Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.

com

Disediakan oleh : Mazlie Nadzri.Com PERINGATAN Anda dilarang menjual report ini dengan apa juga cara sekalipun tanpa merujuk kepada penulis. Tindakan tegas seperti saman akan diambil sekiranya anda melanggar larangan ini. Anda dibenar menyebarkan report ini kepada rakan-rakan dengan memberikan link utama report ini kepada mereka. Link seperti dibawah: http://www.mazlienadzri.com/5asasperniagaaninternet

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

1

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

Langkah Pertama : Merancang Perniagaan. Pernahkah anda mendengar kata-kata seperti di bawah ini: “Jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal” Di dalam membina perniagaan samada internet ataupun bukan internet, anda ‘wajib’ mempunyai perancangan. Ada yang menganggap sebaliknya, “alah, tak payahlah nak skema sangat sampai nak buat perancangan, bukannya nak bisnes buat bangunan pun, nak buat part time je bisnes online ni” Saya pasti, anda juga pernah terdetik di hati macam tu kan? Tapi harus diingatkan, ramai orang gagal dalam perniagaan internet kerana gagal untuk merancang dengan baik. Disebabkan itu, mereka terkandas di pertengahan usaha membina perniagaan, Kenapa agak-agak anda? Satu jawapan yang saya pasti yang dapat menjawab persoalan tersebut, iaitu : “HANYA MENGEJAR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA” Sedangkan, perniagaan memerlukan strategi pemasaran, penjagaan kualiti produk, hubungan dengan pembeli dan banyak lagi. Ini adalah sebahagiannya sahaja. Saya senaraikan antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan di bawah ini : a – Kaedah pemasaran yang tidak berkesan b – Pengurusan kewangan yang teruk c – Kedekut untuk melabur bagi menambah ilmu perniagaan internet d – Perkhidmatan yang diberikan semasa atau selepas produk dijual amat teruk e – Hanya mengejar keuntungan semata-mata/tamak f – Terburu-buru membina perniagaan g – Perancangan yang tidak lengkap/tiada perancangan langsung Kepentingan Merancang Perniagaan Secara ringkasnya, apabila anda merancang perniagaan anda, anda akan lebih jelas melihat hala tuju perniagaan anda. Kemana anda akan berada masa 2-3 tahun akan datang. Ini akan membuatkan anda mempunyai pelan tindakan atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk merealisasikannya. Juga perlu juga anda ketahui, dengan merancang perniagaan anda, anda akan mengetahui jumlah pelaburan yang telah anda keluarkan dari permulaan hingga akhir sesuatu produk tersebut. Teknik Merancang Perniagaan Internet Anda Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com 2

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

Terdapat beberapa teknik yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan internet anda. Berikut adalah teknik-tekniknya : a – Kajian Pasaran(permintaan) b – Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya c – Kaedah Pemasaran d – Matlamat Perniagaan Anda e – Pengurusan Operasi f – Pengurusan Kewangan A) Kajian Pasaran(permintaan) Sebelum menghasilkan sesuatu produk/perkhidmatan, terlebih dahulu anda perlu melakukan sedikit kajian pasaran atau bahasa mudahnya, golongan pembeli bagi produk anda. Kajian ini adalah untuk mengetahui apa yang mereka mahukan. Golongan ini mungkin mahukan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak ataupun menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Terkini, produk berbentuk informasi(maklumat) adalah produk yang paling mendapat permintaan. Pelbagai jenis produk informasi dihasilkan. Ianya dihasilkan berdasarkan kajian tadi. Sebagai contoh, mereka pernah mendengar kejayaan beberapa orang menjual barangan di Ebay, maka mereka akan mencari maklumat mengenai Ebay. Bagaimana nak bermula dan sebagainya. Jadi, produk informasi menjadi pilihan mereka ini. Namun begitu, anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan lain tetapi ia mestilah sesuai dengan perniagaan internet dan mempunyai permintaan terhadapnya. B) Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya Saya anggarkan anda sudah memiliki produk sendiri. Anda belum lagi mengetahui persaingan produk tersebut. Jadi, persoalannya, bagaimanakah cara untuk anda mengenalpasti pesaing anda? Mudah sahaja, teliti produk yang ditawarkan oleh pesaing anda. Buat bandingan antara produk anda dan produk pesaing tersebut. Baiki kelemahan yang ada hasil penelitian anda itu. Tambahkan apa yang patut agar produk anda lebih mengancam daripada produk mereka :) C) Kaedah Pemasaran Pemasaran adalah kunci utama dalam menentukan perniagaan anda berjaya atau tidak, untung atau rugi. Gunakan segala bentuk pemasaran yang anda rasa mampu menaikkan jualan bagi produk anda. Boleh menggunakan kaedah offline

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

3

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com dan online dan ianya bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ingat, tanpa pengiklanan, produk anda tidak akan dibeli oleh sesiapa pun. Nota : Pada artikel akan datang, saya akan jelaskan kaedah pemasaran yang berkesan D) Matlamat Perniagaan Anda Seperti yang saya jelaskan pada awal artikel ini, dengan menetapkan perniagaan akan lebih jelas sasarannya. matlamat,

Tetapkan matlamat untuk jangka masa tertentu. Seperti saya, saya tetapkan hujung tahun ini, saya akan mencapai income sebanyak RM10k. Setiap bulan saya perlu mendapatkan RM850 untuk mencapai sasaran tersebut. Dalam menetapkan matlamat, anda perlulah menetapkan matlamat yang rasional dan sesuai dengan kemampuan dan perniagaan anda. Anda akan berputus asa sekiranya matlamat yang anda tetapkan itu tidak berjaya oleh kerana matlamat yang mustahil anda tetapkan. E) Pengurusan Operasi Pengurusan operasi yang dimaksudkan ialah cara bagaimana menguruskanperniagaan internet dengan baik dan sistematik. anda dapat

Ianya bermula dengan proses menghasilkan produk sehinggalah produk tersebut dijual. Malah, ianya tidak berhenti disini sahaja, anda perlu memikirkan perkhidmatan yang sesuai perlu ditawarkan selepas produk tersebut sampai ke tangan pembeli. F) Pengurusan Kewangan Apa yang perlu anda buat adalah membuat sedikit analisis/kajian bagaimana perniagaan anda ini dibiayai. Apa sahaja perniagaan memerlukan modal. Bezanya, adakah modaltersebut besar ataupun kecil. Perniagaan internet tidaklah memerlukan modal yang besar. Di anggarkan dalam linkungan RM500 sahaja untuk memulakan perniagaan internet ini. Anda mesti mahir menguruskan kewangan milik perniagaan anda dengan cekap kerana sebahagian besar jualan memerlukan pelaburan semula untuk aktiviti pemasaran. Juga digalakkan menyediakan aliran tunai pendapatan dan perbelanjaan supaya anda dapat melihat dengan jelas akiviti perniagaan yang sedang anda usahakan. Kesimpulan Apa yang saya nyatakan di atas ini adalah antara aspek terpenting dalam pembinaan perniagaan internet anda. Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com 4

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com Sekiranya anda dapat menghasilkan kertas kerja, ianya lagi bagus. Sekiranya tidak mampu, boleh sahaja catitkan didalam buku nota anda seperti yang saya lakukan. Untuk projek bersama usahawan lain, barulah saya hasilkan kertas kerja. Dengan adanya pelan-pelan ini, anda akan lebih jelas dan setiap apa yang anda ingin lakukan lebih tersusun dan seterusnya dapat membina perniagaan yang cemerlang dan berjaya.

Langkah kedua : Memilih produk ataupun perkhidmatan yang sesuai

Ada beberapa panduan yang perlu dilihat sebelum anda mencipta produk anda sendiri. Ikuti panduan di bawah ini: A) Produk berdasarkan kepakaran anda Untuk lebih mudah faham, saya nyatakan begini : “Bagaimana seseorang yang bukan pakar mahu memberikan perkhidmatan jika tidak tahu apa yang terbaik buat pelanggannya” Saya sebagai contoh, belajar dalam bidang multimedia, jadi saya keluarkan ebook Panduan Asas HTML. Ia adalah kepakaran saya. Saya terjemahkan dalam bentuk perniagaan. Begitu juga dengan usahawan internet yang lain. B) Minat Mungkin anda tiada kepakaran, tidak mengapa. Anda boleh hasilkan produk berdasarkan minat anda. Bila anda lakukan sesuatu perkara berdasarkan minat, anda tidak akan pernah rasa bosan , malah anda akan gembira melakukannya walaupun apa juga masalah yang datang, anda akan dapat atasi dan sekaligus mendatangkan keuntungan kepada anda. C) Boleh jual di internet Anda hendaklah memastikan produk tersebut boleh dijual di internet. Janganlah jual produk basah seperti ikan pula, belum sempat sampai dah busuk :P Kena bijak dan rasional la D) Pulangan yang lumayan Semestinya setiap perniagaan itu inginkan pulangan yang lumayan. Jadi, pastikan anda membuat pilihan yang tepat semasa memilih produk sebelum dijual di internet.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

5

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

E) Modal biarlah kecil Seperti ungkapan yang selalu digunakan oleh team Saifulsham, Start Small, Finish Big. Bermulah dengan modal yang kecil dalam mencipta produk anda. Seeloknya, janganlah melebihi RM1,000. Makin besar modal, makin lambat untuk anda menjana keuntungan. Kini, anda akan lebih jelas produk apa yang hendak dicipta setelah mengambil kira perkara-perkara di atas. Kaedah Mencipta dan Membangunkan Produk Saya ringkaskan kepada 4 langkah seperti di bawah ini : i – Kenalpasti pasaran anda ii – Tulis senarai produk iii – Kecilkan skop produk anda iv – Buat keputusan i – Kenalpasti pasaran anda Cara untuk mengenalpasti pasaran adalah dengan membuat kajian permintaan. Anda haruslah memenuhi apa yang dikehendaki oleh pelanggan yang tiada di pasaran. Di internet, anda boleh gunakan enjin carian untuk melihat apakah yang selalu dicari oleh pengguna internet. Terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan mengkaji sesuatu permintaan di dalam pasaran, diantaranya ialah : http://www.google.com/trends/hottrends www.wordtracker.com Daripada hasil kajian yang anda buat, anda bolehlah menghasilkan/menjual produk berdasarkanpermintaan yang tinggi dan tiada penawaran ataupun kurang. Dan begitu sebaliknya, sekiranya penawaran tinggi dan permintaan kurang, produk tersebut tidak sesuai dijual/dihasilkan. ii – Tulis senarai produk Saya suka buat perkara ini. Saya senaraikan apa yang saya terfikir didalam minda. Just tulis dahulu idea-idea(produk) tersebut. Kemudian, buang mana-mana idea yang anda rasakan tidak mendatangkan keuntungan, ataupun ianya susah untuk anda lakukan. Langkah ini ada saya terangkan di awal artikel ini.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

6

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com Fokus pada idea yang anda rasakan mampu untuk dijual. Setelah produk tersebut mendapat sambutan, barulah pergi ke produk-produk seterusnya seperti yang telah anda senaraikan tadi. iii – Kecilkan skop produk anda Perkara ini sudah banyak kali diulas oleh usahawan-usahawan internet. Khususkan produk anda, atau dikenali sebagai ‘niche’. Apa pentingnya teknik ni? Kelebihannya disini adalah, perniagaan anda akan lebih tertumpu dan mempunyai sasaran kepada sesetengah golongan pelanggan. Saya berikan contoh seperti di bawah ini KOMPUTER a – Jual aksesori komputer b – Servis baiki komputer c – Kelas komputer d – Menjual manual membaiki komputer Berdasarkan jadual diatas, anda akan dapat melihat bagaimana idea-idea anda tadi di kembangkan. Tujuan idea ini di kembangkan adalah untuk mendapatkan produk yang khusus dan sesuai untuk anda. iv – Buat keputusan Kini anda telah pun berjaya mengembangkan idea bagi produk anda. Sekaligus memudahkan anda membuat pilihan yang betul dan sesuai. Untuk memilih mana satu produk yang sesuai, saya cadangkan anda buat sedikit nota untuk setiap idea yang anda kembangkan tadi. Tuliskan kelebihan dan kekurangan setiap satu idea tersebut kemudian pilihlah yang sesuai untuk diusahakan. Sebagai contoh, saya memilih menjual 1 produk yang saya catitkan di atas tadi, iaitu : Kelas komputer Boleh dilakukan secara online dengan menghasilkan video-video berkaitan dan menjualnya di internet atau buat setiap bulan subscriber bayar jumlah tertentu untuk menerima video-video tutorial :) Sekarang anda telah mempunyai produk yang boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada anda. Begitulah cara atau kaedah bagaimana anda mahu mendapatkan produk yang khusus.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

7

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

Harga Produk dan Perkhidmatan Ramai usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan internet agak takut meletakkan harga bagi produk mereka. Ianya terjadi pada diri saya juga pada awal-awal terlibat didalam ebiz ini. Pada fikiran saya, kalau letak harga yang mahal, tiada orang nak beli dan kalau murah, untungnya tak berapa tinggi selain dianggap produk tidak berkualiti. Disini saya senaraikan 4 faktor yang boleh anda gunakan untuk meletakkan harga bagi produk anda 1. Harga tinggi * Anda boleh meletakkan harga yang tinggi pada produk anda sekiranya produk anda tersebut berkualiti tinggi, bantuan khidmat sokongan(sekiranya ada) lain dari yang lain dan unik. 2. Harga Rendah * Harga yang rendah akan menyebabkan perang harga. Dan satu lagi fikiran bakal pembeli akan mempersoalkan kualiti produk anda. “Murahnya, mesti tak bagus produk ni” kata si A. Tiada kesalahan pun meletakkan harga murah, namun biarlah ianya munasabah dan yang penting anda haruslah mengambilkira keyakinan bakal pembeli anda :) 3. Kos tetap * Kos tetap ialah kos yang melibatkan produk yang hendak dijual sahaja. Maksudnya, jika anda mahu menjual CD, kos tetapnya ialah harga kos CD semasa anda membelinya. 4. Kos berubah * Kos sampingan yang meningkatkan kos asal. Seperti contoh, anda memerlukan sampul Pos Express untuk menghantar CD kepada pembeli anda. Pos express adalah kos berubah yang dimaksudkan. Bagaimana pula dengan harga untuk perkhidmatan? Ianya bergantung kepada kepakaran, hasil kerja yang anda lakukan. Sekiranya hasil kerja anda benar-benar berkualiti, letaklah dengan harga yang tinggi dan begitu juga sebaliknya.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

8

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

Langkah Ketiga – Pembangunan Laman Web (part 1) Memiliki laman web perniagaan di internet samalah seperti anda memiliki kedai di dunia nyata. Malah, dengan memiliki laman web jualan anda di internet, produk anda akan dikunjungi dari pelusuk dunia. Itulah kuasa internet pada zaman ini. Disebabkan fakta inilah, ramai usahawan internet mendapat pulangan yang sangat lumayan. Setelah anda mengikuti artikel sebelum ini, kini anda sudah mempunyai produk sendiri. Kini proses membina laman web perniagaan anda. Ada dua cara untuk memiliki laman web perniagaan anda, iaitu : a) Bina sendiri b) Mengupah syarikat/persendirian A – Bina sendiri Sebenarnya, membina web perniagaan tidaklah sesukar mana. Ditambah lagi dengan perlbagai jenis perisian membina laman web yang tak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Hanya dengan menggunakan Microsoft Word, Notepad sudah boleh membina laman web perniagaan anda sendiri. Namun, saya suka menasihatkan sekurang-kurangnya anda perlu tahu sedikit asas HTML bagi memudahkan anda membina laman web perniagaan anda. Tidak perlu tahu kesemuanya. Sekiranya anda mahukan ebook asas HTML, boleh dapatkan melalui link di bawah ini: http://www.panduanhtml.com B – Mengupah syarikat/persendirian Sekiranya anda tidak mahu pening-pening kepada nak bina laman web sendiri, anda juga boleh menggunakan khidmat orang perseorangan ataupun syarikat untuk membina laman web perniagaan anda. Salah satunya yang menyediakan perkhidmatan membina laman web perniagaan ialah di http://www.virtualniaga.com. Salah satu kelebihan anda mengupah individu/syarikat membina laman web anda adalah, anda akan lebih fokus terhadap produk yang akan anda lancarkan, kerana anda tidak perlu bersusah payah memikir bagaimana design yang anda hendak gunakan. Anda ‘arahkan’ sahaja mereka menghasilkannya berdasarkan kehendak anda :)

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

9

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com Pastikan anda mendapatkan sebut harga dari beberapa syarikat sebelum membina laman web yang anda inginkan. Pastikan juga syarikat tersebut bersedia membina laman web mengikut cita rasa anda sebagaimana yang anda kehendaki. 5 Tips Membina Laman Web Perniagaan(minisites) 1. Merancang web anda Sebelum anda membina laman web mini, terlebih dahulu anda perlu merancang apa yang anda mahu letakkan di dalam laman web anda. Tambahkan beberapa ciri menarik yang tidak ada pada laman web pesaing anda.Rekabentuk dan susun atur laman web anda mengikut kreativiti anda. Pelbagai jenis contoh web ‘template’ kini boleh didapati di internet dan jadikan ia panduan untuk anda. Tanpa perancangan, laman web anda akan kelihatan kucar-kacir dan menyukarkan pengguna. Ini menyebabkan laman web anda tidak menarik dan pengguna akan beralih kepada laman web yang lain dan lebih profesional. 2. Pilih domain name terbaik Domain name ialah merupakan alamat atau tempat dimana laman web anda ditempatkan. Penting untuk anda memiliki domain name anda sendiri supaya pelanggan dapat mengunjungi dan melihat produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Saya ringkaskan tips untuk memilih nama domain yang sesuai dengan perniagaan anda di bawah ini: a) Kata kunci-domain name Gunakan domain name yang sesuai dengan kehendak carian pelayar internet. Contohnya, anda menaip perkataan ebiz di enjin carian seperti Google, serta merta akan disenaraikan laman web yang yang berkaitan dengan ebiz akan muncul. Untuk membuat kajian tersebut, bolehlah melayari www.wordtracker.com untuk melihat data pengiraan kata kunci yang selalu digunakan. b) Sambungan nama domain Anda sudah pasti pernah mendengan sambungan nama domain seperti .com, .com.my, .gov.my, .org.my, .net.my dan banyak lagi. Pilihan sambungan nama domain yang terbaik adalah .com kerana ianya mudah diingati dan ringkas. Namun, anda boleh juga menggunakan sambungan nama domain yang lain mengikut kehendak dan citarasa anda. Ianya tidak salah pun :)

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

10

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com c) Nama domain yang pendek, ringkas dan mudah diingati. Anda sangat digalakkan menggunakan nama domain yang pendek dan senang diingat. Namun dari perhatian saya, nama domain sebegini telah pun dimiliki. Jadi cara yang terbaik, anda hendaklah kreatif menggabungkan perkataan yang sesuai dengan perniagaan anda untuk dijadikan nama domain bagi web anda. d) Menerangkan perniagaan anda. Satu lagi perkara penting dalam memilih nama domain ialah, pastikan ianya mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda ingin menjual tudung di internet, nama domain yang patut anda pertimbangkan seperti www.tudung.com, www.jualantudung.com dan sebagainya. Anda boleh mendaftar nama domain anda di http://www.sempoihosting.com, www.netkl.com , www.planhoster.com , www.namsahaz.com dan banyak lagi yang kini anda boleh mendapatkannya dengan harga yang murah dan berbaloi. d) Memilih web hosting terbaik Web hosting merupakan tapak bagi menempatkan laman web anda seumpama anda menyewa sebuah kedai untuk berniaga. Bezanya disini, kedai biasa beroperasi 10 jam sehari, 6 hari seminggu tetapi dengan adanya tapak laman ini, perniagaan anda beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu! Terdapat dua jenis tapak laman yang ada di pasaran, iaitu tapak laman percuma dan juga berbayar. i – web hosting percuma Anda boleh menggunakan www.tripod.com, www.free-webhosts.com, www.bravenet.com dan banyak lagi penyedia web hosting percuma di internet. Namun, sebagai usahawan yang ingin menjual produk di internet, penggunaan web hosting percuma adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana ianya menjatuhkan kredibiliti anda kepada pelanggan. Dan menghilangkan kepercayaan pelanggan kepada anda. Bukan itu sahaja malah anda menghadapi risiko kehilangan laman web yang anda usahakan. Risiko ini boleh berlaku jika pemilik tapak menghentikan serta merta perkhidmatan percuma yang diberikan.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

11

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

ii – web hosting berbayar www.mazlienadzri.com, dan http://www.panduanhtml.comm adalah contoh web hosting yang berbayar yang saya gunakan. Laman web anda akan lebih mempunyai kredibiliti dan identiti serta imej yang baik. Pengguna juga akan lebih yakin dengan anda kerana menganggap tapak laman yang berbayar menandakan anda benar-benar serius di dalam peniagaan internet. Langkah keempat : Pembangunan Laman Web (part 2) Untuk menghasilkan laman web perniagaan yang mampu membuat pengunjung membeli, beberapa kandungan utama perlu diletakkan di dalam laman web anda. Berikut adalah beberapa isi kandungan utama bagi laman web perniagaan. a – Mengutarakan masalah yang dihadapi pelanggan. Sekiranya anda pernah mengunjungi laman web jualan usahawan internet, pastinya anda akan perasan mereka mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Masalah bagaimana? Masalah yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Contohnya, anda menjual ebook Panduan Bina Blog, masalah yang dihadapi pelanggan ialah masalah tidak tahu membina blog. “Anda tidak tahu membina blog sendiri? Menghadapi masalah kesukaran memahami bahasa inggeris untuk memasang blog anda? Kesukaran memahami skrip-skrip programming?” Ayat di atas ini memfokuskan kepada pelanggan yang tidak tahu membina blog sendiri, namun mereka mahu memiliki blog sendiri. Dengan mengemukakan masalah seperti di atas, ianya akan membuatkan pengunjung tertarik dan tertanya-tanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah mereka itu. b – Memberi penyelesaian dengan menawarkan produk Setelah anda kemukakan masalah kepada pengunjung, kini anda hendaklah tawarkan produk yang boleh mengatasi masalah mereka itu tadi. “Jangan risau dan bimbang, kini anda sudah mempunyai penyelesaiannya” Ketahuilah bagaimana telah ramai pelanggan kami berjaya membina blog mereka sendiri dengan cepat dan pantas. Ianya sudah terbukti dipercayai. Memperkenalkan….. “Panduan Bina Blog Express”

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

12

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com Contoh diatas, merupakan contoh bagaimana produk tersebut diperkenalkan kepada pengunjung. Mereka pasti berkata, “wahh..inilah yang aku cari selama ni..dah jumpa pun”….apakah perasaan anda kalau anda sebagai pemilik produk mendengar mereka berkata begitu? Mahu kembang kempis hidung dibuatnya ye tak ? :) c – Nyatakan ciri-ciri produk Aspek yang penting yang perlu diletakkan di dalam laman web perniagaan anda adalah, menyatakan ciri-ciri produk yang anda hasilkan tersebut(ebook) dan produk yang anda jual. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah adakah produk digital anda berbentuk video, ebook, penghantaran menggunakan link download, CD dan sebagainya. Sekiranya produk fizikal pula, nyatakan bahan yang digunakan dan lain-lain lagi. d – Menyatakan faedah Inilah bahagian yang paling penting sekali. Apa yang mereka akan dapat sekiranya membeli produk anda? Banyak contoh yang anda boleh rujuk untuk dijadikan panduan mengenai hal ini. Apa yang penting, biar bakal pembeli anda merasakan berbaloi membeli produk tersebut. Dan juga perlu diingatkan, jangan sesekali menipu pembeli ya :) e – Testimoni Kenapa perlu testimoni? Testimoni adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pembeli dan ianya juga dapat menggalakkan pelanggan lain untuk membeli produk anda. Cukup 2-3 testimoni sahaja. Testimoni yang terbaik adalah dari pengguna produk anda tersebut. Hubungi mereka dan nyatakan anda memerlukan testimoni dan minta mereka berikan gambar, url laman web dan nama. f – Bonus PERCUMA Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya adalah memberikan BONUS PERCUMA kepada pembeli yang membeli produk anda. Siapa tidak suka benda percuma. Yang penting, bonus anda berkaitan dengan produk yang anda jual. Ebook, tips-tips percuma, software dan sebagainya boleh anda jadikan bonus kepada pembeli anda.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

13

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

g – Diskaun Satu lagi cara yang menarik dan terbaik memikat hati pelanggan ialah dengan menawarkan diskaun terhadap produk yang dijual. Ianya bergantung kepada harga yang anda tawarkan. Anda boleh berikan diskaun sebanyak 20% atau 30%. h – Program affiliate Anda juga boleh menyediakan program affiliate untuk memasarkan produk anda secara meluas. Setiap jualan yang datang dari ejen-ejen affilaiet anda, anda akan memberikan komisen kepada mereka. Terpulang kepada anda berapa komisen yang anda tetapkan untuk satu-satu jualan. Jangan terlalu rendah sudahlah :) i – Borang Pengesahan Pembayaran Borang pengesahan pembayaran ini membolehkan pelanggan mengisi borang secara terus selepas pembayaran dilakukan. Ini menjimatkan masa kerana sebaik sahaja anda menerima email pengesahan pembayaran, anda boleh menghantar produk secepat yang mungkin kepada pelanggan. Pelanggan akan menerima produk dalam tempoh yang singkat. Ini menambahkan kepercayaan pelanggan kepada anda. j – Borang hubungi Saya merasakan anda wajib meletakkan borang hubungi dalam laman web perniagaan anda. Pengalaman saya, pembeli akan bertanya kepada saya mengenai produk yang saya jual dengan 1-2 soalan. Anda juga boleh menggunakan Yahoo Messegger, Google Talk dan sebagainya untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda. Langkah kelima : Penghantaran dan pembayaran Seringkali saya ditanya bagaimana membuat pembayaran secara online di internet? Soalan yang paling popular adalah : “Adakah ianya selamat?” Ianya selamat sekiranya anda tahu cara-caranya. Kalau main hentam semborono je, memang tak selamat lah. Ada 3 kaedah pembayaran yang selala digunakan dalam perniagaan internet iaitu: 1. Pindahan akaun(Bank-in) Cara ini adalah cara yang paling popular digunakan pada masa sekarang. Ada dua cara yang boleh digunakan untuk kaedah pindahan akaun ini iaitu : Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com 14

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

* e-banking – contohnya seperti Maybank2u, CIMB cliks, Bank Islam, Bank Rakyat (sekadar menyebut beberapa bank) * Cara kedua ialah dengan pelanggan memindahkan wang ke dalam akaun anda melalui mesin ATM. 2. Wang pos, kiriman wang atau cek tempatan Di Malaysia, wang pos dan kiriman wang boleh dibuat melalui pejabat Pos Malaysia. Bagi anda yang layak, anda boleh juga menggunakan cek yang dikeluarkan oleh bankbank tempatan. Sekiranya anda mempunyai pelanggan dari luar negara, mereka juga boleh membuat pembayaran menggunakan wang pos yang boleh dibeli melalui laman web westernunion. Wang pos ini akan dihantar ke alamat rumah anda dan anda boleh menyemak pembayaran yang dilakukan melalui laman web berkenaan berdasarkan kod pembayaran yang anda terima. Caj akan dikenakan oleh bank tempatan untuk menunaikan cek berkenaan. 3. Kad Kredit Tidak dinafikan lagi, kad kredit adalah cara pembayaran yang paling popular dan paling banyak penggunaanya. Ada dua cara yang membolehkan anda menerima pembayaran kad kredit secara online iaitu yang pertama melalui Merchant Account (Akaun Peniaga) yang boleh ada perolehi daripada pihak bank atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan tesebut. Cara yang kedua pula ialah menggunakan Third Party Credit Card Processor (Akaun Pihak Ketiga). Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun pihak ketiga ini di laman web berikut : www.paypal.com www.2checkout.com www.worldpay.com Penghantaran Selepas sahaja anda selesai menerima pembayaran daripada pembeli, anda hendaklah membuat penghantaran serte merta kepada pelanggan. Jenis penghantaran adalah bergantung kepada produk yang anda jual.

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

15

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com a- Pos Express Sampul Pos Express yang disedikan oleh pejabat Pos Malaysia mempunyai 5 saiz yang berbeza. Kandungan berat barangan yang dihantar antara 50 gram atau kurang – 1 kilogram. Harganya berbeza mengikut saiz. Anda boleh menyemak penghantaran tersebut melalui laman web www.pos.com.my menggunakan kod penghantaran(pelekat berwarna kuning) b- Pos Laju Sekiranya anda ingin menghantar produk-produk besar, Pos Laju paling sesuai. Anda boleh menyemak kadar bayaran yang dikenakan melalui laman web www.pos.com.my Pihak Pos Malaysia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran antarabangsa. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya ada produk anda yang dibeli oleh pelanggan luar negara. c- Link Download Bagi anda yang menjual produk digital pula seperti ebook pula, link download sering digunakan. Cara ini adalah yang paling mudah. Selepas anda membuat pengesahan pembayaran, anda berikan link download kepada pelanggan untuk mendownload produk yang anda jual. Namun, pesanan saya, sekiranya saiz produk anda agak besar, saya menggalakkan anda menghantar menggunakan Pos Express. Ini yang selalu saya buat. Contoh seperti Panduan Minisites. Ini untuk mengelakkan pelanggan anda mengalami masalah untuk download. Semoga artikel ringkas ini dapat membuka minda anda dalam membina perniagaan internet yang sebenar. Ikhlas, Mazlie Nadzri IKLAN TERHAD DIBAWAH | | | | | | | Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com 16

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com | |

Miliki Sistem Affiliate bagi laman web jualan produk anda. Anda kini mampu menjadi PENGARAH web jualan anda…klik disini untuk maklumat lanjut

The Four Weeks To Freedom ini mengandungi program latihan yang interaktif berdasarkan 4 modul audio bermula dari 14th July 2009. Program ini akan menunjukkan kepada anda cara yang betul untuk anda mencipta pendapatan tambahan daripada internet dan berhenti kerja anda.Setiap modul akan disertakan dengan bahan-bahan latihan yang akan membantu anda seperti checklist, mind maps, videos, software, bahan rujukan, dan banyak lagi. Maklumat lanjut klik disini
Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com 17

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

Hakcipta terpelihara © MazlieNadzri.com

18

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful