You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

TERATAK ILMU DAN KOLAM
HIASAN
2012

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(NORMALA BINTI DOLLAH) (AZIZAH BINTI BASRI) (HAMIDAH BINTI ISMAIL)
GPM, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Selayang Utama SK Selayang Utama SK Selayang Utama


MEWUJUDKAN TERATAK ILMU
SK SELAYANG UTAMA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.

1.0 TAJUK PROJEK :
1.1 Mewujudkan tempat rekreasi yang dikenali sebagai TERATAK ILMU DAN KOLAM
HIASAN

2.0 TARIKH :
2.1 Tarikh : JANUARI-DISEMBER 2012

3.0 PENDAHULUAN :
SK Selayang Utama telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1994, hampir 20 tahun lamanya.
Malangnya, tiada tempat yang menarik dan boleh menjadi daya tarikan kepada murid-murid, guru
dan staf sokongan serta ibu bapa untuk bersemangat datang ke sekolah. Malah, sekolah juga tidak
ada mercu tanda yang boleh dibangga dan diceritakan serta menjadi titik tumpuan murid semasa
mereka datang ke sekolah ini dan juga untuk diketengahkan kepada pelawat luar. Oleh itu, pihak
sekolah bercadang untuk mendirikan sebuah pondok bacaan serta menaik taraf kolam ikan hiasan
yang sedia ada di kawasan antara kantin dengan Blok Bakawali. Di kawasan ini hanya ada laluan
pejalan kaki untuk murid-murid disediakan dari kantin ke koridor di Blok Bakawali. Di
sekelilingnya pula, hanya ada pokok-pokok bunga manakala di koridor sekitarnya berfungsi
sebagai tempat untuk pelajar-pelajar duduk , bersantai dan makan semasa waktu rehat atau pada
waktu petang. Memandangkan tempat ini merupakan kawasan yang sangat strategik dan menjadi
tumpuan pelajar maka Pusat Sumber Sekolah bercadang untuk meluaskan fungsinya sebagai
tempat untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti surat khabar, buku-buku,
televisyen, vcd dan lain-lain lagi. Hasilnya pelajar-pelajar boleh menikmati hidangan atau menjamu
selera sambil membaca bahan-bahan bacaan yang disediakan dan menonton siaran tv yang
disediakan di situ. AJK Kecil yang dilantik oleh AJK Induk Pusat Pumber Sekolah telah mengambil
inisiatif dengan menamakan tempat tersebut sebagai TERATAK ILMU dan KOLAM HIASAN.


4.0 MATLAMAT PROJEK :
4.1 Menyediakan tempat khas, sesuai dan menarik untuk murid-murid membaca,
menontot tv serta berehat waktu senggang.
4.2 Mewujudkan satu mercu tanda khas yang boleh menjadi kebanggan dan menjadi
titik tumpuan serta daya tarikan yang sangat kuat untuk menarik murid datang ke
sekolah.
4.3 Melahirkan murid-murid yang rajin membaca dan menghargai ilmu pengetahuan.
4.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bahan-bahan
bacaan .
4.5 Melahirkan seorang murid yang tahu menghargai kemudahan yang disediakan
untuk pelajar-pelajar.
4.6 Melahirkan murid yang tahu menghargai dan menggunakan masa dengan
berfaedah.
4.7 Melahirkan murid yang tahu mengisi masa senggang dengan aktiviti yang
berfaedah.
4.8 Melahirkan murid yang tahu mensyukuri nikmat Allah dan menghargai alam
sekitar yang indah.


5.0 OBJEKTIF :
Adalah diharapkan dengan wujudnya TERATAK ILMU dan KOLAM HIASAN ini akan dapat :
5.1 Memupuk minat membaca di kalangan murid SK Selayang Utama.

5.2 Memupuk sikap tahu menghargai dan menilai bahan-bahan yang bermutu.

5.3 Menghidupkan PSS sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.

5.4 Memupuk sikap menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Hamidah Binti Ismail
Guru Besar, SK Selayang Utama
Pengerusi : Azizah Binti Basri
Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha : Normala Binti Dollah
Bendahari : Zarimah Binti Zakaria

Penyelaras Projek : Norifa Binti Daud

Ahli Jawatankuasa Pelaksana : Razami Bin Ramli
: Mariani Binti Yahya
: Ambarasi a/p Muthu
: Noorhazlinda Binti Abdul Karim
: Siti Aishah Binti Mohd Yusuf
: Ismail Bin Hamzah
: Rosnizam Bin Mohd
: Semua Guru
: Semua Staf Sokongan
: Pekerja Swasta & Pengawas PSS

7.0 KUMPULAN SASARAN

7.1 Semua warga sekolah dan PIBG SK Selayang Utama

8.0 PELAKSANAAN :

8.1 Majlis Gotong Royong

8.1.1 Membersihkan lokasi dengan kerjasama pekerja swasta.
8.1.2 Mengeluarkan pasir dari dalam kolam.
8.1.3 Mendapatkan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu bagi membina
pondok dan menaik taraf kolam ikan yang sedia ada.

8.2 Pengisian

8.2.1 Bahan bacaan diuruskan oleh Pengawas PSS.
8.2.2 Kebersihan ruang diuruskan oleh pekerja swasta dan Pengawas PSS.
8.2.3 Keceriaan diurus dan dilaksanakan oleh AJK yang dilantik.
8.2.4 Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk semua pengunjung.
8.2.5 Memastikan empat orang pengawas PSS bertugas semasa waktu rehat.




8.3 Peralatan yang diperlukan
8.3.1 Papan kenyataan- white board. - 1 unit
8.3.2 Papan Tanda - 2 unit
8.3.3 Tikar getah (alas meja) - 15 meter
8.3.4 Kain skirting - 20 meter
8.3.6 Kipas angin - 2 buah
8.3.7 Televisyen - 1 buah
8.3.8 VCD Player - 1 buah






8 ANGGARAN BELANJAWAN

ITEM ANGGARAN KASAR KOS
PEMBINAAN PONDOK RM 35,000.00
MENAIK TARAF KOLAM HIASAN RM 5,000.00
JUMLAH RM 40,000.00


BAHAN – BAHAN DIPERLUKAN SELEPAS PEMBINAAN PONDOK
DIBINA
SUMBER
KEWANGAN
JUMLAH / HARGA

1. Papan kenyataan- white board. - 1 unit

PSS

RM 200.00

2. Papan Tanda - 2 unit

Sumbangan

RM 500.00

3.Tikar getah (alas meja) - 15 meter

PSS

RM 80.00

4.Kain skirting - 20 meter

PSS

RM 50.00

5.Kipas angin - 2 buah

Pengusaha
Kantin

RM 200.00

6.Televisyen - 1 buah
Pengusaha
Kantin

RM 1,300.00

7.VCD Player - 1 buah
Pengusaha
Kantin

RM 100.00

JUMLAH

RM 2,418.00

JUMLAH BESAR

RM 42,430.00





9 JUSTIFIKASI

Secara keseluruhannya TERATAK ILMU dan KOLAM HIASAN ini dapat menyemai budaya
membaca secara langsung kepada semua warga sekolah. Bahan-bahan bacaan yang
disediakan mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk membaca walaupun sekejap.
Akhbar harian yang disediakan akan dapat menyebarkan maklumat secara mudah
walaupun pelajar-pelajar tidak masuk ke Pusat Sumber Sekolah. Siaran televisyen pula
boleh menyebarkan berita-berita semasa kepada murid-murid. Oleh itu budaya membaca
di mana saja dan budaya banyak membaca akan dapat diterapkan kepada seluruh warga
sekolah.

10 PENUTUP

Adalah diharapkan, TERATAK ILMU dan KOLAM HIASAN ini akan dapat mencapai
matlamatnya. Selain itu adalah diharapkan supaya tempat ini dapat digunakan dan
dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar. Semoga ruang ini akan menjadi salah satu
tempat yang menyeronokkan dan digunakan dengan semaksimumnya oleh seluruh warga
sekolah. Justeru itu, pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan dapat membiayai
sebahagian daripada kos projek ini agar ianya dapat dilaksanakan seperti mana yang
dirancang. Pihak sekolah mencadangkan agar dapatlah hendaknya pihak tuan membiayai
keseluruhan kos projek ini seterusnya menjadikannya sebagai PROJEK ANAK ANGKAT.
Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar SK SELAYANG UTAMA.



Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(NORMALA BINTI DOLLAH) (AZIZAH BINTI BASRI) (HAMIDAH BINTI ISMAIL)
GPM, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
SK Selayang Utama SK Selayang Utama SK Selayang Utama