You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PPG Amb. Feb. 2012 NAMA PELAJAR:
KOD KURSUS: SCE 3123
NAMA KURSUS: Pengurusan Makmal
Sains dan Sumber

SEMESTER: 6

TARIKH MULA: 16/8/2014 TARIKH HANTAR: 27/9/2014

Hasil pembelajaran kursus:
1. Membincangkan cara untuk memudahkan keberkesanan organisasi dan
pengurusan makmal sains.
2. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti sains.
3. Menunjukkan teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan pengawetan
spesimen biologi.
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan bahan
dan peralatan sains.
5. Meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan dan pemilihan sumber
yang sesuai dapat meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah.

Tugasan projek ini menilai aspek hasil pembelajaran 2, 3 and 5

Objektif Kerja Kursus
Para pelajar dapat,
1. Menerangkan langkah keselamatan yang sesuai dan perlu diamalkan apabila
pelajar melakukan aktiviti sains.
2. Merancang, mereka bentuk dan menghasilkan atau mengubahsuaikan
sumber yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
3. Mencadangkan langkah keselamatan yang sesuai semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi tajuk tertentu dari Sukatan Sains Sekolah Rendah.








Tugasan Projek (100%)
Aspek keselamatan makmal sains hendaklah diberi perhatian oleh semua pihak
dalam pengendalian makmal bagi memastikan ianya mempunyai ciri kebersihan,
kecerian dan keselamatan. keadaan ini akan menjadikan makmal sains tempat yang
kondusif bagi proses pengajaran yang berkesan.
Anda dikehendaki melaksanakan semua tugasan berikut secara individu.
Bahagian A (30%)
Anda dikehendaki menjelaskan bagaimana anda dapat menggunakan
pengetahuan tentang (i) langkah- langkah keselamatan dalam makmal sains,
(ii) teknik asas makmal berkenaan kerja kaca dan (iii) pengawetan spesimen
biologi untuk membantu anda dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sains yang berkesan.
Bahagian B (20%)
Pilih suatu topik dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata
pelajaran sains dan
(i) cadangkan beberapa aktiviti sains yang sesuai untuk topik yang anda
pilih.
(ii) nyatakan kecederaan kecil yang mungkin berlaku semasa aktiviti sains
di (i) dan bagaimana anda memberi pertolongan cemas untuk setiap
kecederaan yang dinyatakan.
Bahagian C (40%)
. Pilih suatu topik dari Huraian Kurikulum Sains Sekolah Rendah bagi objektif
kedua dan
(i) hasilkan atau ubahsuaikan sekurang-kurangnya
- satu alat bantu mengajar dalam bentuk sama ada transparensi,
model, carta, video atau bahan;
- satu sumber dalam bentuk kerja kaca, dan satu improvisasi
sama ada corong turas, kanta pembesar atau bikar;
- satu spesimen biologi yang diawet secara kering;
(ii) terangkan bagaimana anda menggunakan sumber yang dihasilkan
dalam bahagian C(i) untuk mengajar topik tesebut.
Bahagian D (10%)
Sediakan satu refleksi tentang bagaimana perlaksanaan kerja kursus ini
dapat meningkatkan kualiti diri anda dalam usaha untuk menjadi guru sains
yang berkesan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)
v. Lampiran disertakan
vi. Penulisan dalam Bahasa Melayu
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Muka hadapan harus mempunyai maklumat berikut
a. nama
b. nombor kad pengenalan
c. kelas/kumpulan
d. nama kursus dan kod
e. tajuk
f. nama pensyarah
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara analitikal, kritikal, hubungan kait idea yang
jelas dan menyeluruh dengan contoh-contoh yang sesuai serta justifikasi yang
tepat, komprehensif dan lengkap.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran dalam rubrik pemarkahan.
Tugasan disediakan oleh Disemak oleh

( MOHD NASIR ABDULLAH ) ( )
Penyelaras SCE 3123 Pakar Bidang (SME) Jabatan Sains
IPG K Sultan Abdul Halim

Disahkan oleh;


(HJ. TAUFIK BIN AB. RAZAK)
Ketua Jabatan Sains
IPG Kampus Sultan Abdul Halim


Rubrik Pemarkahan untuk Tugasan Projek
Aspek dinilai Kriteria
Cemerlang Baik Memuaskan Kurang
Memuaskan
Lemah
A. Menjelaskan penggunaan maklumat
berkaitan
(i) langkah keselamatan dalam makmal
sains
(ii) teknik asas makmal berkenaan kerja
kaca
(iii) pengawetan spesimen biologi
(30%)
25-30 19-24 13-18 7-12 0-6
Penjelasan yang amat
bersesuaian, hujah
disokong dengan contoh
yang kukuh, tepat dan
dapat mencungkil
pemikiran pembaca
dengan berkesan
Penjelasan yang
bersesuaian, hujah
disokong dengan
contoh yang baik dan
dapat mencungkil
pemikiran pembaca
secara keseluruhan
Penjelasan yang
bersesuaian, hujah
disokong dengan contoh
yang memuaskan dan
dapat mencungkil
pemikiran pembaca.
Penjelasan yang
kurang jelas dan hujah
kurang disokong
dengan contoh yang
memuaskan.
Penjelasan yang
lemah dan kabur
dan hujah tidak
disokong dengan
contoh yang
munasabah
B. (i) Mencadangkan beberapa aktiviti sains
yang sesuai untuk topik yang dipilih.
(ii) Menyatakan kecederaan kecil yang
mungkin berlaku semasa aktiviti sains di (i)
dan bagaimana memberi pertolongan
cemas untuk setiap kecederaan yang
dinyatakan.
(20%)
17-20 13-16 9-12 5-8 0-4
Aktiviti dan kecederaan
yang dihuraikan adalah
relevan, tepat, lengkap
dan disokong dengan
contoh-contoh yang
kukuh.
Aktiviti dan kecederaan
yang dihuraikan adalah
relevan, dan disokong
dengan contoh-contoh
yang baik.
Aktiviti dan kecederaan
yang dihuraikan adalah
relevan, dan disokong
dengan contoh-contoh
yang memuaskan.
Aktiviti dan kecederaan
yang dihuraikan adalah
relevan, dan disokong
dengan contoh-contoh
yang kurang
memuaskan.
Aktiviti dan
kecederaan yang
dihuraikan adalah
lemah dan tidak
releven.
C. (i)merancang, mereka
bentuk dan menghasilkan atau
mengubahsuaikan sekurang-kurangnya
- satu alat bantu mengajar
dalam bentuk sama ada transparensi,
model, carta, video atau bahan;
- satu sumber dalam bentuk kerja
kaca, dan satu improvisasi sama ada
corong turas, kanta pembesar atau bikar;
- satu spesimen biologi yang diawet secara
kering;
(ii) terangkan bagaimana anda
menggunakan sumber yang
dihasilkan dalam bahagian C(i) untuk
mengajar topik tesebut.
(40%)
34-40 26-33 18-25 10-17 0-9
Sumber yang dihasilkan
adalah sangat sempurna,
kemas, dan sangat
sesuai serta penerangan
tentang penggunaannya
amat bersesuaian dan
lengkap.
Sumber yang
dihasilkan adalah baik,
kemas, dan sesuai
serta penerangan
tentang
penggunaannya adalah
bersesuaian
Sumber yang dihasilkan
serta penerangan
tentang penggunaannya
adalah memuaskan
Sumber yang
dihasilkan serta
penerangan tentang
penggunaannya adalah
kurang memuaskan
Sumber yang
dihasilkan serta
penerangan tentang
penggunaannya
adalah lemah
D. Sediakan satu refleksi tentang
bagaimana perlaksanaan kerja kursus ini
dapat meningkatkan kualiti diri anda dalam
usaha untuk menjadi guru sains yang
berkesan. (10%)
9-10 7-8 5-6 3-4 0-2
Membincangkan 5 aspek
bagaimana perlaksanaan
kerja kursus ini
meningkatkan kualiti diri i
guru sains yang
berkesan.
Membincangkan 4
aspek bagaimana
perlaksanaan kerja
kursus ini
meningkatkan kualiti
diri i guru sains yang
berkesan.
Membincangkan 3
aspek bagaimana
perlaksanaan kerja
kursus ini meningkatkan
kualiti diri i guru sains
yang berkesan.
Membincangkan 2
aspek bagaimana
perlaksanaan kerja
kursus ini
meningkatkan kualiti
diri i guru sains yang
berkesan.
Membincangkan 1
aspek bagaimana
perlaksanaan kerja
kursus ini
meningkatkan kualiti
diri i guru sains yang
berkesan.