You are on page 1of 2

Kemahiran Dwibahasa Berupaya Melahirkan Pelajar Bersaing di Peringkat Global

Bagaimana kemahiran dwibahasa melahirkan pelajar yang mampu bersaing pada peringkat
global:
1. Mendapat akses kepada pendidikan dan maklumat.
a. Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu. Sumber rujukan banyak dalam
Bahasa Inggeris. Contoh;
i. Buku-buku dan jurnal-jurnal terkini mengenai sains dan teknologi,
ii. Laman sesawang berteraskan pendidikan seperti Khan Academy

2. Menjadi medium/wadah komunikasi dalam dunia tanpa sempadan.
a. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik membolehkan pelajar berkomunikasi
dengan individu/kumpulan merentasi batasan latar belakang, kaum, negara,
dan agama. Contoh;
i. Terdapat lebih 2 bilion penutur Bahasa Inggeris di seluruh dunia,
ii. Seorang murid dari Malaysia yang berumur 12 tahun telah
memenangi English Speaking Union International Public Speaking
Competition, London pada tahun 2012.

3. Mempersiapkan pelajar dengan persaingan dalam dunia pekerjaan.
a. Bahasa Inggeris merupakan Bahasa yang dominan digunakan dalam dunia
perniagaan dan perdagangan antarabangsa. Contoh;
i. Jika Bahasa Inggeris tidak dikuasai dengan baik, peluang perniagaan
individu, syarikat, dan negara akan terbatas.
ii. Peluang pekerjaan

4. Membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
a. Bahasa Inggeris merupakan lingua franca bagi institusi pengajian tinggi
antarabangsa. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik akan membuka
peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi yang berprestij di dunia. Contoh;
i. 10 Universiti terbaik yang tersenarai dalam QS World University
Ranking untuk tahun 2014 menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa penghantar seperti Massachusetts Institute of Technology
(MIT), University of Cambridge, dan Harvard University.

5. Meningkatkan apresiasi pelajar terhadap kesenian dan kesusasteraan
a. Kebanyakan karya-karya sastera yang terdapat dalam pelbagai bahasa
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Begitu juga dengan industry
perfileman yang didominasi oleh filem-filem berbahasa Inggeris. Apresiasi
pelajar akan meningkat sekiranya mereka menguasai bahasa Inggeris
sebagai medium pengantarantya. Contoh;
i. Karya-karya sastera dan falsafah klasik oleh tokoh-tokoh terkemuka
seperti Sun Tzu, Friedrich Nietzsche, dan Ibnu Khaldun telah
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
ii. Filem-filem dari Hollywood.

You might also like