You are on page 1of 2

INFORMATION of ELAKSAMANA

CEMERLANG JIKA MAMPU MENGAWAL EMOSI MARAH

Ramai orang menjadi hamba kepada emosi mereka. Dalam surah Ali-Imran ayat 134,
Allah memuji orang-orang yang bertakwa dan antara sifat yang mereka miliki ialah,
“Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka
juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan
orang lain.”

Siapakah manusia yang gagah? Berhubung dengan ini nabi bersabda, “Manusia yang
gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya yang gagah ialah
dia yang mampu mengawal perasaan marahnya.”

Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu
mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk
kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga. Sahabat nabi yang bernama Abu
Dardak pernah menyoal nabi, ”Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang
akan membawa aku ke syurga.” Nabi menjawab, “Janganlah engkau marah!” Hadis ini
diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya dengan sanad yang baik.

Fisiologi Kemarahan

Apa yang sedang berlaku di dalam diri anda ketika anda sedang marah? Mengikut
artikel Anger is Hostile To Your Heart yang dimuatkan di dalam majalah Harvard
Gazette, perasaan marah memberi kesan yang negatif kepada jantung. Mengikut
Penolong Profesor Ichiro Kawachi dan rakan-rakannya, orang-orang tua yang sering
marah-marah mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap sakit jantung berbanding
rakan-rakan mereka yang lain. Para pengkaji berpendapat, pengeluaran hormon stres,
peningkatan keperluan jantung kepada oksigen dan kecenderungan darah (khususnya
darah platelet) untuk membeku menyebabkan peningkatan risiko ini.

Para saintis dari Universiti John Hopkins di Baltimore, Maryland, pula mendapati
lelaki yang panas baran lebih mudah diserang sakit jantung walaupun mereka datang
dari keluarga yang tidak pernah menghidap penyakit ini. Mark Henderson
menyatakan hal ini di dalam artikel Anger Raises Risk of Heart Attack yang
dimuatkan di dalam The Times, London, bertarikh 24 April 2002.

Mengikut jurnal Psychomatic Medicine, perasaan marah boleh merangsang


pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein
ini menyebabkan pembuluh darah (arteri) menjadi keras dan proses ini boleh
menyebabkan kejadian strok dan sakit jantung berlaku. Hal ini disebutkan di dalam
artikel Anger Trigger To Heart Disease Found oleh Peter Lavelle di ABC Science
Online bertarikh 5 Ogos 2003.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Mengikut Profesor Madya Edward Suarez dari Pusat Perubatan Universiti Duke di
North Carolina, protein interleukin (IL-6) didapati lebih tinggi di kalangan lelaki
yang menghidap kesugulan dan panas baran. Kadar interleukin yang tinggi
memudahkan lemak-lemak asid berkumpul di dalam pembuluh-pembuluh darah. Proses
ini menyebabkan arteriosklerosis berlaku disusuli dengan sakit jantung. Peter
Lavelle menyebutkan perkara ini di dalam artikel Anger Trigger To Heart Disease
Found di dalam ABC Science Online bertarikh 5 Ogos 2003.

Justeru untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan perasaan marah perlu


dibendung dan dikawal agar diri anda tidak terbabas dari landasan kebenaran dan
kebaikan.

Adaptasi dari : http://www.formulacemerlang.com

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

You might also like