You are on page 1of 4

AKTIVITI PPIK

( PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN)

PPIK 3
TOPIK 6: ALKOHOL, ETER DAN AMIN
Kenalpasti produk pengguna (makanan, minuman, bahan pencuci rumah, kosmetik dan
sebagainya) yang mengandungi alkohol, eter dan amina.

Anda perlu mengumpul atau membuat salinan label bahan tersebut dan dibawa ke kelas
untuk sesi perbincangan.

Jawapan:
Nama Produk Nama bahan kimia Jenis bahan kimia
Pantene Conditioner
(Gel perapi rambut)




Panthenyl Ethyl Ether Eter
Lifebuoy
(Sabun mandi)


Glyceryl laurate Ester
Natrium Laureth Sulfat Eter





Johnson’s baby lotion
(Minyak Lotion)

Stearyl Alcohol
Cetyl Alcohol
Alkohol
Areoncar Perfume
(Minyak wanyi)


Etanol Alkohol
Rejoice
(Sampoo rambut)

Stearamidopropil
dimetilamina
Amina
Hup Seng Cream Crakers

Yis Alkohol
(a) Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti di atas?
Melalui aktivit ini, saya mempelajari bahawa produk-produk yang kita
sering guna dalam kehidupan seharian sama ada makanan,
minuman, bahan pencuci rumah, mahupun kosmetik adalah
mengandungi alkohol, eter dan amina. Sebelum ini, saya tidak
pernah perasan bahawa makanan yang kami makan, misalnya roti
dan biskut turut mengandungi alkohol (yis). Saya telah dapat
mempelajari kandungan bahan kimia yang terdapat pada bahan
dengan membaca label produk. Selain itu, saya juga telah
mengetahui bahawa alkohol dan eter adalah pelarut organik yang
baik dan digunakan secara meluas di dalam industri dan makmal
manakala amina pula banyak digunakan dalam bidang perubatan,
farmasi, detergen dan juga racun perosak. Oleh itu, perkembangan
perindustrian kimia telah banyak menyumbang kepada kehidupan
kita.

(b) Kenalpasti tajuk yang berkaitan dengan aktiviti ini di Sukatan
Pelajaran Sains Sekolah Rendah?
Sains Tahun 4
Tema: Sifat Bahan
Standard Prestasi:
 Menyatakan sumber asas
 Memerihalkan sumber asas bagi suatu objek
 Mengelas objek berdasarkan bahan dan mengelas objek
berdasarkan sumber asas
 Mengelas objek dan menyatakan ciri yang digunakan
 Mengitlak sifat bahan dengan menjalankan penyiasatan secara
sainstifik
 Mecerakinkan komponen bagi sesuatu objek dan membuat
inferens tentang penggunaan bahan

(c) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran?
Dalam tema Sifat Bahan bagi Tahun 4, murid perlu mengunakan
kemahiran sains mereka, terutamanya kemahiran mengelas dan
membuat interpretasi untuk menentukan jenis bagi sesuatu bahan.
Misalnya, murid perlu mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan
menyerap atau kalis air, mengelas bahan konduktor dan penebat,
mengelas sifat bahan sama ada menembus cahaya. Bagi
membolehkan murid mengelas dengan betul, kemahiran memerhati
sifat bahan termasuk kemahiran mendapatkan matlumat melalui label
bahan adalah diperlukan. Contohnya, untuk menentukan sehelai baju
sama ada ia diperbuat dari bahan yang dapat menyerap air, murid
perlu membaca label pada baju tersebut. Jika labelnya terdapat
perkataan “100% cotton”, maknanya secara mudah murid yang
berkebolehan membaca maklumat dari label dapat membuat
kesimpulan bahawa baju ini dapat menyerap air dengan baik,
berdasarkan pengetahuan sains yang ada pada dirinya.


(d) Apakah peranan guru bagi aktiviti tersebut?
 Membantu murid agar dapat mengesan bahan kimia utama yang
menentukan kategori produk tersebut.
 Memberi pendedahan awal tentang nama-nama bahan kimia.
 Bertindak sebagai fasilitatir bagi memastikan murid dapat mengelas
bahan dengan betul
 Menjaga keselamatan murid agar tidak termakan atau terminum
produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.