You are on page 1of 4

Amali 6: Sabun dan detergen

Tujuan: Untuk menyediakan sabun menggunakan proses saponifikasi.

Bahan-bahan dan Alat Radas:
Minyak sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium klorida, kertas turas, bikar, silinder
penyukat, sudu, rod kaca , corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu bunsen, dan
tabung uji.

Hipotesis:
Pendidihan minyak sawit dengan larutan natrium hidroksida dapat menghasilkan sabun.

Langkah-langkah:
1. Sebanyak 10 cm
3
minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar.
2. Sebanyak 50 cm
3
5 mol dm
-3
larutan natrium hidroksida ditambah kepada minyak
kelapa sawit.
3. Campuran bahan dipanaskan sehingga mendidih.
4. Campuran bahan dikacau dengan rod kaca.
5. Campuran bahan dibiarkan mendidih untuk masa selama 10 minit.
6. Bikar dialihkan daripada sumber api. 50 cm
3
air suling dan tiga sudu natriumklorida
ditambah kepada campuran bahan.
7. Campuran dibiarkan mendidih untuk lagi 5 minit.
8. Campuran bahan dibiarkan untuk menyejuk.
9. Sabun dituras. Sabun dibasuh dengan sedikit air suling.
10. Sabun ditekan ketika berada antara kertas turas untuk mengeringkannya.
11. Sabun dirasa dengan jari. Sabun dirasa dengan jari. Sedikit sabun diletakkan
kedalam tabung uji. Goncangkan larutan itu.
12. Pemerhatian direkodkan.


Keputusan
Hasil yang terbentuk merupakan pepejal putih yang terasa licin apabila disentuh dan dirasa
dengan jari. Buih akan dihasilkan apabila pepejal putih ini dicampur dengan air paip dan
digoncangkan.

Kesimpulan
Hipotesis diterima. Pendidihan minyak sawit dengan larutan natrium hidroksida dapat
menghasilkan sabun. Proses saponifikasi iaitu proses hidrolisis natrium hidroksid dengan
triglyseride akan menghasilkan sabun.

Soalan:
1. Terangkan sifta-sifat sabun yang dihasilkan.

Sabun yang dihasilkan merupakan pepejal putih yang terasa licin apabila disentuh
dengan jari. Apabila sabun ini dicampur dengan air paip dan digoncangkan, buih akan
terhasil.


2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?

Natrium klorida berfungsi bertindak balas dengan sabun dan mengurangkan kelarutan
sabun bagi membantu penghasilan mendapan.

3. Tuliskan satu persamaan perkataan untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam
eksperimen ini.

Trigeliserid + natrium hidroksida  sabun + gliserin.





4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip digantikan dengan air suling dalam
langkah ke- 11. Jelaskan jawapan anda?

Skum yang terhasil akan berkurangan. Hal ini demikian kerana air suling adalah tulen
dan tiada benda asing yang akan mempengaruhi sabun.


5. Boleh kan sabun dihasilkan melalui hidrolisis lemak atau minyak dibawah keadaan
berasid. Jelaskan jawapan anda?

Tidak boleh. Hal ini demikian kerana sabun hanya dapat terhasil dalam keadaan
beralkali. Keadaan berasid tidak dapat menghasilkan sabun.

6. Nyatakan dua teknik yang berbeza bagi penyediaan sabun?.

Teknik sejuk dan teknik panas

7. Apakah kelemahan sabun yang dibuat secara komersial?.

 Kandungan Natrium hydrosida, NaOH yang berlebihan akan menyebabkan fabrik
tidak tahan lama.
 Kebanyakan sabun komersil tidak mempunyai gliserin. Keadaan ini menyebabkan
kulit kita mudah menjadi kering apabila menggunakannya.
 Sabun yang mempunyai antiseptik akan turut membunuh kebanyakan bakteria,
termasuk juga bakteria baik yang berguna kepada manusia.

8. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat detergen secara industri?


Bahan yang biasa digunakan untuk membuat detergen adalah mencampurkan asid alkil
sulfonik atau asid alkilbenzana sulfonik dengan natriumhidroksida. Bagi sesetengah
detergen, pelembut air, enzim, peluntur, dan ewangi juga ditambah.



Lampiran











Tiga sudu natrium klorida ditambah
kepada campuran bahan
Campuran bahan dipanaskan
sehingga mendidih
Campuran bahan kelihatan berbuih
apabila mendidih
Campuran bahan dituras agar
sabun dapat diasingkan
Sabun yang telah dituras
Menyentuh sabun dengan jari
untuk merasainya