You are on page 1of 31

1

KONSEP ASAS PENILAIAN,
PENTAKSIRAN, PENGUKUHAN
DAN PENGUJIAN

OBJEKTIF
* Mengenal pasti domain penilaian:
kognitif, efektif dan psikomotor.
* Menerangkan maksud penilaian,
pentaksiran, pengukuran dan
pengujian.
* Menjelaskan tujuan penilaian yang
dijalankan di sekolah (Assesment For
Learning)
* Mengenal pasti jenis-jenis ujian.
* Mengenal pasti langkah asas dalam
pembinaan ujian.
* Menerangkan maksud kesahan dan
kebolehpercayaan ujian.
KANDUNGAN
* Domain Penilaian: Kognitif, Afektif
dan Psikomotor.
* Definisi Penilaian, Pentaksiran,
Pengukuran dan Pengujian.
* Assessment For Learning
* Ujian Rujukan Norma, Kriteria,
Formatif dan Sumatif.
* Proses Asas Pembinaan Ujian
Berasaskan Sekolah.
* Kesahan dan Kebolehpercayaan.


PENILAIAN KOGNITIF
Mengukur pengetahuan dan atau
kemahiran intelektual pelajar iaitu
sebaik mana kemahiran dapat
dilaksanakan.

PENILAIAN AFEKTIF
Mengukur sikap, minat atau nilai yang
dipegang pelajar seperti apa
kebiasaan pelajar dan apa pelajar
akan buat.
PENILAIAN PSIKOMOTOR
Mengukur kemahiran atau kompetensi
fizikal pelajar sama ada kemahiran
otot kecil atau otot besar iaitu sebaik
mana kemahiran dapat dilaksanakan.

PENGUKURAN
Proses menggunakan nombor bagi
memerihalkan sejauh mana seseorang
itu mempunyai ciri-ciri tertentu.

PENGUJIAN
Proses membina instrumen atau
prosedur yang sistematik untuk
mengukur suatu sampel perlakuan/ciri-
ciri tertentu seseorang.
PENTAKSIRAN:-
Prosemengukur sejauh mana
pembelajaran murid telah berlaku.
Proses ini membantu kita mengetahui
banyak mana murid telah belajar;
2

sebaik mana mereka telah belajar dan
keberkesanan pengajaran guru.

PENILAIAN
Penilaian ialah proses di mana guru
memberi pertimbangan nilai terhadap
kualiti pembelajaran murid dan
pengajaran guru.
------------------------------------------------
Konsep Pentaksiran

proses mendapatkan maklumat untuk
membuat pertimbangan tentang
produk sesuatu pendidikan.

pentaksiran sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod (pengujian), memberikan
skor atau markah (pengukuran) dan
menterjemah maklumat (penilaian)
tentang pembelajaran seseorang
murid bagi tujuan tertentu.

pengujian, pengukuran dan penilaian
adalah di dalam pentaksiran. Oleh
yang demikian, untuk mendalami
konsep pentaksiran, pemahaman
konsep pengujian, pengukuran dan
penilaian adalah amat penting sekali.



Penilaian
proses yang dianggap bersistem
semasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang ditetapkan itu
telah tercapai. Hal ini membolehkan
guru membuat keputusan tepat
berhubung dengan pengajaran dan
pembelajarannya.

Penilaian mengandungi aspek
pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan.

pengujian dan pengukuran merupakan
aktiviti-aktiviti utama dalam penilaian.
Untuk menjalankan penilaian,
seseorang guru perlulah terlebih
dahulu melaksanakan pengujian dan
kemudiannya memeriksa dan
mengukur tahap pencapaian
muridnya.

Setelah data pencapaian murid
didapati barulah guru tersebut boleh
menjalankan penilaian terhadap
pencapaian muridnya sama ada murid
tersebut lemah, sederhana, baik
ataupun cemerlang. Kemudian, guru
akan merancang tindakan susulan
untuk membantu murid-muridnya
meningkat prestasi mereka.


3

Pengukuran
Pengukuran bermaksud satu proses
mendapatkan maklumat secara
numerik atau melalui angka tentang
sebanyak mana individu atau murid
mempunyai sesuatu ciri yang diukur
dengan menggunakan suatu
instrumen.

Hasil pengukuran hanya merupakan
penentuan status atau tahap yang
tidak mempunyai nilai. Contohnya, Ali
mendapat 70 peratus dalam ujjian
Kajian Tempatan, kita tidak
menyatakan sama ada prestasi Ali ini
baik atau tidak.

Pengukuran tidak bersifat mutlak.
Pengukuran ketinggian mental
seseorang adalah sukar dan tidak
dapat dilakukan dengan menggunakan
alat ukur yang tepat seperti pembaris.
Oleh yang demikian, kita tidak boleh
menganggap murid yang mendapat
skor 90 itu adalah dua kali ganda lebih
pandai daripada murid yang hanya
mendapat skor 45.

Sementara seseorang yang mendapat
skor sifar juga tidak boleh dianggap
sebagai tidak mempelajari sebarang
perkara atau tidak memahami
sebarang perkara tentang sesuatu
pelajaran yang dilalui.
Ujian
Menurut Cronbach, ujian ialah satu
prosedur yang bersistem untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan membuat
huraian dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem yang
berkategori.

Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya
akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.

Proses pengujian lazimnya bermula
dengan perancangan ujian, diikuti oleh
pentadbiran ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan murid
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4
di bawah. Melalui proses pengujian ini,
guru boleh mengetahui kedudukan
dan prestasi serta penguasaan murid
terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini
membolehkan guru menempatkan
murid-murid mengikut kumpulan dalam
bilik darjah untuk memudahkan
pengajaran.

Kesimpulannya, pentaksiran
merupakan suatu proses yang
merangkumi penyediaan dan
4

perlaksanaan ujian (Pengujian),
penyemakan dan memberi skor
(Pengukuran) dan menterjemah
maklumat atau jawapan (Penilaian).
Pentaksiran, penilaian, pengukuran
dan penilaian mempunyai definisi dan
makna yang tersendiri namun
keempat-empat konsep ini adalah
saling berhubungkait antara satu sama
lain dan tidak boleh dipisahkan.
Pengukuran ialah proses nilai-nilai
kuantitatif seperti peringkat dan
kedudukan. Biasanya pengukuran ini
diukur dengan mewakilkan sesuatu
indek berbentuk angka kepada
prestasi individu contoh peratus yang
diperolehi dalam peperiksaan. Kita
hanya mengukur dengan angka tetapi
kita tidak menyatakan prestasi pelajar
itu baik ataupun sebaliknya.
Pengujian pula, menurut Robert Mills
Gagne, pengujian ialah satu cara yang
sistematik untuk mengukur perubahan
tingkahlaku individu. Pengukuran ini
merupakan suatu proses bagi guru
untuk menentukan perubahan dan
membuat pertimbangan nilai.Melalui
pengujian, kita mudah untuk
mengetahui tentang pencapaian
objek,kaedah mengajar dan
keberkesanan sesebuah kkurikulum.
Penilaian ialah gabungan antara
pengujian dan pengukuran. Menurut
D.stafflebeam, penilaian merupakan
proses menentukan, mendapatkan
maklumat dan member maklumat yang
berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan selanjutnya. Gay
(1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap
bersistem semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang
ditetapkan itu telah tercapai.
Pentaksiran merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran dan
aktiviti pentaksiran dijalankan secara
berterusan.Dalam kontekspendidikan
juga pentaksiran dianggap sebagai
suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberikan skor
(markah) dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malay-
sia, 2000). Pentaksiran merupakan
satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.Hasil
pentaksiran dinyatakan dalam bentuk
5

skor. Skor mestilah sari dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.
Kesimpulannya pengujian, pengukuran
dan penilaian yang tepat dan berkesan
yang dijalankan oleh guru di bilik darjah
membantu guru dalam
mempertingkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik,
kaedah dan mengesan kelemahan
pelajar.
a)Pentaksiran
Suatu proses yang meliputi pelbagai
kaedah untuk menentukan tahap
sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi seseorang individu
Melibatkan proses membuat
keputusan berdasarkan kepada suatu
peraturan atau piawaian.
Sebahagian daripada proses
pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan juga
pentaksiran dianggap sebagai suatu
proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor
dan menterjemahkan maklumat
tentang pembelajaran seseorang
murid bagi sesuatu tujuan tertentu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000).
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam
bentuk skor.
Skor mestilah sah dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.
b)Pengukuran
Proses kuantifikasi dengan memberi
nilai angka kepada kewujudan sesuatu
ciri dan atribut.
Suatu proses mendapatkan
penjelasan secara numerik atau
melalui angka tentang sebanyak mana
individu atau murid mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen.
Menentukan tahap sejauh mana
seseorang individu memiliki sifat-sifat
tertentu.
Biasanya pengukuran diwakilkan
dengan sesuatu indeks berbentuk
angka kepada prestasi seseorang
individu supaya status individu
6

berkenaan lebih tepat dan dapat
mewakili sifat tertentu.
Misalnya,Jelita mendapat markah 80
peratus dalam ujian Bahasa Melayu.
Prestasi Jelita tidak dapat dinyatakan
sama ada baik atau sebaliknya.
Ini kerana kita hanya mengukur tanpa
menentukan nilai.
Pengukuran adalah hanya penentuan
status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa
pengujian.
Pengukuran adalah menjurus kepada
banyak mana skor atau markat yang
diperolehi dengan menggunakan
proses tertentu.
Pengukuran juga tidak bersifat mutlak.
Ketinggian mental seseorang individu
lebih sukar untuk diukur.berbanding
ketinggian fizikal.
c)Penilaian
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian
adalah proses mengenalpasti,
memperoleh dan menyediakan
maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan
yang ada pada kita.
Penilaian menentukan jurang
perbezaan antara “apa yang
dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan” dari sesuatu program
pendidikan.
Penilaian merupakan pertimbangan
profesional iaitu proses yang
membolehkan seseorang membuat
keputusan.
Menilai boleh dianggap sebagai
proses membuat pertimbangan atau
membuat keputusan dalam
memberikan nilai mutu, kualiti, harga
bagi sesuatu benda atau perkara.
Gay (1985) berpendapat bahawa
penilaian ialah satu proses yang
dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai.
Hal ini seterusnya bagi membolehkan
guru dapat membuat pertimbangan
atau keputusan yang tepat berhubung
pengajaran dan pembelajaran.
Ini berbeza dengan pengukuran yang
melibatkan pemberian nombor-nombor
(numeric) tertentu yang lebih bersifat
kuantitatif.
7

Popham (1975) menafsirkan penilaian
yang sistematik mestilah mengandungi
satu tafsiran yang formal tentang nilai
fenomena pendidikan.
Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek
seperti hasil pengajaran, program
pengajaran dan matlamat ke arah
usaha pengajaran itu ditentukan.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila
guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian
pelajar atau guru menilai pencapaian
pelajar.
Dalam keadaan ini kita boleh
mengatakan bahawa guru sebenarnya
mengukur pencapaian pelajar melalui
ujian yang dijalankan.
Tindakan susulan yang dilakukan guru
dengan menggunakan keputusan ujian
itu berserta maklumat lain yang
berkaitan untuk menilai prestasi murid
berkenaan.
Dalam sesetengah keadaan penilaian
dibuat tanpa sebarang pengukuran
yang melibatkan ujian terlebih dahulu;
tetapi hanya melibatkan pertimbangan
nilai semata-mata.
Penilaian boleh dijalankan dengan
menggunakan maklumat atau data
yang berbentuk kuantitatif atau data
berbentuk kualitatif atau melibatkan
kedua-duanya sekali.
Secara kuantitatif, maklumat yang
diperolehi melalui penilaian dinyatakan
dalam bentuk angka dan maklumat ini
boleh disusun, dikemaskinikan serta
diringkaskan dalam kaedah yang lebih
mudah difahami.
Manakala secara kualitatif pula,
maklumat yang dapat dinyatakan atau
dihuraikan tanpa menggunakan
nombor-nombor.
Misalnya Ali menyelesaikan tugas
yang diberikan oleh guru dengan
bersih.
Penilaian merupakan suatu proses
membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian,
pemerolehan dan pentafsiran
maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan
keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan.
Dari segi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, penilaian
boleh didefinisikan secara ringkas
sebagai satu proses sistematik untuk
8

menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran dicapai.
Penilaian akan membolehkan
anggaran dapat dibuat sama ada
matlamat yang telah ditetapkan itu
tercapai atau sebaliknya.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai
satu cara mendapatkan bukti yang
tepat tentang sesuatu. Misalnya dalam
pendidikan, masalah yang dapat
diselesaikan ialah pencapaian sesuatu
matlamat yang ditetapkan seperti
menguasai kemahiran dalam bahasa.
Terdapat benyak persoalan yang perlu
diselesaikan dalam membuat
penillaian seperti apakah bukti yang
mencukupi atau bagaimana cara
mendapatkan maklumat, siapa yang
perlu mendapatkan maklumat dan
sebagainya.
d) Pengujian
Merupakan proses mengaturkan satu
siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang
penguasaan pelajar dalam sesuatu
kursus di universiti.
Ujian adalah alat ukur.
Ujian digunakan bagi mengukur
„penguasaan‟ pelajar dalam sesuatu
kursus. Ujian mengandungi satu set
tugasan (dalam bentuk tugasan) yang
berdasarkan sesuatu kursus bagi
merangsang pelajar untuk
„menunjukkan‟ tahap penguasaan
mereka dalam kursus berkenaan.
Tahap penguasaan pelajar biasanya
dikuantifikasikan dengan memberi skor
kepada jawapan yang diberi.
Ujian merupakan alat ukur yang sering
digunakan untuk mendapatkan bukti
empirik bagi tujuan penilaian
pengajaran dan pembelajaran.
Tumpuan perlu diberi bagi membina
ujian yang bermutu, mentadbir ujian
berkenaan dengan betul dan mentafsir
dapatannya dengan tepat.
Pengujian selalunya dianggap
mendukung maksud yang lebih sempit
atau khusus.
Pengujian dapat dianggar sebagai
proses penyerahan set soalan yang
standard yang perlu dijawab, atau satu
set instrumen atau satu prosedur yang
sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah
satu prosedur yang sistematik untuk
9

memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menghuraikan
dengan bantuan skala bernombor,
atau satu sistem yang berkategori.
Misalnya, skala bernombor seperti
angka 30/100 untuk ujian penglihatan,
100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ
Test) dan 80/100 bagi ujian
pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains.
Manakala contoh sistem berkategori
pula seperti ekstrovert atau introvert
bagi ujian personaliti, atau rabun
warna bagi ujian penglihatan.
Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya
akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan dikukuhkan
oleh Milagros(1981) seperti yang
terkandung dalam Raminah
Hj.Sabran(1991). (Raminah 1991:2).
Proses pengujian bermula dengan
peringkat persediaan, pelaksanaan
(pentadbiran ujian) dan berakhir
dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Proses pengujian membolehkan guru
mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai tahap
kemahiran yang telah dipelajari.
Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang
meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau
atribut yang diperolehi seseorang
individu. Pengukuran merupakan
suatu proses kuantifikasi dengan
memberi nilai angka kepada
kewujudan sesuatu ciri dan atribut.
Dalam pengajaran dan pembelajaran
di universiti, kewujudan ciri
“penguasaan” sesuatu isi kursus yang
diajar oleh pensyarah pada pelajar
dikuantifikasikan dengan memberi skor
ujian. Pentaksiran adalah bertujuan
sebagai salah satu proses
mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam
pembelajaran. Pentaksiran juga dapat
digunakan untuk menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya,
mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran serta membantu guru
untuk membaiki pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pentaksiran
yang dijalankan, guru dapat
10

merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid. Guru dapat
melibatkan semua atau sebahagian
besar murid dalam kelas secara efektif
dan dapat merancang serta
melaksanakan aktiviti tindakan susulan
yang berkesan.pentaksiran
merangkumi aktiviti menghurai,
merekod, memberi skor dan
mengintepretasi pembelajaran
seseorang murid. Pentaksiran yang
baik dapat dinilai melalui beberapa ciri
seperti ;
1. i. Keobjektifan
iaitu berdasarkan ketepatan
seseorang pemeriksa
memeriksa skrip jawapan.
2. Kebolehtadbiran susulan
iaitu berdasarkan kelicinan dan
kerja-kerja yang dilaksanakan
secara berpusat atau
berasaskan sekolah.
3. Kemudahtafsiran
berdasarkan calon iaitu
bergantung tentang maklumat
tentang calon skor,
mendiskriminasikan, dan
menepati tujuan mengadakan
sesuatu ujian.

iv. Menyeluruh iaitu mengandungi
soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa
digunakan dalam menjalankan
pentaksiran iaitu seperti pemerhatian,
lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa
menggunakan pengujian. Sebagai
contoh, kemahiran melukis seseorang
murid boleh diukur melalui
pemerhatian atau pencerapan,
sementara pengetahuan dan sikapnya
boleh diukur melalui temubual.
Justeru, kita boleh menganggapkan
pentaksiran sebagai proses untuk
mendapatkan sesuatu ukuran dengan
menggunakan kaedah tertentu,
manakala pengujian pula merupakan
salah satu daripada kaedah tersebut.
Pentaksiran tidak bersifat mutlak,
misalnya, pengukuran keupayaan
mental seseorang sudah tentu lebih
sukar diukur secara tepat berbanding
ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal
seseorang boleh diukur secara tepat
dengan menggunakan alat ukur yang
tepat seperti penggunaan pembaris.
Seterusnya, seseorang pelajar yang
mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui dua kali ganda
daripada pelajar yang mendapat skor
45, walaupun skor 90 itu dua kali
11

ganda 45. Seseorang pelajar yang
mendapat skor sifar pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak
mempelajari/ mengetahui tentang
sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini
jelas menunjukkan ukuran aspek-
aspek berkenaan bukanlah petunjuk
yang tepat sebagaimana ukuran
ketinggian fizikal pelajar menggunakan
pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu
menggunakan alat yang tepat bagi
menjalankan pentaksiran yang tepat.
Jika alat yang digunakan mempunyai
kecacatan, maka sudah pastilah
ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

Pengujian

Pengujian merupakan proses
mengaturkan satu siri tugasan untuk
diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan
pelajar dalam sesuatu kursus di
universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian
digunakan bagi mengukur
„penguasaan‟ pelajar dalam sesuatu
kursus. Ujian mengandungi satu set
tugasan (dalam bentuk tugasan) yang
berdasarkan sesuatu kursus bagi
merangsang pelajar untuk
„menunjukkan‟ tahap penguasaan
mereka dalam kursus berkenaan.
Tahap penguasaan pelajar biasanya
dikuantifikasikan dengan memberi skor
kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat
ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan
penilaian pengajaran dan
pembelajaran di universiti, tumpuan
perlu diberi bagi membina ujian yang
bermutu, mentadbir ujian berkenaan
dengan betul dan mentafsir
dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan
sempurna dan boleh dipertahankan.
Satu daripada cara-cara memastikan
ini berlaku ialah dengan menjalankan
pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan
pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai “markah” akan diberikan
kepada pelajar tersebut. Pengujian
menjelaskan tahap berapa baiknya
prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula
dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru
mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai
12

pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil
pengajaran dan pembelajaran boleh
dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian
yang tepat, yang dilaksanakan guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan
guru membangunkan alat pengujian
amat penting, malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap
kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.


Penilaian

Penilaian adalah konsep yang telah
digunakan dalam pelbagai bidang.
Penilaian dilakukan kerana
mempunyai matlamat tersendiri.
Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat
anggaran, sama ada matlamat yang
telah ditetapkan itu tercapai atau
sebaliknya. Penilaian juga dapat
dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang
sesuatu perkara. Maklumat dan bukti
ini amat penting dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Misalnya, dalam
pendidikan, penilaian dapat
menyelesaikan masalah tentang
pencapaian matlamat yang ditetapkan,
seperti menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M)
di kalangan murid sekolah rendah.
Dalam membuat penilaian, anda
mungkin sering kali berhadapan
dengan pelbagai masalah. Misalnya,
tentang persoalan yang ingin
diselesaikan, apakah bukti yang
dianggapkan mencukupi atau
bagaimana cara mendapatkan
maklumat, siapa yang perlu
mendapatkan maklumat dan
sebagainya. Dengan memahami
konsep pengujian, pengukuran dan
penilaian, kita akan dapat merancang
langkah-langkah dengan lebih teratur
dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat. Banyak definisi
telah diberikan kepada istilah
“penilaian”.
Penilaian boleh dianggap sebagai
proses membuat pertimbangan atau
keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti
atau harga bagi sesuatu benda atau
perkara.
Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek
hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program
pengajian berbanding matlamat
asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh
13

mengatakan guru sebenarnya
mengukur pencapaian pelajar melalui
ujian yang dijalankan. Tindakan
susulan guru ialah menilai ukuran
pencapaian tersebut dengan
menggunakan keputusan ujian itu
bersama maklumat lain yang
berkaitan. Selain menggunakan data
kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat
dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif
seperti yang diperoleh daripada
pemerhatian atau temubual.



Perbandingan Pengujian, Penilaian
dan Pentaksiran

Secara umumnya pengujian,penilaian
dan pentaksiran digunakan untuk
menentukan tindakan susulan yang
harus dilakukan oleh pihak tertentu
untuk penambahbaikan dalam aspek
kaedah, pendekatan yang digunakan,
teknik dan starategi yang akan
digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun
pengukuran,pengujian, penilaian dan
pentaksiran mempunyai konsep yang
berbeza dan setiap daripadanya
mempunyai hasil yang berlainan
dalam membantu proses pentaksiran
dijalankan secara keseluruhannya.
Oleh yang demikian perbezaan
konsep pengujian, penilaian dan
pentaksiran ialah:






















14

perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian
Definisi Sebuah proses yang
menentukan peringkat
pencapaian dan prestasi
seseorang individu atau
murid
Satu alat yang sistematik
untuk menilai dan mengukur
perubahan dalam sesuatu
aspek tingkah laku.
Sebuah proses
menentukan perubahan
tingkah laku dan
membuat pertimbangan
nilai.
Tujuan Bagi membuat
pengelasan terhadap
pencapaian dan
kedudukan dalam
pembelajaran
Untuk menentukan
pencapaian terhadap
sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat
tentang pencapaian
objektif pembelajaran.
Kaedah mengajar dan
kurikulum.
Bentuk 1. Set ujian bertulis
dengan markah dan gred
1. Pemerhatian
2. Ujian lisan
3. Ujian bertulis
1. Jadual
2. Gred berdasarkan teknik
perangkaan
Proses
perlaksanaan
Menjalankan proses
pengujian menggunakan
set ujian dan kemudian
mencatat atau merekod
markah serta memberi
gred
Menyediakan set ujian
berdasarkan cara ujian yang
ingin dijalankan.
Melakukan pentadbiran
semasa menjalankan ujian
dan seterusnya
menjalankan pemeriksaan
terhadap set ujian yang
telah dijalankan.
Menentukan kaedah
pengukuran yang ingin
dijalankan dan
melakukan proses
pengukuran dan
penganalisaan semasa
pengukuran dilakukan.
Kemudian proses
interpretasi dijalankan
sebelim melapor dapatan
kajian dan tindakan.
Masa Selepas sesi
pembelajaran
Selepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan
sebelum, semasa atau
selepas sesi
pembelajaran
liputan Terhad kepada sesuatu
peringkat pembelajaran
Terhad kepada sesuatu
kemahiran atau
pembelajaran yang telah
disampaikan
Menyeluruh terhadap
sesuatu pembelajaran
sehingga kepada
keseluruhan sesebuah
15

kurikulum
keputusan Menunjukkan
pencapaian secara relatif
Menunjukkan prestasi
sesuatu kemahiran atau
penguasaan pembelajaran
yang spesifik
Menunjukkan pencapaian
keseluruhan seseorang
individu namun tidak
hanya menggambarkan
kebaikan individu
tersebut.

Pengujian

Dalam konteks pembelajaran dalam
bilik darjah - pengujian digunakan
untuk mengukur perubahan tingkah
laku yang mempunyai kaitan dengan
aktiviti pembelajaran para pelajar
Pengujian dalam bilik darjah- proses
penyerahan set soalan yang piawai
yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen bersama satu prosedur
yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar. Dalam
erti kata lain, pengujian ini merupakan
alat pengukuran yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pelajar-pelajar daripada
pelbagai bidang kognitif, psikomotor
ataupun efektif.

Muilagros(1981)
Ujian adalah satu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid
dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya
akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.
Pelaksanaan pengujian –
terbahagi kepada dua kumpulan:
ujian berbahasa:
Contoh :-ujian pensel
-kertas set ujian lisan
ujian bukan berbahasa
contoh :- ujian prestasi
ujian kemahiran psikomotor
ujian membaiki radas elektronik.
Peringkat proses pengujian
-Persediaan
-pelaksanaan pentadbiran ujian
-pemeriksaan skrip jawapan.
16

TUJUAN PENGUJIAN
-Menentukan perubahan tingkah laku
pelajar.
-Menentukan pencapaian pelajar
dalam pembelajaran yang tertantu.
-Menempatkan pelajar dalam
kumpulan yang sesuai mengikut
keputusan pengujian.
-Menggalakkan pelajar mengulangkaji
pelajarnnya.
-Melatih pelajar sebagai persediaan
untuk peperiksaan awam yang akan
datang.
PENGUKURAN
Pengertian konsep:
-suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik
-tentang sebanyak mana individu atau
pelajar mempunyai suatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat
tertentu
-untuk menentukan sejauh mana
seseorang individu memiliki
prestasi/ciri-ciri tertentu.
Contoh:
-Ramli mendapat 60 peratus dalam
ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak
dinyatakan sama ada baik atau
sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian
matematik hanya diukur tanpa
memberikan nilai kepada ukuran yang
diperoleh. Justeru, pengukuran hanya
menentukan tahap prestasi/ ciri
tertentu sesorang individu atau pelajar
mengikut alat yang digunakan.
-kemahiran melukis seseorang pelajar
boeh diukur melalui pemerhatian/
pencerapan, sementara pengetahuan
dan sikapnya boleh diukur melalui
temubual.
Ciri pengukuran:
-tidak bersifat mutlak, kecuali pada
pengukuran yang menggunakan skala
nisbah.
-Contoh:. Pengukuran keupayaan
mental seseorang sudah tentu lebih
sukar diukur secara tepat berbanding
ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal
seseorang boleh diukur secara tepat
dengan menggunakan alat ukur yang
tepat sepeti penggunaan pembaris.
-seseorang pelajar yang mendapat
skor 90 tidak boleh dianggap
mengetahui dua kali ganda daripada
pelajar yang mendapat skor 45,
17

walaupun 90 itu adalah dua kali ganda
45.
-Seseorang yang mendapat skor sifar
juga tidak boeh dianggap sebagai
tidak mempelajari atau mengetahui
tentang sesuatu pelajaran yang diajar
guru. Ukuran aspek-aspek berkenaan
bukanlah petunjuk yang tepat
sebagaimana ukuran ketinggian fizikal
pelajar menggunakan pembaris. Maka
ia tidak bersifat mutlak.
Dua jenis pemboleh ubah asas
pengukuran:
-jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%
-jenis kategori. : motivasi rendah,
motivasi sederhana dan motivasi
tinggi.
Kedua-dua jenis pembolehubah ini
boleh ditentukan aras ukurannya
dengan menggunakan menggunakan
empat jenis skala iaitu :
-skala nominal
☻mengkategorikan pembolehubah
berdasarkan persamaan dan
seterusnya memberikan nama kepada
pembolehubah berkenaan.
☻contoh: angka „1‟ mewakili etnik
Melayu dalam mengukur peratus etnik
pelajar dalam sesebuah kelas.
- skala ordial
☻ skala yang memberikan nilai
pemeringkatan atau penurunan
☻ contoh: angka 1- sangat tidak
setuju
-skala sela
☻ data yang mempunyai ciri
pemeringkatan dengan perbezaan
bagi setiap unit sela yang sama nilai.
☻ contoh: perbezaan suhu antara 35
darjah selsius dengan 25 darjah
selsius adalah sama dengan
perbezaan suhu 15 darjah selsius dan
5 darjah selsius iaitu sebanyak 10
darjah selsius. Skala ini tidak
mempunyai nilai yang mutlak kerana ia
disandarkan kepada jarak antara suatu
nilai dengan nilai yang lain.
-skala nisbah
☻ mempunyai semua ciri skala sela
tetapi ia tertakluk kepada nilai mutlak
yang bermula dengan sifar(0) yang
bererti kosong.
18

☻Contohnya, perbezaan antara 20
hingga 40 ialah sama dengan
perbezaan antara 70 hingga 90. 90
boleh dinyatakan sebagai dua kali
ganda 45 kerana nombor tersebut
bermula dari nilai 0.
 pengukuran di bilik darjah
dibuat melalui tiga bentuk iaitu
-pemerhatian-lisan-penulisan.
TUJUAN PENGUKURAN
-Menentukan tahap pencapaian dan
kedudukan di antara pelajar.
-Membuat perbandingan pencapaian
dan kedudukan di antara pelajar dalam
matapelajaran yang tertentu ataupun
keseluruhan pencapaian
akademiknya.
-Untuk pengelasan dan menempatkan
pelajar dalam jurusan kurikulum yang
sesuai.
-Untuk membuat analisis, pentafsiran
dan rumusan dalam sesuatu
penyelidikan daripada keputusan
pengukuran.
-Untuk pensijilan sebagai tahap
pencapaian akademik dalam sesuatu
peringkat persekolahan.
-Sebagai rujukan criteria bagi pihak
yang berkenaan untuk tujuan tertentu.
PENILAIAN
Pengertian Konsep :
-satu proses sistematik untuk
menetukan sejauh mana objektif
pengajaran telah dicapai oleh para
pelajar.
-suatu proses mentaksir sama ada
kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh
diterima atau tidak.
-melibatkan pengenalpastian,
pemerolehan dan pentafsiran
maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan
keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan.
-melibatkan tiga proses utama iaitu:
#menentukan ukuran
#menganalisis ukuran
#menyatakan nilai/ menginterpretasi
ukuran.
Gay 1985
-penilaian adalah satu proses yang
sistematik
19

-semasa mengumpul dan
menganalisis data
-bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan itu telah
dicapai.
-membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.
Stufflebeam (1971)
-penilaian adalah proses
mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna
-bagi keputusan mempertimbangkan
pilihan-pilihan yang ada pada kita.
-menentukan jurang perbezaan antara
“apa yang dihasilkan” dengan “apa
yang dihasratkan” dari sesuatu
program pendidikan.
-pertimbangan profesional iaitu proses
yang membolehkan seseorang
membuat keputusan.
Maklumat/data untuk penilaian adalah
berbentuk
-Kualitatif sahaja :
☻gred (A,B,C.D)
☻dinyatakan dalam nilai
cemerlang, kepujian, lulus atau
gagal
-Kuantitatif sahaja :
☻Hafizah dapat melukis gambar
sebuah kereta dengan cepat, tepat
dan bersih.
Prosedur penilaian ini secara
ringkasnya boleh dilaksanakan dalam
5 peringkat iaitu:
1.Peringkat persediaan ujian
2.Peringkat pentadbiran ujian
3.Peringkat pemeriksaan dan
pengukuran
4.Peringkat analisis
5.Peringkat interpretasi dan
tindakan
Kategori Penilaian:
-Penilaian KEndiri:
☻bertujuan menentukan sama ada diri
inidvidu yang menilai itu sendiri sama
ada memahami apa yang dipelajari
atau sudah bersedia untuk menduduki
ujain atau peperiksaan.

20

-Penilaian Guru
☻ bertujuan mennetukan sama ada
setiap pelajar memahami apa yang
diajarnya dan juga menilai
keberkesanan pengajarannya
-Penilaian Piawai
☻ bertujuan menentukan percapaian
seseorang pelajar berbanding dengan
pencapaian pelajar-pelajar, dan
seterusnya menentukan sama ada
pelajar tersebut dapat melanjutkan
pelajaran dalam bidang-bidang
tertentu.
☻ Hasil penilaian piawai juga diguna
untuk menentukan sijil/ pangkat sijil
yang bakal diberikan kepada
seseorang pelajar.

Tujuan Penilaian:
-Diagnosis
-Pencapaian
Pemilihan dan Penempatan
Bimbingan dan Kaunseling

Diagnosis
Maklumbalas yang diberikan dapat
digunakan untuk mengenal pasti
kemajuan seseorang pelajar dari sudut
:
☻Tahap : sangat memuaskan,
memuaskan, sederhana,lemah atau
tidak ada sebarang kemajuan
langsung.
☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah

Pencapaian
Hasil penilaian menunjukkan
pencapaian akademik pelajar
mengikut gred yang diberikan, seperti
cemerlang, sederhana atau gagal.
Pihak sekolah menentukan keupayaan
keseluruhan seseorang pelajar
berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang
diduduki untuk tindakan selanjutnya,
seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan Penempatan:
Guru memilih pelajar untuk
dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap
penguasaan mereka.
21

Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan
mereka mengikut tahap penguasaan
masing-masing dan seterusnya
merancang dan melaksanakan
pengajaran mengikut keperluan
mereka yang berbeza-beza itu.
Keputusan pelajar yang cemerlang
dalam mata pelajaran sains
memungkinkan ditempatkan dalam
aliran sains atau mengikut
kecenderungan seseorang murid
berkenaan.
Bimbingan dan kaunseling
pelajar sepatutnya mempunyai
motivasi untuk belajar dan ia mungkin
bersifat intrinsik/dalaman, iaitu
motivasi daripada dalam diri pelajar itu
sendiri.
mereka yang belajar disebabkan ingin
mengetahui sesuatu dengan
mendalam, akan memperoleh
pencapaian yang baik dan seterusnya
akan dapat melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran
ialah iaitu motivasi daripada luar,
seperti dorongan daripada ibu
bapa/rakan sebaya atau nasihat
daripada guru/guru besar.
Tujuan lain Penilaian bagi Ujian
Membantu guru mengetahui
keupayaan penguasaan pelajar.
Membantu guru dalam membuat
perbandingan antara seseorang
pelajar dengan rakan-rakannya atau
antara kelas tersebut dengan kelas
yang lain.
Membuat perbandingkan pencapaian
pelajar dalam subejk tersebut dengan
pencapaian dalam subjek lain.
Menentukan pelajar yang tinggi
keupayaannya dan yang amat lemah
keupayaannya dan lemah
pencapaiannya
Membantu guru dalam menentukan
pengayaan dan pemulihan bagi pelajar
yang berkenaan.
Membantu guru dalam membuat
jangkaan terhadap potensi atau bakat
pelajar terhadap pembelajaran.
Membolehkan guru menilai bahan-
bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
Melalui ujian penilaian yang dilakukan
guru dapat berusaha meningkatkan
keberkesanan pengajaran mereka.
22

Pelajar berpeluang mengetahui
kelemahan dalam sesuatu kemahiran
atau bidang dan segera
memperbaikinya.

Pentaksiran
Pengertian/ Konsep:
Pentaksiran satu proses mendapatkan
malumat dan seterusnya membuat
penghakiman serta pertimbangan
tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
Konteks pendidikan :pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan.
untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang
dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran
dijalankan secara berterusan.
Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran membolehkan sistem
persekolahan, sekolah-sekolah,
pengajar dan guru serta pelajar dan
murid meningkatkan dan memberikan
piawaian yang lebih bermakna
Piawaian yang ditetapkan boleh
memberikan fokus atau tumpuan serta
arah kepada pengajaran dan
pembelajaran
Keputusan dan hasilan dari
pentaksiran menyokong unsur-unsur
penting dan utama terhadap sifat,
kekuatan dan kelemahan prestasi
murid dan pelajar yang berkaitan
dengan piawai.
Pendidik dan pelajar mengunakan
maklumbalas dari hasilan pentaksiran
ini untuk memahami dan memberi
tumpuan bagi meningkatkan aspek
berkaitan pembelajaran mereka
Pentaksiran boleh meningkatkan
motivasi pelajar dan murid untuk
belajar dengan lebih baik, pengajar
memberi pengajaran yang lebih
bermakna dan sistem persekolahan
yang lebih berkesan. (Klein, 2000)
Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi
kepada tiga iaitu:
pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning)
23

pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning)
pentaksiran kepada pembelajaran
(assessment of learning) .
Pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for
learning)
proses pembelajaran berterusan
dijalankan untuk memastikan setiap
pelajar atau murid memahami dan
dapat menterjemahkan kehendak
tugasan
supaya guru boleh menentukan apa
yang boleh dibantu dalam
meningkatkan prestasi pelajar dan
murid.
Pelajar dan murid akan belajar
secara bersendirian dengan
cara dan kehendak mereka
sendiri.
Peranan Guru dalam Pentaksiran
Untuk Pembelajaran
mengimbangkan proses pengajaran
dan pembelajaran
mengenalpasti keperluan
pembelajaran tertentu pelajar atau
kumpulan pelajar
memilih dan menyesuaikan bahan dan
sumber pengajaran dan pembelajaran
mencipta strategi pengajaran yang
berlainan dan peluang pembelajaran
bagi membantu individu bergerak maju
dalam pembelajaran
menyediakan maklumbalas dan
arahan segera
Prinsip Pentaksiran Untuk
Pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah menjadi sebahagian dari
perancangan efektif pengajaran dan
pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah menumpukan tentang
bagaimana murid mempelajari sesuatu
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai
amalan utama dalam bilik darjah
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah di anggap sebagai kunci
kemahiran profesional bagi guru
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah sensitif dan konstruktif
kerana mana-mana pentaksiran
memberi kesan impak
24

Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah mengambil kira
kepentingan motivasi murid
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah bertujuan meningkatkan
komitmen murid terhadap matlamat
pembelajaran dan berkongsi
kefahaman tentang kriteria yang
ditaksir
Pentaksiran untuk pembelajaran
membentuk kapasiti murid bagi tujuan
penilaian kendiri agar mereka boleh
melihat keupayaan dan mengurus diri
sendiri
Pentaksiran untuk pembelajaran
hendaklah mengiktiraf kemampuan
keseluruhan pencapaian pembelajaran
murid
Murid hendaklah menerima bimbingan
konstruktif tentang bagaimana mereka
boleh meningkatkan pencapaian























25

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik
adalah seperti berikut :
Mengapa Mentaksir? Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah
berikut bagi meningkatkan pembelajaran
Apa yang ditaksir ? Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang
berkaitan dengan kehendak kurikulum
Kaedah yang digunakan ? Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang
mempamirkan kebolehan dan kefahaman
Memastikan Kehendak
Kualiti
Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan
penterjemahan pembelajaran
Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci
Maklumbalas terperinci yang tepat
Mengunakan Maklumat Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi
menunjukan prestasi pembelajaran
Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan
pada tahap hasilan kurikulum
Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan
ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan
memberi panduan untuk memperbaiki prestasi

Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran










26

Pentaksiran sebagai
pembelajaran (assessment as
learning)
proses membentuk dan menyokong
metakognisi (iaitu memikir atau
mencari jawapan kepada pemikiran
sendiri) pelajar dan murid.
memberi tumpuan atau memberi fokus
terhadap peranan pelajar atau murid
sebagai penguhubung yang kritikal
diantara pentaksiran dan
pembelajaran.
pelajar berupaya mengesan informasi
dan maklumat, menghubungkaitkan
informasi dan maklumat kepada
pengetahuan berkaitan dan
mengunakannya untuk tujuan
pembelajaran. Ini adalah sesuatu
proses pengawalan dalam meta-
kognisi (meta-cognition).
Ianya berlaku apabila pelajar atau
murid memantau pembelajaran kendiri
dan mengunakan maklumbalas yang
diperolehi untuk membuat pembetulan,
penyesuaian, dan mungkin juga
pertukaran dan perubahan dalam apa
yang mereka fahami.

Peranan Pendidik dan Guru dalam
Pentaksiran sebagai Pembelajaran
adalah :
memberi contoh dan mengajar
kemahiran pentaksiran kendiri
membimbing pelajar dan murid dalam
menentukan matlamat, dan
memantau prestasi mereka
menyediakan contoh-contoh amalan
yang baik dan berkualiti yang
melibatkan hasilan kurikulum
bekerjasama dengan pelajar dan
murid untuk membentuk kriteria
amalan yang baik dan jelas
membimbing pelajar dan murid dalam
membentuk maklumbalas dalaman
atau membina mekanisma
pemantauan kendiri bagi
mengesahkan dan menyoal
pemikiran kendiri serta berpuashati
dengan kesamaran dan ketidaktentuan
yang ketara dalam
mempelajari perkara baru
menyediakan peluang berterusan dan
yang mencabar untuk diamalkan, agar
pelajar dan murid menjadi yakin dan
bersifat pentaksir kendiri yang
kompeten
27

memantau proses meta-kognitif pelajar
dan juga pembelajaran serta
menyediakan maklumbalas yang
terperinci
menyediakan persekitaran yang
selamat bagi pelajar dan murid
memperolehi
peluang pembelajaran dan mendapat
sokongan sepenuhnya dari pihak
sekolah atau pentadbiran.
Pentaksiran kepada
pembelajaran (assessment of
learning)
berbentuk sumatif (summative) secara
semulajadi dan digunakan untuk
memastikan apa yang diketahui dan
apa yang pelajar dan murid boleh
lakukan,
mendemonstrasikan samada mereka
berjaya mendapatkan atau memahami
kehendak hasilan kurikulum serta
kebiasaannya,
menunjukkan bagaimana mereka
ditempatkan atau diletakkan dan
dihubungkaitkan dengan yang lain.
Pentaksiran pembelajaran yang
berkesan memerlukan pendidik dan
guru menyediakan :
kaedah yang rasional bagi
membolehkan pentaksiran kepada
pembelajaran
tertentu dijalankan dengan betul pada
masa yang tertentu
kenyataan yang jelas bagi
pembelajaran yang diinginkan
proses yang membolehkan pelajar dan
murid menunjukkan kemahiran dan
kebolehan atau kompetensi
kadar mekanisma alternatif bagi
mentaksir hasilan yang sama
penanda dan petunjuk am bagi
membuat keputusan
kaedah yang telus bagi pentaksiran
deskripsi mengenai proses
pentaksiran
strategi bagi membina semula apabila
berlakunya ketidak sehaluan dalam
membuat keputusan .
28


Dengan bantuan pendidik dan guru,
pelajar dan murid boleh
mengharapkan tugasan pentaksiran
kepada pembelajaran sebagai pentas
untuk mereka mempamirkan
kompetensi atau kebolehan dan juga
halatuju persembahan pembelajaran.
Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran
tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki
pengajaran-pembelajaran.


Merancang aktivit pengajaradan
pembelajaran yang tersusun
dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan
murid.
Melibatkan semua atau
sebahagian besar murid
dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan
aktiviti tindak susul yang
berkesan.
Memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran
Pen



Pendekatan Tujuan Rujukan Pentaksir
Pentaksiran
Kepada
Pembelajaran
Penghakiman mengenai
penempatan, peningkatan,
penghargaan dan sebagainya
Murid Guru
Pentaksiran
Untuk
Pembelajaran
Maklumat bagi hasilan
pembelajaran guru
Pentaksiran piawai
luar atau harapan
Guru
Pentaksiran
Sebagai
Pembelajaran
Penilaian kendiri dan
pembetulan sendiri
Matalamat kendiri
dan piawai luaran
Murid
29

Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi
kepada tiga iaitu:
i. pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning)
ii. pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning)
iii. pentaksiran kepada pembelajaran
(assessment of learning) .

pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning)
¡ proses pembelajaran berterusan
¡ dijalankan untuk memastikan setiap
pelajar atau murid memahami dan
dapat menterjemahkan kehendak
tugasan
¡ supaya guru boleh menentukan apa
yang boleh dibantu dalam
meningkatkan prestasi pelajar dan
murid.
¡ Pelajar dan murid akan belajar secara
bersendirian dengan cara dan
kehendak mereka sendiri.
pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning)
¡ proses membentuk dan menyokong
metakognisi (iaitu memikir atau
mencari jawapan kepada pemikiran
sendiri) pelajar dan murid
¡ memberi tumpuan atau memberi fokus
terhadap peranan pelajar atau murid
sebagai penguhubung yang kritikal
diantara pentaksiran dan
pembelajaran Pelajar dan murid akan
belajar secara bersendirian dengan
cara dan kehendak mereka sendiri.
¡ pelajar berupaya mengesan informasi
dan maklumat, menghubungkaitkan
informasi dan maklumat kepada
pengetahuan berkaitan dan
mengunakannya untuk tujuan
pembelajaran. Ini adalah sesuatu
proses pengawalan dalam meta-
kognisi (meta-cognition).
¡ Ianya berlaku apabila pelajar atau murid
memantau pembelajaran kendiri dan
mengunakan maklumbalas yang
diperolehi untuk membuat pembetulan,
penyesuaian, dan mungkin juga
pertukaran dan perubahan dalam apa
yang mereka fahami.
pentaksiran kepada pembelajaran
(assessment of learning) .
¡ berbentuk sumatif (summative) secara
semulajadi dan digunakan untuk
memastikan apa yang diketahui dan
apa yang pelajar dan murid boleh
lakukan,
¡ mendemonstrasikan samada mereka
berjaya mendapatkan atau memahami
kehendak hasilan kurikulum serta
kebiasaannya,
¡ menunjukkan bagaimana mereka
ditempatkan atau diletakkan dan
dihubungkaitkan dengan yang lain


30





























Hubungan ujian, pengukuran, penilaian, pentaksiran
Prosedur penilaian
31