You are on page 1of 1

PANTUN TEMA MEMBACA

Gugur di bangku si bunga sena Pohon Dukku ditepi paya
Sena dilembah tinggalan bonda Payanya rata di kampong tua
Bacalah buku takk kira dimana Jadikan buku teman setia
Agar bertambah ilmu di dada Pastinya kita tidak kecewa
Naik beca pergi meronda Cermin kaca kesayangan hamba
Meronda sendiri bersuka ria Cantik berharga bermutu tinggi
Banyak membaca tajamkan minda Buku dibaca ilmu ditimba
Itulah ciri insan Berjaya Tanya kepada orang yn mengetahui
Bunga melur dalam jambangan, Mekar sejambak bunga gubahan
Di tepi kolam menjadi hiasan. Jatuh sekuntum diatas peti
Kucipta pantun buat renungan, Membaca itu suruhan Tuhan
Semarak Nilam empunya wawasan. Al-Alaq turun menjadi bukti
Cerana kesumba indah melati, Harum sungguh bunga kemboja
Cantik tersemat dambaan puteri, Bunga karangan cantik tersemat
Ilmu ditimba sepenuh hati, Jangan membaca kulit sahaja
Kekuatan umat minda bestari. Telitilah kandungan sehingga tamat
,
Mekar angsana pandang tak jemu, Anak muda pulang ke desa
Bunganya luruh ke dalam raga, Ibu dan ayah lama menanti
Buku laksana lautan ilmu, Tabiat membaca tak buang masa
Dasarnya penuh mutiara berharga. Khutub khanah teman sejati

Pohon pedada di dalam taman, Cantik sungguh bunga kejora
Jadi idaman si anak rusa, Buat hiasan di hari raya
Marilah anakanda marilah teman, Marilah sahut seruan negara
Kita membaca sepanjang masa. Bangsa membaca bangsa berjaya