You are on page 1of 3

KAJIAN TERHADAP TAHAP KREATIVITI DALAM KALANGAN

PENSYARAH DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR






MAT SAZILIN BIN AYUB





KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
KEMENTERIAN PENDIDKAN MALAYSIA



2013


Email : sazilin@kkktu.edu.my






ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui Tahap Kreativiti Dalam Kalangan
Pensyarah Di Kolej Komuniti Ledang Johor. Seramai 38 orang responden juga
sebagai populasi kajian iaitu terdiri dari 22 orang pensyarah lelaki dan 17
orang pensyarah perempuan yang mengajar secara sepenuh masa . Instrumen
kajian ialah borang soal selidik dan data yang dikumpulkan telah dianalisa
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package For Social Science) versi
2.0. Borang Soal selidik ini mempunyai empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C
dan D. Bahagian A terdiri dari 7 soalan iaitu maklumat latar belakang
responden seperti jantina, umur, pendapatan dan sebagainya. Bahagian B
pula terdiri dari 18 pernyataan yang akan mengambarkan ciri-ciri seorang yang
kreatif. Bahagian C dan D pula terdiri dari 5 soalan iaitu akan memberikan
gambaran tentang sokongan organisasi dalam menggalakkan amalan kreatif
dan memberikan gambaran tahap sokongan organisasi terhadap amalan kreatif
organisasi. Keputusan yang diperolehi adalah berkaitan dengan kolej Komuniti
Ledang Johor. Selain daripada itu, beberapa cadangan dikemukakan kepada
pihak tertentu bagi meningkatkan tahap pengukuhan Kolej Komuniti,
Kementererian Pengajian Tinggi Malaysia.













PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN
Pelajar adalah matlamat utama di dalam sesebuah institusi pengajian. Ini
adalah kerana merekalah yang akan menyambung tugas memartabatkan
bangsa dan negara seterusnya berusaha ke arah negara yang lebih maju dan
berdaya saing. Matlamat ini sukar untuk dicapai sekiranya mereka gagal
menjadi seorang pelajar yang kreatif dan berinovasi tinggi. Kreativiti adalah
suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia......





8. Kesimpulan

Kajian terhadap tahap kreativiti dalam kalangan pensyarah di Kolej
Komuniti Ledang Johor adalah untuk menilai tahap kreativiti dalam kalangan
pensyarah di Kolej Komuniti Ledang Johor berdasarkan kepada tiga perkara
iaitu. Tahap ciri-ciri kreatif, tahap sokongan organisasi dalam menggalakkan
amalan kreatif dan tahap sokongan organisasi terhadap amalan kreatif dalam
kalangan pensyarah di Kolej Komuniti Ledang Johor. Berpandukan kepada
dapatan kajian terhadap kesemua persoalan kajian, Oleh yang demikian
pengkaji membuat kesimpulan bahawa tahap kreativiti dalam kalangan
pensyarah di Kolej Komuniti Ledang Johor adalah berada pada tahap yang
tinggi. Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Nuryani Y.
Rustaman dalam kajiannya Menjadi Guru Kreatif Dan Inovatif menyarakan
bahawa tidak susah untuk menjadi seorang pensyarah yang kreatif dan
berinovasi.


Sekiranya Tuan/Puan Pembaca yang budiman ingin memiliki kajian penuh.
Sila hubungi saya di alamat email yang tertera di atas. Saya berbesar hati
untuk berkongsi ilmu pengetahuan ini. Sekian...