You are on page 1of 1

SEKAPUR SIRIH DARIPADA

PUAN WOO SOW PHENG


PENGETUA
SMK DATO USMAN AWANG, JOHOR BAHRU

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!


Selamat menyambut tahun baru 2013 dan selamat kembali bertugas ke SMK Dato Usman
Awang. Semoga pada tahun ini kita dapat meneruskan usaha ke arah mutu perkhidmatan yang
lebih cemerlang dan berkualiti.
Dalam era globalisasi ini ditambah dengan bahang transformasi pendidikan menuntut kita
sebagai pendidik untuk lebih peka menguasai teknologi dan pengetahuan baru sesuai dengan
perkembangan semasa. Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa serta pelajar terhadap
institusi sekolah, kita perlu berusaha gigih, berkomitmen malah disertai dengan keazaman untuk
berkorban tenaga dan masa bagi membangunkan modal insan melalui pendidikan berkualiti dan
holistik.
Izinkan saya memberikan penghargaan kepada Jawatankuasa Penyediaan Buku Panduan
Pengurusan Sekolah yang berjaya menyediakan buku ini sebagai rujukan seluruh warga SMKDUA.
Pengagihan tugas yang disenaraikan dan panduan tugas kerja dalam buku ini diharapkan dapat
membantu warga sekolah membentuk satu pasukan kerja yang padu dan berwibawa dengan mutu
kerja yang cemerlang..
Saya amat berharap dengan adanya Buku Panduan Pengurusan ini , kita dapat bertindak
dan bergerak serentak dengan lebih mudah, cepat dan tepat kerana kita telah diberikan panduan
khusus mengikut tugasan dan bidang masing-masing baik dari segi Pengurusan Pentadbiran,
Kurikulum, Hal Ehwal Murid mahupun Kokurikulum. Buku Pengurusan ini bukan sahaja dapat
dijadikan panduan dalam menjalankan tugasan kita malah dapat menentukan sasaran kerja supaya
kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang bagi mencapai visi dan misi sekolah.
Akhirnya, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah atas usaha
dan jasa yang diberikan selama ini dan selamat menjalankan tugas dengan penuh rasa
tanggungjawab pada tahun ini. Untuk guru-guru baru, selamat bertugas sebagai warga SMK Dato
Usman Awang. Saya yakin bahawa warga SMK Dato Usman Awang dapat memberikan komitmen
sepenuhnya kepada bidang tugasan masing-masing. Penglibatan menyeluruh warga sekolah akan
menjadikan SMKDUA sekolah pilihan ibu bapa dan pelajar untuk mencapai hasrat dan aspirasi
negara.

Sekian, terima kasih.

A school is a building with four walls and tomorrow inside

You might also like