secara keseluruhan dapatan Jadual 1 menunjukkan tahap skor
min yang tinggi. Ini dibuktikan dengan jumlah purata min = 4.03 (SP = .670). Namun
yang paling ketara sekali ialah ramai guru tidak bersetuju matlamat utama guru
mengajar kemahiran menulis hanya untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Namun
demikian ramai guru sangat menyedari bahawa melaksanakan pengajaran kemahiran
menulis merupakan tanggungjawab guru.

Menurut Jeyagobi a/l Dhamodarem ,Jabatan Pengajian Melayu, Guru bahasa Melayu
yang disoal selidik bersetuju bahawa kemahiran menulis melibatkan kemahiran
mental dan ia dapat menambahkan pemahaman pelajar semasa menimba ilmu
pengetahuan. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan pendapat berkaitan kemahiran
menulis mampu membina keyakinan pelajar. Hampir semua guru mempunyai
pandangan yang sama berkaitan pengalaman menulis akan menyeronokkan pelajar.
Begitu juga dalam hal berkaitan masa yang diperlukan bagi mengajar kemahiran
menulis adalah agak lama. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan yang ketara
dalam menghabiskan sukatan dan ia menduduki tempat pertama dalam menilai aspek
sikap guru terhadap kemahiran menulis. Sisihan piawai dalam aspek ini ialah 1.364
menunjukkan para guru mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam hal ini.
Guru sentiasa diingatkan oleh pentadbir supaya menghabiskan sukatan pelajaran
dihabiskan dahulu. Tekanan seperti ini boleh mempengaruhi tumpuan guru dari
memastikan kemahiran menulis diutamakan kepada
menghabiskan sukatan dahulu. Tetapi terdapat golongan guru bahasa Melayu yang
berpendirian teguh dalam memberi tumpuan kepada kemahiran menulis pelajar
didahulukan dan bukannya perkara menghabiskan sukatan, Terdapat guru yang
menggabungkan beberapa kemahiran semasa menyediakan persediaan mengajar
supaya sukatan dihabiskan dengan cepat dan tumpuan diberikan dalam kemahiran
menulis.




















b) Huraikan strategi pengajaran kemahiran menulis yang diamalkan guru-guru.

Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Dari aspek
pengaplikasian strategi pengajaran pula, dapatan kajian menunjukkan ramai guru
mengaplikasikan strategi yang betul dan menggunakan teknik yang sesuai semasa
mengajar kemahiran menulis . Jadual 2 menunjukkan aplikasi strategi pengajaran
kemahiran menulis sekolah rendah.Hasil daripada analisis, didapati bahawa
pernyataan ke-3 saya mengajar kemahiran menulis daripada yang mudah kepada yang
sukar memperoleh min skor yang tertinggi iaitu 4.20 (penanda tahap bagi min ialah
tinggi) SP = .538. Skor min kedua tertinggi ialah pernyataan ke-5 saya sentiasa
memberi pendedahan kepada murid sebelum menulis iaitu 4.09 (penanda tahap bagi
min ialah tinggi) SP = 0.551, manakala skor min ketiga tertinggi ialah pernyataan 1
saya merancang dahulu sebelum mengajar kemahiran menulis iaitu 4.03 (penanda
tahap bagi min ialah tinggi) SP = .478.n .Secara keseluruhan analisis dalam Jadual 2
menunjukkan tahap skor min yang tinggi tetapi menghampiri tahap sederhana 3.67.
Ini dibuktikan dengan jumlah purata min =3.72 (SP = .606). Teknik mengajar
kemahiran menulis daripada yang mudah kepada yang sukar, dilaksanakan dengan
baik oleh guru tetapi guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar eletronik
seperti radio dan televisyen semasa mengajar kemahiran menulis.
Berdasarkan jadual kajian tersebut juga, menunjukkan bahawa ramai guru yang
memberi pendedahan kepada murid sebelum menulis. Pendedahan yang
dimaksudkan di sini ialah guru membimbing murid untuk menghasilkan penulisan
yang baik sama ada cara memegang pensel, cara membina ayat yang gramatis yang
mengandungi subjek dan predikat, cara membentuk huruf itu sendiri dan sebagainya.
Dalam kajian tersebut juga ada menyatakan, guru terlalu sedikit menggunakan bahan
elektrnik semasa pengajaran kemahiran menulis kepada murid. Perkara ini mungkin
disebabkan oleh guru mahu memkhusus supaya murid dapat menguasai kemahiran
menulis dengan menggunakan deria sentuh dan lihat murid-murid yang dapat dirasai
oleh murid tentang kewujudan hasil kemahiran diri mereka sendiri. Murid berpeluang
untuk memegang pensel dengan cara yang betul dan guru dapat peluang untuk
menunjuk cara yang betul untuk membentuk huruf demi huruf. Jika terlalu n banyak
bergantung kepada bahan elektronik, guru bimbang jika murid-murid hanya boleh dan
berkemahiran mencari maklumat di enjin carian sahaja tanpa boleh
mengaplikasikannya dengan kemahiran psikomotor deria mereka sendiri.
Kemahiran menulis melibatkan latihan menulis atau menconteng atau melakar di
kalangan kanak-kanak pada peringkat awal usia. Ada bebrapa peringkat awal untuk
menguasai kemahiran menulis.
1. Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di
atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.

2. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra
tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.

Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan
boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan.
Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris
kecil /sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Menurut Nelson dan Fernheimer (2003) blog boleh digunakan sebagai buku karangan
maya pelajar di laman web. Manakala, Hurlbert (2005) menyatakan bahawa blog
meningkatkan kemahiran menulis, kebolehan menulis dengan lebih baik dan
mengkayakan kebolehan mengekspresi diri kita dalam bentuk cetakan. Manakala
Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan,
menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan, penulisan yang
bertujuan meningkatkan penulisan, menulis dengan komputer meningkatkan
penulisan. Sloan(2005). Blog menawarkan peluang yang unik untuk pelajar menulis
secara konsisten. Guru-guru boleh menggunakan blog untuk mempromosikan
penulisan dan menambah kandungan pelajaran mereka dalam mana-mana disiplin
pembelajaran sosial. Perbincangan berbentuk forum dalam talian mewarisi ciri kurang
mengugut daripada perbincangan bersemuka, dan memberi peluang kepada pelajar
untuk bercakap dengan lebih liberal tentang sesuatu topik tanpa berasa bimbang akan
pandangan orang lain.

Tinjauan literatur mencadangkan blog boleh digunakan secara positif untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan muzik.
Kennedy(2003) melaporkan tentang pengintegrasian blog dalam kelas bahasa Inggeris
di sekolah menengah dan mengatakan bahawa penerbitan web menyediakan pelajar
dengan pembaca yang sebenar dan apabila digunakan secara optimum, satu suasana
kolaborasi untuk pelajar memberi dan menerima maklum balas, mengajuk atau
meniru cara penulis profesional menggunakan persekitaran bengkel untuk
menghasilkan kraf mereka.(seperti yang dicatat dalam Barlett-Bragg, 2003).
Tambahan pula, blog boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis
pelajar seperti yang dibincangkan dalam literatur terdahulu (Godwin-Jones, 2003;
Hernandez-Ramos,2004; Johnson 2004; Huffaker, 2005). Manakala Wickersham dan
Chambers (2006) juga mencatatkan bahawa penggunaan portfolio elektronik
memindahkan tanggungjawab pembelajaran kepada para pelajar, membenarkan
mereka untuk melibatkan diri dan komited sepanjang proses pembelajaran dan dengan
itu mengekalkan fokus pada suasana pembelajaran berpusatkan pelajar. Ellison dan
Wu (2008) pula menyatakan bahawa pelajar lebih berusaha dalam penulisan mereka
jika mereka tahu bahawa mereka menulis untuk semua pembaca di internet dan rakan
sebaya, daripada kepada guru sahaja. Hakikatnya, blog mendedahkan pelajar kepada
bilangan pembaca yang lebih ramai, kita boleh menjangkakan bahawa pelajar
mungkin akan lebih berhati-hati dlaam penulisan secara dalam talian (daripada
menghantar buku karangan kepada guru) Salah satu usaha awal menceritakan potensi
blog dalam bilik darjah ialah artikel Oravec(2002),
























c) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran kemahiran menulis di
sekolah rendah.

Dapatan menunjukkan antara masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan
guru dalam pengajaran kemahiran menulis adalah tidak memahami kandungan
sukatan pelajaran terkini, guru juga tidak mahir mengajar kemahiran menulis, dan
guru juga tidak mahir teknik penilaian hasil karangan murid. Ramai guru bersetuju
mereka tidak memahami kandungan sukatan pelajaran terkini berdasarkan Kurikulum
Bersepadu Bahasa Melayu 2003. Justeru, kebanyakan guru juga tidak mahir mengajar
kemahiran menulis sebagaimana yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Masih
ramai guru yang mengajar kemahiran menulis mengikut kemahiran lama. Kemahiran
baru yang agaksukar diabaikan oleh guru. Hal ini bertepatan dengan pendapat
Abdullah Hassan (2004) iaitu guru-guru menghadapi masalah mengajar sukatan baru
Bahasa Melayu (2003) kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan baru yang
mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran berfikir kritis dan
kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Oleh sebab itu, mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi
dan tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar. Kemahiran-kemahiran
ini tidak diajarkan sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada
kaedah mengajarnya. Selain itu, kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, membuat pengitlakan dan kajian masa depan dalam
kemahiran bernilai tambah tidak diberi fokus dalam pendidikan guru tetapi perlu
diajarkan oleh guru di sekolah. Selain itu, guru juga tidak mahir teknik penilaian hasil
karangan murid khususnya karangan murid tahap dua yang lebih rumit. Kelemahan
ini akan menyebabkan guru juga tidak dapat mengajar karangan dengan baik dan
berkesan kepada murid-murid. Hal ini bertepatan dengan kajian Haris Fadzilah
Kassim (2002)iaitu masalah penulisan karangan di kalangan tingkatan empat timbul
disebabkan oleh cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas.

Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik.
Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit
mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif
dan selesa untuk proses P&P. Diantara permasalahan pengajaran didalam bilik darjah
adalah seperti berikut:
1.Kurang Pendedahan Terhadap Teknologi

Antara permasalahan yang dikenalpasti dalam pengajaran di bilik darjah adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang berpengetahuan didalam satu topik yang diajar
dengan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Kebanyakan permasalahan
ini berlaku pada sekolah-sekolah di luar bandar dimana, pendedahan yang kurang
terhadap teknologi menyebabkan pelajar-pelajar tersebut ketinggalan didalam
mengharungi arus teknologi dan globalisasi pada masa kini.

2.Kawasan Pendalaman

Kawasan pendalaman salah satu permasalahan untuk mendapat input mengenai
teknologi disebabkan dalam beberapa faktor. Diantaranya,bekalan elektrik tidak dapat
dikawasan pendalaman, dan ini menyebabkan disekolah tersebut tidak mempunyai
komputer atau makmal komputer untuk digunakan. Dengan ini menyebabkan para
pelajar tidak dapat mempelajari proses P&P didalam teknologi pada masa kini

3.Para Pelajar Kurang Berminat Terhadap Teknologi Pada Masa Kini.

Dengan permasalahan itu, menyebabkan para pelajar menjadi kurang berminat untuk
menerokai ilmu didalam teknologi sekarang. Apabila berlakunya permasalahan
tersebut impak amat buruk kepada pelajar dimana para pelajar akan kurang untuk
membuat latihan. Ini disebabkan oleh juga sebilangan guru-guru kurang berkemahiran
didalam bidang perkomputeran dan dengan sebabkan itu memberikan kesan terhadap
para pelajar untuk mempelajarinya.







BAHAGIAN B
Tulis satu esei bertajuk Cabaran- cabaran Mengajar Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu di Sekolah Saya