You are on page 1of 26

BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

0







BMK3043 : SENI MENGARANG

TAJUK :
KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN DAN PAPAN
TANDA
KUMPULAN : UPSI 09 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK GHAZALI BIN DIN
TARIKH SERAH: 28 APRIL 2014



NAMA

NO ID

NO TELEFON

AZRIN BINTI ABDUL GHAFAR

D 20112053176

0197646564
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

1




ABSTRAK
Kajian ini adalah tentang kesalahan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda iklan
di premis perniagaan di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti, Pasir Gudang,
Bandar Baru Uda, Tampoi, Bandar raya Johor Bahru dan sekitar Skudai. Fokus kepada kajian
ini adalah papan tanda iklan di premis perniagaan. Kesalahan ini meliputi kesalahan penggunaan
kata majmuk, Hukum D-M, imbuhan, ejaan dan bahasa rojak dan lain-lain. Pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka diharap akan dapat bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk
memastikan bahawa pemantauan terhadap kesalahan pada papan tanda iklan di premis
perniagaan dijalankan. Ini adalah kerana usaha untuk memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu harus digerakkan supaya kesalahan penggunaan bahasa dapat diminimumkan.











BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

2
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Papan Tanda dan Premis Perniagaan 4
3.0 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 4-6
4.0 Lokasi Kajian 6
5.0 Analisis Kajian 6-11
6.0 Perbincangan dan Kesimpulan 12
7.0 Cadangan Implikasi Kajian 12-13
8.0 Cadangan Kajian Selanjutnya 14
9.0 Rujukan 15
10.0 Lampiran 16-25











BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

3
1.0 Pengenalan

Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun yang lalu dan sejak
itulah status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal
seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara masih belum terusik. Proses
memartabatkan Bahasa Melayu telah dilakukan sejak dahulu lagi dan kini proses pemantapan
terus dilaksanakan. Apa yang berlaku sekarang, pada saat bahasa Melayu dikehendaki
memenuhi peranannya sebagai sarana budaya tinggi, iaitu sebagai bahasa yang berpotensi
untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknis dan maju, timbul kekangan lain
seperti kekurangan penguasaan ahli-ahli ilmu dan ragam bahasa Melayu yang standard dan
berstatus tinggi (Nik Safiah Karim, 1986). Hal ini menyebabkan proses pemantapan
penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat menghadapi kendala yang bukan
mudah untuk ditangani.
Isu penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda awam dan premis perniagaan
nampaknya telah mendapat perhatian banyak pihak, terutama pejuang-pejuang bahasa
Melayu. Keputusan kerajaan negeri tertentu menggunakan pelbagai bahasa dengan
mengenepikan bahasa Melayu pada papan tanda awam, premis perniagaan dan nama jalan
telah mendapat bantahan meluas dalam kalangan masyarakat suatu ketika dahulu.
Hakikatnya, adakah perlu bahasa lain selain bahasa Melayu digunakan pada papan tanda
awam dan premis perniagaan? Sekiranya perlu, apa pula kewajarannya? Inilah persoalan
yang perlu dijawab oleh pihak-pihak tertentu bagi meyakinkan masyarakat terhadap sesuatu
langkah yang diambil berkaitan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan di negara
ini.
Kajian tentang penggunaan bahasa pada papan tanda awam dan premis perniagaan ini
dibuat berasaskan bahawa kedua-dua bahan tersebut merupakan media yang sering mendapat
perhatian dan menjadi tontotan ramai untuk memperoleh maklumat dan sebagainya. Kajian
ini juga akan menentukan tahap penggunaan bahasa Melayu dalam aspek tertentu sepeiti
ejaan, penggunaan kata. struktur ayat dan juga makna.




BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

4
2.0 Definisi Papan Tanda dan Premis Perniagaan

Papan tanda awam merujuk kepada paparan makluniat yang disediakan oleh pihak
tertentu terutamanya pihak kerajaan untuk memaklum, memberitahu, mengumum atau
menyatakan sesuatu perkara kepada orang ramai. Justeru. papan tanda awam ini tidak
semestinya dalam bentuk papan notis semata-mata. Bagi, tujuan kajian ini, sebarang
maklumat untuk tontonan umum yang bukan dalam bentuk promosi, perniagaan di anggap
sebagai, papan tanda .
Premis perniagaan bermaksud bangunan atau rung yang dijadikan tempat menjalankan
perniagaan. Dalam konteks kajian ini, premis perniagaan mengambil kira semua bangunan
atau ruang yang dijadikan kedai oleh syarikat atau orang perseorangan bagi tujuan
perniagaan atau mempromosikan perniagan atau barangan masing-masing.sebarang tanda
nama kedai, iklan atau promosi perniagan yang menggunalan bahasa Melayu akan digunakan
dalam kajian ini.

3.0 Akta Bahasa Kebangsaan 1967
Pada 13 November tahun 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan
Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan
Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac
1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan
televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang
tunggal merupakan permulaam suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini.
Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan
bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pula dalam satu kenyataannya telah
menegaskan bahawa pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan
kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh
rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai
Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

5
dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui
Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.
Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini
telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan Bahasa Kebangsaan
perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa
Melayu. Usaha-usaha mendaulatkan Bahasa Kebangsaan ini telah menghadapi berbagai
kesulitan yang lahir dari soal-soal politik bahasa itu, soal sikap dan penerimaan rakyat terhadap
masalah bahasa itu sendiri dan juga sikap tidak tegas pegawai-pegawai, guru-guru dan
kakitangan-kakitangan kerajaan dalam menggunakan bahasa itu.
Bagaimanapun hasil dari sikap dan pendirian tegas kerajaan dalam soal ini, pada hari ini
dalam tahun 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Berikutan
dari pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah
mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada
tarikh itu, Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-
maksud rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian,
jabatan-jabatan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerajaan tempatan dan badan-badan
berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan
Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukan
dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau Bahasa Kebangsaan tidak dapat digunakan
sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan bahasa Inggeris mengikut yang
diperuntukkan dalam Seksyen 4 Akta tersebut.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, keperluan
untuk mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta
lambang identiti dan citra negara amat mendesak. Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan
Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan:
i) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.
Namun demikian, penduduk Malaysia mempunyai kebebasan menggunakan bahasa-bahasa lain
dalam urusan tidak rasmi serta mempelajari bahasa-bahasa tersebut (Malaysia 1970: 222 - 223).
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

6
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang disemak pada 1971 pula memperuntukkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu digunakan bagi semua maksud-maksud rasmi.
Tegasnya, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 162/167
(disemak pada tahun 1971) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal dan
bahasa rasmi di negara Malaysia. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan, telah dijadikan
asas pembinaan negara, khususnya melalui peranannya sebagai bahasa pembentuk jati diri
negara bangsa, sebagai bahasa perpaduan kaum, sebagai bahasa rasmi pentadbiran negara, dan
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara Malaysia.

4.0 Lokasi Kajian

Lokasi kajian adalah di sekitar daerah Skudai. Antara lokasi yang terlibat dalam kajian ini
ialah premis-premis perniagaan yang terdapat di sekitar kawasan Taman Ungku Tun Aminah,
Taman Universiti, Taman Mutiara Rini, Bandar Baru Uda, Bandar Raya Johor Bahru, Pasir
Gudang, Kipmart Tampoi dan Bandar Pulai Jaya.
5.0 Analisis Kajian

5.1










Kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut adalah penggunaan perkataan
Alatganti. Perkataan yang sepatutnya ditulis adalah Alat Ganti. Ini kerana ia merupakan kata
majmuk bebas yang sepatutnya dieja secara berasingan. Alat ganti boleh ditakrifkan sebagai
alat untuk menggantikan sesuatu alat lain yang sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi.
Perkataan alat ganti merupakan kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Kata
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

7
Majmuk bebas ialah bentuk kata yang tidak mempunyai hubungan makna antara perkataan
pertama dengan perkataan kedua iaitu kedua-dua perkataan itu mendukung maksud sendiri
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Contoh kata majmuk bebas yang lain ialah seperti balai raya,
guru besar, ibu jari, segi empat, gambar rajah.

5.2















Papan tanda ini mengandungi kesalahan dari segi ejaan. Pekataan Kelinik sepatutnya
dieja dengan perkataan Klinik. Ini kerana penggunaan ejaan yang betul iaitu klinik ialah
yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa Malaysia yang berkuat kuasa
mulai tahun 1972. Perkataan yang sepatutnya adalah Klinik Skudai.










BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

8
5.3











Kesalahan yang dapat dikesan pada papan tanda ini adalah kesalahan dari segi binaan
frasa. Struktur frasa Goreng Pisang tidak betul kerana kesilapan binaannya. Frasa yang
betul adalah Pisang Goreng. Binaan frasa yang betul bermaksud binaan yang mengikut
Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti atau unsur yang diterangkan, dan
perkataan yang berikutnya merupakan penerang atau unsur yang menerangkan,
melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.


5.4











Seringkali masyarakat keliru dengan kata nama yang terdiri daripada dua patah
perkataan. Bagi papan tanda ini kesalahan penggunaannya adalah pada perkataan pasaraya.
Ini kerana perkataan ini sepatutnya terdiri daripada dua patah perkataan iaitu pasar dan raya.
Pasar raya dikategorikan sebagai kata majmuk bebas dan perlu dieja secara berasingan. Bagi
papan tanda ini, frasa yang betul adalah PASAR RAYA PG SDN. BHD.
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

9

5.5











Kita sering melihat papan tanda yang menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Papan tanda di atas juga merupakan salah satu daripadanya. Penggunaan perkataan
bahasa inggeris iaitu stereo patut digantikan dengan perkataan lain seperti audio. Jadi ayat
yang boleh digunakan untuk papan tanda tersebut adalah PENGEDAR AKSESORI DAN
BARANGAN AUDIO KERETA.


5.6










Kesalahan penggunan kata majmuk sering kita kesan. Seperti contoh papan tanda
ini, perkataan bandaraya merupakan penggunaan kata yang salah. Ini kerana perkataan
tersebut perlu diasingkan kerana Bandar dan raya merupakan kata majmuk bebas. Oleh itu,
penggunaan perkataan yang betul pad papan tanda ini adalah PUSAT BANDAR RAYA,



BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

10

5.7









Bagi papan tanda ini, kesalahan yang dapat dikenalpasti adalah penggunaan
simbol & pada perkataan tersebut. Seharusnya perkataan ini perlu dieja dengan perkataan
yang penuh dan mengelakkan penggunaan simbol sebagai petunjuk. Selain daripada itu,
kesalahan struktur perkataan bagi perkataan tersebut perlu diperbetulkan. Bagi papan tanda
ini, sepatutnya pihak yang berwajib memperbetulkannya supaya menjadi DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA WILAYAH SELATAN.

5.8











Penggunaajn bahasa rojak terhadap papan tanda premis perniagaan semakin
berleluasa sekarang. Mungkin antara rasional penggunan bahasa tersebut adalah untuk
menarik perhatian pelanggan. Bagi papan tanda ini, penggunaan perkataan restoran dalam
bahasa melayu dan dicampurkan dengan perkataan dalam bahasa inggeris iaitu ‘Malay
Village’. Seandainya bahasa melayu ingin dimartabatkan, pemilik boleh mempertimbangkan
cadangan penukaran nama kepada RESTORAN KAMPUNG MELAYU.

BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

11
5.9










Gambar papan tanda ini dirakamkan di Bandar Baru Uda. Dapat dikenalpasti
bahawa pada papan tanda ini terdapat dua jenis kesalahan iaitu penggunaan bahasa rojak
iaiatu campuran perkataan bahasa melayu dan bahasa inggeris dan penggunaan huruf besar
pada keseluruhan perkataan iaitu ABAH sedangkan perkataan ABAH bukan merupakan
akronim kepada mana-mana perkataan. Pekataan yang wajar dipetimbangkan penggunaan
nama KEDAI BERIANI ABAH. Perkataan yang sewajatnya digugurkan ialah perkataan
house.

5.10










Papan tanda ini merupakan sebuah kedai lama di Jalan Dhoby, Johor Bahru.
Kesalahan penggunaan bahasa rojak dikesan pada papan tanda ini. Penggabungan bahasa
melayu dan bahasa inggeris dilihat serba sedikit mencacatkn pemandangan papan tanda kedai
ini. Perkataan BAKERY ini sepatutnya ditukar kepada KEDAI ROTI. Jadi ayat yang
sepatutnya pada papan tanda ini adalah KEDAI ROTI SALAHUDDIN.


BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

12
6.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan dan papan tanda
permis ini dilihat sebagai sesuatu yang berguna dan berfaedah serta bernilai kepada
masyarakat amnya dan juga kepada individu atau perorangan yang terlibat dalam penulisan
khususnya. Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dijalankan, sedikit
banyak diharap dapat memberi kesedaran kepada pelbagai pihak bahawa pentingnya
penggunaan bahasa Melayu yang betul sama ada dalam bentuk pertuturan atau dalam
penulisan adalah menjadi tanggungjawab semua individu. Kesalahan umum dalam bahasa
Melayu seharusnya dilihat sebagai suatu agenda yang perlu dititikberatkan dan perlu
dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan bahasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda
juga mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari ataupun untuk menjadikan
papan tanda mereka unik. Namun begitu, kesilapan yang tidak disengajakan inilah yang akan
mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu dan tahap penguasaan bahasa di kalangan
pembaca khasnya dan kalangan masyarakat amnya.
Sehubungan itu, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing ke arah
memartabatkan dan mempertingkat penguasaan bahasa Melayu khususnya. Seterusnya,
keutuhan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan turut tergugat
dan digugat dengan adanya permasalahan seperti ini. Justeru itu, masalah ini perlu dibendung
dan diatasi dengan segera agar tidak berterusan sekaligus menjejaskan imej bahasa Melayu
itu sendiri.

7.0 Cadangan Implikasi Kajian
Untuk meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu
dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan
yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu
dipamerkan kepada masyarakat.
Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis
masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan
untuk menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan
bahasa kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan.
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

13
Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan
supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan
memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa
kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa
kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek
dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada
Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat
yang sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang
bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang
badan itu, www.dbp.gov.my.
Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman
sebelum merdeka hinggalah selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
meruntun masyarakat pencinta bahasa untuk menggunakan bahasa Melayu dengan penuh
berperaturan dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, adakalanya hajat untuk
memartabatkan bahasa Melayu sering dipandang remeh oleh sesetengah lapisan masyarakat
sehingga mendorong mereka menggunakan bahasa yang menyeleweng daripada tatacara
yang benar serta mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Dalam hal ini,
tidak ketinggalan juga papan-papan tanda premis yang sedikit banyak menyumbang kepada
pemantapan bahasa Melayu.
Dengan itu, berdasarkan kepada kajian yang dilakukan saya berpendapat bahawa kajian
ini sedikit banyak dapat memberi manfaat kepada seluruh golongan masyarakat. Ini kerana
hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat kesalahan penggunaan bahasa
Melayu pada papan tanda premis yang dikaji khususnya kesalahan bahasa dari segi ejaan,
pengimbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris serta kesilapan frasa. Secara tidak langsung,
hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan pelbagai pihak khususnya individu yang
terbabit dalam penerbitan papan tanda iklan dan premis agar sentiasa prihatin dengan bahasa
yang digunakan oleh mereka serta memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan
tepat.



BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

14
8.0 Cadangan Kajian Selanjutnya
Dalam kajian ini, topik perbincangan hanya difokuskan kepada kesalahan penggunaan
bahasa Melayu dalam iklan-iklan dan papan tanda premis sahaja dan pengkaji berpendapat
bahawa skop kajian ini terlalu kecil serta masih terdapat kekurangan dan kelemahannya.
Justeru itu ,pengkaji mencadangkan agar kajian-kajian lain perlu dilakukan dengan lebih
meluas lagi contohnya kajian tentang kesalahan penggunaan bahasa melayu dalam iklan dan
penulisan dalam surat khabar iaitu penulisan yang dimuatkan dalam akhbar terutama di
ruangan iklaneka bagi melihat perbezaan yang nyata dalam aspek kesalahan-kesalahan
bahasa. Dengan kajian sedemikian, skop kajian akan menjadi lebih besar untuk
membolehkan hasil kajian ini digeneralisasikan secara meluas. Secara tidak langsung,
pelbagai kesalahan dapat dikenal pasti dan dianalisis oleh pengkaji berikutnya agar dapat
dikaji dengan lebih meluas aspek-aspek kesalahan bahasa yang terdapat dalam media-media
cetak khususnya surat khabar yang menjadi wadah pengembang bahasa dan sumber
informasi.
Selain itu, cadangan juga difokuskan untuk kajian dijalan dengan melibatkan akhbar-
akhbar tempatan yang terdapat di Malaysia. Seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan
Harian Metro. Dengan penggunaan pelbagai sumber daripada pelbagai media, secara tidak
langsung perbandingan akan dapat dilakukan untuk mengenalpasti media yang memmpunyai
kesalahan bahasa. Ini secara tidak langsung membolehkan pihak berwajib terutamanya
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul dalam
media massa.










BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

15

9.0 Rujukan

Awang Sariyan (1983). Kesalahan Umum Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise

Nik Safiah Karim, et al. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2011. Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Selangor.

Abu Hassan Abdul & Abd. Rashid Md. Idris. 2012. Seni Mengarang. Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Perak.

Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Kedua (1988). Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala
Lumpur.

Majlis Bandar Raya Johor Bahru
http://www.mbjb.gov.my/web/guest/sewa_gerai?p_p_id=56_INSTANCE_HuWY&p_p_lifec
ycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-
7&p_p_col_count=1&page=2

http://www.mbjb.gov.my/documents/10124/b5fcac95-08d3-42ce-baa2-ae19a71fc398

http://www.mbjb.gov.my/documents/10124/1ad6d85b-e0b0-4eab-be2c-fa0f0a51451f














BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

16






















10.0 LAMPIRAN

















BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

17
Syarat Permohonan Iklan Papan Tanda Premis daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

18


BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

19
contoh Syarat Permohonan Lesen Iklan Papan Tanda DBKL
BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

20

BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

21


Contoh Borang Permohonana Lesen Iklan/ Papan Tanda Premis

BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

22



BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

23


BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

24








































BMK 3043-SENI MENGARANG (D20112053176)/2014

25



Contoh syarat Permohonan Lesen Papan Tanda/ Iklan MBJB